Followers

Monday, April 30, 2012

Alasan Bodoh dari Najib.. Sebab Kerajaan tak benarkan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka..





Dengan menggunakan alasan kononnya ada saksi yang mengatakan MUNGKIN penganjur akan gunakan Dataran Merdeka untuk tujuan politik dan menguasai Dataran secara berterusan.. Najib cuba menghalalkan tindakan Kerajaan UMNO/BN terhadap peserta..


MUNGKIN adalah sesuatu yang belum pasti.. tapi yang dah kena belasah itu pasti...

Perhimpunan BERSIH 3.0 tidak dibenarkan untuk menggunakan Dataran Merdeka, Sabtu lalu kerana dikhuatiri pihak yang tidak bertanggungjawab akan menguasai tempat tersebut secara berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, penolakan permohonan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) untuk menggunakan Dataran Merdeka juga adalah disebabkan bagi mengelak kejadian yang tidak diingini daripada berlaku.


"Kerajaan tidak benarkan Dataran Merdeka digunakan atas beberapa sebab. Antaranya ia merupakan satu tapak yang ikonik dan bersejarah dalam konteks perjuangan kemerdekaan. Kemudian, ada saksi (kata) mungkin penganjur akan gunakan (Dataran Merdeka) untuk tujuan politik mereka dan ada perancangan untuk kuasai Dataran secara berterusan. Dan akhir sekali, saya ingin mengelak demonstrasi jalanan yang akan beri kesan buruk," katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Agung Umno, di Kuala Lumpur, malam tadi.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin.


Sehubungan itu, Najib berkata, cadangan kerajaan sebelum ini yang menawarkan beberapa tempat seperti Stadium Merdeka adalah bertujuan bagi mengawal situasi yang tidak diingini daripda berlaku.

"Kalau niat untuk himpun dan nyatakan pendirian mereka, stadium sesuai untuk suarakan pendapat mereka. Sesuai dengan pendirian kita iaitu 'benarkan suara bebas di negara kita' dan senang juga untuk dikawal," katanya.

Dalam pada itu, Najib yang juga presiden Umno berkata, kemudahan menggunakan meriam air dan gas pemedih mata oleh pihak berkuasa merupakan salah satu pilihan yang dibenarkan dan tidak memudaratkan kesihatan.

Jelasnya lagi, penggunaan air kimia dan gas itu adalah jauh lebih baik berbanding berlakunya pertempuran fizikal yang mampu mengakibatkan jumlah kecederaan lebih ramai.

"Pada hakikatnya, terdapat pihak yang mengatakan dari segi kesihatan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air ialah pilihan yang tidak memudaratkan keselamatan dan (ia) lebih baik daripada berlaku pertempuran fizikal.

"Seandainya tidak bersurai, kes-kes fizikal dari segi kecederaan tentu jauh lebih besar dan parah dengan apa yang berlaku semalam (Sabtu)," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali yang mengatakan Najib tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH dijalankan, Najib berkata:

"Tak ragu-ragu. Saya memang tak ragu. Kenapa saya perlu (ragu-ragu)? Saya perlu fikir masa yang lebih susuai," katanya.

Ketika ditanya lagi, adakah dengan himpunan BERSIH membuatkan pengumuman bila pilihan raya akan dilakukan semakin lambat, Najib berkata:

" Tak tahulah. Tengoklah dulu. Tunggu dan lihat," katanya.

Sementara itu Bernama melaporkan Najib berkata pihak polis akan memaparkan rakaman video mengenai apa sebenarnya berlaku semasa perhimpunan di ibu negara semalam.

Katanya, langkah itu bagi mengelak insiden itu daripada dieksploitasi oleh pihak tertentu yang cuba mempengaruhi pendapat awam berhubung perhimpunan itu yang mana kebanyakannya dipaparkan melalui media sosial.

"Penting bagi polis untuk paparkan apa sebenarnya berlaku. Polis tidak akan tutup ada apa-apa termasuk jika ada salah laku yang dilakukan oleh anggota polis sendiri," katanya.

Beliau berkata seramai 130 anggota perubatan termasuk 30 doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) telah ditugaskan untuk memberi rawatan segera kepada yang terlibat dalam perhimpunan itu tanpa mengira fahaman politik.

Perdana menteri turut memaklumkan bahawa perhimpunan tersebut merupakan ujian pertama bagi anggota polis menterjemahkan tindakan mengikut undang-undang baru selepas kerajaan melaksakan transformasi politik termasuk pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 selain memperkenalkan Akta Perhimpunan Aman baru-baru ini.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerajaan akan mewujudkan satu lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi memenuhi tuntutan perhimpunan kali ini, Najib berkata tiada sebab untuk mewujudkannya kerana semuanya telah dijawab semasa PSC membentangkan laporan mereka di Parlimen baru-baru ini.


Malaysiakini

Najib Tanggung Risiko Jika Wartawan Asing Gambarkan PDRM Sebagai "Gangster Berlesen"

 
Keganasan polis: Najib paling tertekan

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Razak nyata paling tertekan dengan keganasan polis kepada peserta Bersih 3.0 dan pihak media terutamanya enam hari menjelang hari kebebasan media sedunia.
Demikian analisa anggota Parlimen Kuala Selangor yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad.

"Kali ini rasanya paling parah mereka (petugas media) yang kena. Mereka ditahan, ditumbuk, dibelasah, kamera dimusnahkan semua ini berlaku 6 hari sebelum Hari Kebebasan Media Sedunia..World Press Freedom,"

Bagi beliau, Najib tidak dapat elakkan diri kalau media barat menggambarkan PDRM sebagai 'gangster berlesen'.

Ini kerana, yang terkena termasuk petugas media dari Al-Jazeera, Channel News Asia dan media tempatan termasuk The Malay Mail, The Sun, Malaysiakini, Makkal Osai, Guan Ming Daily dan juga Harakah.

Sebelum ini, Reuters sebuah agensi media antarabangsa meramalkan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke 13 ekoran trgaedi yang berlaku Sabtu lepas.

Komited kepada pru bersih


Bagi Dr Dzulkefly , rakyat khasnya pihak Bersih 3.0 mesti bersedia untuk kekal komited kepada reformasi pilihanraya sebelum PRU ke 13.

"Rakyat mahu siasatan menyeluruh atas apa jua dakwaan yang menjadi punca dan mulanya kekacauan dalam perhimpunan semalam, tapi rakyat dan Bersih tidak akan dilunturkan asakan mereka untuk mendapat sebuah sistem dan proses pilihanraya yang bersih dan Adil," kata beliau kepada Harakahdaily.

Dr Dzul mengajak semua pihak agak mengimbau kembali sebab mengapa perhimpunan Bersih 3.0 diadakan selepas Bersih 2.0.

"Kita adakan perhimpunan ini setelah kesal dengan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) yang mana kertas mereka diluluskan tanpa bahas.

"Juga tindakan pentadbiran Najib yang kononnya mengwar-warkan transformasi pilihan raya melalui pindaan ke atas akta kesalahan pilihan dan memaksa anggota Parlimen bersidang sehingga jam 3.21 pagi.

"Apa yang dipinda cuma perkataan 'buang undi' kepada 'mengundi'," sindir Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Beliau juga kesal dengan tindakan kerajaan yang memperalatkan Datuk Bandar Kuala Lumpur dengan kerjasama mahkamah untuk menafikan hak rakyat untuk berhimpun di Dataran Merdeka.

"Rakyat tak puas hati menyaksikan pilih kasih dan berat sebelah ni (zalim) sekaligus dah jadi macam barua eksekutif.

"Ingat Pakatan menang 10 dari 11 kerusi di Wilayah Persekutuan, bermakna lebih ramai pengundi atau rakyat menyokong Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur ini," tegas Dr Dzul. -HD

Kesatuan wartawan kutuk tindakan polis

Enam kesatuan wartawan menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak menyiasat dakwaan tindakan ganas dalam perhimpunan BERSIH 3.0 secara terperinci dan mendakwa individu terbabit.

Enam kesatuan wartawan itu, termasuk Pusat Kewartawanan Bebas, Piagam Aliran 2000, Kesatuan Wartawan Utara Tanah Melayu, membuat desakan itu dalam satu kenyataan bersama semalam.

Kenyataan itu juga mengutuk tangkapan ke atas dua wartawan dan tindakan ganas pihak polis terhadap petugas media yang membuat liputan ke atas himpunan 'Duduk dan Bantah' itu.

"Perdana menteri mesti mengambil tindakan tegas bagi memastikan semua anggota unit beruniform memahami dan menghormati peranan wartawan dan memberi pampasan ke atas barangan mereka yang dirosakkan dengan sengaja," menurut kenyataan itu.

Laporan media, video dan tulisan di Facebook dan di Twitter wartawan dan rakan setugas mereka menunjukkan sekurang-kurangnya enam kejadian seperti itu.

"Kami melihat insiden ini sebagai serangan bersepadu ke atas kebebasan media memandangkan ia nampaknya disasarkan untuk menghalang kewartawanan profesional dalam mendokumentasi keganasan polis ke atas sebahagian peserta BERSIH," kenyataan itu dipetik.

Sikap polis terhadap pemberita seperti itu mungkin disebabkan oleh rasa malu mereka terhadap gambar dan video berhubung kekejaman polis yang dirakam wartawan sebelum ini, menurut kenyataan bersama itu.

Turut menandatangani kenyataan itu ialah Persatuan Media dan Jurugambar Cina Pulau Pinang, Kelab Media Pulau Pinang dan Penang Press Employees Cooperative Society Limited.
-mk




Ulasan GB


GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa?


 

CUKUP MEMALUKAN POLIS TRAFIK PUN BELASAH ORANG... APA BARANG NI CIKGU... KALAU MACAM NI GAJAH PUN MATI, KAH KAH KAH



CUKUP MEMALUKAN POLIS TRAFIK PUN BELASAH ORANG... APA BARANG NI CIKGU... KALAU MACAM NI GAJAH PUN MATI, KAH KAH KAH !

Memang tak dinafikan memang ada peserta Bersih 3.0 yang belasah Pihak Polis... namun berapa ramai Pihak Polis yang cedera koma atau yang sedang nazak nak mati dan berapa pula Peserta Bersih yang cedera jika dibandingkan jumlah Pihak Polis dan Peserta Bersih pada 28hb April 2012 yang lalu... kalau alasan Peserta merempuh halangan dijadikan alasan kenapa dikawasan lain... memukul Peserta pun turut terjadi.

Dipihak Polis yang mengikut telunjuk Regim Umno/Bn sudah pasti akan dipertahankan oleh Regim Umno/Bn yang berjaya memperkotak katikkan Pihak Polis... agar mengikut Perancangan Regim Umno/Bn bagi membuat Provokasi dihari di Perhimpunan Bersih 3.0 Duduk Bantah... sebab itu video yang ditayangkan serta gambar-gambar ada diantara nya manusia menjadi berbagai watak... sekejap jadi Perserta Bersih 3.0... kemudian gambar lain manusia ni jadi anggota Polis pula.

Ini memang rancangan dari awal Regim Umno/Bn untuk membuat Provokasi... atas sebab itu Perhimpunan Duduk Bantah di Dataran Merdeka tidak dibenarkan kerana agak sukar Provokasi dibuat apabila Peserta Membantah Sambil Duduk... dan sudah pasti akan jelas sesiapa yang bangun untuk membuat Provokasi... atas sebab itu lah Regim Umno tidak membenarkan Perhimpunan di Dataran Merdeka.


Akibatnya peserta akan datang dari berbagai arah... maka Regim Umno akan membuat sekatan pun dari berbagai arah pula... maka provokasi pun mudah untuk Regim Umno mulakan... mungkin cerita sebegini banyak disebarkan oleh bloger PR... namun video diatas rasanya pernah dilihat seperti ditanah Plastien apabila Pihak Israel cuba mematahkan demontrasi oleh Rakyat Palestien.
Kalau kata-kata aku tu menyingung Perasaan Polis Trafik yang ada dalam video ni... nasib lah kau orang... siapa suruh kau ikut cakap Regim Umno/Bn... kepada Polis Trafik dan Unit lain yang anggota tak terlibat memukul Peserta Bersih 3.0... kau memang layak menjadi anggota Polis untuk menjaga Rakyat... namun yang terlibat memukul seperti didalam video ni... baik lu orang pergi mampus kalau masih nak jadi Polis... kah kah kah !.
hemmmmm..... bapak aku dulu polis hutan... kemudian jadi polis trafik... tapi rasanya tak lah macam polis trafik yang ada kat dalam video tu... ganas kat seorang peserta dan buat macam punching bags... nampak sangat jenis barua umno yang sama macam samseng umno yang selalu mengganggu setiap ceramah pakatan rakyat... kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.

Dataran Merdeka: Umno Berjaya Membodohkan Penyokongnya dan membahalolkan Penyokong Pakatan


Kerajaan Rakyat: Nasib baik ada Dataran Merdeka, dapatlah Umno haramjadah dan bloggers pencacai Umno serta bloggers pro Pakatan yang lemah minda gunakan isu rempuh Dataran Merdeka sebagai bahan cerita di blog-blog mereka. Isu sebenar tentang penipuan Suruhanjaya Pilihanraya dan keganasan polis dikesampingkan. Umno telah berjaya bukan hanya membodohkan ahli dan penyokong mereka tetapi Umno/BN juga turut meraih kejayaan membahalolkan penyokong dan sebahagian bloggers Pakatan Rakyat yang lemah mindanya. Tahniah Umno!



Anwar Ibrahim berkata, tindakan peserta merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka bukan isu tetapi isu lebih besar dibangkitkan adalah penipuan pilihan raya, kezaliman kerajaan dan penafian rakyat untuk berhimpun.
“Hak untuk memasuki Dataran Merdeka adalah hak rakyat. Dataran Merdeka tidak ‘merdeka’ pada masa itu dan kita mahu memerdekakannya. Adakah itu satu jenayah yang besar?
“Isu utama yang kita bangkitkan ialah penipuan pilihan raya. Kezaliman kerajaan Umno BN menindas rakyat. Rakyat dinafikan hak untuk berhimpun. Beratus-ratus peserta dipukul dengan kejam. Adakah ia bukan jenayah?” soal Anwar mengulas tuduhan media kerajaan kononnya beliau menghasut orang ramai merusuh untuk memasuki Dataran Merdeka, Sabtu lalu.
“Isunya semata-mata barricade. (Rakyat) 300,000 berhimpun bukan isu? Tuntutan untuk adakan pilihan raya bersih bukan isu? Beratus keluar yang kena pukul di kawasan itu ada tak dibangkitkan?” soal Anwar lagi.

BBC News on Bersih 3.0 - What the government doesn't want you to know - WAJIB TENGOK: Penjilat Umno punya kerja...


Monday, April 30

WAJIB TENGOK: Penjilat Umno punya kerja...

LIHAT BAGAIMANA PENIPUAN BERITA DI JALANKAN

NOTA:
kalau berita demo pun tipu
ingat pilihanraya nanti tak tipu


bersih empat nanti ialah demo rakyat

sesudah ditipu di pru13


ini amaran

jangan tipu

di pru13


amy bangla

mat indon

mat myamar

jangan mengundi

mereka bukan rakyat malaysia


ini amaran

jangan tipu

di pru13



Brader Tukar Tiub

GANAS!!! PR dan NGO dapat kawal ahli-ahlinya tapi tak mampu kawal SB yang membuat provokasi!! - Blog Shubhi

 

Semalam wartawan menemuramah Tuan Guru Haji Hadi di Ulu Yam Baru berkenaan perhimpunan Bersih yang bertukar menjadi huru-hara. Beliau ditanya adakah Penganjur Bersih 3.0 gagal mengawal peserta. Tuan Guru menjawab, bagi beliau pihak penganjur telah berjaya mengawal peserta mereka dengan baik dan amat berdisiplin sekali.

Kebetulan saya berada di situ, lalu saya mendengar hujah Tuan Guru daqn berikut dibawah apa yang saya faham:



Rumusannya adalah pihak penganjur berjaya mengawal peserta bersih untuk berdisiplin membuat demo secara aman. Kerana:
  • Pas telah mengawal ahlinya yang turut serta dalam Bersih 3.0 dengan baik malah unit amal Pas telah banyak membantu orang ramai yang menenangkan keadaan juga menjadi pendamai apabila orang ramai naik minyak.
  • PKR juga berjaya mengawal ahlinya sejak awal untuk berdemo secara aman.
  • DAP juga berjaya mengawal ahli mereka.
  • NGO yang menyertai Bersih 3.0 terlebih lah lagi disiplin mereka, kerana tidak ada NGO yang ganas di negara kita, kalau adapun yang ganas kita tak namakan NGO sebaliknya kita namakan Kongsi Gelap.
Jadi kenapa terjadinya huru hara dan ramai yang tercedera? Ini di sebabkan Bersih bukan sahaja hanya di sertai oleh Parti Pembangkang dan juga NGO sebaliknya ada lagi mereka yang menyertainya.


Antara mereka yang menyertai Bersih 3.0 dan tidak ada sesiapa boleh mengawal mereka adalah SB. Pihak SB ini biasanya hanya Umno/BN sahaja yang boleh mengawal mereka dan bukan penganjur Bersih.
Oleh itu untuk tahu kenapa terjadinya huru hara, kenalah siasat para SB yang turut sama menyertai Bersih 3.0.

......

http://wartashubhi.blogspot.com

[Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?

 
Pemotong kawat duri macam profesional

KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yang bertindak memotong dawai penghalang pada perhimpunan Bersih 3.0, semalam.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berkata individu terbabit yang dikatakan peserta Bersih 3.0 itu kelihatan profesional ketika memotong dawai berduri yang diletakkan di sekeliling Dataran Merdeka.

"Individu terbabit dilihat begitu profesional kerana dapat memotong dawai berduri itu dengan pantas, yang akhirnya memberi peluang kepada polis untuk 'mengganas' selepas itu," kata beliau pada sidang media yang diadakan di Pejabat Agung PAS, hari ini.

Sambil menolak segala provokasi berpunca daripada peserta Bersih 3.0, Mohamad berkata penyokong himpunan itu tetap berada dalam keadaan terkawal, walaupun jumlahnya mencecah puluhan ribu.

Dalam pada itu, beliau turut mendakwa perhimpunan kali ini menunjukkan berlakunya peningkatan keganasan polis terhadap peserta himpunan.

Dakwanya, pengalaman menyertai beberapa perhimpunan sejak mahasiswa, perhimpunan kali ini merupakan perhimpunan yang hanya meningkatkan bilangan keganasan pihak polis.

"Dengan laungan kerajaan kononnya ingin melakukan transformasi terhadap institusi polis, jelas ia hanya mainan dengan tindakan ganas polis yang ditunjukkan pada perhimpunan semalam," tegas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Guaman PAS Pusat, Asmuni Awi turut melahirkan kekesalan dengan tindakan ganas pihak polis terhadap peserta himpunan Bersih 3.0.

Beliau yang turun bersama hampir 70 orang peguam bagi memantau himpunan tersebut turut mempertikaikan tindakan polis yang 'memburu' orang ramai.

"Larangan dikeluarkan untuk memasuki Dataran Merdeka. Kenapa pihak polis memburu orang ramai yang di luar Dataran Merdeka?" soal beliau yang turt serta pada sidang media tersebut.

Turut serta pada sidang media itu, Penolong Setiusaha Agung PAS, Dr. Syed Azman Syed Nawawi; Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Md. Ramli; dan beberapa wakil peguam PAS. -HD



Ulasan GB

kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah




Kelab Greenboc

Polis Pukul Pelancong | BERSIH 3.0

Benar-benar Melampau, Pelancong Asing Pun Turut Dipukul Oleh Polis!

Membelasah orang awam sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi polis. Senario di dalam perhimpunan BERSIH 3.0 menyaksikan wartawan (dalam dan luarnegara), peguam, pelajar malah tak kira siapa menjadi "lauk" para polis untuk dihentam dan dibelasah secukupnya.

Namun apa yang amat dkesali ialah apabila pihak polis turut memukul pelancong asing. Klip video di bawah ini memaparkan seorang pelancong asing yang berjalan tiba-tiba dilepuk oleh seorang anggota polis.

Amat keterlaluan, dan sungguh kasihan si mat salleh itu yang tak bersalah apa-apa menjadi mangsa "kerakusan" polis yang berlagak angkuh untuk menunjukkan kuasa yang sejemput terhadap seorang pelancong.

Hal ini perlu diberikan perhatian serius kerana ia amat mencemarkan nama negara dan Ketua Polis Negara perlu mengarahkan siasatan terperinci terhadap kes ini dan tindakan disiplin perlu diambil terhadap anggota polis tersebut.

KPN tidak perlu lagi berdalih dengan mengatakan anggotanya mengikut SOP tatkala melepuk pelancong asing tersebut seperti hal beliau laporkan kepada Menteri KDN terhadap indakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).

Dilaporkan sebelum ini,
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menyatakan kepadanya tindakan polis merampas kamera dan kad memori wartawan yang membuat liputan perhimpunan adalah mengikut garis panduan operasi polis (SOP).


Kita tidak tahu SOP mana yang digunakan oleh KPN yang mengizinkan anggotanya merampas kamera dan kad memori wartawan apatah lagi untuk melepok dan memukul orang awam sesuka hati. Malah kita meminta beliau menunjukkan secara lengkap dan terperinci kandungan SOP berkenaan.

Tindakan melampau anggota polis yang sedemikian hendaklah dikenakan tindakan yang wajar atau KPN perlu bertanggungjawab dengan meletakkan jawatannya sesegera mungkin.



Kelab Greenboc

Media Kerjaan/UMNO MENIPU dan MENIPU lagi!!! - Tranungkite Online


Akbar-akhbar seperti mana dijangka, mengatakan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara akan berakhir dengan keganasan. Akhbar akan menyalahkan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

BETUL  KE NI???? ATAU AGENDA MENYERANG PAKATAN RAKYAT DENGAN MENAMBAH NOKOK BERITA?

Ini berita ditokok tambah


Tapi apa sebenarnya


thanks ashrof1

[HOT] Pekung Polis Terdedah Lagi, Zaharin Minta Menteri KDN & KPN Letak Jawatan






Satu ketika dia peserta demo belasah polis trafik,
ketika lain dia anggota polis menangkap peserta BERSIH

Sedikit demi sedikit bukti penyamaran polis terdedah. Sesiapa yang mengenali polis ini, sila dedahkan namanya, akaun facebooknya (jika ada) dan berkhidmat di IPD mana.
Dan yang paling penting, bantuan diperlukan untuk mendedahkan gambar lelaki tidak siuman yang menaiki bumbung kereta polis dan menghentaknya. Jika Datuk Zaharin dari UMNO Bandar Tun Razak maklumkan hampir 2 ribu polis yang menyamar menjadi peserta Bersih untuk menimbulkan huru hara dan provokasi, maka tidak pelik kalau lelaki tidak siuman yang menaiki kereta polis dan menghentaknya juga seorang polis!


Ulasan GB


Kita akan terus berdoa kepada Allah swt agar kebenaran itu dibongkar dan didedahkan. Allah memperkenankan doa orang yang dizalimi dan difitnah. Petikan doa yang selalu GB siarkan:
Marilah kita sama-sama berdoa agar kebenaran dan keadilan itu didedahkan.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


Tulis Datuk Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak (Sang Kelembai) dalam facebooknya:
Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini..


Kini, orang UMNO sendiri mendedahkan pihak polis menyamar sebagai anggota BERSIH.

POLIS MERUSUH- provokasi polis kantoi,,, beliau memakai getah kuning, penanda bagi setiap Polis berpakaian preman (SB)

Selain itu Datuk Zaharin juga meminta Menteri KDN dan Ketua Polis Negara bertanggungjawab dan meletakkan jawatan disebabkan anggota polis yang cedera. Siap panggil mereka "monyet" lagi!


Apa lagi pencacai UMNO yang lain mahu cakap? Lu mau hantam dalam komen blog GB apa bikin? Pergilah hantam Datuk Zaharin di Wall FBnya... bingai...

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه

Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang kebenaran itu sebagai kebenaran, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yangg batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).




Only ISLAM is the Complete Religion For all Mankind !!!


Rahsia Polis@Negara Bocor.Sapa Yang Bocorkan??Tengok!!


Gambar yang disiarkan oleh Jeebond dari Blogpolitik mempersoalkan sipakah lelaki-lelaki yang tidak memakai ‘T’ Shirt BERSIH tetapi mengenakan jacket yang membuka halangan yang telah didirikan oleh pihak DBKL di sekitar Dataran Merdeka.


Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Akibatnya tindakan dari Pihak Polis bermula maka berbagai berita yang buruk tentang Himpunan BERSIH 3.0 disiarkan oleh Media yang dikawal pihak UMNO/BN.

Antaranya adalah berita seperti di bawah..

KUALA LUMPUR 28 April - Seperti mana dijangka, perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan di ibu negara hari ini berakhir dengan keganasan.

Ia berikutan tindakan peserta perhimpunan itu yang bertindak ganas dan biadab bukan sahaja dengan merempuh sekatan polis malahan turut menyerang serta memukul sehingga menyebabkan 11 anggota pasukan keselamatan cedera.

Tidak cukup dengan itu, peserta-peserta demonstrasi juga bertindak liar apabila mereka menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis yang terbabas.

Mereka juga turut memusnahkan kawat besi dan penghalang yang dipasang di laluan masuk ke Dataran Merdeka, penyokong Bersih sanggup melakukan apa sahaja keganasan termasuk mencederakan petugas media sehingga parah.

Tindakan ganas kumpulan itu bermula apabila mereka merempuh benteng pasukan polis yang berbaris di depan pusat beli-belah KLCC kira-kira pukul 10.30 pagi sehingga mengakibatkan beberapa anggota polis mengalami kecederaan – Lidah Rasmi UMNO

Dalam ramai dari kita yang tertanya-tanya.. tiba-tiba muncul Zaharin Mohd Yasin, Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…


Dalam mengatakan orang lain bodoh.. dia sendiri mempamirkan kebodohannya kerana terlalu bangga untuk menceritakan rahsia yang sepatutnya dirahsiakan beliau mendedahkannya kepada umum..

Patutlah Mahathir kata hanya orang bodoh kini bersama UMNO... benar rupanya..ASD
Siasahkini

POLIS MALAYSIA LEBIH BERHEMAH - meloya


Isnin, 30 April 2012

INI CONTOH MATA MATA BERHEMAH




ARKIB :
11/08/2011
 

KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ahli akademik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menganggap polis negara ini lebih berhemah dan sistematik dalam menyelesaikan sesuatu masalah termasuk isu keganasan berbanding apa yang berlaku di London ketika ini.

Setiausaha Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Raduan Che Rose berkata, biarpun negara tersebut lebih maju dan mempunyai pasukan polis antara terbaik di dunia namun, mereka masih gagal menghalang rusuhan sehingga menyebabkan kecederaan dan kecurian.

"Pendekatan yang dilakukan oleh pihak polis di sana dan polis di negara ini ternyata berbeza. Di sana punca utama menyebabkan mereka bertindak ganas ialah selepas seorang remaja kulit hitam ditembak mati oleh polis.

"Berbanding di negara ini, polis lebih banyak menggunakan pendekatan pencegahan malah, lebih sistematik dalam mengatasi masalah agar tidak merebak menjadi lebih serius," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


INI SATU LAGI CONTOH MATA MATA BERHEMAH




nota:
ini lah contoh terbaik
satu bukti betapa berhemahnya
mata mata malaysia

mata mata di malaysia ini dikatakan berhemah
bayangkan kalau mata mata ini tidak berhemah
mampooos rakyat kecewa
kah kah kah

sila layari radio bangsar utama:

Nuffnang Ads

Kezaliman Polis Terhadap Wartawan/Jurugambar Media Luar & Dalam Negara!!



Cik Ana
 
Wartawan/Jurugambar yang jadi mangsa serangan polis (fakta oleh CIJ). 
 
Radzi Razak (theSun) dipukul 7 anggota polis, patah tulang rusuk. 
 
Arif Kartono (the Malay Mail) dipukul 6 polis & kameranya dipecahkan. 
 
Koh Jun Lin (Malaysiakini) ditangkap & simcard dalam kameranya dirampas polis tanpa dikembalikan.
 
P. Malayandy (Makkal Osai) dipukul 5 polis & kamera dirampas tanpa dikembali. 
 
Harry Fawcett (Al Jazeera) kamera dipecahkan. 
 
Huang An Jian (Guang Ming Daily) dipukul polis. 
 
Kenny Lew (Channel News Asia) dipukul polis. 
 
Chen Shaua Fui (Merdeka Review) ditendang selepas menunjukkan kad medianya. 
 
Lisa J. Ariffin (Malaysian Insider) cedera terkena kanister. 
 
Ini tidak termasuk orang awam yang kena belasah.
 
Nota: Polis Malaysia menembak kanister kearah orang ramai dan bukan ke udara seperti sepatutnya. Info dari Malaysia Kini.
 
 
Malaysiakini

Setelah Penat Membelasah Rakyat !


KESIAN ABANG-ABANG POLIS KITA NI KEPENATAN SELEPAS BERPERANG DENGAN PESERTA BERSIH.. PENAT YA BANG ?

Sunday, April 29, 2012

SERAI PENAWAR KANSER !!!! Penemuan israel yang disembunyikan !!!. MESTI BACA !!!


Buat pertama kali, Benny Zabidov seorang petani dari Kfar Vedidya, Israel memiliki sebuah ladang di desa yang ditanam dengan pelbagai rempah ratus tetapi tidak memahami kenapa terlalu ramai pesakit kanser dari seluruh pelusuk negara datang untuk menemuinya hanya untuk mendapatkan bekalan serai segar di ladang milik beliau.

Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.

“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.

Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).

“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).

Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.

Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.

Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.

Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.

Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.

Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.

“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”

Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.

“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”

Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.

Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.

Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.

Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.

Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”

Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.

Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”

Jom tengok resipi Air Serai Berlimau yg simple jer ni dan selamat mencuba :)

AIR SERAI BERLIMAU
resipi : K.Nor@SecubitGaram
(http://www.secubitgaramnor67.com/2011/08/air-serai-berlimau.html)

Bahan:
1 batang serai (kalau serai yg kecik guna 2 btg)
1 biji limau kasturi
1/2 sudu besar gula ~ tambah jika nak lebih manis
250ml air panas mendidih

Cara:
Ketuk bahagian pangkal serai hingga pecah2.
Letakkan kedalam gelas dan masukkan gula.
Tuang air panas mendidih dan kacau gula menggunakan serai.
Biarkan hingga suam2 panas (boleh diminum) dan perahkan limau kasturi.
Kacau dan sedia utk diminum.

GAS PEMEDIH MATA !!

 Jkkk Fan Club's photo.
ADA KAH POLIS MENGIKUT KETENTUAN YANG TERTULIS DISARONG GAS YANG DITEMBAK !! KENAPA? MUNGKIN MEREKA TIDAK BOLEH BERBAHASA INGGERIS...ATAU MEREKA TIDAK PEDULI DENGAN ATURAN ITU !!
PLEASE SHAREEEEEE

Do Not Fire Directly at Persons ! ! !
Did the FRU follow the instruction?

Apparently, they did not! Two possibilities 1. They do not understand English 2. They do not treat the rakyat as human

Rupanya Ahli UMNO Mereka Ni !!

Bila kita tgk bola..kita tgk PENGADIL tu berat sebelah..kita rasa marah coz kita nak perlawanan itu BERSIH dan ADIL..bia sapa pun pemenanganya kita boleh terima dengan hati yang terbuka..mcm tu jugalah PILIHANRAYA...Sapa pon pemenang tak kira PAS,PKR,DAP @ BN..SPR mestilah TELUS...

[PANAS] Polis Paksa Perempuan Buka Baju BERSIH ketika Mahu Solat Maghrib - Dicatat oleh Tuk Kiyai

 
[KD] KUALA LUMPUR: Polis memaksa perempuan yang memakai baju Bersih menanggalkannya ketika mahu menunaikan solat Maghrib, kata Pengerusi Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Sheikh Ismail.

Mengecam arahan yang dibuat di Masjid Jamek, beliau yang berada di situ menyifatkannya sebagai sangat biadab dan tidak menghormati martabat wanita.

“Wanita ini ke Masjid untuk solat Maghrib, ada antara mereka berehat sambil menunggu LRT dibuka. Masa itulah, sekumpulan polis meluru masuk ke masjid beramai-ramai.

“Polis ugut wanita agar buka baju atau kena tangkap,” katanya kepada Keadilan Daily dan beliau sedang mengumpul bukti lengkap berkaitan insiden itu.

“Semalam, mangsa menemui saya dan memberitahu bersedia memberi bukti video berhubung kebiadaban polis itu.

“Saya masih menunggu bukti dalam bentuk gambar dan video dari sekumpulan wanita yang dipaksa membuka baju,” katanya lagi.

Difahamkan, ketika kejadian beberapa LRT termasuk Masjid Jamek dan stesen Bandaraya dihenti operasi dipercayai bagi menghalang sebahagian peserta Bersih merakam adegan keganasan polis kepada peserta sekitar kawasan itu.
 
P/s: Memang biadab!! Berlaku di dalam negara Islam Hadhari....Hari-hari rakyat kena tipu...

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2012/04/panas-biadab-polis-paksa-perempuan-buka.html#ixzz1tQ57bStl

MAI BACA!!! Brahim Ali beri kata semangat kepada Najib, jangat takut bubar parlimen kerana Bersih 3.0




Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut untuk membubar Dewan Rakyat selepas perhimpunan BERSIH 3.0 dijalankan semalam.

NONENONE"Saya nak cadangkan kepada Najib, kerana suasana berlarutan seperti ini. Jadi, selepas transformasi yang telah dilakukan, Najib jangan takut.

"Saya percaya rakyat akan sokong dia. Jangan ragu-ragu bubarkan Dewan Rakyat sekarang. Biar rakyat tentukan mandat," katanya.
Beliau berkata demikian hari ini pada sidang media selepas merasmikan pehimpunan raja berdaulat kasih dijunjung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 100,000 orang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu kota Kuala Lumpur semalam untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil dijalankan.

BINA MALAYSIA BARU - UNDI PAKATAN RAKYAT PADA PRU 13


Tindakan Kejam Polis Conteng Arang Kepada Pemerintahan UMNO BN Pimpinan Najib

 
Pertembungan mungkin tangguhkan pilihan raya

Polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air dalam pertembungan dengan ribuan peserta yang membantah reformasi sistem pilihan raya hari ini, meningkatkan risiko tindak balas politik yang mungkin menyebabkan pilihan raya umum yang dijangka pada Jun ditangguhkan.

Polis pencegah rusuhan bertindak balas terhadap sesetengah peserta - sekurang-kurangnya 25,000 orang - daripada cuba merempuh penghadang ke Dataran Merdeka mendapat perintah larangan mahkamah daripada dimasuki. Mereka melepaskan berpuluh-puluh gas pemedih mata dan mengejar peserta di jalan raya.

Peserta juga bertindak balas dengan membaling botol dan kerusi kepada pegawai polis. Malah, kereta polis diterbalikkan peserta yang marah selepas ia melanggar peserta perhimpunan. Kebanyakan peserta bersurai awal petang tetapi pertembungan tetap berterusan sekali sekala.

"Mereka (polis) minta peserta bersurai tetapi tidak memberikan amaran yang cukup," kata Aminah Bakri, 27, dengan air mata mengalir disebabkan gas pemedih mata.

"Mereka tidak kisah."


Reaksi polis boleh memberi risiko kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak, yang jika dilihat terlalu keras mungkin memaksanya menangguhkan pilihan raya umum yang mesti diadakan sebelum Mac tahun depan. Pemerhati menjangkakan ia diadakan pada Jun. - Reauters/mk

Ulasan GB

Sehari sebelum Perhimpunan BERSIH 3.0 iaitu pada 27 April, GB sudah mengingatkan pihak polis bahawa BN Sah Keluar Dari Putrajaya Jika Polis Teruskan Tindakan Halang BERS✔H 3.0.

Ia menjadi kenyataan! Polis tidak belajar dari kesalahan masa lalu, meneruskan tindakan zalim dan kejamnya terhadap rakyat, terhadap peserta BERSIH 3.0.

Apabila kezaliman diulangi dan bermaharajalela, itu PETANDA JELAS bakal tumbangnya kerajaan UMNO BN.

Itu sunnatullah.

Salah satu sebab yang menyumbang kepada tumbangnya kerajaan Pusat UMNO BN nanti adalah kerana kezaliman mereka menganiaya rakyat sendiri yang mahu berhimpun secara aman...


Semalam juga GB telah menulis satu entri di blog ini: [Gambar & Video] Kezaliman Polis: Tembak Gas Pemedih & Rempuh Orang Awam Di Sogo

Video di bawah ini adalah salah satu bukti nyata kekejaman itu. Seorang peserta BERSIH yang tidak melawan, dibelasah, di tendang dan diterajang oleh beberapa anggota polis yang sempat dirakam oleh seorang peserta lain yang bersembunyi di dalam bangunan tingkat atas.

Itu baru satu.

Dan diberitakan beberapa kamera para wartawan, termasuk wartawan Al-Jazeera telah dirampas oleh pihak polis. Mengapa? Takut aksi terlampau terdedah? Namun tindakan merampas kamera para wartawan itu apa tah lagi wartawan antarabangsa seperti Al-Jazeera menjadikan satu dunia kini memandang jijik terhadap polis Malaysia. Dan apabil ada tanggapan negatif terhadap polis semacam tu, salah siapa?



Kelab Greenboc