Followers

Friday, January 31, 2014

Putrajaya bakal hadapi persepsi negatif jika lantik Shafee sebagai peguam negara OLEH V.ANBALAGAN

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee dan Putrajaya akan menghadapi pesepsi negatif jika dia dilantik sebagai peguam negara, kata sekumpulan peguam.

Penasihat dan pengasas kepada Peguam untuk Kebebasan, Eric Paulsen (gambar) berkata, Putrajaya tidak sepatutnya mempertimbangkan langsung Shafee sebagai calon untuk jawatan itu kerana beliau membawa bebanan tersendiri.

"Peguam negara adalah satu jawatan yang tidak boleh dipertikaikan dan calon-calon untuk jawatan ini perlu dilihat bebas dan mengatasi kuasa politik," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, jika Shafee dilantik atau dipertimbangkan untuk jawatan itu, maka keseluruhan Jabatan Peguam Negara akan terjejas daripada kedudukan sekarang kepada lebih buruk lagi kerana beliau (Shafee) dikenali sebagai peguam Umno.

Katanya, Shafee telah menjadi penasihat perdana menteri sebelum ini dan perdana menteri sekarang serta Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau juga berkata, Shafee juga dikenali kerana mengambil sikap menentang pembangkang khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Apatah lagi ia sangat tidak sesuai setelah beliau terlibat dalam kes sodomi Anwar. Persepsi umum adalah jika beliau berjaya menang kes bagi pihak pendakwa, hadiah untuknya adalah jawatan Peguam Negara seterusnya."

Pada 9 Januari, 2012, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Desa Damansara unit kondominium di Bukit Damansara di sini, antara jam 3.10 dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Shafee bakal mengetuai pasukan pendakwaan apabila Mahkamah Rayuan mendengar rayuan pendakwa raya pada 12 Februari ini.

Paulsen berkata demikian ketika mengulas Shafee yang mendedahkan keinginannya untuk menjadi penasihat undang-undang negara dan pendakwa raya.

Peguam kanan berusia 61 tahun itu berkata beliau sedia mengambil alih jawatan itu untuk memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dan tidak memikirkan soal membuat wang.

"Saya akan menerima apa-apa jawatan untuk berkhidmat. Jika saya layak untuk jawatan itu dan kerajaan benar-benar inginkan saya, saya akan menerimanya," kata Shafee di pejabatnya dekat Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada hari Khamis.

Paulsen berkata pengakuan Shafee mengesahkan apa yang telah menjadi rahsia umum sejak sekian lama di kalangan pengamal undang-undang.

Beliau berkata, tidak ada keraguan Shafee memahami undang-undang dan mempunyai keupayaan yang cemerlang tetapi soalannya adalah samada beliau mendapat keyakinan umum sebagai peguam negara atau tidak.

"Jawatan Peguam Negara tidak boleh tercemar," katanya.

Paulsen berkata, ia telah berlaku kepada pelantikan Tun Zaki Azmi, bekas Peguam Umno, yang telah dilantik terus sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun 2007 dan kemudian Ketua Hakim Negara.

"Beliau adalah seorang peguam kanan tetapi tidak sehebat Datuk Seri Gopal Sri Ram (yang dilantik terus ke Mahkamah Rayuan) dengan ensiklopedia pengetahuan undang-undangnya," katanya.

Beliau berkata, semua mata tertumpu setiap kali ada kes berkaitan Putrajaya dan Umno seperti krisis Perlembagaan Perak sama ada Zaki campur tangan dalam memanipulasi penghakimannya.

Shafee berkata, khabar angin beliau menjadi Peguam Negara telah wujud sejak 15 ke 20 tahun lalu ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Shafee, yang dilantik secara ad hoc sebagai Timbalan Pendakwa Raya untuk memimpin pasukan pendakwaan untuk membatalkan pembebasan Anwar pada tahun 2012, juga perlu dilihat sebagai tugas untuk perkhidmatan awam.

Beliau berkata Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail telah tidak mengambil kes ini kerana tuduhan terhadapnya, seperti manipulasi keterangan dan bekas pendakwa raya (Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden) pula telah bersara.

Lawyers for Liberty dua minggu lalu mempersoalkan peranan Shafee sebagai pendakwa selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuannya selepas didenda RM5, 000 oleh Lembaga Tatertib Peguambela dan Peguamcara kerana melanggar peraturan publisiti di bawah Akta Profesion Guaman.

Paulsen kemudian berkata ini merupakan satu lagi sebab mengapa Gani perlu mengambil balik lesen yang diberikan kepada Shafee untuk mengendalikan kes Anwar. – 31 Januari 2014

PRK N.25 Kajang : Kenyataan Yang Boleh Membuat Najib Dan Noh Omar Bertambah Kecut Beb !

Photo: Jumaat, 31 Januari 2014.

PRK N.25 Kajang : Kenyataan Yang Boleh Membuat Najib Dan Noh Omar Bertambah Kecut Beb !

"Hanya Calon Setanding Layak Lawan Anwar " itu bukan gua yang cakap tapi Penganalisa Politik Dr Jeniri Amir yang cakap beb, kalau gua yang cakap nanti lu orang ISI PERUT UMNO kat gua BERAT SEBELAH lah, MENGAGUNGKAN ANWAR lah dan entah apa lagi yang bla bla bla bla. Cuma bila Dr Jeniri Amir mengeluarkan Pandangan sedemikian gua akan TAFSIRKAN seperti diatas, kerana perkataan SETANDING yang dimaksudkan sudah tentu nya adalah Nama-Nama Besar di pihak Umno and The Gang.

Kalau sudah Nama-Nama Besar disebelah Umno ada The Gang apa Maksud nya beb, tak kan Nama-Nama Besar tersebut bertaraf Penyokong seperti Polis Trafik Makan Rasuah RM400 tu atau pun Ketua Bahagian yang Tanpa Jawatan. Sudah semesti nya Nama-Nama Besar tersebut adalah Pimpinan Tertinggi disebelah Umno and The Gang beb. 

Siapa Nama-Nama Besar tersebut kalau bukan Perdana Menteri Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib selaku Presiden Umno dan PELOPOR kepada SLOGAN MAUT iaitu 1 MALAYSIA beb.

Yang seorang lagi Nama Besar Yang Bercakap Besar ialah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk seri Noh Omar merangkap Pengusha Ternak Udang Terkenal Negara, ini dua Nama Besar yang gua rasa SETANDING untuk Melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi DUN N.25 Kajang. 

Yang mana seorang nya selaku Presiden Umno dan seorang lagi selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, nama-nama lain yang gua tak nampak kecuali lah kalau dia orang hendak Menonjolkan Muka Tak Malu Tampal kulit babi 14 inci tu dia orang... kah kah kah !.

Cuma seperti yang diketahui kenyataan nya ialah seorang dari mereka telah pun MENGANGKAT BENDERA PUTIH, dengan mengatakan "JANGAN LIBATKAN SAYA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang kerana itu bukan masalah saya" mengikut kata Presiden Umno. 

Manakala yang seorang lagi belum ada jawapan walaupun telah ada Cabaran yang menyuruh beliau menunjukan KEJANTANAN beliau, lu orang boleh baca disini. Tapi sampai sekarang pun BAYANG jawapan dari beliau belum terdengar, mungkin kerana terlalu banyak Cabaran yang terpaksa beliau jawap kot... kah kah kah !. sumber SH

hemmmmm..... andai kata kalau bukan nama-nama besar yang diletakkan sebagai calon dari umno and the gang lebih baik tak usah lah beb... yang itu betu-betul buang masa, tenaga dan wang ringgit... kah kah kah... A B U.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

"Hanya Calon Setanding Layak Lawan Anwar " itu bukan gua yang cakap tapi Penganalisa Politik Dr Jeniri Amir yang cakap beb, kalau gua yang cakap nanti lu orang ISI PERUT UMNO kat gua BERAT SEBELAH lah, MENGAGUNGKAN ANWAR lah dan entah apa lagi yang bla bla bla bla. 
 
Cuma bila Dr Jeniri Amir mengeluarkan Pandangan sedemikian gua akan TAFSIRKAN seperti diatas, kerana perkataan SETANDING yang dimaksudkan sudah tentu nya adalah Nama-Nama Besar di pihak Umno and The Gang.

Kalau sudah Nama-Nama Besar disebelah Umno ada The Gang apa Maksud nya beb, tak kan Nama-Nama Besar tersebut bertaraf Penyokong seperti Polis Trafik Makan Rasuah RM400 tu atau pun Ketua Bahagian yang Tanpa Jawatan. Sudah semesti nya Nama-Nama Besar tersebut adalah Pimpinan Tertinggi disebelah Umno and The Gang beb.

Siapa Nama-Nama Besar tersebut kalau bukan Perdana Menteri Wassatiyah Datuk Seri Haji Najib selaku Presiden Umno dan PELOPOR kepada SLOGAN MAUT iaitu 1 MALAYSIA beb.

Yang seorang lagi Nama Besar Yang Bercakap Besar ialah Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor Datuk seri Noh Omar merangkap Pengusha Ternak Udang Terkenal Negara, ini dua Nama Besar yang gua rasa SETANDING untuk Melawan Datuk Seri Anwar Ibrahim di kerusi DUN N.25 Kajang.

Yang mana seorang nya selaku Presiden Umno dan seorang lagi selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Selangor, nama-nama lain yang gua tak nampak kecuali lah kalau dia orang hendak Menonjolkan Muka Tak Malu Tampal kulit babi 14 inci tu dia orang... kah kah kah !.

Cuma seperti yang diketahui kenyataan nya ialah seorang dari mereka telah pun MENGANGKAT BENDERA PUTIH, dengan mengatakan "JANGAN LIBATKAN SAYA dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) N.25 Kajang kerana itu bukan masalah saya" mengikut kata Presiden Umno.

Manakala yang seorang lagi belum ada jawapan walaupun telah ada Cabaran yang menyuruh beliau menunjukan KEJANTANAN beliau, lu orang boleh baca disini. 
 
Tapi sampai sekarang pun BAYANG jawapan dari beliau belum terdengar, mungkin kerana terlalu banyak Cabaran yang terpaksa beliau jawap kot... kah kah kah !. sumber SH

hemmmmm..... andai kata kalau bukan nama-nama besar yang diletakkan sebagai calon dari umno and the gang lebih baik tak usah lah beb... yang itu betu-betul buang masa, tenaga dan wang ringgit... kah kah kah... A B U.

Dicatat oleh Mat Indera Sipejuang.

BELI HARTANAH MEWAH DI BAVERLY HILLS Rumah agam anak Rosmah RM58 JUTA

*Selepas memiliki kondo berharga RM110 JUTA di kota New York,anak lelaki Rosmah Mansor hasil perkahwinan pertama kinidilaporka Serawak Report membeli sebuah rumah agam bernilai RM58 JUTA.

Sehingga kini Riza,Rosmah dan pihak berkuasa negara ini masih membisu dengan persoalan ini.

* muka 2 "dia kena jelas kepada rakyat Malaysia,dari mana duit di perolehinya.Sedangkan dia baru sahaja berkerja di sebuah bank disana." 
 
- Datuk Johari Abdul
Ahli Parlimen Sungai Petani

berita dari Suara Keadilan

Isu Kajang - Apa Erti Air Mata Rafizi Ramli?

Photo: Friday, January 31, 2014.

Isu Kajang - Apa Erti Air Mata Rafizi Ramli?

Semalam Arul PSM mengasak Rafizi bertubi2. Agakan asakan demi asakan tersebut la yang akhirnya membuatkan air mata Rafizi tumpah. Bukan kerana Rafizi rasa tercabar. 

Jauh sekali kerana Rafizi rasa dia dikalahkan. Tetapi kerana Rafizi sedar dalam sedar tak sedar dia sebenarnya sedang melakukan sesuatu perkara yang diri dia sendiri tak boleh terima dengan sepenuhnya.

Sejujurnya.

Aku tahu, ko tahu, Rafizi tahu, Anwar tahu, Khalid tahu, PKR tahu, PR tahu dan semua tahu pilihanraya di Kajang adalah kerana polemik dalaman PKR yang nampaknya sudah semakin meruncing.

Khalid tidak mahu berkompromi. Azmin tidak mahu berkompromi. Semua tidak mahu berkompromi. Akhirnya kerana masing2 dengan pendirian masing2 maka satu tindakan taktikal perlu dibuat untuk menyelamatkan keadaan yang semakin meruncing.

Ia tiada kaitan dengan Putrajaya.

Ia tiada kaitan dengan Najib. Jauh sekali ada kaitan dengan BN UMNO MAHATHIR dan blablabla tue.

Alasan2 itu semua adalah untuk cover up permasalahan dalaman PKR semata2. Ahli2 PKR mempunyai justifikasi sendiri kenapa mereka memilih untuk sedaya upaya menutup kepincangan mereka seperti itu juga la rakyat marhaen mempunyai justifikasi sendiri kenapa kami lebih selesa memilih jadi lebih jujur, terbuka dan telus.

Kita katakan la saja bahawa Anwar akan berperanan menyelesaikan konflik dalaman dengan Kajang move. Masalahan dalaman PKR jika tidak diselesaikan ia akan menganggugat pentadbiran dan kelansungan pemerintahan PR di Selangor kerana masing2 sibuk berbalah sesama sendiri.

Maka, mula la masing2 menyerang kawan masing2 dengan isu2 peribadi.

Maka, mula la masing2 tidak bersetuju antara satu sama lain mengenai usul2 tertentu.

Maka, mula la masing2 mula mencari jalan macam mana nak jatuhkan pihak2 yang tidak disenangi.

Maka, oleh kerana wakil2 rakyat pun tak se-ahti sejiwa untuk menumpukan perhatian bagi selesaikan masalah rakyat secara automatik hak rakyat akan dicabuli dan terjejas. 

Samada dengan Kajang Move atau tanpa Kajang Move rakyat memang dalam posisi tergugat. Maka aku anggap airmata Rafizi semalam adalah kerana dia sedar inila sebenarnya yang berlaku. 

Dan atas kapasiti partisan, bukan semua perkara dia perlu menceritakan kepada public demi menjaga kerahsiaan parti. 

Apa yang dia cuba lakukan ialah sedaya upaya memastikan dengan terheretnya rakyat dalam masalah peribadi PKR ini nanti akan memberikan kesan positif kepada rakyat Kajang, Selangor dan Malaysia keseluruhan nya. 

Itu yang dia mampu buat bagi menghalalkan tindakan mereka yang menyusahkan rakyat.

Pertama. Mereka akan pastikan pengundi Kajang menerima faedah.

Kedua. Mereka akan pastikan rakyat Selangor menerima faedah.

Ketiga. Mereka akan jadikan Selangor negeri contoh aka penanda aras bahawa keputusan mereka di Selangor (Kajang-Move) akan membuatkan rakyat mengundi PR pada PRU ke 14 kelak.

Maka mereka perlu menunjukkan contoh pentadbiran yang baik dan telus di Selangor untuk menjustifikasikan keputusan mendadak mereka pada kali neh. Menurut artikel Zaid Ibrahim semua neh berlaku kerana jawatan Menteri Besar dijanjikan kepada dua individu yang berbeza sedangkan jawatan nya ada satu. 

Jawatan yang sama dijanjikan kepada Khalid dan dijanjikan kepada Azmin. Maka perebutan itu pun bermula angkara janji.

Adakah Azmin bersalah kerana mendapatkan apa yang dijanjikan?
Atau, adakah Khalid bersalah kerana mempertahankan apa yang dijanjikan?

Itu lue orang fikir sendiri.

Cuma, setelah Khalid hilang jawatan, dengan Azmin semakin jauh dari apa yang dijanjikan, adakah ia berupaya menyelesaikan kemelut ini?

Dan, sejauh mana jaminan nya yang PKR mampu beri kepada rakyat bahawa Kajang Move adalah yang terakhir sekali rakyat akan diheret dalam permasalahan peribadi parti mereka?

Ini risiko yang perlu diambil peduli. Senaraikanlah. Semua risiko2 yang wujud. Dan pilihla. Keputusan yang paling kurang risiko negatifnya.

Cuma aku berharap sangat. Walaupun tak boleh nak menceritakan kesemua nya kepada public, cuma jangan heret dan menyalahkan pihak2 yang takde kena mengena dengan permainan politik dalaman PKR dan PR.

Dan cuba jangan mengeruhkan lagi keadaan yang sedia keruh. Jika ada mana2 pihak dalam PAS yang bertindak sebaliknya jangan tackle dorang dengan cara provokasi. Sebab korang sendiri yang start buat provokasi. Api, lawannya bukan api. Jangan bagi marak. 

Jangan dok citer kisah lampau. Sebelah sana citer pasal Semenyih, sebelah sini dok citer pasal Perak. Sebelah sana dok citer pasal Hasan Ali, sebelah sini dok citer pasal Najib-DSAI di Indonesia. Sebelah sana sebelah sini dok buka citer dan kelemahan masing2. Kita neh yang kat tengah2 dok tengok dan perati. 

Kalau sebelah sana dan sebelah sini lebih selesa memilih salah menyalahkan antara satu sama lain, lupa nak cermin diri sendiri, dan kerja nak bercakaran nya aje buat apa sebelah sana dan sebelah sini sibuk nak berpakat dalam Pakatan Rakyat? BUBARLAH.

Rakyat takan rugi. Orang yang sedang pegang kuasa aje yang rugi.

Parti politik boleh dibentuk pada bila2 masa.

Kepercayaan rakyat akan berubah pada yang boleh buat kerja.

Ini bukan zaman kuno yang orang akan nagis huha2 letak harapan mengunung pada parti.

Orang yang ada akal tahu berfikir. Zaman takut-takutkan orang dah tak relevant lagi. 

Daripada korang yang partisan ini PAS dan PKR mengungkit keburukan dan kelemahan masing2 macam orang yang tak reti nak kawal emosi sehingga memalukan imej parti sendiri baik korang semua perhalusi apa yang cuba disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man kat sini ==> https://www.facebook.com/AmenoWorldOfficial/posts/726511584050381

Terus terang aku cakap. Nukilan itu sangat positif pada aku. Ada asasnya juga kenapa PKR terpaksa walaupun dalam tak rela mengheret rakyat dalam permasalahan dalaman mereka neh.

Disebabkan nukilan itu la aku cuba membayangkan bahawa apa yang berlaku di Kajang itu kita boleh la anggap saja seperti sedang melakukan satu pelaburan.

Pelaburan itu ada untung, ada rugi. Ini risiko yang rakyat perlu hadap.

Kali ini, pengundi Kajang diberikan sepenuh hak dan bertanggungjawab untuk menentukan pelaburan berskala besar ini. Pengundi Kajang perlu berfikir semasak2nya siapa yang mereka mahu undi walaupun aku rasa semua sedia maklum, DSAI dah secure kedudukan di Kajang sebenarnya.

Aku juga berharap sangat agar PSM perlu berfikir semasak2nya jika mahu bertanding disini. Aku takde masalah dengan PSM. Tetapi ada ramai mereka2 di negara ini ada masalah dalam memahami PSM. Bagi mereka sosialis itu jahat. Bagi mereka PSM itu entah apa2. 

Mereka tak memahami dasar sosialis. Mereka hanya kenal separuh atau mungkin tidak kenal langsung tetapi mereka lebih suka memusuhi apa yang mereka tidak tahu berbanding cuba mengenali apa yang mereka tidak tahu.

Yang aku risaukan. Jika PSM bertanding disini, rakyat akan isytiharkan PSM jahat kerana melawan Anwar. Pemikiran rakyat di negara ini masih dibatasi dengan ruang kepartisan. 

Mereka takan fikir bahawa ini perlawanan idelogi. PSM tawarkan dasar sosialis. PKR tawarkan dasar sedia ada dengan penambahbaikan, BN teruskan dasar sedia ada. Itu bagi orang yang berfikir dengan matang. 

Bagi partisan matang ialah perkara terakhir. There is no perlawanan idelogi. Ia adalah mengenai kita lawan BN sampai mampos sebab BN jahat. Atau kita lawan PR sampai mampos sebab PR jahat. That's. Itu finale. 

Aku walaupun sangat tidak favor apa yang berlaku di Kajang neh tetapi aku meraikan perbezaan pendapat. 

Bagi aku, situasi kita neh berbeza. Ia bukan aku taknak setuju, tetapi aku tidak boleh bersetuju setelah meneliti keseluruhan perkara. Aku tidak mahu bersetuju kerana ada perkara2 yang aku tak sanggup risikokan jika ia berlaku. 

Bagi aku lebih baik aku tidak bersetuju dan salah kerana tidak bersetuju di kemudian hari, daripada aku bersetuju dan salah kerana bersetuju di kemudian hari. 

Apabila aku tidak bersetuju, dan Selangor menjadi lebih baik, maka aku sanggup terima risiko tersebut kerana ia kesan positif. 

Tetapi apabila aku bersetuju dan masalah dalaman PKR menjadi bertambah rumit dengan pergaduhan dan perpecahan sesama sendiri, aku tak sanggup tanggung.

Bagaimanapun aku yakin, semua akan bersetuju dengan perkara ini, hanya kalau, hanya kalau PKR memilih untuk jadi lebih jujur dan lebih terbuka berbanding menyalahkan dan memburukkan pihak2 lain dalam isu Kajang Move.

Renungkan. 

Read more: http://amenoworld.blogspot.com.

Ameno World.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/.

Ameno World.

Menteri kunjungi Shah Alam jumpa 'kaki', bincang strategi sabotaj Selangor?

Photo: Friday, 31 January 2014.

Menteri kunjungi Shah Alam jumpa 'kaki', bincang strategi sabotaj Selangor?

SHAH ALAM, 31 JAN: Beberapa menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.

Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumk sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.

"Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.

khalid samad"Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Khalid menjangkakan usaha sabotaj terbabit akan membabitkan tindakan yang mengaitkan projek kerajaan negeri, isu tanah dan lain-lain yang mampu menjejaskan kelicinan pentadbiran, sekali gus menimbulkan perasaan kurang percaya pengundi di Selangor.

Sementara itu mengulas isu sama, Khalid percaya dengan penyertaan Anwar sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti akan memperkuatkan lagi kerajaan PR Selangor dalam berhadapan usaha sabotaj daripada dalam.

"Kini Anwar tiada 'locus standing' untuk bertemu Pegawai Daerah atau mana-mana penjawat penting dalam Selangor tetapi kalau menang dia boleh berjumpa Pegawai Daerah atau sesiapa sahaja bagi menyekat usaha sabotaj BN," katanya.

-NFN-

Posted by Jeebond BLM SHAH ALAM, 31 JAN: Beberapa menteri daripada Barisan Nasional (BN) dikatakan bertemu pihak tertentu yang dipercayai sebagai menggerakkan kerja sabotaj kerajaan Selangor.

Pertemuan itu berlangsung sebaik sahaja Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diumumk sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) bagi mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, berkata selain percaya kerja sabotaj itu bakal membabitkan polis cawangan khas], selain beberapa pihak yang menjawat jawatan penting dalam hariki kakitangan awam negeri dan anak syarikat milik kerajaan negeri.

"Saya di Shah Alam pada hari Anwar diumum sebagai calon dan tahu pada petang itu beberapa menteri dengan pengiringnya datang ke sini untuk bertemu dengan pihak tertentu yang tidak payah disebutkan nama mereka.

khalid samad"Saya duduk Shah Alam dan tahu itu berlaku. Maknanya, rancangan untuk menewaskan Anwar sedang disusun dengan teliti oleh pihak lawan, BN. 
 
Saya menyeru PR hadapinya dengan menggunakan Kajang sebagai satu reforendum membuktikan penolakan rakyat kepada Umno," katanya pada satu sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.

Khalid menjangkakan usaha sabotaj terbabit akan membabitkan tindakan yang mengaitkan projek kerajaan negeri, isu tanah dan lain-lain yang mampu menjejaskan kelicinan pentadbiran, sekali gus menimbulkan perasaan kurang percaya pengundi di Selangor.

Sementara itu mengulas isu sama, Khalid percaya dengan penyertaan Anwar sebagai salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) nanti akan memperkuatkan lagi kerajaan PR Selangor dalam berhadapan usaha sabotaj daripada dalam.

"Kini Anwar tiada 'locus standing' untuk bertemu Pegawai Daerah atau mana-mana penjawat penting dalam Selangor tetapi kalau menang dia boleh berjumpa Pegawai Daerah atau sesiapa sahaja bagi menyekat usaha sabotaj BN," katanya.

-NFN-

Posted by Jeebond BLM
 
RAFIZI RAMLI TERPAKSA DEDAH SEBAB ANWAR PERLU JADI MB SELANGOR

Kenyataan Rafizi Ramli kali ini amat terpeinci berbanding sebelumnya. Ini tidak lain tidak bukan atas desakan rakyat yang semakin mendesak keperluan Anwar jadi MB Selangor. 

Mungkin penjelasan ini agak lewat namun belum terlambat untuk memberi kesedaran kepada para penyokong terutama pengundi N25 Kajang

PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri. 

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak. 

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat. 

"Ia demokratik dan ia juga sadistik. 

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah. 

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum. 

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam.

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai. 

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah. 

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya.

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini. 

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum.

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya). 

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya.

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing.

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya. 

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari.

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor.

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli.

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya. 

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.

PENJELASAN ANWAR PD 3 FEB 2014

Cara mudah untuk dapat jawatan Datok dan Tan Sri.. gang Ramesh rao Krishnan Naidu...

Persoalannya.. PERNAH ker UMNO BN dan Media mereka melapurkan input positif mengenai PR..?? apa yg dilapurkan oleh media mereka 10000% fitnah dan dakyah semata... sedangkan keburukan, ketirisan dan amalan rasuah yg menjadi barah pada negara disembunyikan..!!

Pada Tan Keng Liang...kebodohan ni menyebabkan rakyat membenci GERAKAN...!!

Orang Paling Layak Menjadi Calon BN Di DUN Kajang.

Liza MN
Baru hari tu jer teringat kat mamat ni....tup tap tup tap...ternampak poster ni kat Newsfeed. 
Tersedak mamat ni !

Baru hari tu jer teringat kat mamat ni....tup tap tup tap...ternampak poster ni kat Newsfeed.
Tersedak mamat ni !

PRK KAJANG Kuasa penentu ditangan rakyat Selangor

Abd Ghani B.Hashib
Ada orang kata saya kedekut 

ye saya kedekut sebab jaga duit rakyat 
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim 

PRK KAJANG 
Kuasa penentu ditangan rakyat Selangor
Ada orang kata saya kedekut
ye saya kedekut sebab jaga duit rakyat
- Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
 
Sultan berhak bubar DUN jika MB letak jawatan, kata Majlis Profesor Kangkung.

Photo: Sultan berhak bubar DUN jika MB letak jawatan, kata Majlis Profesor Kangkung.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berdasarkan kuasa yang ada pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka menteri mesar akan menasihatkan Sultan.

“Kedua, dalam keadaan lain apabila menteri besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri bahawa exco bertanggungjawab terhadap DUN.

"Jika menteri besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa sultan boleh memecat exco pada bila-bila masa seperti dalam perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau turut menyentuh Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN tetapi tidak dinyatakan keadaan membolehkan baginda berbuat demikian.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita pada Isnin berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada perbincangan dilakukan oleh pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

Abdul Khalid dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal menggantikannya sebagai menteri besar, menurut satu sumber dalaman PKR.

Dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu lalu, Abdul Khalid dikatakan bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan PR secara keseluruhannya. – tmi

PRK DUN KAJANG......

Photo: Keputusan drastik yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Kajang di atas prinsip kepentingan bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Lee kepada rakyat di Kajang sepanjang beliau menjadi Adun sudah pasti tidak akan dilupakan.

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.
Keputusan drastik yang dilakukan oleh Lee Chin Cheh yang telah bertindak melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan (Adun) Kajang di atas prinsip kepentingan bersama dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat demi kepentingan rakyat Selangor adalah satu sikap yang wajar dipuji dan dihormati.

Jasa dan perkhidmatan Lee kepada rakyat di Kajang sepanjang beliau menjadi Adun sudah pasti tidak akan dilupakan.

Sebenarnya sejak dari dulu lagi Anwar Ibrahim sudah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor. Manakala Tan Sri Khalid Ibrahim digaji sebagai penasihat ekonomi.

Anwar seorang pemimpin nasional, bekas timbalan perdana menteri; pastinya lebih arif hal politik dan pentadbiran. 
Khalid, wira ‘The Dawn Raid’ sewajarnya diletakkan dalam kapasiti konsultan dan memberi nasihat-nasihat bernas. Ini yang sewajarnya.

Mengapa Mahathir nafi main peranan jatuhkan Najib? - HARAKAHDAILY

KUALA LUMPUR: Gerakan mahu menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang dikaitkan dengan Tun Mahathir sebenarnya bukanlah rahsia Umno, tulis Shahbudin Husin.

Baginya, Mahathir menafikan beliau adalah orang yang memainkan peranan di belakang gerakan mahu menjatuhkan Najib sebagaimana yang didakwa oleh Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan juga sudah sekian lama menjadi percakapan umum.

Menurutnya, selain bekas Ketua Pengarang Kumpulan NST, A Kadir Jasin dan beberapa blogger pro Mahathir semakin mempertingkatkan serangan dan kritikan terhadap Najib dengan antaranya menggelar Najib ‘PM Kangkung’, mereka juga meminta PM segera berundur bagi mengelakkan BN hilang kuasa dalam PRU14 nanti.

Beliau menambah, selain Kadir dan beberapa blogger yang berbuat demikian sejak beberapa bulan lalu, bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin juga sudah secara terbuka mengkritik kelemahan Najib, sambil mengingatkan bahawa BN akan tumbang jika pilihanraya akan datang diadakan dalam suasana seperti yang ada sekarang.

“Kritikan terbuka Daim segera dikaitkan dengan Mahathir berikutan kedua-dua mereka mempunyai hubungan rapat yang kekal sehingga ke hari ini dan mereka juga dikatakan selalu bertemu untuk berbincang mengenai isu-isu politik semasa,” tulis beliau di dalam blognya.

UMNO/BN Bertambah Goyang Dengan Keputusan DS Anwar !!

Usah Menghalang Semangat Seorang Pejuang..
Letak Laa diMana Jua Tetap TerbiLang...
-Kini DSAI Bertapak diKajang.....
MembuatKan Parti Timbang Lebih Goyangg.....!!!!

Lembu Lembu UMNO Beraksi !!

Photo: barua2 kangkung dah berlakun...kah kah kah...
membantah perletakan jawatan adun kajang...
dulu ko tak undi dia pun...sekarang kau bantah pulak dia letak jawatan...
kompius aku lah haramjadah...

takut ker dgn DSAI ??? percaturan kami terbaik...
bukan percaturan pm kangkung kau lah bahalol...puiiiii....
Barua2 kangkung dah berlakun...kah kah kah...membantah perletakan jawatan adun kajang...
dulu ko tak undi dia pun...sekarang kau bantah pulak dia letak jawatan...kompius aku lah haramjadah...

Takut ker dgn DSAI ??? percaturan kami terbaik...bukan percaturan pm kangkung kau lah bahalol...puiiiii.... 

PANAS!!! PENGUNDI KAJANG BAKAL TOLAK ANWAR IBRAHIM!!! SEMALAM BERTEMPAT DI HADAPAN IPD KAJANG, PENGUNDI DUN KAJANG BERHIMPUN MENOLAK ANWAR IBRAHIM!!!  
 
KIRA KIRA KIRA 20 RIBU UMAT MANUSIA BERHIMPUN?
kah...kah...kah

Apabila ada NGO macai bersuara, pasti terserlah kebodohan nya.
 
Kamu berhimpun tu buat apa? adakah pencalonan anwar ibrahim bertanding di DUN KAJANGkajang tidak sah disisi undang2 ?

Jika benar pengundi kajang tolak Anwar Ibrahim, tunjukkan pada umum bila tiba hari membuang undi nanti. 
 
Jika benar kamu mewakili pengundi DUN KAJANG, tunjukkan pengaruh kamu untuk mengalahkan anwar ibrahim dengan bertanding sebagai calon. 
 
Baru anak rakyat salute apabila kamu bersuara kamu berani kehadapan.

Setakat berdemo menjerit melalak seperti anjing tapi tidak berani bertanding, baik kamu duduk rumah tanam kangkung saja! kamu semua ni NGO macai penijlat pengampu. 
 
Sedarlah diri kamu sikit.. air free, enokomi dijaga dengan baik, tiada rasuah, tiris bocor Didalam pertadbiran kerajaan negeri dibawah PR. 
 
Tidak bangga kah kamu sekalian dipimpin oleh pemimpin amanah? nak jadi pembangkang biarlah ada otak sikit! kamu pembangkang di selangor. Sedarlah sikit ! kah3

Kalau dah anjing tu anjing jugak lah woii!!! bangang!

Lagi berita politik,funny,video,edisi macai, etc, like pages >>>>>> https://www.facebook.com/pages/Jeneral-Yakuza-Ogawa

-AP-

BEKAS TIMBALAN GABENOR BANK NEGARA: " Usahawan Melayu Paling Terkesan Dengan TPPA !

Barua2 kangkung dah berlakun...kah kah kah...

 membantah perletakan jawatan adun kajang...
dulu ko tak undi dia pun...sekarang kau bantah pulak dia letak jawatan...
kompius aku lah haramjadah...

takut ker dgn DSAI ??? percaturan kami terbaik...
bukan percaturan PM kangkung kau lah bahalol...puiiiii...

Bom Ditemui Disekitar Jalan Kuala Krai, Kota Bharu??

Nuriman menunjukkan lokasi bom yang ditemui ketika menjalankan kerjakerja pembersihan, semalam.

KOTA BHARU - Penduduk di sekitar Jalan Kuala Krai di sini gempar dengan penemuan sebutir bom lama jenis mortar di terpi jalan, semalam.

Saksi kejadian, Mohd Nuriman Othman, 26, berkata dia menemui bom terbabit kira-kira jam 11 pagi dan cuba mengangkatnya untuk ditunjukkan kepada seorang rakan yang sedang memotong rumput di kawasan berdekatan.

Namun dia terkejut apabila diberitahu oleh rakannya itu bahawa objek sepanjang kira-kira 0.33 meter dan lilit 81 mililiter yang bawanya itu adalah sebutir bom lama jenis mortar.

“Saya ternampak bom terbabit ketika memotong rumput dan ia berada hanya beberapa meter daripada mata mesin pemotong rumput saya.

"Apabila mengetahui ia adalah bom, saya terus membuat laporan di Balai Polis Nilam Puri,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman mengesahkan menerima laporan kejadian.

Beliau berkata, bom mortar terbabit dimusnahkan sepasukan anggota Persenjataan dan Pemusnahan Bom pada jam 2 petang, Muhammad Adam Naufal 10, 150 meter dari tempat kejadian.

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

PRK Kajang: Apa Kata Prof Aziz Bari & Prof Muhammad Agus?

Pendek akal jika kata PRK bazir wang rakyat – Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR 30 JAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang tidak harus dilihat membazirkan wang rakyat bahkan ia dibenarkan perlembagaan dan sistem demokrasi berparlimen, kata Pakar Perlembagaan, Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata, perletakan jawatan Adun Kajang, Lee Chin Cheh juga tidak salah dari sudut undang-undang, mahupun prinsip moral.

“Bagi saya perletakan jawatan itu tidak salah; baik undang-undang atau moral. Perlembagaan mengizinkan dan terpulang kepada pengundi di DUN Kajang untuk memutuskan apa mereka hendak buat kepada parti yang diwakili oleh bekas Adun itu.

“Secara prinsipnya PRK tidak membazirkan duit rakyat. Orang pendek akal dan tidak faham demokrasi perwakilan sahaja yang kata begitu,”

“Jika pihak yang mengecam itu benar-benar sayangkan duit rakyat, mereka perlu menghalang sesiapa bertanding dalam PRK itu nanti,” kata Aziz dalam satu kiriman email kepada keadilan daily.

Menurut Aziz, dalam keadaan apa pun, rakyat mesti mempunyai wakil, samada di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) mahupun parlimen.

“Sebab itu PRK atau Pilihan Raya Umum (PRU) perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas berlaku kekosongan; baik kerana perletakan jawatan, kematian, hilang kelayakan atau kerana dewan terbubar atau dibubarkan,”

“Anehnya ada peguam yang nampaknya cukup emosi dan marah-marah sampai terlupa kepada perlembagaan,” ujarnya yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM).

Ditanya mengenai pendapat mengatakan perletakan jawatan Lee Chin Cheh mengkhianati kepercayaan pengundi, Aziz berkata beliau tidak melihat tindakan itu sebagai suatu pengkhianatan.

“Saya rasa khianat itu hanya boleh dikatakan kepada wakil yang malas, tak peduli kebajikan penduduk atau tidur dalam dewan!

“Letak jawatan tidak khianat. Bahkan kalau bekas wakil rakyat itu berasa perletakan jawatan itu untuk memberi peluang kepada pengundi di Kajang mendapat ADUN yang lebih baik, yang lebih hebat, kita patut puji bekas ADUN tadi,” ujarnya.

Aziz berkata, kedudukan Anwar dalam DUN Selangor dijangka dapat membantu melonjakkan ekonomi di Selangor, berdasarkan rekodnya sebagai menteri kewangan dan hubungan rapat dengan pemimpin antarabangsa.

“Saya fikir khidmat beliau sebagai penasihat ekonomi dalam penggal pertama pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor adalah bukti komitmen beliau. Kedudukan Selangor sebagai negeri terkaya di Malaysia boleh mendapat lonjakan dengan adanya beliau dalam DUN Selangor.

“Mengenai hubungan luar itu sudah jelas; beliau boleh gunakan kedudukan dalam DUN untuk memastikan Selangor menjadi nadi penggerak enjin ke Putrajaya. Saya fikir ini yang menyebabkan para pemimpin Umno resah,” ujarnya.

Perhatian di kawasan luar bandar

Selain itu, menurut Aziz, tumpuan akan dapat diberikan kepada penduduk luar bandar yang disifatkannya terbiar dan tidak mendapat perhatian sewajarnya, sekiranya Anwar berjaya menduduki kerusi di DUN Selangor.

“Ini penting kerana dalam PRU13 kerusi, parlimen Selangor tidak bertambah dan ini bertumpu di kawasan-kawasan miskin luar bandar yang ramai penduduk Melayu seperti Sabak Bernam, Sungai Besar, Hulu Selangor, Tanjong Karang dan Kuala Selangor yang kesemuanya dimenangi oleh BN.

“Dalam pada itu kawasan-kawasan bandar jelas terbiar, tidak banyak beza dengan pentadbiran BN. Ini mungkin kerana kerajaan negeri terlalu asyik melihat baki dalam bank tanpa mempedulikan penderitaan rakyat miskin, baik di dalam apalagi di luar bandar,” kata Aziz merujuk rizab simpanan tunai Selangor.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim punya rekod cemerlang dalam memberi perhatian kepada kawasan luar bandar,” ujarnya lagi. -KD

PRK DUN KAJANG: WAJARKAH?

Ramai berkata PRK DUN Kajang tidak wajar kerana membazir wang rakyat. Ramai berkata ADUN yang meletakkan jawatan sebagai mengkhianati amanah rakyat. Ramai anak muda dan pemimpin parti pembangkang yang berkata akan memulaukan kempen PRK. Ramai yang berkata mana boleh Anwar menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak?

Dan Azmin Ali berkata, jangan menggelabah, itu adalah tindakan taktikal PKR untuk mengambil alih Putrajaya.

Maka, ada yang bertanya, apa pendapat saya?

Saya tiada masalah dengan pilihan raya kecil. Jika kerusi sudah kosong, maka adakan pilihan raya. Bagi rakyat peluang untuk berpesta demokrasi memilih wakil yang mereka anggap layak. Yang menjadi harapan saya ialah supaya pilihan raya kecil itu berjalan dengan licin, adil dan bebas.
Saya tiada masalah dengan peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang. Jika beliau sudah tidak mahu berkhidmat atau merasakan ada pemimpin yang lebih baik daripada beliau, letaklah jawatan. Yang menjadi masalah kepada saya adalah sekiranya beliau melompat parti.

Saya juga tidak ada masalah jika anak muda dan pemimpin pembangkang hendak pulaukan pilihan raya kecil ini. Itu adalah pilihan masing-masing. Yang menjadi masalah pada saya ialah sekiranya pilihan raya kecil tidak diadakan dalam masa 60 hari setelah ada kekosongan.
Saya tidak nampak kenapa Anwar tidak boleh menjadi Ahli Parlimen dan ADUN serentak. Perlembagaan membenarkan. Yang perlembagaan tidak benar ialah menjadi ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara serentak.

AKHIRNYA, saya tiada masalah jika YB Azmin kata itu adalah tindakan taktikal PKR untuk ke Putrajaya. Yang saya bimbang ialah sekiranya tindakan itu merupakan satu kesilapan teknikal. -fb Prof Mohd Agus