Followers

Thursday, April 30, 2015

Rosman Dijadikan Bahan Gurauan Kempen PRK

 

Pakatan Rakyat mensasarkan isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dalam kempen mereka di Permatang Pauh.

Dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) malam tadi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata banyak wanita merungut tentang caj 6 peratus terhadap tuala wanita.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, rungutan itu menyebut mereka tidak dibayar apabila tiap malam tidur bersama suami tetapi terpaksa berbelanja lebih membayar harga tuala wanita selepas GST.

Beliau kemudian bertanya berapa jumlah dibayar Najib untuk menyewa penerbangan bagi membawa rombongan ke kenduri anaknya di Kazakhstan.

Mahfuz merujuk kepada majlis perkahwinan Nooryana dengan warganegara Kazakhstan Daniyar Kessikbayev baru-baru ini.

Ketika Mafuz meninggalkan pentas, pengacara majlis Fariz Musa yang juga pemimpin pusat PKR memanjangkan jenaka Mahfuz.

Fariz berkata Najib tidak peduli dengan caj tambahan pada tuala wanita kerana isterinya tidak lagi memerlukannya.

Jenaka itu mengundang ketawa kira-kira 500 peserta yang hadir dalam ceramah malam tadi itu.

- mkini

AL FATIHAH - Julia Dahlan Meninggal Dunia

Zack Ahmad's photo.Diberitakan Penerbit & Produser Terkenal Julie Dahlan Meninggal Dunia Dalam Perjalan Ke Hospital Ampang Jam 7:30 malam tadi...

Semuga Rohnya Dicucuri Rahmat Dan Ditempatkan Bersama Orang2 Yang Beriman.... AMIN YA RABBAL ALAMIN.
 
 

Giliran Wan Azizah perli Rosmah - FMT Reporters

azizah perli

Beliau mengaitkan beg tangan jenama Birkin ketika berjalan-jalan di pasar malam bagi menyedarkan rakyat tentang kemewahan hidup isteri Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikut jejak Tun Dr Mahathir Mohamad dengan mengkritik isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam salah satu gambar kempennya membuat ayat ‘sarcastic’ dengan mengaitkan beg tangan jenama mewah, Birkin’.
.
“Berjalan-jalan di pasar malam,cari juga beg tangan jenama Birkin, tapi tak jumpa. Peniaga tak jual kerana katanya harga beribu-ribu ringgit…cukup beg berharga RM10, RM20 untuk kita,”.


Gambar beliau di pasar malam itu merupakan salah satu kempennya di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh selain gambar membeli barangan keperluan di pasar raya dan mengaitkannya dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ternyata serangan dan kritikan Dr Mahathir telah membuka ruang kepada pembangkang untuk turut sama mengkritik Perdana Menteri dan isteri.

Sebelum ini agak sukar untuk melihat Wan Azizah menyerang peribadi seseorang apatah lagi Rosmah.

Laporan media, termasuk media antarabangsa pernah melaporkan Rosmah memiliki beberapa beg jenama Birkin yang setiap satunya didakwa berharga puluhan ribu ringgit.

Harga minyak naik lagi? Adam Abu Bakar

 
minyak naik lagi? 
Harga minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.

PETALING JAYA: Bermula pada tepat pada jam 12.00 malam, 1 Mei 2015 harga bagi minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan.

Ketika dihubungi FMT, salah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Ibu Pejabat Putrajaya mengesahkan khabar angin itu.

Ujarnya, harga minyak RON 95 akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.

Bagaimanapun bagi harga minyak RON 97 dan diesel, tiada sebarang maklumat diberikan.

“Harga minyak RON 97 mungkin akan kekal kerana minyak tersebut telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” kata pegawai berkenaan.

'Jangan hina, ini bukan setia membabi buta'

 
 
Calon PKR Permatang Pauh Dr Wan Azizah Ismail tampil menolak tanggapan bahawa beliau setia membabi buta kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini dipenjara.

Bercakap dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan di Seberang Jaya malam tadi, presiden PKR itu tampil menegaskan perkara itu.

“Jangan hina saya, saya bukan setia membabi buta,” katanya.

Beliau merujuk kepada dakwaan sekumpulan individu di Kajang, kawasan Dewan Undangan Negerinya, yang berkata beliau hanya taatkan arahan Anwar.

Beliau juga menegaskan bahawa Anwar melalui kes yang sama dua kali di mahkamah dan banyak perkara tidak kena berhubung perkara itu.

“Kenapa saya kena ikut BN dan percaya apa mereka kata tentang Saudara Anwar?” katanya kepada kira-kira 500 orang yang hadir dalam ceramah itu.

Ketika Azizah sibuk berkempen di Permatang Pauh, puluhan penduduk Taman Delima di Kajang dilapor tampil berkumpul mempersoalkan khidmat wakil rakyat mereka itu.

Selain membangkitkan soal 'kehilangan' Azizah, mereka menggesa beliau tidak lagi menjadi 'orang yang menurut' perintah parti dan suami semata-mata.

[Baca berita asal]
 

545 layak undi awal PRK Rompin hari ini ??

 
 
Sebanyak 545 pengundi awal menunaikan tanggungjawab dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Rompin bermula 8 pagi ini.

Mereka terdiri daripada 285 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan 260 anggota polis.

Proses pengundian berlangsung di empat saluran mengundi iaitu di Dewan Sri Ibam, Skuadron 322 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Bukit Ibam, bilik rehat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, bilik maklumat Balai Polis Muadzam Shah dan bilik maklumat Balai Polis Tekek, Pulau Tioman.

Pusat mengundi di Balai Polis Muadzam Shah dan Balai Polis Tekek, Tioman akan ditutup pada 2 petang ini manakala pusat mengundi di Skuadron 322 TUDM Bukit Ibam dan IPD Rompin akan ditutup pada 5 petang.

PRK Rompin menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Datuk Hasan Arifin dan calon PAS Nazri Ahmad ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.

- Bernama

Ranking: Akhbar M'sia kekal tak bebas

 
 
Kedudukan kebebasan akhbar di Malaysia jatuh satu anak tangga ke tempat 142 pada 2014, ketika polis bertindak keras bagi menangani kritikan dilontarkan.

Menurut laporan kebebasan akhbat Freedom House 2014 yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Malaysia berada di kedudukan sama dengan Pakistan dan Turki.

Freedom House juga mendapati bahawa kebebasan akhbar sedunia pada 2014 berada di kedudukan mata terendah dalam tempoh lebih sepuluh tahun.

Pencapaian Malaysia jatuh dariapda 64 kepada 65 daripada 100 mata dan dikelaskan sebagai “tidak bebas”.

Angka lebih rendah menunjukkan kebebasan lebih besar dikecapi dan sebaliknya.

Ecuador dan Guinea berada di depan Malaysia apabila berkongsi kedudukan ke-140. Mexico berada di kedudukan ke-139.

Isu 1MDB, Dr M pula mahu jumpa ahli Umno

 
 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kini mahu bertemu dengan akar umbi Umno untuk menerangkan kepada mereka mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB), sepertimana perjumpaan mereka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"... untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak," tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc pagi ini.

Dr Mahathir berharap beliau diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya," katanya.

Mahathir mengakui bahawa beberapa ahli-ahli Umno telah meminta beliau berhenti menyerang Najib dan berkata beliau berterima kasih atas nasihat mereka itu.

"Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin.

"Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah.

"Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita," katanya.

Dr M: Biar saya pula jumpa akar umbi Umno

 
 
 
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap diberi peluang bertemu dengan akar umbi Umno untuk menerangkan isu hutang firma pelaburan 1MDB yang menjadi modal serangannya kepada Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, peluang yang adil perlu diberikan kepadanya untuk menjelaskan mengapa beliau terus menyerang perdana menteri sekali gus membolehkan akar umbi menilai sama ada beliau merosakkan parti ataupun tidak.

"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya 'menyerang' Datuk Seri Najib.

"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli Umno tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan Umno, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga tiap PRU (pilihan raya umum).

"Lepas mendengar kedua-dua pihak adillah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau cuba menyelamatkannya," kata negarawan itu dalam blognya hari ini.

VIDEO - Ahmad Maslan Punca Turun Demo ‪#‎BantahGST‬ !


 
Ahmad Maslan punca saya turun demo #bantahGST – Osama Kalau ditanya saya, kenapa saya perlu turun demo #bantahGST ? 

Saya tanpa ragu dan silu mengatakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai puncanya. 

Wajah sinis Ahmad setiap kali keluar di kaca televisyen atau akhbar menjadikan semangat saya naik mendadak untuk turun demo #bantahGST. 

Saya juga jadi lebih tidak sabar untuk turun bila mendengar dan membaca tentang kebaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilebun olehnya. 

Beliau adalah contoh kebanyakan menteri-menteri Kabinet Datuk Seri Najib Razak, Tidak menjawab soalan, tidak konsisten, mengelirukan dan semestinya bahan lawak terbaik di Malaysia. Sekejap kad prabayar kekal pada harga lama, sekejap kena naik. 

Begitu juga dengan cukai perkhidmatan. Dengan penuh bangga beliau mengumumkan rakyat boleh memilih untuk tidak lagi membayar 10% cukai perkhidmatan (tip) setiap kali makan di hotel. 

Kemudian, kembali mengumumkan cukai itu. 

Ahmad juga dengan bangganya mengatakan beliau tidak bodoh kerana mendapat CGPA 3.85.
Sehinggakan saya tertanya-tanya apakah rasionalnya dengan CGPA itu. Untuk pengetahuan Ahmad, di Malaysia ini untuk menjadi bodoh bukanlah payah. 

Untuk menjadi bodoh, anda hanya perlu menjadi menteri. Ini berlaku kerana Malaysia amat-amat memerlukan orang bodoh menjadi menteri supaya kelak rakyat dapat ketawa. Kalaulah saya nak senaraikan kebodohan menteri di Malaysia, tak cukup tanah pastinya.

Saya tidak tahu kenapa anda perlu turun #bantahGST, tapi saya turun #bantahGST hanya kerana beliau. Saya yakin dengan pilihan saya. 



Bagaimana dengan anda? - 

The Malaysian Insider
 
Ahmad Maslan Punca Turun Demo #BantahGST ! Ahmad Maslan punca saya turun demo #bantahGST – Osama Kalau ditanya saya, kenapa saya perlu turun demo #bantahGST ? Saya tanpa ragu dan silu mengatakan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sebagai puncanya. Wajah sinis Ahmad setiap kali keluar di kaca televisyen atau akhbar menjadikan semangat saya naik mendadak untuk turun demo #bantahGST. Saya juga jadi lebih tidak sabar untuk turun bila mendengar dan membaca tentang kebaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilebun olehnya. Beliau adalah contoh kebanyakan menteri-menteri Kabinet Datuk Seri Najib Razak, Tidak menjawab soalan, tidak konsisten, mengelirukan dan semestinya bahan lawak terbaik di Malaysia. Sekejap kad prabayar kekal pada harga lama, sekejap kena naik. Begitu juga dengan cukai perkhidmatan. Dengan penuh bangga beliau mengumumkan rakyat boleh memilih untuk tidak lagi membayar 10% cukai perkhidmatan (tip) setiap kali makan di hotel. Kemudian, kembali mengumumkan cukai itu. Ahmad juga dengan bangganya mengatakan beliau tidak bodoh kerana mendapat CGPA 3.85. Sehinggakan saya tertanya-tanya apakah rasionalnya dengan CGPA itu. Untuk pengetahuan Ahmad, di Malaysia ini untuk menjadi bodoh bukanlah payah. Untuk menjadi bodoh, anda hanya perlu menjadi menteri. Ini berlaku kerana Malaysia amat-amat memerlukan orang bodoh menjadi menteri supaya kelak rakyat dapat ketawa. Kalaulah saya nak senaraikan kebodohan menteri di Malaysia, tak cukup tanah pastinya. Saya tidak tahu kenapa anda perlu turun #bantahGST, tapi saya turun #bantahGST hanya kerana beliau. Saya yakin dengan pilihan saya. Bagaimana dengan anda? - The Malaysian Insider

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ

Pasar raya ‘perang harga’ kerana GST - FMT Reporters

 
Ahmad-Maslan_gst_new_600

Tindakan pasar raya Mydin menyerap GST sekaligus mengekalkan harga barangan mendorong pasar raya lain untuk melakukan perkara sama bagi menarik pelanggan.

PETALING JAYA: Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah mewujudkan perang harga antara pasar raya besar di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, ia sekaligus memberi kebaikan kepada rakyat apabila barang-barang keperluan mengalami penurunan harga.

Katanya, tindakan Pasar Raya Mydin menyerap GST telah mendorong pasar raya besar seperti Giant, Tesco, AEON dan beberapa lagi pasar raya untuk menurunkan harga.

“Ini sudah tentu memberi kebaikan kepada rakyat. Inilah yang yang saya cuba sampaikan bahawa GST memberi kebaikan kepada rakyat,” katanya ketika ditemubual dalam program Ruang Bicara di Bernama TV pada Rabu.

Ahmad Maslan berkata, restoran makanan segera turut menurunkan harga atau mengekalkan harga asal selepas pelaksanaan GST.

Beliau memberi contoh, KFC menurunkan harga 30 menu manakala 15 menu lagi dikekalkan harga selepas pelaksanaan GST.

Katanya, langkah KFC itu telah mendorong McDonalds untuk mengambil langkah sama bagi menarik pelanggan.

Ahli Parlimen Pontian itu mengulangi dakwaan bahawa kenaikkan harga barang secara sewenang-wenangnya adalah disebabkan peniaga pembangkang.

Katanya, peniaga pembangkang itu tidak semestinya penyokong pembangkang tetapi juga peniaga yang enggan mematuhi standard prosedur GST.

Katanya, peniaga-peniaga ini telah menaikkan harga barang sesuka hati dan cuba menimbulkan kebencian rakyat kepada kerajaan.

Ahmad Maslan menegaskan GST adalah sistem pencukaian yang baharu untuk menjadikan Malaysia negara maju sejajar dengan Wawasan 2020 yang diilhamkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam temubual itu, beliau memberi penjelasan berhubung kenyataan yang didakwa dibuatnya bahawa hanya orang kaya akan dikenakan GST.

Katanya, media berkenaan tersilap lapor kerana apa yang dimaksudkannya ialah orang kaya akan lebih dikenakan GST berbanding orang miskin.

Ahmad Maslan mengaku beliau telah dihina dan dicaci dengan begitu teruk oleh rakyat yang tidak faham kebaikan GST.

Bagaimanapun, beliau telah memaafkan perbuatan itu kerana dengan cara itu hatinya lebih tenang dan senang untuk tidur.

Fasa 2 Jelajah Dr M Serang Jatuhkan PM. Siapa Dalang? -Syed Ali (34) - Posted by Ibnu Hasyim

 
Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Syed Ali
SYED ALI: Jaga-jaga gerakan peralat Dr Mahathir jatuhkan Najib - Astroawani.

 
LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan?  
  
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan? 

KL: SIAPA dalang dibelakang fasa 2 siri jelajah Dr Mahatir serang jatuhkan PM? 

Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan ahli-ahli UMNO supaya waspada dengan gerakan pihak tertentu memperalatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menyerang Datuk Seri Najib Razak sehingga memaksanya melepaskan jawatan Perdana Menteri.
"Ini semua taktik terbaru pihak tertentu melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dengan tujuan menghancurkan perpaduan orang Melayu di negara ini," tegasnya dalam entri blog beliau.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu mendedahkan terdapat pihak tertentu yang sengaja menganjurkan perhimpunan dengan mengundang Dr. Mahathir memberikan ceramah yang keseluruhannya dilihat sebagai serangan terhadap Najib.

"Saya amat kesal dengan perkembangan itu, ada laporan menyebut Dr. Mahathir telah memulakan siri jelajah fasa kedua untuk menyerang Najib supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri," tegasnya.
Tambah beliau, gerakan sedemikian tidak memberi sebarang keuntungan kepada orang Melayu dan UMNO sebaliknya akan melebarkan lagi jurang perpecahan.
"Apa motif pihak penganjur mengadakan ceramah itu dengan menjadikan Dr. Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO," katanya.
Syed Ali mengulas laporan beberapa portal yang melaporkan Dr. Mahathir memulakan fasa kedua kempennya terhadap pentadbiran Najib melalui siri jelajah. Portal berita tersebut turut melaporkan bahawa siri jelajah itu sudah bermula Sabtu lalu apabila Dr. Mahathir hadir di sebuah dewan di Hulu Kelang. 
Siapa agaknya dalang tersebut. (IH)

Kerusi Permatang Pauh simbol kekuatan dan maruah Pakatan

 Perjalanan dan kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen P 44 Permatang Pauh sudah berlalu hampir separuh. Kempen yang bermula sebaik sahaja selepas penamaan calon 25 April lalu sudah masuk hari ke lima kini. Tinggal tujuh hari saja lagi masa berkempen. Hari mengundi ialah 7 Mei.
Pilihan raya kecil itu jika tidak dianalisa ia dilihat pilihan raya kecil biasa sahaja, seperti pilihan kecil di kerusi Rompin, Pahang. Ia diadakan kerana berlaku kekosongan selepas penyandangnya Anwar Ibrahim dinafikan hak mengikut perlembagaan apabila dijatuhi hukum penjara lima tahun.
Tetapi jika ia diselidiki dan difahami serta membaca peta dan memerhati landskap politik, PRK Permatang Pauh itu sangat berbeza dan asing dengan PRK lain, seperti di Rompin itu. PRK itu ada signifikan tersendiri dan membawa mesej yang cukup penting dan unik.

Semua orang khasnya pengundi di Permatang Pauh kena mengetahui akan keunikan dan perbezaan PRK itu berbanding dengan PRK Rompin dan lain-lain termasuk juga dengan PRK DUN Chempaka, di Kelantan baru-baru ini apabila penyandangnya Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Yang perlu difahami ialah, kenapa PRK itu diadakan? Iya, ia diadakan kerana ia kosong. Begitulah lumrah dan sunah demokrasinya. Tetapi lumrah itu bukan boleh diterima seadanya. Yang penting di sini ialah memahami akibat kekosongan itu berlaku, ini yang perlu difahami betul-betul. 
 
Kerusi itu menjadi kosong bukan kerana penyandangnya meninggal, tetapi ia kosong kerana penyandangnya di "sendur" dalam penjara. Ia menjadi kosong kerana penyadangnya dihilang hak dan kelayakan mengikut suatu prosuder. Ia disengajakan.
Yang kena difahami lagi kenapa penyandangnya, Anwar hilang kelayakan dan haknya. Jawabnya kerana ianya dijatuhi hukuman penjara lima tahun. Yang perlu difahami lagi kenapa ketua pembangkang itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun, jawabnya kerana beliau didakwa melakukan liwat. 
 
Yang kena difahami lagi kenapa beliau dituduh melakukan liwat? Inilah kata kunci bagi memahami kenapa PKR Permatang Pauh itu diadakan dan kenapa ianya sangat penting untuk diberi perhatian.
Bagi saya pilihan raya itu sengaja diadakan dengan sesuatu niat yang jelas untuk menamatkan kerier dan perjuangan Anwar. Pihak UBN yakin dan percaya cara mereka perlakukan ke atas Anwar itu ia boleh mengakhiri riwayat perjuangan Anwar. Mereka perlu menamatkan riwayat Bapa Reformis itu kerana ingin mengekalkan kekuasaan. 
 
Kalau mereka boleh melakukan tindakan seperti mana dilakukan oleh orang tertentu yang menyuruh Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri membunuh Altantuya Shaarribuu bagi mencapai impian politiknya, nah mereka sudah lama perlakukan begitu kepada Anwar.
Kenapa saya beranggapan demikian, kerana ianya jelas dan nyata. Halangan atau kerja-kerja untuk membunuh riwayat perjuangan Anwar sudah lama dilalukan. Ia bermula sejak tahun 1998 lagi. 
 
Hari pemecatan Anwar daripada Umno 3 September 1998 itu adalah permulaan dan langkah pertama ke arah untuk memusnahkan menguburkan. 
 
Tindakan itu dirasmikan oleh Dr Mahathir Mohamad, dan apa yang berjalan kini adalah pelaksanaan pelan pembangunan jahat Mahathir. Malangnya kubur bukan merupakan pusara buat Anwar.
Itulah perkara pokok yang perlu difahami kenapa Anwar didakwa melakukan kes liwat. Itu yang penting. Ia bukan sekali tetapi dua kali dan tidak mustahil akan membawa kepada kali ketiga? Sama ada Anwar benar melakukan atau tidak, itu soal lain. Tetapi apabila Anwar didakwa sudah ada persiapan untuk menjadikan kerusi itu kosong. 
 
Pendakwaan Anwar dengan kes liwat itu bagi saya satu mekanisme dan taktik semata-mata, kerana masih ada pesalah lain yang lebih teruk daripada Anwar dibiarkan hidup bebas dan lepas bukan sekadar menyedut tetapi memakan oksigen.  
 
Kenapa mereka dibiarkan, kerana mereka itu bukan penghalang dan penganggu kepada perjalanan mereka atas karpet merah kekuasaan.
Justeru bagi saya tindakan melakukan kekosongan kerusi Permatang Pauh itu dengan sengaja, ia dicerminkan dengan tindakan menghalang Anwar daripada bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang Selangor. Dari tindakan itu menunjukkan bahawa ada niat busuk terhadap Anwar. 
 
Kalau bukan begitu kenapa Mahkamah Persekutuan menyegerakan untuk mendengar rayuan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum sampai tarikh yang ditetapkan?
Makanya apabila ia disegerakan dan mahkamah katanya hari itu bersidang hingga di luar waktu kebiasaanya, jelas tindakan itu bagi menyekat Anwar mengisikan borang pencalonan untuk bertading di DUN Kajang sebagai persediaan menjadi MB Selangor.

Apabila memahami tindakan itu maka jelaslah, tujuan dan motifnya. Lebih jauh dari itu ialah untuk membunuh kerier politik Anwar. Pihak bertanggungjawab memikul dosa atas perbuatan tidak bermoral dan jahat itu tahu akan maksudnya. Kerusi Permatang Paug tidak menjadi kosong kalau bukan kerana itu. Tidak.

Persoalannya kini apakah niat busuk itu akan tercapai. Apakah kerier dan perjuangan Anwar membela rakyat akan terkambus di Permatang Pauh? 
 
Isterinya telah diserahkan untuk meneruskan perjuangan di Permatang Pauh dalam membela rakyat. Perletakan Azizah itu adalah simbol kepada Anwar, itu hakikatnya bukan kerana kegilaan Azizah untuk menjadi YB.
Menyedari hakikat itu maka PKR perlu memastikan kerusi Permatang Pauh dapat dipertahankan 7 Mei kelak. Kerusi itu bukan saja menjadi lambang maruah dan tugu kehebatan Anwar, tetapi ia menjadi lambang kekuatan PKR dan juga Pakatan Rakyat serta seluruh rakyat yang memberontak dan resah dengan kezaliman dan kekejaman kerajaan. 
 
Ia bukan saja bagi insan di kawasan itu, di negeri Pulau Penang, sebaliknya di seluruh Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah termasuk Marang juga.
Dan kerana PKR bermaufakat dengan DAP dan Pas membentuk Pakatan Rakyat, maka kerusi itu adalah maruah bagi Pakatan Rakyat. Selagi Pas masih dalam Pakatan Rakyat kesan negatif yang terbit dari pilihan raya itu juga terleset (terpalit) kepada Pas.

Suka atau tidak suka, kerusi itu wajib dipertahankan. Dr Wan Azizah kena dipastikan menang. Kerusi yang menjadi milik Anwar sejak tahun 1982 itu perlu dikekalkan sehingga beliau melunasi hutang penahan secara paksa terhadapnya selama lima tahun itu.

Bercakap mengenai kemenangan ini, Azizah perlu meraih kemenangan dengan majoriti yang mewah. Sekiranya majoriti kemenangan nanti di bawah 5,000 saya menyifatkan ia gagal. Azizah atau Pakatan Rakyat perlu meraih sekurang-kurang 10,000 majoriti.  
 
Untuk rekod majoriti dalam pilihan raya lalu, 1999 (9,077 undi), 2004 (590 undi), 2008 (13,388 undi). Apa lagi kalau kalah PKR dan Pakatan Rakyat berdosa dengan Anwar. Anwar yang kini terjeruk di penjara menanti pembelaan ke atasnya dengan memberi kemenangan besar.
Dengan menginsafi senario dan sejarah politik di Permatang Pauh, BN mungkin tidak meletakan harapan untuk menang. Parti itu berasakan cukup kalau mereka dapat menambah undi dan mengurangkan majoriti bakal diraih Dr Wan Azizah. 
 
Bagi mereka itu sudah berjaya dan memberi petanda baik. Kemenangan bagi BN ialah bukan menduduki kerusi itu tetapi mengurangkan pengaruh Anwar di Permatang Pauh dan menghasilkan "kekucahan" sesama Pakatan Rakyat.
BN sangat memahami Permatang Pauh adalah lubuk dan kubu pengaruh Anwar Ibrahim dan juga Azizah. Sudah 33 tahun mereka menguasai kawasan berkenaan. 
 
Anwar mulai meyandang kerusi itu tahun 1982 hingga 1998 atas tikit Barisan Nasional. Mulai tahun 1999 yang ia disandang oleh Dr Wan Azizah sehingga tahun 2005 sebelum diambil semula oleh Anwar tahun 2005 hingga 2015.
Bercakap mengenai peluang PKR untuk mengekalkan kerusi berkenaan dengan majoriti mewah, ia sangat bergantung kepada undi simpati pengundi Permatang Pauh. 
 
Pengundi Permatang Pauh tidak menghirau isu pembangunan, dan juga tekanan bahanan GST, 1MDB dan sebagainya, tetapi perasaan simpati yang lebih menonjol. Sebagai kawasan dimiliki Anwar pengundi akan terkesan dengan perkara itu. Sejauh manakah daya simpati ini akan membantu PKR?
Sejauh manakah pengundi akan terus menumpahkan simpati kepada Dr Wan Azizah dan Anwar lantas memangkah kertas undi berlambangkan mata? 
 
Apakah Azizah masih dapat meraih 70 peratus undi yang dibuat atas landasan simpati? Ini yang menjadi tanda tanya. 
 
Sekiranya Azizah gagal untuk mendapat sokongan atas rasa simpati itu, PKR akan menemui jakan sukar dan tidak mustahil kejutan seperti mana disebut Ahmad Zahid Hamid akan berlaku.
Masalah yang menimpa dalam Pakatan Rakyat, khasnya hubungan PKR dengan Pas sedikit sebanyak mengencatkan kerja-kerja untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Walaupun yang keruh sudah berlalu tetapi sungai Pakatan Rakyat di Permatang Pauh masih belum sejernih sebelum ini. Perjanjian dan sumpah dalam politik bukan boleh dipercayai. 
 
Sifat mengunting dalam lipatan dan musang berbuluh ayam sering berlaku dan fenomena inilah mengejutkan. Kita tidak mahu kesan pilihan raya itu nanti setelah ianya dibuat bedah siasat akibatnya tertunding kepada Pas.
Berdasarkan realiti itu, bukan senang untuk Azizah pertahankan kerusi Permatang Pauh dan membela maruah suami dan partinya. Ia memerlukan kerja kuat dari semua pihak khasnya parti komponan Pakatan Rakyat. Keikhlasan sangat dibutuhkan. 
 
Apa yang dilafazkan Dr Wan Azizah pilihan raya itu bukan mudah untuk dimenangi adalah benar. Kata Dr Mohd Hatta Ramli pula, pilihan raya kecil di Permatang Pauh itu namanya kecil tetapi natijah dan implikasinya besar. Oleh sebab itu jangan main-main.
Dan andaian dibuat Lim Gua Eng, Permatang Pauh menjadi penanda aras dan penentu masa depan PR adalah benar. Sekiranya Wan Azizah kalah mungkin Pakatan Rakyat akan lunyai.

Seandainya kerusi Permatang Pauh tewas, seperti mana di Teluk Intan, ia bermakna perjuangan Anwar untuk membawa Pakatan Rakyat ke Putrajaya juga mungkin akan berakhir. 
 
Ingat, rakyat negara ini tidak mudah bangkit atau pun mudah terangsang dengan isu-isu sosial, ekonomi, budaya yang menghentam dan membobrakan (baca memberukkan) mereka. Semua itu akan dilupakan begitu sahaja apabila dihulurkan wang seringgit dua atau gula sekatil dua.
Selagi undi dapat ditukar ganti dengan wang ringgit, soal maruah dan integriti tidak menjadi keutamaan dan diletakkan sebagai pacang sokongan. Ini kena difahami betul-betul dan PRK Permatang Pauh itu sangat penting dan signifikan kepada PKR dan Pakatan Rakyat. [wm.kl.7:04 pm 29/04/15]

VIDEO : Orang tak tahu apa Ahmad Maslan cakap, kata Dr M



 

Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan yang tak tahu apa-apa tentang kewangan kata Mahathir..


Sebaiknya Ahmad Maslan diam bukannya terus melawan Tun Mahathir ini..

Kalau nak dibandingkan dari segi apa sekalipun antara Tun Mahathir dengan Ahmad Maslan rasanya seperti langit dan bumi..

Melawan pun tak guna.. sebab lebih banyak Ahmad Maslan bercakap lebih terserlah kebodohannya dalam ekonomi..

Walaupun ada juga ketirisan dalam pentadbiran Mahathir perlu kita akui dalam masa 23 tahun itu terbukti beliau berjaya membangunkan banyak projek-projek mega yang menjadi kebanggan negara..

Menariknya tak pula dilaksanakan GST untuk membangunkan negara ketika itu..

Boss Ahmad Maslan yang namanya Najib tu.. sudah enam tahun jadi Perdana Menteri.. apa pembangunan yang dia dah laksanakan?

Pembangunan tak serancak zaman Mahathir tapi hutang negara pula yang mencanak naik..

Selepas Datuk Ahmad Maslan menuduhnya tidak memahami cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan baru-baru ini, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengkritiknya kembali, mengatakan timbalan menteri kewangan itu tidak tahu apa-apa tentang kewangan, lapor Malaysiakini.
"Saya tak tahu apa yang dia cakap.
"Dia jaga kewangan tetapi dia tak tahu apa-apa tentang kewangan," katanya.
Ahmad sebelum ini mendakwa Dr Mahathir tidak faham GST dan ia merupakan punca bekas perdana menteri itu mencadangkan Putrajaya menghapuskan cukai yang membebankan rakyat itu.
"Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penjelasan yang betul tentang GST.
"Peratusan GST lebih rendah berbanding SST (cukai jualan dan perkhidmatan). Jadi bagaimana dia boleh kata lebih baik kerajaan batalkan GST," kata Ahmad yang juga ahli Parlimen Pontian itu dipetik sebagai berkata sebelum ini.
Beliau juga menggesa pihak yang rapat dengan Dr Mahathir memberi penjelasan lebih lanjut tentang GST kepadanya ‘tanpa dipengaruhi komen negatif pembangkang’


Kalau Najib sendiri pun tak mampu nak menandingi Tun Mahathir.. setakat Ahmad Maslan tu apalah sangatnya...

Sandiwara PR di Permatang Pauh FMT Reporters

 
berlakon je

Watak utama drama ialah PKR dan Pas manakala DAP sebagai abang besar yang tidak mahu bersuara kerana takut sokongan kepada PKR terjejas.

PETALING JAYA: Kontroversi antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di Permatang Pauh didakwa hanya lakonan semata-mata untuk meraih perhatian pengundi.

Dakwaan itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafli.

Dia melabelkan DAP sebagai ‘abang besar’ dalam drama itu mengikut istilah dunia gangster manakala PKR dan Pas pemegang watak utama.


Mohd Razlan berkata, tindakan pusingan U yang dibuat Pemuda Pas Pulau Pinang sudah dijangka kerana perbalahan itu hanyalah ‘drama’.

“Kalau kita tengok kejap nak buat pertahan hudud, kejap tidak, bila didesak DAP, u-turn balik, ini semua drama Pemuda Pas semasa di Permatang Pauh, sebab tak ada isu lain nak main.

“Pas mahu dapatkan publisiti murahan untuk lihat mereka ini wujud di Permatang Pauh, kalau tak buat isu macam ini, tidak akan dapat liputan dan tak nampak Pemuda Pas wujud, yang pasti Pas itu sendiri gunakan agama untuk didramakan,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.

Mohd Razlan berkata, walaupun DAP abang besar tetapi tidak boleh bersuara kerana bimbang sokongan kepada PKR terjejas.

“DAP tak boleh bersuara sebab takut pengundi di Permatang Pauh tidak akan mengundi PKR. Pas pula kena bersuara kononnya sudah perjuangkan tetapi kena pentingkan Pilihan Raya Kecil (PRK). PKR pula kata kita ikut persetujuan PR,” katanya lagi.

Dia mengingatkan pengundi supaya tidak mudah dipermainkan oleh PR yang mempergunakan agama untuk meraih sokongan.

“Pengundi Permatang Pauh jangan lagi dipermainkan oleh mereka atas dasar pergunakan agama, kenapa nak tarik balik benda yang mereka ludah? Fikir itu pun sudah memadai tentang Pas ini parti macam mana sebenarnya.” katanya.

Wednesday, April 29, 2015

Kandang haiwanpun lebih bersih - FMT Reporters

 
kilang tahu kotor

Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Jabatan Kesihatan Selangor telah mengarahkan kilang berkenaan ditutup sementara dari 8 April hingga 22 April.


PETALING JAYA: Pendedahan beberapa keping gambar di laman Facebook yang menunjukkan keadaan kilang pemerosesan tahu yang jijik dan kotor menimbulkan rasa kurang senang dan kemarahan di kalangan orang ramai.

Berdasarkan gambar yang dimuat naik, ia menunjukkan keadaan kebersihan yang amat teruk dan meloyakan tekak.

Tidak kurang juga yang memberi komen,  ia kelihatan seperti kandang lembu dan khinzir.

Berikutan persekitaran yang memualkan, mereka meminta kilang yang terletak di Kampung Baru Subang, Shah Alam, ditutup terus.

Menurut laporan yang dipetik Perak Today, premis berkenaan telahpun tutup pada 8 April hingga 22 April  lalu oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling, Jabatan Kesihatan Selangor.

GST: Peniaga dalam proses turun harga barang - FMT Reporters

 
elak beli gst
Hasil penguatkuasaan kementerian dan kastam, peniaga semakin positif dan kebanyakkan dalam proses menurunkan harga barang kerana takut didenda.

 PETALING JAYA: Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong menasihatkan rakyat supaya bijak memilih pasar raya dan lokasi beli belah untuk mengelak terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pengguna perlu memilih untuk berbelanja di kedai-kedai yang pemiliknya mengamalkan etika perniagaan yang baik.

Beliau berkata, peniaga memberikan reaksi positif dan kebanyakkan mereka dalam proses menurunkan harga barang kerana takut didenda.

“Ketika ini penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan Kastam sedang melaksanakan tugas mereka.

“Kita lihat kesannya semakin positif dikalangan peniaga, mereka takut didenda dan kebanyakkannya sedang dalam proses menurunkan harga, bagi kita itu perkembangan positif,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.

Ka Siong ditemui ketika membantu calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin berkempen di Permatang Pauh pada Selasa.

Beliau berkata, penduduk di Permatang Pauh semakin menerima baik GST selepas mendapat banyak penerangan oleh kerajaan.

Ahmad Maslan tidak faham GST-Tun M - FMT Reporters

 
maslam mahathir pulak

Menurut Dr Mahathir jawapan dan respon yang diberikan Ahmad Maslan menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu sebenarnya tidak mendalami GST.


KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad menempelak Datuk Ahmad Maslan yang tidak tahu hal ehwal kewangan walhal memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan.

Bekas Perdana Menteri berkata, Ahmad Maslan sebagai pelaksana sepatutnya lebih arif tentang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Katanya, berdasarkan jawapan dan respon yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pontian sudah cukup membuktikan Ahmad Maslan sebenarnya tidak mendalami GST.

“Orang yang nak laksana tak paham apa dia (GST). Bila kita tanya dia pun tidak berapa tahu. Jadi nampak tak memahami secara mendalam. Saya pun kena bayar GST juga,” katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun beliau tidak memahami GST namun Ahmad Maslan tidak pula mengatakan apa disebutnya itu salah.

“Saya tak faham (GST) tapi apa yang saya kata dia (Ahmad Maslan) tak kata salah tapi yang dia cakap tu macam tak tahu apa.

“Jaga pasal kewangan tapi tak tahu pasal kewangan langsung, macam mana?,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Maslan menyifatkan Dr Mahathir tidak tahu GST kerana kemungkinan tidak mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir mengesahkan beliau tidak akan menyertai perhimpunan pada 1 Mei bagi membantah pelaksanaan GST.

Pentadbiran Najib tidak bersih- Tun M - FMT Reporters

 
mahathir kritik najib
 Dr Mahathir menerima agenda kerajaan membayar hutang tetapi beliau tidak puas hati apabila duit negara hilang dan hutang luar negara meningkat.


KAJANG : Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku beliau menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana pentadbirannya yang didakwa tidak bersih.

Bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak puas hati kerana di bawah pentadbiran Najib, duit negara hilang dan hutang luar negara pula meningkat.

“Agenda kerajaan kena bayar hutang. Kalau bayar hutang saya tidak ada masalah. Menjadi masalah sekarang ialah duit (negara) hilang.

“Kalau satu juta, dua juta takpelah, ni sampai 14 juta, 20 juta hilang. Tidak tahu ke mana perginya. 

Ini persoalannya. Saya tak puas hati pasal duit hilang…duit kerajaan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Syarahan Perdana di German-Malaysia Institute pada Rabu.

Dr ‎Mahathir berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai kenyataan Najib yang menyatakan beliau tidak akan berganjak walaupun ‘diserang’.

Najib ketika berucap ketika melancarkan laporan Program Transformasi 2014 berkata, beliau tidak akan berganjak atau menyerah kalah walaupun diasak dan dikritik.