Followers

Thursday, April 30, 2015

Rosman Dijadikan Bahan Gurauan Kempen PRK

 

Pakatan Rakyat mensasarkan isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan jenaka dalam kempen mereka di Permatang Pauh.

Dalam ceramah berkaitan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) malam tadi, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata banyak wanita merungut tentang caj 6 peratus terhadap tuala wanita.

Sambil bergurau, Mahfuz berkata, rungutan itu menyebut mereka tidak dibayar apabila tiap malam tidur bersama suami tetapi terpaksa berbelanja lebih membayar harga tuala wanita selepas GST.

Beliau kemudian bertanya berapa jumlah dibayar Najib untuk menyewa penerbangan bagi membawa rombongan ke kenduri anaknya di Kazakhstan.

Mahfuz merujuk kepada majlis perkahwinan Nooryana dengan warganegara Kazakhstan Daniyar Kessikbayev baru-baru ini.

Ketika Mafuz meninggalkan pentas, pengacara majlis Fariz Musa yang juga pemimpin pusat PKR memanjangkan jenaka Mahfuz.

Fariz berkata Najib tidak peduli dengan caj tambahan pada tuala wanita kerana isterinya tidak lagi memerlukannya.

Jenaka itu mengundang ketawa kira-kira 500 peserta yang hadir dalam ceramah malam tadi itu.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.