Followers

Tuesday, January 31, 2012

PRU 13 Akan Diadakan Jun 2012 ??



Oleh Shahbudin Husin
 
Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini.

Najib dipercayai memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpinnya. Untuk itu, beliau dan timbalannya dipercayai akan mengadakan sekurang-kurangnya dua lagi pusingan untuk bertemu rakyat di setiap negeri sambil menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan 'gula-gula'.

Ini berikutan dalam beberapa kunjungan beliau ke negeri-negeri ni sebelum, Najib dan Muhyiddin dikatakan mendapati sokongan rakyat yang diterima daripada rakyat belum benar-benar mantap selain persiapan jentera UMNO dan BN sendiri belum bersedia sepenuhnya.

Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim daripada kes liwat pada 9 Januari lalu juga ( meskipun pendakwa kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan) menyebabkan moral ahli-ahli UMNO kini berada di tahap sangat rendah. Ini tentunya memerlukan masa dan suntikan semangat untuk dipulihkan.

Dengan kemungkinan Najib dan Muhyiddin akan turun sekurang-kurangnya dua pusingan lagi ke negeri-negeri, barulah matlamat memulihkan moral, memantapkan lagi sokongan rakyat dan memperkemaskan jentera parti diyakini betul-betul dapat dilakukan.

Selain itu modal paling besar bagi Najib untuk mempertaruhkan masa depan politiknya ialah dengan penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di Bursa Saham. Najib, di sebalik adanya bantahan dan pertikaian terhadap langkah itu, tetap berkeras mahu menyenaraikan juga FGV dengan sedaya upaya meyakinkan para peneroka bahawa ia adalah suatu tindakan yang membawa keuntungan kepada masa depan mereka.

FGV akan mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada April tahun ini dan usaha ke arah itu kini sedang giat dilakukan.

Kerasnya hati Najib mahu menyenaraikan FGV sebenarnya ada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang. Ini kerana didapati bahawa hampir 60 kerusi Parlimen sekarang ini mempunyai tanah rancangan Felda dan Najib benar-benar mahu menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang menguntungkan politiknya. 
 
Dengan menyenaraikan FGV di BSKL dan syarat wajib bahawa sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sahamnya mesti dijual di pasaran terbuka, ia bermakna melalui penyenaraian itu Felda akan memperolehi banyak wang kerana FGV adalah sebuah syarikat yang besar dan menjadi perhatian ramai.

Adalah diyakini dengan wang yang diperolehi itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada peneroka sebagai keuntungan yag kononnya wajar mereka perolehi. Selain itu para peneroka juga akan diberikan saham yang bolah dijual bila-bila masa.

Jika mengikut jadual yang ditetapkan, FGV mula disenaraikan pada bulan April dan ini bermakna selewat-lewatnya sebulan selepas itu pengagihan "durian runtuh" kepada para peneroka akan dapat dilakukan.

Najib dalam hal ini benar-benar optimis bahawa dengan penyenaraian itu dan diikuti pula dengan perolehan wang yang akan masuk ke dalam kocek para peneroka, ia akan menyebabkan undi para peneroka akan tetap berpihak kepada BN. Dan kalaupun tidak semua, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada hampir 60 kerusi Parlimen yang ada tanah rancangan Felda itu akan berpihak kepada BN.

Dengan sebelum ini Najib telah memberikan bantuan RM500 melalui BR1M, RM 100 untuk pelajar sekolah dan RM 200 baucer buku untuk pelajar universiti, durian runtuh daripada penyenaraian FGV ini adalah "gula-gula terbesar" kepada rakyat sebelum pilihanraya umum yag diyakini Najib mampu menjadikan terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Berdasarkan keadaan-keadaan ini, adalah munasabah bahawa pilihanraya umum akan diadakan selepas penyenaraian FGV itu dan masa yang sesuai adalah awal bulan Jun kerana cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu akan bermula pada 28 Mei.

Sama-samalah kita tunggu!

Tuduh Muhyiddin penipu: Raja Nong Chik vs Shahrizat - Written by Mathias Gomes, Wong Choon Mei , Malaysia Chronicle

 

Muhyiddin Yassin menyeru BN Lembah Pantai untuk berkerja sekeras-kerasnya demi memenangi kerusi Parlimen itu. Bagi Raja Nong Chik, ketua bahagian yang bercita-cita tinggi, mengenepikan Shahrizat Jalil, bekas calon kawasan itu seraya memenuhi hasrat DPM merupakan tugas yang amat besar.

Tiada apa yang lebih menakutkan daripada dendam seorang wanita. Jika benar, Shahrizat yang ala-ala Permaisuri Bollywood itu akan menjadikan Raja Nong Chik sebagai sasarannya.

Terdapat spekulasi bahawa Shahrizat akan menyokong Nurul Izzah semata-mata untuk membalas dendam terhadap Raja Nong Chik kerana merampas kerusi dan memusnahkan kerjaya politik beliau. Jika ini benar, pasti Shahrizat akan melakukannya secara diam-diam namun tetap mendapat kepuasan yang mendalam.

Perjanjian dan rancangan jahat?

Berita rampasan Raja Nong Chik ini bukanlah sesuatu yang baru untuk beliau atau sesiapa dalam lingkaran politik beliau. Shahrizat sudah mula menghidu perkara ini apabila Raja Nong Chik tiba-tiba menampilkan dirinya di Lembah Pantai dan berani berjinak-jinak dengan kawasan itu sejak 2 tahun yang lalu. Orang-orang Shahrizat mengatakan bahawa beliau sememangnya tidak puas hati dengan kehadiran Nong Chik di Lembah Pantai.

Mungkin beliau sudah kalah kepada Nurul Izzah tetapi tidak bermaksud beliau tidak boleh mendapatkannya semula pada PRU 13- ini yang dicanangkannya kepada wartawan. Malangnya tidak ramai yang sudi mendengar kata-kata itu.

Bagi Nong Chik pula atau yang lebih suka dipanggil RNC, beliau mempamerkan imej berani dan segak. Dalam fikiran beliau, mengambil balik Lembah Pantai ibarat merampas gula-gula daripada anak kecil. 

Rakan-rakan beliau dalam parti mengatakan bahawa Nong Chik menjanjikan pemimpin atasan UMNO bahawa beliau akan memastikan Lembah Pantai akan jatuh di tangannya dengan mudah dan kemas. Beliau memang sangat pasti mengenai perkara ini. Kini, sudah ada poster-poster yang gambar beliau dan PM Najib Razak disekitar Bangsar. Rakan-rakan terdekat beliau juga terkejut dengan betapa agressifnya pendekatan politik Nong Chik.

Ini telah menambah kemarahan Shahrizat dan kongcu-kongcunya. Sudahlah beliau mempunyai jawatan tinggi sebagai Ketua Wanita UMNO. Pasti penyokong Shahrizat akan melakukan tindak balas yang tidak kurang hebat yang akan dikenang sampai bila-bila oleh Shahrizat dan keluarganya yang sedang dalam masalah itu. 

Ada di antara penyokong Shahrizat berkata bahawa beliau akan memberi pengajaran kepada RNC tidak lama lagi kerana buat masa sekarang Shahrizat sedang berhadapan dengan krisis RM 250 juta NFC. Skandal NFC sememangnya menjejaskan Shahrizat dan beliau terpaksa fokus terhadap perkara itu dahulu. Tetapi, tidak lama lagi, selepas perkara itu selesai, Shahrizat pasti akan menjalankan misinya membalas dendam terhadap RNC.

Menggosok garam ke luka

Rasional disebalik spekulasi itu adalah Shahrizat tidak kisah jika Nurul Izzah berjaya mempertahankan kerusi itu kerana beliau sudah dapat menerima kekalahan dahulu. Tetapi, jika beliau membenarkan seseorang yang cuba menjatuhkan beliau dan keluarga beliau sejak awal-awal lagi, itu adalah tamparan hebat untuk beliau dan penghinaan yang tidak mungkin dapat diterima.

Pengkritik beliau mengatakan bahawa beliau sanggup melupakan botox dan ‘liposuction’ sekiranya itulah yang diperlukan untuk membalas dendam terhadap RNC yang merosakkan kerjaya politik beliau, menjadikan suami beliau diselubungi tuduhan rasuah dan anak-anak beliau yang sedang dalam ketakutan. Tiada langsung belas kasihan terhadap Ketua Wanita UMNO itu semenjak kes NFC dan ramai dalam sayap wamita yang mengatakan bahawa sememangnya RNC yang patut dipersalahkan.

Jadi nampaknya, Raja Nong Chik telah melangkah mayat Shahrizat untuk berdepan dengan Nurul Izzah. Ini memang menarik untuk kita lihat bagaimana beliau akan berjaya mengatasi kedua-dua wanita ini. Besar kemungkinan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sengit. Jika RNC rasa bahawa beliau boleh mengenepikan Nurul Izzah dan merampas semula Lembah Pantai, ini adalah ibarat beliau boleh berlari lebih laju daripada Hussien Bolt dalam acara lumba lari 100 meter.

Walau dengan menipu sekali pun, beliau memerlukan undian yang amat banyak. Nurul telah menang dengan majoriti 2895 pada 2008, namun hari ini, keadaan sudah berbeza. Majoriti 2895 itu akan berganda-ganda lagi. Nurul sangat popular di Lembah Pantai dan dikalangan semua kaum. RNC akan memerlukan lebih 10 000 tambaham undi jika beliau ingin menang. Jadi, lebih baik beliau mula memancing undi dari sekarang.

Rakyat Malaysia harus membantu tumbangkan BN

Pada 2008, ketika kita sudah menyampah dengan MIC dan Samy Vellu, sebenarnya, ada bala tentera kecil yang berusaha menumbangkan beliau. Samy tidak menyedarinya langsung kerana beliau sememangnya popular dikalangan orang Cina dan India di Sungei Siput.

Walaupun orang Melayu sering mempermainkan slanga India-Melayu beliau, mereka tetap menyukai Samy. Bala tentera kecil seperti kami, rakan-rakan dan keluargalah yang berkempen di Sungei Siput menggunakan sumber kami sendiri. Pergi ke rumah-rumah, dewan masyarakat, kedai kopi, pasar dan tempat-tempat yang ada pendengar biarpun kecil. Walaupun kiranya ada seorang sahaja yang mendengar, kami akan mendekati orang itu dan merayu agar dia tidak mengundi Samy Vellu demi menyelamatkan komuniti orang India di Malaysia.

Kebanyakkan mereka ini akan mendengar kata-kata kami walaupun mereka sebenarnya tidak sedar bahawa orang India dipinggirkan disebabkan oleh rasuah dalam MIC dan BN. Sehingga ke saat-saat akhir pun kami tidak pasti jika kami berjaya mengalahkan beliau tetapi keputusan menunjukkan bahawa strategi kami berkesan. Akhirnya, khabar gembira diterima oleh pasukan Dr Jeyakumar bahawa calon BN yang menang 8 penggal berturut-turut itu telahpun kalah.

Ini akan berlaku lagi di Lembah Pantai dan seluruh Malaysia jika ada kumpulan kecil yang sanggup mengorbankan masa mereka untuk mencipta kesedaran dikalangan rakyat untuk membenarkan Pakatan Rakyat menang dalam PRU 13. Kali ini adalah lebih mudah kerana UMNO dan BN sendiri sejak kebelakangan ini sering memecah tembelang skandal mereka. Pertelingkahan dalaman UMNO sedikit demi sedikit menyukarkan peluang UMNO untuk mengatasi Pakatan.

Wanita yang dicemuh?

Seperti yang kita sudah jangka, akan ada penipuan di kotak undi sama ada pekerja asing digunakan pengundi hantu atau tidak. Sebagai pengundi yang sah, kita harus rakam menggunakan telefon bimbit kita sekiranya kita rasa ada pekerja asing yang berada di stesen mengundi kita ataupun sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang kita curigai berlaku.

Upload pada Youtube atau Facebook supaya ada yang dapat membuat kompilasi mengenainya sekiranya wujud keadaan yang perlu dipertikaikan walaupun kerajaan yang memerintah akan pasti menolak dakwaan dan laporan seperti itu.

Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya patah semangat tetapi berjuang dengan lebih gigih untuk menujukkan demokrasi Malaysia kepada dunia. Tentang Shahrizat, kita mungkin tidak akan melihat wajahnya pada poster-poster di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi kita akan lihat wajah RNC.

Ini tidak mungkin akan menghentikan Shahrizat untuk memberi komen terhadap calon yang akan menggantikan beliau di kawasannya sejak 1995 pada PRU 13 kepada penduduk kawasan itu. Jika diteliti dari semua aspek, mengapa tidak?


Malaysia Chronicle

Dr M yang cemburu imbas semula kisah pahit: Anwar hanya ingin jadi PM - Written by Maria Begum , Malaysia Chronicle

 

Bekas PM, Mahathir Mohamad yang sering dituduh cemburukan bekas timbalannya berkata bahawa beliau tidak hairan dengan kenyataak Anwar Ibrahim terhadap “Sekuriti Israel”. PM Najib Razak juga dengan pantas mengatakan bahawa ia suatu pengkhianatan terhadap dunia Islam.

“Beliau akan kata apa sahaja demi untuk ambil alih Putrajaya,” ujar Mahathir yang juga bekas presiden UMNO itu.

Apabila anak murid melebihi guru


Pada tahun 1980-an, Mahathir dengan berhati-hati memujuk Anwar, yang pada ketika itu pemimpin pelajar yang tegas untuk menyertai UMNO. 

Anwar kemudiaannya berjaya naik sehinggalah menjadi timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Walaubagaimanapun, kedua-dua lelaki ini mula berbalah disebabkan isu ekonomi di mana Mahathir yang lemah itu telah kehilangan berbillion wang negara disebabkan skim-skim yang gagal contohnya cuba mengawal pasaran global timah, spekulasi matawang, mewujudkan syarikat yang mengeluarkan kereta negara, mewujudkan golongan ahli perniagaan yang berpengaruh dan banyak lagi idea dan polisi pelik.

Anwar mencipta nama terutamanya di pentas antarabangsa atas dasar anti-rasuah dan platform untuk reformasi. Beliau dianggap sebagai antara menteri kewangan terbaik rantau Asia dan ia adalah sesuatu yang lain daripada imej Mahathir yang lebih kepada diktator dank keras kepala.

Ini menghasilkan ketegangan yang besar antara kedua-dua lelaki ini. Ia semakin memuncak pada perbicaraan kes liwat tahun 1998 ke atas Anwar. Disebalik tuduhan yang lemah itu, Mahathir tetap mendesak keputusan bersalah dan hanya selepas beliau bersara Mahkamah Persekutuan berani membersihkan Anwar daripada pertuduhan itu.

Sehingga sekarang, ahli UMNO tidak menyangkal hakikat bahawa Anwar jauh lebih popular berbanding Mahathir yang sentiasa takut dicabar Anwar untuk jawatan presiden. Apabila Anwar dipecat dan dipenjarakan pada tahun 1998, ia telah menyebabkan perpecahan UMNO dan parti tersebut kekal lemah disebabkan insiden ini.

Tetap membenci


Sementara itu, kebencian Mahathir terhadap Anwar tidak berkurang dan beliau telah menemui pelbagai cara untuk memberi tekanan kepada waris-warisnya dalam UMNO untuk memastikan Anwar kekal di dalam penjara.

BAru-baru ini apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat yang direka cipta buat kali kedua, Mahathir mendesak kerajaan untuk merayu. Najib yang lemah itu pun bersetuju.

“Dia (Anwar) memang bersimpati dengan orang Yahudi dan dia banyak kawan dalam Kongress AS dan Senat yang bangsa Yahudi. Dia jumpa Paul di sana selama 3 jam dan ini menunjukkan bahawa dia memang ada hubungan rapat dengan Israel,” kata Mahathir.

Anwar reportedly said in the Wall Street Journal last week that he had supported “all efforts to protect the security of the state of Israel”. His comments were pounced on by the ruling Umno-BN government, eager to whittle down Anwar's popularity with the Malays ahead of general elections widely expected to be held this year.

Anwar telah dilaporkan sebagai berkata kepada Wall Street Journal pada minggu lepas bahawa beliau “menyokong segala usaha menjaga keamanan Israel”. Komen beliau digunakan oleh kerajaan UMNO-BN yang bersungguh-sungguh ingin melenyapkan popularity Anwar dikalangan orang Melayu sebelum pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada tahun ini.

Anwar telah memberi amaran kepada pemimpin UMNO untuk tidak memutarbelitkan kata-kata beliau dan mengatakan bahawa kenyataan beliau selari dengar dasar Malaysia terhadap Israel.

“Tiba-tiba, selepas banyak kritikan, dia dakwa dia menyokong penyelesaian dua negara. Dia tak sebut pun pasal keselamatan rakyat Palestine yang merupakan mangsa sebenar,” ujar Mahathir yang jelas masih benci Anwar.


Malaysia Chronicle
 
 

Dr Mahathir sengaja memutarbelit dan melupakan fakta - Nik Nazmi


 
Tun Dr Mahathir Mohammad semalam menyatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan simpatisan Yahudi.

Dr Mahathir sengaja memutarbelitkan kenyataan Anwar dan sengaja melupakan hubungan akrabnya dengan Amerika suatu ketika dahulu.

Anwar telah menjelaskan bahawa kenyataannya di dalam akhbar Wall Street Journal yang dimainkan UMNO dan media mereka hari ini adalah selari dengan penyelesaian dua negara (two-state solution) yang diterima inisiatif keamanan dunia Arab, Malaysia malah Hamas sendiri, pejuang kemerdekaan Palestin.

Mahathir mungkin kelihatan begitu lantang bersuara menentang Zionis dan Barat tetapi sebenarnya mempunyai hubungan yang cukup baik dengan mereka sehingga sanggup menandatangani perjanjian ketenteraan sulit dengan Amerika pada 1984 – Bilateral Training and Consultation Agreement (BITAC) - yang membolehkan Amerika menjalankan latihan ketenteraan mereka di Malaysia.

Selepas imej Malaysia punah teruk di mata masyarakat antarabangsa akibat pemecatan Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri, Dr Mahathir begitu terdesak untuk bertemu dengan Bush sehingga Jack Abramoff, seorang ahli lobi Zionis dibayar sebanyak AS$1.2 juta untuk mengatur pertemuan dengan Bush. Fakta ini diakui oleh Dr Mahathir sendiri.

Abramoff mempunyai hubungan rapat dengan Bush dan juga golongan ekstrem di Israel. Menurut majalah Newsweek ada wang yang dikutip oleh Abramoff di dalam aktiviti melobinya yang disalurkan untuk penduduk Yahudi melawan kebangkitan rakyat Palestin. Abramoff akhirnya mengaku bersalah di atas tuduhan rasuah, penipuan dan lain-lain lagi pada 2006.

Selepas itu, Bush menganggap Malaysia sebagai sekutu di dalam Perang Melawan Keganasan dan Malaysia menggunakan alasan tersebut untuk menangkap sesiapa sahaja yang dikehendaki termasuk anggota pembangkang yang dituduh sebagai pengganas di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Nampaknya Dr Mahathir terus menyimpan dendam lamanya terhadap Anwar. Beliau dan pimpinan UMNO nampaknya tidak dapat berhenti menghamburi fitnah semata-mata untuk mengalihkan dari satu demi satu skandal yang membelenggu mereka.


Nik Nazmi Nik Ahmad ialah Pengarah Kommunikasi, PKR

JATI – PERCATURAN & PENYELAMAT UMNO & MEMECAH UNDI MELAYU

 Siti Justice's photo.  
Fungsi Jati – Alat untuk memecahkan undi orang melayu yang cenderung kepada PR Sasaran – 
 
Hanya kepada orang melayu islam terutamanya golongan atas pagar Cara - Menggunakan hujah2 alquran dan hadis sebagai subjek menolak perjuangan PAS Kawasan sasaran – 
 
Kepadatan pengundi melayu yang tinggi Umno mengetahui…sokongan orang melayu terhadapnya semakin lama semakin menyusut,semakin lama semakin mengurang…
 
malah sokongan itu beralih kepada parti PAS yang lebih cenderung memperjuangkan agenda islam dan syariatnya, Demi untuk mempertahankan kuasa pemerintahan,
 
tektik “PECAH dan PERINTAH” ini digunakan secara langsung untuk mengurangkan jumlah undi terhadap musuh... 
 
AWAS !!! JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIPERBODOHKAN……

Brahim Ali Tak Tahu Beza "ANGPOW" Dengan "PEHPOW" kah kah kah kah

 Tok Batin Deris's photo.  
 
DEY MACHA!!! AWAT PUAK PERKASA NI BENGONG SANGAT? DAH HIDUP LEBIH SEPARUH ABAD KAT MALAYSIA TAKKAN TAK PERNAH TENGOK ANGPOW? 
 
ANAK GUA KAT TADIKA PUN TAU WARNA ANGPOW KAH! KAH! KAH! NAK KATA BUTA WARNA TAK MUNGKIN LA WEII PASAI WARNA DUIT RM10 DEPA TAU 
PULAK MERAH KAH! 
 
KAH! KAH! ANGPOW TU MAKSUDNYA SAMPUL MERAH ANG ITU MERAH,POW ITU SAMPUL BILA PERKASA BAGI SAMPUL PUTIH ITU DIPANGGIL PEHPOW DUIT SEDEKAH 
 
UPACARA KEMATIAN DEPA INGAT DENGAN BAGI ANGPOW BRAHING ALI AKAN DAPAT SOKONGAN TAPI DAPAT KUTUKAN PULAK,
 
LAIN KALI MENUNJUKLAH LAGI KAH! KAH! KAH! ANGPOW PUTIH KATAK MERAH BRAHING LETIH KENA MARAH KAH! KAH! KAH!

Anwar Berada Di Jakarta !!


 
DS Anwar menyampaikan pidato yang bertajuk ‘Kepemimpinan dalam Dinamika Perubahan Ekonomi Politik’ di Taman Ismail Marzuki (TIM), Cikini, Jakarta, 30.1.12.

Kad Raya khusus buat Ibrahim Ali... ??



Aku tak tahu siapa sebenarnya yang buat kad raya khusus untuk Ibrahim Ali ni.. pagi-pagi lagi dah ada dalam mail box aku, dihantar oleh seorang sahabat bukan Melayu, beliau meminta aku mengirimkannya kepada Ibrahim Ali.


Malangnya aku tak ada e-mail address Presiden PERKASA tu, jadi aku publish disini..

Inilah padahnya jika kita gagal untuk memahami yang membolehkan kita tidak menghormati adapt dan budaya Bangsa lain yang bersama kita tingal di Malaysia ini..

Tindakan Ibrahim Ali yang memberikan ‘Ang Pow’ di dalam sampul yang berwarna putih beberapa hari lalu dianggap sebagai satu penghinaan oleh ramai masyarakat Tionghua ini kerana bagi mereka pemberian sumbangan dalam sampul berwarna putih hanyalah dilakukan dalam majlis pengkebumian atau semasa menziarahi simati.

Mudah cerita.. tindakan Ibrahim Ali ni umpama memakai kasut di dalam rumah kita yang berbangsa Melayu..

Itulah.. bila tak tahu tak mahu bertanya.. Bodoh Sombong katakan..

Sesiapa yang ada e-mail address Ibrahim Ali tolong e-mail kat dia sat Kad Raya ni..



Anak Sungai Derhaka

Berahim Ali cium tangan Anwar Ibrahim... Jenis Katak tak sedar Diri

SEWAKTU mula-mula DS Anwar dibebaskan dari penjara dahulu, Ketua Pembangkang ini terus menjalani rawatan sakit pinggang di Jerman. Siapa tokoh politik di dalam negara ini yang awal-awal mengunjungi DS Anwar dan mencium tangan tokoh reformasi ini? Salah seorangnya adalah Ibrahim Alkataki kerana diwaktu itu raja katak ini sudah hanyut terpinggir di dalam politik Umno.

Budaya bodek dan ampu Ibrahim Alkataki sememangnya terkenal sejak beliau berada di dalam Umno lagi, sehinggakan setelah tercampak dari Umno pun budaya ini masih lekat di jasad raja katak Pasir Mas ini. Beliau menyangka dengan mencium tangan DS Anwar, beliau akan ditawarkan oleh DS Anwar untuk menyertai Keadilan dan diharapkan akan menjadi pemimpin kanan di dalam Keadilan. 
 
Tetapi DS Anwar bukan bodoh, beliau kenal lama Ibrahim Alkataki kerana air liur hasil mencium dan mengucup tangan Mahdey Kutty masih melekat di tangan Mahdey sehingga kini. Tabiat raja katak yang hanya boleh hidup dengan mengampu amat dikenali oleh DS Anwar.

Oleh kerana kecewa apabila DS Anwar tidak memandang walaupun sebelah mata terhadap Ibrahim Alkataki, maka raja katak ini beralih kepada PAS pula. Di pentas PAS, Ibrahim Alkataki melalak melolong mengutuk dan memaki Umno dan memuji memuja Tuan Guru Nik Aziz, MB Kelantan waktu itu. 
 
Siapa tidak sedih dan simpati waktu itu melihat Ibrahim Alkataki dihina dan dipijak oleh Umno sehinggakan beliau bertanding secara bersendirian menentang Umno dan PAS, beliau kalah teruk. Tuan Guru Nik Aziz seorang Ulamak dan berjiwa lembut, tanpa prasangka maka diberi pinjam kerusi Parlimen Pasir Mas kepada Ibrahim Alkataki di dalam PRU ke 12 tahun 2008.

Umpama melepaskan `katak yang dipijak', Ibrahim Ali mulai lupa diri. Akhirnya, beliau mengaku menjadi Bebas yang tidak memerlukan sokongan PAS lagi walaupun kerusi yang beliau duduki sekarang adalah kerusi PAS. Ini lah jenis katak yang paling bangsat di dalam dunia.

Baru-baru ini, akibat bebalnya raja katak ini beliau sudah termakan dengan propaganda media pencacai yang menuduh DS Anwar adalah penyokong Zionis Israel. Maka, Ibrahim Alkataki membuat kenyataan agar rakyat Malaysia dan Pembangkang menolak DS Anwar Ibrahim. 
 
Memetik kenyataannya di Malaysiakini, " Ibrahim menggesa rakyat Malaysia terutama parti politik supaya "melupakan" Anwar memandangkan pelbagai isu dikaitkan dengan ketua pembangkang itu, sehingga membuatkan rakyat "letih" mendengarnya. 
 
"Sekarang ada masa untuk melupakan Anwar. Sekarang adalah masa untuk memikirkan tentang masa depan. Pemimpin datang dan pergi, tetapi Malaysia lebih penting (malaysiakini).

Beliau menyebut rakyat letih dengan karenah DS Anwar. Hakikatnya, bukan rakyat yang letih tetapi beliau serta Umno yang letih untuk menghadapi kebenaran yang dibawa oleh Ketua Pembangkang ini. 
 
Buktinya, ke mana sahaja DS Anwar pergi, ribuan rakyat akan menyambutnya tanpa dibayar upah. Bukti lebih jelas lagi, mengapa DS Anwar begitu berani berkali-kali mencabar pemimpin Umno terutamanya Najib untuk berdebat dengan beliau di dalam apa jua isu? 
 
Jika benarlah DS Anwar ini ejen Yahudi, ejen Amerika, rendah moral, perasuah dan sebagainya, sudah tentu beliau tidak mempunyai kekuatan untuk mencabar Najib berdebat. Bodoh benarlah DS Anwar jika beliau sanggup berdebat di dalam keadaan dirinya yang penuh dengan `kekotoran' itu.

Sebenarnya, Ibrahim Alkataki terlalu iri hati dan sakit hati dengan ketokohan DS Anwar Ibrahim. Hatinya yang busuk itu bertambah sakit apabila melihat tatkala DS Anwar diserang di segenap penjuru oleh semua jentera kerajaan terutamanya media kawalan Umno, rakyat tetap mengangkat tokoh ini ke persada tanahair malahan dunia juga mula memandang bahawa tiada tokoh lain yang hebat untuk menjadi pemimpin negara ini melainkan DS Anwar Ibrahim.

Pesanan kita kepada Ibrahim Alkataki, manusia yang paling wajar ditolak dari muka bumi ini adalah beliau sendiri. Rakyat terutamanya di Pasir Mas juga teramat `letih' melihat tabiat raja katak yang tidak ketahuan perjuangannya. 
 
Percayalah, keletihan rakyat di Pasir Mas akan hilang selepas PRU ke 13 nanti. Pada waktu itu, di Pasir Mas raja katak ini akan dimakamkan di jirat untuk diabadikan sebagai tempat permakaman sang pengkhianat. Ibrahim Alkataki pasti dikuburkan.
 
 
Shalehudin
Foto dari Zar Ali

Puak2 UMNO Jangan Cuba Nak Putar Belit Isu Israel !!

 Lili Rozita's photo 
 
PUAK AMNO SEPATUTNYA TAK PERLU PUTAR BELIT KENYATAAN ANWAR TENTANG ISRAEL SEMATA MATA UTK MEMANCING UNDI RAKYAT SEMULA....
 
CUKUP CUKUPLAH TU.... CUBA TENGOK YANG INI...SIAPA YANG SOKONG ISRAEL SEBENARNYA? 
 
SENDIRI MAU INGATLAH KAN????

Lain Kali Anwar Harus Lebih Berhati Hati !!

ANWAR KENA 'JAGA MULUT'

Kadangkala naik sakit kepala juga dengan para pemimpin Pakatan Rakyat ini. Kita sebagai blogger bermati-matian cuba menaikkan imej serta kelebihan pimpinan serta parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Apa saja fitnah yang dilemparkan oleh blogger pro UMNO-BN cuba rekaciptakan, kita semua bekerja keras menafikan. 

Bukan penafian kosong tapi berlandaskan fakta. 



Tapi, apa yang penulis rasa kecewa dengan sikap pimpinan Pakatan Rakyat terutama Dato Seri Anwar Ibrahim seolah-olah tidak belajar dari pengalaman lalu. 
Beliau perlu ingat, setiap hari beliau diekori musuh sama ada nyata mahupun tersembunyi. Apa saja gerak-geri serta riak badannya menjadi tatapan para musuh. 

Sebab itulah Anwar perlu jadikan pengalaman lalu sebagai benda yang paling beharga. Anwar pernah rapat dengan Ezam, tapi mana dia sekarang? Ezam pernah ambil Saiful bekerja, ikut sana sini, tapi mana Saiful sekarang? 


Anwar kena ingat apa sahaja perbuatan serta ucapan beliau sama ada menerusi 
ceramah mahupun kenyataan akhbar menerusi akhbar luar negara, sentiasa diawasi. 

Hati-hati beri kenyataan. Walaupun kenyataan itu tak betul dan diputar belitkan, Anwar kena ingat, musuh utamanya di Malaysia akan putar belit kenyataannya itu menerusi akhbar, radio dan TV.



Walaupun Anwar cuba menafikan tapi berapa kerat sangatkah orang yang akan dapat maklumatnya? Sedang pihak musuh sudah berjaya meracuni pemikiran rakyat menerusi TV dan akhbar dan tersebar begitu meluas di kalangan orang-orang kampung. Mereka ini sangat percayakan TV dan Akhbar.



Kadang-kadang penulis sendiri naik muak dengan para pimpinan Pakatan Rakyat yang tidak pandai 'jaga mulut'.


Kenyataan terbaru Anwar tentang Israel kini diputar sehebat-hebatnya oleh pihak UMNO-BN yang kononnya Anwar sokong Yahudi Israel walaupun orang yang menuduhnya lebih Yahudi dari Yahudi itu sendiri. Kerjasama Kerajaan Malaysia yang menjadikan Yahudi Israel APCO sebagai penasihat dilupakan terus oleh rakyat Malaysia. Kini mereka nampak hanya Anwar saja yang jahat.



Lihat sahaja kenyataan bekas PM Dr Mahathir ini, seolah-olah dia tak pernah punyai sebarang hubungan dengan Yahudi Israel . Sedangkan jelas bukti dari surat Mahathir yang mempunyai hubungan akrab dengan Israel. Mahathir ini seperti kata Tengku Razaleigh Hamzah, suka menyalahkan orang bagi menutupi kesalahan beliau sendiri.



Kini, kesempatan tersebut beliau gunakan sebaik-baiknya bagi menghentam musuh nombor satunya iaitu Anwar Ibrahim. 

Maka, sehari dua ini, para blogger Pro Pakatan mendapat 'tugasan' baru nampaknya. Terpaksa pertahankan Anwar semula. Dan orang yang paling tunggu-tunggu nak hentam Anwar sekarang tak lain dan tak bukan , Pejuang Akidah, Dr Hasan Ali....!!!


Sumber: Pejuang Rakyat

Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar? Alahai Tun.. cuba tengok surat apa nih?




Mungkin Mahathir telah lupa pada 16 Ogos 1999, bagi pihak UMNO beliau telah mengutuskan satu surat kepada Ehud Barak mengucapkan tahniah kerana Ehud Barak telah dilantik sebagai Perdana Menteri Israel… tengoklah kat akhir entry ni..


Dalam surat ini Mahathir juga melahirkan hasratnya untuk menjalin hubungan diplomatik dengan Tel Aviv..

Sebelum itu baca laporan ni dulu…
Israel: Mahathir kecewa kenyataan Anwar
30 Januari 2012

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau kecewa dan tidak berasa terkejut dengan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu melindungi keselamatan Israel.

Dr Mahathir juga membidas bekas timbalannya itu yang selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Beliau mendakwa ketua pembangkang itu itu sememangnya mempunyai hubungan rapat dan akrab dengan pemimpin Yahudi sejak dahulu lagi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach ro Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, Dr Mahathir berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjol dan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.

Ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya, hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa.

Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temu bual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. - Bernama

Alahai Tun.. kalau duduk diam-diam jaga cucu dirumah atau pergi ke masjid kan lebih baik..

Cuba korang tengok siapa yang menandatangani surat mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel dan melahirkan hasrat mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Tel Aviv ni..

Dalam Surat ini Tun Mahathir Mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak di atas kemenangannya pada pilihanraya. Kalau dilihat di dalam surat ini, Jelas sekali Tun Mahathir memohon pertolongan dari PM Yahudi itu untuk melobi Malaysia berkenaan dengan "Clinton Fund" berhubung dengan Pilihanraya Umum Malaysia yang akan diadakan tidak lama selepas itu.

Perenggan kedua "surat" ini menyatakan keikhlasan Mahathir yang berharap agar dapat diaturkan satu pertemuan (antara beliau dengan Barak) melalui Menteri Luar ketika itu, Syed Hamid Albar dengan David Levy (Menteri Luar Israel) bersempena dengan Perhimpunan Agung Tahunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) bagi membincangkan perkara berkaitan pungutan dana untuk parti UMNO dalam persediaannya menghadapi PRU 10. 
 
Secara mudahnya, Mahathir memohon bantuan Israel untuk melobi Presiden Bill Clinton bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk membiayai perbelanjaan pilihanraya UMNO!

Perenggan ketiga pula menyebut kesediaan Mahathir untuk membenarkan pasukan tentera udara Amerika Syarikat menggunakan tanpa had (unlimited use) kemudahan pengkalan tentera di Malaysia sebagai balasan timbal balik atas bantuan dana oleh Clinton Fund dalam membiayai perbelanjaan pilihanraya parti UMNO.

Malah Tun Mahathir yang lantang menentang Yahudi ini menawarkan kepada Ehud Barak pendekatan hubungan Diplomatik yang baru kepada Tel Aviv. 
 
Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara, Namun di sini jelas sekali Mahathir menawarkan hubungan diplomatik kepada Israel. Apa semua ini? Sila klik gambar di bawah untuk membesarkan image

Tak jelaskan?? ha.. korang klik kat image di bawah..

UMNO ANTI ISRAEL DAN YAHUDI ? BIAR BETUL....JANGAN OTAK KITA DILEMBUKAN - Oleh: WFAUZDIN NS

 
Poster ini pernah digunakan di dalam PRK Parlimen Bukit Gantang....
APA lagi yang boleh Umno jadikan modal untuk memburukkan DS Anwar?  Kes liwat, hancur lebur.  Kes video seks hitam putih, jadi bahan ketawa.  Kes jam Omega, pihak Polis kata lupakan saja isu jam yang datangnya dari Taiwan itu.  Terbaru sebelum isu Anwar sokong Israel, kes video seks di Thailand, lagi memalukan kerana tarikh yang kononnya video dirakam itu, Anwar berada di KL dan hadir sidang akhbar di Pejabat PAS.
 
Kini, heboh di media pencacai bahawa Anwar menyokong Israel.  Mahu membuat pembohongan dan fitnah berdasarkan akhbar Wall Street Journal yang mana semua orang boleh baca dan faham, kecuali otak-otak porno lembu kondo. Bab sokong Israel ini, adakah berani Najib berdebat dengan Anwar.  
 
`Taubat lahom' bak kata Mat Sabu Najib tidak akan berani.  Walaupun kononnya mereka ada bukti dan fakta bahawa Anwar sokong Israel dan ejen Amerika, mampus Najib tidak akan berani berdebat dengan Anwar.  Sebab apa?  Sebab, Umno dulu kini dan selamanya hanya bergantung kepada media pencacai mereka untuk memperbodohkan rakyat.
Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan?
Sebab itu, tidak hairan ramai di kalangan rakan-rakan aku yang berkata, mereka akan meminta borang memasuki Umno esok, sekiranya hari ini Najib berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan Anwar.  Di dalam debat, kepintaran berhujah sahaja tidak cukup, tetapi kekuatan untuk memberikan keyakinan kepada orang ramai adalah melalui fakta serta bukti yang kukuh.  Atas sebab ini lah, Najib amat takut untuk berdebat dengan Anwar.
Yossi Benavoun - Pemain Chelsea berbangsa Yahudi Israel pernah jejak kaki ke Malaysia
Anda lupakah seorang pemain Chelsea bernama Yossi Benavoun, adalah seorang Yahudi dari Israel dan beliau berjaya menjejakkan kaki ke bumi Malaysia sewaktu perlawanan persahabatan dengan pasukan kita?  Kita juga pernah menerima kehadiran pemain kriket dari Israel beberapa tahun dahulu, dan beberapa pemimpin PAS telah ditangkap kerana berdemontrasi membantah kehadirannya.  Umno anti Israel?  Jangan sampai termuntah ok.

Chegu Bard sepanjang ceramahnya sekarang sering mengingatkan rakyat bahawa kerajaan kita sebenarnya mempunyai hubungan dagang dengan Israel.  Beliau mempunyai bukti berbentuk dokumen dan bukti tersebut sering ditunjukkan kepada orang ramai.  Mengapa kerajaan berdiam diri?  Fitnahkah Chegu Bard?  Jika fitnah, apa yang harus kerajaan buat?

Di bawah ini, saya sertakan petikan artikel lama dahulu.  Baca dan fahami, agar otak kita tidak seperti otak lembu kondo lagi./wfauzdin.blogspot.com
-----------------------------------------------------------------------

Bendera Israel berkibar di Malaysia?

Artikel di bawah ini ialah petikan dalam UTUSAN Malaysia (kitab Umno) membuktikan lagi betapa hipokritnya regim Bn dalam melawan Zionis, tapi apa nak heran bendera Israel juga pernah berkibar di PWTC (rumah utama Umno). 

Oleh Zaini Hassan

KAPAL Zim USA yang didaftarkan di Israel ini kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang pada 20 Jun.


BENAR seperti kata negarawan ulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad, kita mudah lupa. Ingat lagi semasa Gaza diserang bertalu-talu, seluruh rakyat Malaysia, terutamanya orang Islam bagai nak gila. Demonstrasi sana-sini. Minta diboikot itu dan ini, barangan yang dikeluarkan oleh Yahudi dan yang diasaskan dari Israel.

Lepas sebulan serangan ke atas Gaza tamat, pemikiran kita mula lembam, enam bulan selepas itu sedikit demi sedikit mula lupa dan selepas setahun terus lupa.

Kempen-kempen boikot dan amarah kita sudah hilang sehinggalah seminggu ini. Sejak minggu lalu kita bangkit semula. Solat hajat diadakan semula di sana-sini. Televisyen dan akhbar-akhbar penuh dengan berita dan komentari (termasuklah Cuit ini hari ini) mengenai kisah Israel, Yahudi dan kekejamannya. 
 
Jika Israel tahu mengenai sindrom mudah lupa kita, sudah pasti mereka akan ketawa terbahak-bahak. Tapi bangsa Yahudi ini bijak, mereka memang tahu tabiat kita, terutamanya umat Islam dan orang Melayu kita ini. Kita ini hanya akan melompat ikut musim. Itu pasal Israel suka menyerang ikut musim. Ada musim-musim tertentu mereka akan bertindak dan sekali gus dunia (terutamanya dunia Islam) akan melompat. Kemudian senyap.

Tujuan mereka ialah supaya semua orang ingat akan (kewujudan) negara Israel itu.

Dari segi dasar kerajaan, Malaysia memang konsisten. Kita adalah antara segelintir negara Islam dan di dunia yang tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel. Langkah kerajaan itu amat kita sanjung. Kita berharap selagi ada negara Yahudi haram itu, kita tidak akan mengiktiraf kewujudannya sampai bila-bila.

Begitu juga hubungan dagangan dengan negara itu. Secara automatik hubungan itu tidak berlaku, kerana kita tiada hubungan diplomatik. Mengikut undang-undang antarabangsa, Israel tidak boleh juga menahan rakyat kita kerana kita tiada hubungan yang sah dengannya. Dalam kes yang berlaku ke atas kapal misi kemanusiaan ke Gaza itu, rakyat Malaysia ditahan di laut antarabangsa - bukan dalam kawasan perairannya, itu lagi salah.

Namun, walaupun kita tidak mempunyai hubungan itu, difahamkan ada juga barangan dari negara rejim Yahudi ini memasuki negara ini. Mungkin bukan terus, tapi dari negara ketiga.

Tapi benarkah kapal Israel dibenarkan memasuki ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara terus?

Benarkah itu berlaku? Apakan kerajaan sedar ia berlaku?

Melalui maklumat seorang sahabat yang terlibat secara terus dalam bidang perkapalan, saya melakukan siasatan. Satu maklumat kepada saya kemudiannya mendedahkan senario bagaimana halusnya rejim itu menjalinkan hubungan dagang dengan kita.

Kita jangan cakap perkakasan yang canggih dan besar-besar yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. Kita cuma bercakap mengenai soal buah epal dan buah oren yang dihantar oleh kapal mereka ke pelabuhan kita. Rakan yang mendedahkan maklumat itu geram kerana kapal kemanusiaan kita dihalau dan diserang, sebaliknya kapal Israel sewenang-wenangnya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula kapal MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? Jawapannya, tidak.

Begini bunyi maklumat itu (yang diterjemah dalam bahasa Melayu):


Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita.

Maklumat mengenai syarikat perkapalan Zim boleh dilayari melalui www.zim.co.il. Di bawah tajuk sejarah, ditulis: Bermula dengan permulaan bersejarah pada 1945 sebagai kapal pengangkut imigran (kaum pendatang) dari wilayah berperang Eropah ke negara harapan bernama Israel, ZIM kini menjadi salah sebuah syarikat perkapalan terbesar yang beroperasi di seluruh dunia. (From historic beginnings in 1945 as a carrier of immigrants from war-torn Europe to the nascent state of Israel, ZIM has become one of the world‘s largest shipping companies with operations throughout the world.)

Kelmarin (7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar.

Secara puratanya kapal itu panjangnya kira-kira 253 meter, lebar 32 meter dan boleh membawa muatan sebanyak 4,000 Teu atau bersamaan 4,000 buah kontena 20 kaki. Ia berlayar keluar dari pelabuhan itu kira-kira pukul 7 pagi semalam (8 Jun).

Selain Zim Genova, kapal-kapal Zim lain yang berulang-alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir: Pelabuhan Klang enam hari lalu), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yang kesemuanya didaftarkan di beberapa buah negara lain).

Zim USA, misalnya kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang ialah sekitar 20 Mei lalu, kira-kira tengah hari (Sila layari http://www.marinetraffic.com/ais/shipdetails.aspx?mmsi=428000109).

Di serombong asapnya (funnel) terpampang bendera Israel – tujuh bintang yang dengan megahkan berlabuh di pelabuhan kita!

Kebanyakan pegawai kapal-kapal itu terdiri daripada rakyat Israel.

Satu lagi e-mel yang diterima berbunyi:

Zim Israel Navigation Company atau Zim Lines juga mempunyai anak syarikat penuhnya iaitu Gold Star Line. Nama kapal-kapalnya ialah: New Asia Middle East Express, China Vietnam Express, East Mediteranean Express, Far East Africa Express dan Chittagong Malaysia Express.

Gold Star Line ini berpangkalan di Hong Kong. Di negara Islam seperti Pakistan, Bangladesh, Indonesia - Zim beroperasi di bawah nama Gold Star Line.

Menurut sumber itu, ada antara kargo dari kapal Zim dikatakan melalui proses pelabelan semula (relabelling) di Singapura sebelum memasuki Malaysia. Difahamkan antara kargo yang dibawa masuk ke Malaysia ialah buah oren dan epal di bawah nama HIFA.

E-mel itu menulis lagi: Sekiranya kita tiada hubungan dua hala dengan Israel, mengapa dibenarkan kapal-kapal mereka memasuki perairan kita? Mengapa berdagang dengan mereka? Apa yang berlaku ini?

Saya tidak boleh jawab soalan itu. Saya hanya boleh tulis dan sampaikan. Jika betul, kita minta -- Kementerian Pengangkutan, Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) serta pengendali pelabuhan yang diswastakan iaitu Pelabuhan Barat (West Port) dan Pelabuhan Utara (North Port) - sila jawab, jika salah sila jelaskan.
/Sumber:  Chegu Bard