Bekas PM, Mahathir Mohamad yang sering dituduh cemburukan bekas
timbalannya berkata bahawa beliau tidak hairan dengan kenyataak Anwar
Ibrahim terhadap “Sekuriti Israel”. PM Najib Razak juga dengan pantas
mengatakan bahawa ia suatu pengkhianatan terhadap dunia Islam.
“Beliau akan kata apa sahaja demi untuk ambil alih Putrajaya,” ujar Mahathir yang juga bekas presiden UMNO itu.
Apabila anak murid melebihi guru
Pada tahun 1980-an, Mahathir dengan berhati-hati memujuk Anwar, yang
pada ketika itu pemimpin pelajar yang tegas untuk menyertai UMNO.
Anwar
kemudiaannya berjaya naik sehinggalah menjadi timbalan perdana menteri
dan menteri kewangan.
Walaubagaimanapun, kedua-dua lelaki ini mula berbalah disebabkan isu
ekonomi di mana Mahathir yang lemah itu telah kehilangan berbillion wang
negara disebabkan skim-skim yang gagal contohnya cuba mengawal pasaran
global timah, spekulasi matawang, mewujudkan syarikat yang mengeluarkan
kereta negara, mewujudkan golongan ahli perniagaan yang berpengaruh dan
banyak lagi idea dan polisi pelik.
Anwar mencipta nama terutamanya di pentas antarabangsa atas dasar
anti-rasuah dan platform untuk reformasi. Beliau dianggap sebagai antara
menteri kewangan terbaik rantau Asia dan ia adalah sesuatu yang lain
daripada imej Mahathir yang lebih kepada diktator dank keras kepala.
Ini menghasilkan ketegangan yang besar antara kedua-dua lelaki ini.
Ia semakin memuncak pada perbicaraan kes liwat tahun 1998 ke atas Anwar.
Disebalik tuduhan yang lemah itu, Mahathir tetap mendesak keputusan
bersalah dan hanya selepas beliau bersara Mahkamah Persekutuan berani
membersihkan Anwar daripada pertuduhan itu.
Sehingga sekarang, ahli UMNO tidak menyangkal hakikat bahawa Anwar
jauh lebih popular berbanding Mahathir yang sentiasa takut dicabar Anwar
untuk jawatan presiden. Apabila Anwar dipecat dan dipenjarakan pada
tahun 1998, ia telah menyebabkan perpecahan UMNO dan parti tersebut
kekal lemah disebabkan insiden ini.
Tetap membenci
Sementara itu, kebencian Mahathir terhadap Anwar tidak berkurang dan
beliau telah menemui pelbagai cara untuk memberi tekanan kepada
waris-warisnya dalam UMNO untuk memastikan Anwar kekal di dalam penjara.
BAru-baru ini apabila Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada
tuduhan liwat yang direka cipta buat kali kedua, Mahathir mendesak
kerajaan untuk merayu. Najib yang lemah itu pun bersetuju.
“Dia (Anwar) memang bersimpati dengan orang Yahudi dan dia banyak
kawan dalam Kongress AS dan Senat yang bangsa Yahudi. Dia jumpa Paul di
sana selama 3 jam dan ini menunjukkan bahawa dia memang ada hubungan
rapat dengan Israel,” kata Mahathir.
Anwar reportedly said in the Wall Street Journal last week that he
had supported “all efforts to protect the security of the state of
Israel”. His comments were pounced on by the ruling Umno-BN government,
eager to whittle down Anwar's popularity with the Malays ahead of
general elections widely expected to be held this year.
Anwar telah dilaporkan sebagai berkata kepada Wall Street Journal
pada minggu lepas bahawa beliau “menyokong segala usaha menjaga keamanan
Israel”. Komen beliau digunakan oleh kerajaan UMNO-BN yang
bersungguh-sungguh ingin melenyapkan popularity Anwar dikalangan orang
Melayu sebelum pilihanraya umum yang dijangka akan diadakan pada tahun
ini.
Anwar telah memberi amaran kepada pemimpin UMNO untuk tidak
memutarbelitkan kata-kata beliau dan mengatakan bahawa kenyataan beliau
selari dengar dasar Malaysia terhadap Israel.
“Tiba-tiba, selepas banyak kritikan, dia dakwa dia menyokong
penyelesaian dua negara. Dia tak sebut pun pasal keselamatan rakyat
Palestine yang merupakan mangsa sebenar,” ujar Mahathir yang jelas masih
benci Anwar.
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.