Followers

Tuesday, May 31, 2011

(Video) Demo anti-Lynas: Rakyat diugut, kereta dipecah ? - oleh : Lee Long Hui & Joseph Sipalan



Anggota jawatankuasa 'Selamatkan Malaysia' memutuskan tidak berjumpa dengan panel pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang dijadualkan hari ini kerana bimbang terhadap ancaman dan ugutan daripada kumpulan yang mendakwa diri mereka sebagai pro-Lynas sejak semalam.
 

NONEPengerusi jawatankuasanya Tan Bun Teet berkata situasai sekarang menjadi tidak lagi terkawal dengan ugutan fizikal daripada kumpulan pro-Lynas yang memecahkan kereta kepunyaan penunjuk perasaan anti-Lynas.

“Kami menelefon panel itu pada jam 2.30 bagi memaklumkan bahawa kami tidak lagi akan menghadiri mesyuarat kerana bimbang dengan keganasan yang dipamerkan,” katanya ketika dihubungi.





Perhimpunan aman membantah pembinaan kilang memproses nadir bumi di Gebeng, Kuantan hari ini hampir bertukar menjadi pergaduhan apabila diganggu oleh kumpulan yang tidak dikenali itu.




Tindakan kira-kira 120 orang yang menyertai kumpulan itu tidak disenangi kira-kira 20 lagi yang kononnya berkelah di pantai itu. 





NONEMereka, yang mengaku penduduk tempatan, meminta aktivis 'Save Malaysia' beredar kerana didakwa mencemarkan pantai.

Dalam kenyataan medianya kemudian, Tan berkata: "Kumpulan penceroboh itu di hadapan kehadiran polis mengeluarkan kata-kata kesat ke atas mereka yang berhimpun dengan aman dan cuba mengasari mereka.

"Ketua kumpulan kami ditendang dari belakang dan malah seorang daripada mereka cuba mencekik ketua kami... Jika tidak kerana tindakan pantas oleh polis sisinya, beliau mungkin menghadapi kecederaan parah,” kata Tan.

"Tindakan tidak bertamadun di hadapan polis secara terangan membelakangkan hak asas seseorang rakyat.

NONE"Sama ada dirancang ataupun kebetulan, ia menjadi proses di mana panel IAEA cuba mendengar pandangan mereka yang terbabit satu bahan jenaka.

"Kami sebuah NGO dan kami ingin meluahkan pandangan kami berhubung isu Lynas. Tetapi mendedahkan diri kami dengan risiko yang mungkin mengancam keselamatan kami, kami memutuskan tidak mahu terbabit dengan sesi hari ini.”

Utusan Ada "Funder"nya Sendiri Untuk Teruskan Misi Mereka

Jangan sekadar tuding jari terhadap Utusan.....Senarai "kejahatan" yang dilakukan Utusan Malaysia 10 tahun kebelakangan ini terlalu panjang untuk dicatatkan. Memalsukan berita, memutar-belit kenyataan orang yang ditemuramah, memainkan isu agama dan perkauman yang tidak benar - segala-gala ini menjadi bahan rujukan untuk kursus pengajian komunikasi ketika membincangkan etika kewartawanan.

Utusan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1939 ini bukan sahaja sebagai akhbar Melayu yang paling panjang sejarahnya, malah mencatat rekod unggul dalam gerakan anti-penjajahan, bahkan juga dalam perjuangan kebebasan media selepas kemerdekaan. Bagaimanapun, selepas diambil-alih UMNO pada tahun 1961, Utusan Malaysia telah menjadi lidah dan alat propaganda parti politik ini.

Namun demikian, perangai Utusan Malaysia beberapa tahun kebelakangan ini semakin melampau - walaupun sebagai lidah parti. Utusan Malaysia menjadi sasaran kritikan, malah antara yang mengkritiknya adalah kaum Melayu sendiri. Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar Melayu terlaris di tanahair, namun telah kehilangan "kerusi pertama" ini selepas zaman Reformasi.

Berita yang tidak masuk akal

Seandainya dianalisa mengikut perspektif "pemasaran", apa yang menimpa Utusan Malaysia mencerminkan bagaimana kedudukan pasarannya yang menongkah arus zaman. Secara keseluruhannya, suasana politik perkauman pada zaman 1990-an tidak tegang sebagaimana zaman 1980-an. Malah, selepas "Reformasi", politik pembangkang (opposition politics) telah menuju ke arah politik yang melangkaui batas perkauman. Namun Utusan Malaysia tetap menari mengikut rentak politik perkauman UMNO. Maka Utusan Malaysia ditakdirkan untuk kehilangan pembacanya sebagaimana UMNO kehilangan sokongan undi-nya.

Isu "Kristian Agama Rasmi?" yang dimainkan Utusan Malaysia pada 7 Mei 2011 cuma salah satu daripada senarai "kejahatan"-nya. Kita masih ingat bahawa Kementerian Penerangan pernah mengarahkan media cetak agar tidak memetik berita dari media internet atas alasan "beritanya tidak benar".

Malah, media tradisional suka mengkritik media internet dengan tuduhan bahawa "media internet tidak mengesahkan kebenaran sebelum menyiarkan berita"-nya. Kini, Utusan Malaysia pula yang memetik berita daripada blog (bukan media internet pun), menyiarkannya di muka depan tanpa mengesah sejauh mana kebenarannya - ia sememangnya sesuatu yang tidak masuk akal!

Lebih penting, mereka yang memiliki sedikit kesedaran (sense) akan tahu, bahawa "pertemuan paderi untuk menjadikan kristian sebagai agama rasmi dan Perdana Menteri dari kalangan penganut Kristian" adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Usahlah kita bincang tentang sistem politik kita yang kompleks - tengok sahaja kepada struktur populasi kita - daripada statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada Februari 2011 - "Bumiputera/Melayu" mencakupi 66.18% daripada jumlah populasi rakyat Malaysia (antaranya kira-kira 80% Melayu, 20% kaum asli); sementara Cina, India dan kaum lain terdiri daripada 33.82%.

Dalam keadaan sedemikian, mungkinkah kedudukan Islam sebagai agama rasmi boleh digantikan kristian? Lebih-lebih lagi kaum bukan Melayu yang mencakupi kira-kira satu pertiga daripada jumlah populasi ini bukan kesemuanya penganut agama Kristian - buddhist, taoisme, hindu, sikh dan sebagainya - fakta ini telah hilang dari pandangan Utusan Malaysia!

Najib dijulang sebagai penyelamat

Takkan Utusan Malaysia tidak faham penalaran yang semudah ini? Seandainya kita mengikuti perkembangan drama ini, Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Najib Razak akhirnya telah bertemu dengan pemimpin Islam dan Kristian - berjaya mencapai muafakat untuk patuh kepada jaminan bahawa Islam akan terus kekal sebagai agama rasmi. Bukankah ia sesuatu yang jelas untuk kita semua?

Utusan Malaysia mereka satu isu dengan memetik khabar dari blog yang menggunakan nama samaran, cuba mewujudkan suasana "krisis" - yang padahalnya tidak wujud. Kemudian, Najib tampil untuk "menyelesaikan" satu krisis yang cukup untuk menggoyah asas dan tunjang negara - Najib bukan sahaja telah "meredakan" kemarahan yang tercungkil di kalangan komuniti muslim; malah juga "meleraikan" usaha paderi kristian. Dalam drama ini, Najib memainkan watak sebagai "penyelamat", dan paderi yang tidak berdosa hanya menelan pahit sendiri.

Bukan lagi rahsia untuk umum, bahawa orang pertama dan kedua UMNO sebenarnya memainkan watak yang berbeza. Seorang dengan slogan "1Malaysia"-nya, seorang lagi pula dengan "keMelayuan"-nya. Namun demikian, tingkahlaku Utusan Malaysia kali ini lebih kepada sandiwara yang boleh dijelaskan dengan analisa "krisis".

Pertama, Najib dijulang sebagai "penyelamat"- bukan sahaja penyelamat untuk seluruh rakyat Malaysia daripada konflik agama, malah penyelamat Melayu/Muslim. Keduanya, isu agama dan perkauman ini diwujudkan untuk merangsang kebimbangan "krisis" dalam masyarakat Melayu sendiri, supaya pengundi Melayu kembali menyokong UMNO, untuk mengukuhkan kuasa elit UMNO.

Tingkahlaku Utusan Malaysia ini mendedahkan betapa munafiknya UMNO/BN dalam pengawalan media untuk berdekad-dekad. Tiada seorang PM terkecuali daripada memberi amaran kepada media untuk memikul tanggungjawab sosial - mengorbankan kebebasan tertentu demi keharmonian masyarakat, membuat laporan yang benar - atau kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan. Ironinya, Utusan Malaysia yang dimiliki UMNO adalah institusi media yang secara terang-terang mengingkari amaran ini.

Jangan bodoh dan naif

Jikalau mengikut bahasa politik BN, kalaupun Utusan Malaysia tidak disabitkan kesalahan hasutan kerana memainkan isu perkauman dan agama, sekurang-kurangnya ia telah melanggar seksyen 8A(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, iaitu menyiarkan berita palsu (false news). Menurut pengalaman BN yang lalu, seandainya media melanggar undang-undang ini - ia akan digantung permitnya untuk satu tempoh (seperti Makkal Osai yang menyiarkan gambar Jesus merokok), kalau bukan dihentikan terus (seperti Sarawak Tribune dalam isu kartun menghina Nabi).

Namun demikian, Kementerian Dalam Negeri sekadar mengeluarkan surat teguran kepada Utusan Malaysia. Gerak geri ini dilihat hanya dibuat-buat untuk memuaskan pihak-pihak tertentu. Meskipun Ketua Pengarangnya dipanggil untuk memberi penjelasan kepada KDN, namun siapa tahu, bahawa ia mungkin hanya "minum kopi" dan bersembang-sembang - bagaimana sandiwara ini dilakonkan dengan begitu menarik?

Malah, adalah bodoh dan naif untuk mengharapkan KDN menjatuhkan hukuman berat ke atas Utusan Malaysia, kerana tingkahlakunya adalah untuk berkhidmat kepada tuannya.

Setiap kali berlakunya isu sebegini, ramai pemimpin Cina dalam BN dan pertubuhan Cina, malah akhbar Cina akan berebut-rebut untuk menuding jari terhadap Utusan Malaysia. Tiada salahnya untuk menyalahkan media yang bersalah. Cuma, bukankah ia juga "sandiwara"? Lihatlah bagaimana mereka memuji dan memuja Najib - tuan kepada Utusan Malaysia - dan kita akan sedar bahawa ia hanyalah pertunjukan munafik secara kolektif. -MR

Ulasan GB

Sebenarnya Utuasan tidak kisah samada anda mengutuknya atau pun tidak, samada anda memboikotnya atau pun tidak, samada anda membelinya atau pun tidak.

Lagi disuruh hentikan pembelian, lagi disuruh boikot, lagi dikutuk, dia lagi mengedarkan secara percuma, lagi mendajjal di dalam pemberitaannya.

Sekarang ini, hasilnya tidak disandarkan kepada jualan ataupun sambutan rakyat.

Kerana Utusan sudah ada "funder" di belakangnya. Berjuta ringgit sudah tersedia.

Yang penting misi dan visi mereka tercapai, walaupun ianya terpaksa diedarkan secara percuma.

Kelab Greenboc

Umno-APCO Perompak Tegar!!  (Video)


Tarif Elektrik: Rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat – Rafizi

Keputusan kerajaan menaikkan tarif elektrik merupakan satu rompakan wang rakyat untuk syarikat korporat, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

Katanya, pengumuman itu hanya menguntungkan Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) kerana kos yang ditanggung IPP dipindahkan kepada Tenaga Nasional Berhad, sebelum disalur terus kepada pengguna.


“TNB sebenarnya masih mencapai keuntungan yang sama, manakala IPP langsung tak terkesan kerana ia dilindungi oleh mekanisme harga bahan api sedia ada.


“Sepatutnya Barisan Nasional mengubah mekanisme ini agar IPP juga menanggung kesan kenaikan harga bahan api. 



 
Sebaliknya rakyat pula dihukum kerana semakan setiap 6 bulan menunjukkan bahawa akan wujud peningkatan kerana mengikut kos bahan api semasa,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana, hari ini.

Katanya, penjelasan kerajaan bahawa 4.4 juta isi rumah atau 77 peratus rakyat di negara ini tidak menerima kesan dari peningkatan itu juga tidak dapatditerima.


Ini kerana beban isi rumah akan terus meningkat berikutan kenaikan harga barang ekoran kenaikan tarif elektrik tersebut.


 


“Ini hanyalah dandanan kosmetik Barisan Nasional untuk menenangkan kritikan yang semakin memuncak terhadap sektor penjanaan tenaga.


“Hakikatnya, ia satu rompakan yang mengambil lebih banyak wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat korporat bagi menggantikan subsidi gas,” tegas Rafizi.


Beliau dalam masa yang sama membandingkan kos tenaga bagi penggunaan domestik di Thailand pada kadar 18.4 sen kilowatt/jam seunit berbanding 21.8 sen kilowatt/jam di Malaysia, sedangkan rakyat di Thailand tidak menerima subsidi elektrik.


Tarif baru yang diperkenal akan menjadi pampasan kepada TNB untuk menggantikan potongan subsidi gas akibat kenaikan harga gas asli dari RM 10.70 kepada RM13.70 setiap mmbtu.


“Sektor penjanaan elektrik di negara ini dihantui oleh warisan perjanjian yang berat sebelah kerana TNB dipaksa untuk membeli elektrik pada kadar yang lebih tinggi dari kos dalamannya sendiri.


“Untuk mengimbangi harga elektrik yang tinggi, maka TNB dan IPP diberikan subsidi gas yang tinggi setiap tahun dan ditanggung Petronas.


Berikutan itu, katanya, negara bakal menyaksikan peningkatan harga barangan dan kadar inflasi kedua tertinggi dalam separuh dekad berikutan pengumuman kenaikan tarif tersebut.


Ia katanya, diakibatkan kesan berganda dari gabungan kenaikan harga petrol, dan dalam masa yang sama pendapatan boleh belanja rakyat semakin mengecil.

Jalan Pulang

Tiada daki. Tuan Haji bersih!!



Eeee.... conoknyer dia. 'Daki'nyer telah dibersihkan.

Ikan kelah mati dituba
Eleh... telah diduga!!

Kah kah kah kah...




KUALA LUMPUR, 31 Mei — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan Tan Sri Abdul Gani Patail daripada dakwaan rasuah berkaitan dengan ibadat haji dikerjakan oleh Peguam Negara itu tahun lalu.
Pengerusi panel penilaian operasi (PPO) Tan Sri Datuk Dr Hadenan Abdul Jalil berkata kes itu digugurkan kerana siasatan menunjukkan tiada keterangan yang boleh membuktikan ada kesalahan jenayah. [sini]

PM: Kenaikan tarif tidak beri manfaat kepada IPP? - S Pathmawathy

Terkini - Kenyataan Pembohongan Najib kepada rakyat..

Salam Sejahtera,

Dasar cara hidup kalau dah tolak Islam sebagai awal-awal lagi, pembohongan tidak jadi hal jika mereka melakukannya...

Kesian orang-orang UMNO asyik dok kena tipu....

BERITA:

Pengeluar tenaga bebas (IPP) tidak mendapat manfaat daripada kenaikan dalam tarif elektrik semalam, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ini berikutan pengenalan mekanisme 'Fuel Cost Pass-Through' yang mana syarikat minyak negara Petronas akan melupuskan sebahagian daripada keuntungannya bagi membolehkan sektor tenaga menghasilkan tarif elektrik yang rendah kepada rakyat,” katanya.

Purata tarif elektrik berkuatkuasa esok akan dinaikkan sebanyak 2.23 sen kilowatt sejam (kWj) atau 7.12 peratus kepada 33.54 sen/kWj daripada 31.31 sen/kWj.

"Dengan perkataan lain, ia terus kepada pengguna... Ia adalah sistem melalui tarif jadi tidak ada sesiapa yang bermanfaat,” kata Najib kepada pemberita semasa menghadiri Forum Tindakan Belia 2011 di Petaling Jaya.

Beliau mengulas soalan wartawan sama ada kerajaan akan mendedahkan perjanjian pembelian tenaga antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan IPP

"Kerajaan akan mengkajinya tetapi dari segi dasarnya IPP tidak mendapat manfaat daripada subsidi,” tegasnya apabila terus diasak wartawan.

Perdana Menteri juga enggan mengesahkan sama ada tarif akan dinaikkan setiap enam bulan.

"Kita akan pantau, tetapi keputusan terakhir di tangan kerajaan,” kata Najib.

Menurut Najib, kerajaan akan terus memastikan kenaikan elektrik yang akan datang turut tidak akan membebankan rakyat, sepertimana kenaikan pada masa ini yang tidak melibatkan 75 peratus daripada isi rumah.

"Kali ini, kita tentukan 75 peratus isi rumah tidak menghadapi kenaikan bil elektrik. Kita akan kaji dari semasa ke semasa supaya apa yang dilakukan setimpal dari segi beban kepada rakyat," katanya.

sumber: Manjung Mari

BERJUDILAH DI TEMPAT YANG HALAL !!

Kita bersyukur...nota:..alhamdulilah, kita bersyukur dapat berjudi di tempat yang halal...kah kah kah

POLIS LUMPUH KEGIATAN JUDI NOMBOR EKOR HARAM DI KULUANG DAN BATU PAHAT – tiewnama

Polis percaya dapat melumpuhkan kegiatan perjudian nombor ekor haram yang membabitkan wang pertaruhan sejumlah RM504,000 sebulan dengan tertangkapnya 17 lelaki dan lima wanita di 21 premis di sekitar bandar ini dan Batu Pahat, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Amer Awal berkata, serbuan di 14 premis di sekitar bandar ini dan tujuh premis di sekitar Batu Pahat itu dilakukan pada jam 3 petang sehingga jam 8 malam, hasil maklumat orang awam dan risikan polis.

"Dalam serbuan itu, seramai 11 lelaki dan empat wanita ditahan di Kluang manakala enam lelaki dan seorang wanita ditahan di Batu Pahat. Seorang daripada lelaki yang ditahan di Kluang itu, merupakan pembeli nombor ekor," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, malam tadi.

Amer berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati jumlah pertaruhan di kesemua premis berkenaan menjangkau RM6,000 seminggu dan kegiatan itu dipercayai sudah bermula sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis turut merampas wang tunai lebih RM4,000, 22 mesin pencetak, 25 telefon bimbit dan 189 kertas yang dicatat angka pertaruhan.

Katanya, kesemua rakyat tempatan berumur 20 hingga 40an itu kini direman dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(A) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 manakala lelaki yang membeli nombor ekor haram itu akan disiasat mengikut Seksyen 9(1) akta yang sama.

"Serbuan terhadap kegiatan ini akan dijalankan berterusan memandangkan mereka yang terbabit kerap berpindah dari satu tempat ke tempat lain bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya.

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH

woit…PELIK… HAIRAN… TAKJUB…. kah kah kah..

kah kah kah…TAK SANGKA DI MALAYSIA INI ADA DUA JENIS JUDI….. kah kah kah..

kah kah kah… SATU JUDI HARAM…. kah kah kah

kah kah kah….KEDAI KENA SITA… TOWKAY KENA TANGKAP….. kah kah kah..

kah kah kah…SATU LAGI KEDAI JUDI LEBAI VICENT TAN… INI JUDI HALAL…. kah kah kah

woit… PASAL APA TAK TUTUP KEDAI LEBAI VINCENT… kah kah kah..

kah kah kah…BILA DAPAT SIJIL HAHAL?..... kah kah kah

nota:

kalau nak buka kedai judi...dan nak dapat logo halal...sila berurus dengan gerombolan...terutama sekarang ini
masa ini duit amat amat...diperlukan untuk pru13...kah kah kah


Bro: TT

BN/UMNO @ KERAJAAN UMNO/APCO: Sah Julai Tidak Berlaku PRU13. - mohdnoorawang

Diberitakan oleh sumber sumber kerajaan kerajaan BN/UMNO PM Najib Razak pilihanraya umum yang ke 13 (PRU13) hendak diadakan pada bulan Julai 2011.

Berita tarikh PRU Julai dibocokan oleh juak UMNO sendiri. Malah akhbar HARAKAH TERBITAN TERBARU MEMAPARKAN BERITA UNTAMA PRU13 JULAI DENGAN MENGUNAKAN TANDA SOAL?.

Kerajaan BN/UMNO tidak akan mengadakan pilihanraya umum yang ke 13 pada bulan Julai, walaupun sejuta pemuda dan pemudi dihimpunkan oleh kerajaan BN/UMNO melalui Kemnterian Belia dan Sukan.

Sebab utama ialah dikatakan  tidak sehaluan kata dengan TPM tarikh pilihanraya. Mengikut sumber kumpulan TPM mahu dipercepatkan PRU13. Disatu pehak lagi khasnya kumpulan Najib Razak tidak setuju dengan tarikh tersebut, memandangkan tarikh luput kuasa masih jauh lagi.

Najib dan BN/UMNO masih takut untuk mengadakan PRU13 bulan Jualai memandangkan kompenennya tidak seteguh dan masih guyah. Terutama parti terbesar dalam BN ialah MCA. 

Parti MCA dan pemimpinya maseh tidak sebulu dan sehaluan dengan UMNO dan pemimpin UMNO peringkat tertinggi. Kaum China masih sukar diandaikan posisi sokongannya. Berpandukan keputusan PRUN Sarawak, kaum China menolak BN Sarawak.

BN/UMNO negeri Selangor masih lagi tidak bermaya dan malah tidak dapat petunjuk yang baik atau masih sukar ditentukan sokongannya kepada BN/UMNO. Kebanyakkannya pemimpin dan YB UMNO negeri Selangor tidak suci dan bersih, terutama dalm mengumpul dan memiliki harta tidak sepadan dengan jawatan YB yang dimilikinya

Harga barang penguna dan kenaikan harga gas, eletrik, bahan bakar  cukup menyiksakan rakyat pendapatan rendah membantutkan lagi PRU13  pada Julai ini.

Naib Razak sendiri didedahkan oleh media Perancis terlibat dengan skendal rasuah yang terbesar dengan membawa pembunuhan gadis Monglia. Hantu dan roh gadis Monglia masih berlegar di Seri Perdana.

Muhyiddin Yassin sebagai TPM dan menjaga Kementrian Pelajar gagal dalam misi dan menjaga kebajikan 400,000 guru dan tenaga pengajar diselruh negara. 

Pengagihan bisiswa dari kerajaan khasnya JPA, tidak telus masih kaum melayu yang cemerlang tidak dapat biasiswa termasuk kaum China dan India.

Najib Razak BN/UMNO terperangkap dengan isu VEDIO SEKS YANG DIREKA OLEH KUMPULAN UMNO SENDIRI. Hampir 95 peratus rakyat Malaysia menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video tersebut.

Najib Razak juga dicemukan dengan isu fitnah LIWAT2 yang membabitkan Anwar Ibrahim. Seratus peratus rakyat Malaysia yang cerdik menolak hujah hakim dan peguam bela dan peguam cara kerajaan BN/UMNO yang mengandalikan kes tersebut.  BN/UMNO khasnya mahunAnwar Ibrahim disumbatkan dalam penjara.

Secara dasanya BN/UMNO tidak akan mengadakan PRU13 pada bulan Jualai 2011. Seliseh faham  dengan TPM Muhyiddin Yassin dengan PM Najib Razak telah dapat dihidu oleh orang luar.

Apapun berlaku diantara Najib dan Muhyiddin BN/UMNO masih dapat sokongan kaum Melayu yang berada di FELDA dan diluar bandar, terutama kaum Melayu. Disinilah kekuatan UMNO yang sukar ditembusi secara total.

Himpunan sejuta belia yang digerakan oleh Kementerian Belia dan Sukan tidak dapat  satu indikator yang baik. Himpunan tersebut gagal dan mencari matalamatnya. Hanya hiburan dan nasi bungkus dan baju t dan sediit wang saku.

Seluruh penyokong dan pengerak pakatan rakyat dan pemimpin pakatan rakyat bekerja dengan lebih kuat dan bersepadu. Selamat bermuktamar kepada pemimpin, perwakilan  dan pemerhati PASyang ke 57 di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melawar, Kuala Lumpur.

Kerengga
 

[Video] Notis Batal Pendaftaran, PKR Cabar RoS di Mahkamah, Niat Jahat Pihak Tertentu untuk Menang PRU


Berdasarkan laporan TMI, PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan Mei lalu memberikan kata dua kepada parti itu sama ada memberikan alasan yang kukuh atau berhadapan dengan tindakan pembatalan pendaftaran berhubung dengan satu kes pemecatan ahlinya dua tahun lalu.

Dalam berita yang sama, PKR juga akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah, dan dilakukan dengan niat jahat.

Untuk pengetahuan pembaca, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 9 Mei 2011 yang menyatakan bahawa PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin. 
Dalam suratnya, Abdul Rahman juga berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan parti itu memberikan alasan yang memuaskan.

Pada suatu sidang media, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. 
Walau bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban... Oleh Changing Your Mindset

Wahai YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ketahuilah bahawa rakyat 1Malaysia sudah lama bersedia untuk bersama-sama memikul bebanan kenaikan harga petrol jika harganya naik lagi seperti yang Tan Sri war-warkan.

Sejak sekian lama kami semua menerima sahaja kenaikannya walaupun ada di antara kami yang dulu mampu berkereta ke pejabat kini terpaksa bersesak-sendat dalam bas rapidKL, LRT dan KTM Komuter.

Ketahuilah bahawasanya kami telah lama bersedia. Kami telahpun buktikan dengan pengorbanan kami menelan sahaja apa yang kerajaan mahu kami telan. Kenaikan harga petrol kami telan, kenaikan harga gula juga kami telan. Semalam Tan Sri meminta kami bersiap sedia untuk menelan lagi kenaikan baru harga petrol. Pasti enak rasanya untuk kami telan lagi.

Kami bersedia sahaja demi kerajaaan yang kami sayang. Minta kami bayar cukai pendapatan kami turutkan. Apa lagi wahai Tan Sri? Pohonlah apa sahaja akan kami tunaikan. Akan kami telan sampai kami muntah darah, semuanya kerana Malaysia. 

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/05/petrol-naik-minyak1.jpg Cuma kali ini kami ada satu sahaja permintaan. Selepas banyak permintaan kerajaan kami telan, kami cuma nak minta satu sahaja. Cuma satu sahaja yang kami minta, dan kami takkan minta apa-apa lagi kalau permintaan kami yang satu ini dapat Tan Sri dan kerajaan BN tunaikan. Kami berjanji jika permintaan yang satu ini dapat Tan Sri penuhi, undi kami memang kami janjikan untuk Barisan Nasional.

Cuma 1 yang kami minta, hentikan segala bentuk pembaziran daripada yang duit cukai yang telah kami bayar dan yang kami amanahkan kepada kerajaan untuk menggunakannya untuk tujuan pembangunan dan kesejahteraan rakyat. 
 
Duit cukai yang kami bayar ini bukan untuk subsidi kepada IPP atau menyelamatkan projek-projek kroni sehinggakan subsidi untuk rakyat pula TERPAKSA ditarik balik. Tan Sri kata subsidi petrol yang diperuntukkan oleh kerajaan adalah RM10 billion tetapi kini telah mencecah RM18billion, tetapi kami pelik kenapa subsidi untuk IPP RM19billion tidak ditarik balik? 
 
Mereka ada membayar cukai ke? Kami bayar! Mereka menikmati subsidi daripada duit rakyat sebanyak RM19billion tetapi masih mampu menjana keuntungan. Kami juga yang menanggung rugi. Jika sudah untung banyak untuk apa lagi dibayar subsidi? Adakah ini bukti Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan? 

Memang ada perjanjian ditandatangani antara kerajaan dengan IPP tetapi kita semua tahu ianya berat sebelah kerana kepentingan rakyat bukan keutamaan semasa menandatangani perjanjian tersebut. 
 
Samada ia kesilapan teknikal atau disengajakan hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Jika kerajaan sedar ianya berat sebelah mengapa tidak dibawa ke meja rundingan semula?. Pengusaha IPP juga rakyat Malaysia, mereka juga manusia. 
 
Bawalah ke meja rundingan, perjanjian itu ciptaan manusia dan ia boleh diubah jika kedua belah pihak bersetuju. Malangnya kami tidak nampak usaha yang telus dilakukan untuk membatalkan perjanjian tersebut. Jika hal pertelingkahan ideologi politik boleh diheret ke mahkamah mengapa hal yang melibatkan kepentingan rakyat tidak boleh dipertahankan?

Bukan ini saja... banyak lagi pembaziran yang berlaku. Jika semua pembaziran ini dapat diberhentikan maka kami dengan rela hati akan menelan kenaikan harga petrol kali ini dan juga kenaikan-kenaikan pada masa hadapan serta kami berikrar dan berjanji undi kami akan sentiasa untuk Barisan Nasional. Antara pembaziran yang kami maksudkan (cuma sebahagian):-

1. RM500juta komisen kapal selam kepada Perimekar sepatutnya disalurkan kepada pembangunan rakyat.
 
2. RM111juta utk PERMATA di bawah First Lady of Malaysia Office (perlukah semua ini sedangkan isteri PM yang terdahulu tidak pun memerlukannya)
 
3. RM50juta untuk pembangunan email 1Malaysia
 
4. RM50sen dibayar oleh agensi kerjaan bagi setiap email yang dihantar kepada 27juta rakyat Malaysia
 
5. Ketelusan dalam pembahagian peruntukan Ahli Parlimen. Peruntukan untuk Parlimen Pembangkang tidak disalurakan. Ianya adalah duit cukai rakyat yang diperlukan untuk menbangunkan kawasan tersebut untuk kesejahteraan rakyat. Ianya bukan duit BN.
 
6. .....Kami keliru kerana kami dihantar ke sekolah kerajaan supaya kami menjadi cerdik pandai, agar kami boleh membantu menbangunkan negara Malaysia. Kenapa apabila kami bersuara, pendapat kami dibangkang buah fikiran kami dinafikan. Untuk apa kami menjadi cerdik pandai jika idea kami tidak dipertimbangkan. 
 
Jika kami lari meninggalkan Malaysia untuk mencari rezeki dan pengalaman diluar negara, kami dikatakan tidak mengenang budi. Kami diberitahu bahawa kerajaan mahukan kami pulang untuk berkhidmat membangunkan Malaysia, kami bersedia pada bila-bila masa. 
 
Tapi apakah jaminan nasib kami tidak serupa dengan mereka yang sedia ada di Malaysia. Kami tidak mahu menelan apa yang kami tak mahu telan.

Apa yang kami boleh buat jika kabinet memutuskan untuk menaikkan harga petrol selepas kenaikan harga gula baru-baru ini?. Kami terpaksa telan kerana petrol adalah nadi kehidupan, petrol kini sama pentingnya dengan keperluan asas lain; letrik dan air. Tanpa petrol bolehkah kita meneruskan kehidupan harian kita dengan teratur?
 
Tanpa petrol bolehkah kita menunaikan tanggungjawab kita kepada keluarga kita? Tanpa petrol mampukah kita bergerak ke tempat kerja? Petrol adalah barangan asas untuk manusia hari ini. Ia bukan lagi barang mewah. 
 
Apa pilihan kami? Kami cuma ada 1 pilihan iaitu telannnnn!...walaupun perbelanjaan bulanan membeli petrol kami kini melebihi kenaikan gaji tahunan kami. Hilang makna kenaikan gaji apabila semuanya ditelan oleh kos petrol yang meningkat. 
 
Bagaimana dapat kami meningkatkan taraf hidup keluarga kami dan memberikan sesuatu yang lebih baik untuk anak-anak kami jika pendapatan kami tidak mampu menampung keperluan harian kami?. 
 
Bukan seorang yang mengalami penderitaan ini tetapi jutaan rakyat kelas menengah dan kelas bawahan mengalami masalah yang sama setiap hari. Kepada siapa harus kami meminta pertolongan? Hanya kepada Tuhan kami bermohon semoga dipermudahkan perjalanan hidup kami dan dipermurahkan rezeki kami, serta dikurniakan untuk kami pemimpin yang adil dan bijaksana. Amin

Ikhlas daripada
Anak Malaysia Prihatin

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiZv3pHKCYBj25dD9HZ9y2OT4aMWJ7HHQwDI4XSuTdlJ2Pvah11OqV5HBBgx2dUdDcw84N4YbNk-Z2PzWKOu_g_4ctQBN97W0xe6QuOnn-9l4k5_ttMI6H3Bq63rChfTe6hfXOTGHxCHSY/s1600/bnner+bn+barang+naik+002.jpg


GERIK, 29 Mei (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata rakyat perlu bersedia menanggung sebahagian kos subsidi yang kini ditanggung kerajaan sekiranya jumlah yang sedia ada meningkat ke paras yang lebih tinggi dan melampaui kemampuan kerajaan.

Beliau berkata kerajaan mempunyai tahap keupayaan untuk menanggung jumlah subsidi yang meningkat, bagaimanapun jika peningkatan harga minyak dunia melonjak ke paras yang lebih tinggi, berkemungkinan kerajaan tidak mampu lagi menanggung jumlah subsidi yang begitu besar dan rakyat perlu bersedia untuk menanggung sebahagian kos itu.
Tan Sri Muhyiddin, Kami sedia tanggung beban... 

sumber: Tranungkite Online

Roboh gerai di Sungai Petani: Ada tangan-tangan ghaib Umno? - Oleh ZULKIFLI YAHAYA


Belum selesai isu perobohan gerai pulut udang di Stadium Darul Aman oleh Majlis Bandaraya Alor Setar, muncul cerita baru mengenai roboh gerai di Sungai Petani. Kali ini 12 buah gerai yang berderetan di hadapan Kelab Cinta Sayang dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).

Gerai tersebut bukan gerai roda tiga atau pemegang lesen penjaja mudah alih yang hanya bertenggek di situ pada waktu tertentu, tetapi gerai yang dibina seolah-olah mahu berniaga kekal di situ. Sebahagian gerai makanan itu sudah beroperasi lebih 10 tahun.

Ia memang menyalahi peraturan dan para peniaga juga sedar mereka telah melakukan kesalahan. Tetapi dalam dunia ini ‘kesalahan’ disahkan hanya apabila terdapat penguatkuasaan terhadap peraturan atau undang-undang.

Terdapat di kalangan rakyat negara ini yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motorsikal namun mereka tidak dianggap melakukan kesalahan sehingga polis menahan dan mengeluarkan notis saman.

Dalam suasana yang tidak ada penguatkuasaan, ramai yang tidak ambil peduli tentang kesalahan. Apatah lagi jika apa yang hendak dilakukan itu adalah perkara baik; berniaga barang yang halal untuk menyara keluarga.

Timbul persoalan mengapa penguatkuasaan tidak dibuat sewaktu tiang mula dipacak oleh peniaga untuk mendirikan gerai? Selepas mereka berniaga dengan maju, sehingga berbelas tahun baru MPSPK berfikir untuk bertindak.

Para penguatkuasa MPSPK dikatakan datang ‘ala gengstar’ beroperasi sewaktu pelanggan sedang menjamu selera di waktu pagi, sewaktu hidangan lauk pauk tersusun rapi di atas meja. Adakah ini cara bertindak yang rasional?

ADUN kawasan terbabit yang juga merupakan Exco kerajaan negeri, S. Manikumar berkejar ke tempat kejadian. Beliau cuba mempertahankan peniaga, menghalang gerai dari dirobohkan. Tapi pihak penguatkuasa tidak hiraukan Exco kerana kononnya hanya mahu mengikut arahan ‘dari atas’. Siapakah yang lebih atas dari Exco itu? Manikumar tidak berputus asa terus cuba menghalang tetapi dia ditolak ke tepi macam polis bertindak terhadap peserta demonstrasi. Sungguh biadap.

Akhirnya gerai-gerai tersebut dirobohkan. Para peniaga mula menghala persoalan kepada kerajaan negeri yang sedang giat memperkasa visi ‘Kedah Sejahtera’. Rupanya ahli-ahli MPSPK juga tidak tahu menahu mengenai operasi tersebut. Menteri Besar, Exco dan ADUN jauh sekali dari diberitahu. Tindakan penguatkuasa lebih sudu dari garpu, menggambarkan seolah-olah ada dalang di belakang mereka.

Ahli-ahli MPSPK menjelaskan bahawa mereka telah membuat satu ketetapan dalam mesyuarat kerajaan tempatan iaitu tindakan pencegahan atau perobohan hanyalah untuk geri-gerai baru yang sedang dibina.

Manakala bagi gerai-gerai yang sudah lama beroperasi, ruang niaga alternatif mesti disediakan terlebih dahulu kepada mereka sebelum bertindak. Itu cara berfikir dan bertindak orang politik. Sekarang waktu yang hampir dengan pilihanraya.

Kerajaan yang memerintah harus mengambil langkah terbaik untuk mengelak kontroversi. Meroboh dan mengusir adalah istilah yang sangat buruk di mata rakyat terhadap sesebuah kerajaan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di mana-mana negeri pun terpaksa berhadapan dengan manipulasi media.
Kekuatan BN masih pada penguasaan media-media utama. Mereka hanya mengambil aspek yang ‘nampak zalim’ untuk dimomokkan kepada rakyat, sedangkan scenario asal terhadap tindakan tidak diceritakan. Inilah yang mahu dielakkan oleh kerajaan PR.

Malangnya ketetapan yang dibuat oleh ahli-ahli majlis tersebut dicabul oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah dipaksa untuk mendengar satu arahan lain. Ia memberi dua andaian; pertama pegawai yang berkuasa yang mengarahkan kepada tindakan betul-betul bertindak secara professional berdasarkan peraturan.

Aspek lain, selain peraturan, bukan menjadi kriteria langsung untuk dipertimbangkan termasuklah aspek untung rugi politik.

“Kerana kami pentadbir, bukan orang politik,” mungkin hujah mereka.

Andaian kedua, ialah terdapat ‘grand design’ untuk mencipta isu-isu yang boleh boleh mencetuskan kemarahan rakyat.

Kita berharap semoga apa yang berlaku bukannya kerana andaian yang kedua tersebut kerana di Kedah, zahirnya para pegawai tiada yang menikam kerajaan dari belakang. Justeru kepimpinan kerajaan negeri perlu berbincang dan membuat keputusan terbaik dengan para pegawai yang merancang penguatkuasaan. Jangan beri ruang langsung pada musuh mengeksploit isu.

sumber: Detik Online

Perkahwinan ke4 Saleh Yaakob Meriah(Tahniah)

 

SALIH bersama isteri keempatnya Samihah selepas majlis akad nikah di Masjid Jamek Bandar Kulaijaya, Johor, semalam.
Sumber gambar dari SinarFm


[BH] KULAIJAYA: Pelajar sebuah universiti tempatan, Samihah Sheikh Ali, 25, semalam selamat diijabkabulkan sebagai isteri keempat pengacara dan pelawak, Salih Yaacob di Masjid Jamek Kulaijaya, di sini.

Salih disahkan menjadi suami Samihah atau lebih mesra dengan panggilan Emi, gadis kelahiran Mersing dengan dua kali lafaz nikah di depan jurunikah, Mohd Fahmi Samad.
 
Emi pelajar jurusan pengangkutan menerima wang hantaran RM25,000 dan mas kahwin RM23. Sebagai tanda pernikahan itu, Salih turut menyarungkan cincin emas ke jari manis Emi di depan kira-kira 100 saudara mara isterinya. Turut hadir menyerikan majlis itu ibu Salih, Zainun Mat Sidi, 75. 
Bila ditanya ke mana nak pergi honeymoon, Salih jawab:

"Pergi China. Semua pergi. Kebetulan cuti sekolah."

Ditanya lagi:semua?

"Ya, semua isteri saya pergi sekali."
 -----------------------------------
Dari situ kita dah dapat agak formula apa yang Saleh Yaakob guna untuk tambat hati isteri-isterinya,
Keadilan..

p/s: yang penting halal bukan cabul anak gadis orang atau rogol orang gaji. 
sumber: ijok2009 

10,000 sertai program kerajaan Selangor di Sabak Bernam Ahmad Azri Saufi


(Gambar: Sebahagian remaja dan kanak-kanak yang hadir di majlis yang diadakan di Sungai Besar baru-baru ini)
SABAK BERNAM, 31 Mei: Konsert dan Sembang Santai Generasi Idaman Selangor (GeMS) di Dataran Tonggak 10, Sungai Besar, Sabak Bernam baru-baru ini penuh meriah apabila hampir 10,000 menyertainya.

Exco kerajaan negeri Selangor yang juga penaung program ini, Dr Halimah Ali menyifatkan perhimpunan ini satu kejayaan besar dalam menembusi kawasan Sabak Bernam.

Beliau sendiri yang hadir ke majlis itu menyifatkan sambutan yang diberikan kepadanya suatu yang luar biasa dan kejayaan besar bagi satu majlis anjuran kerajaan negeri.

Di majlis itu, Dr Halimah selaku Pengerusi Jawatankuasa Induk Menangani Gejala Sosial Negeri Selangor bersama Jawatankuasa Menangani Gejala Sosial peringkat Daerah Sabak Bernam yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Sabak Bernam sebagai tuan rumah mengadakan dialog terbuka.

Sesi dialog ini disertai penghulu dan ahli JKKK serta wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Pejabat Kesihatan Daerah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Majlis Agama Islam Selangor, Pejabat Agama Islam Daerah dan Lembaga Zakat Selangor.
(Gambar: Dr Halimah melihat pameran Vespa di himpunan itu)
Majlis dialog ini bertujuan berkongsi input-input mengenai gejala sosial terkini yang berlaku di daerah Sabak Bernam serta cara menangani masalah tersebut secara menyeluruh dan bersepadu antara agensi kerajaan dengan pimpinan masyarakat.

Pelbagai perkara dapat dikongsi bersama antara pimpinan masyarakat setempat, agensi kerajaan dan kepada pimpinan tinggi Kerajaan Negeri Selangor.

Konsert dan sembang santai ini diserikan dengan kehadiran Shahir AF, Akil Hayy, Dakmie serta peserta Raja Lawak 5 seperti kumpulan R2, Nazmi dan Black.

Konsert dan sembang santai dikendalikan oleh motivator remaja, Akhwan Afandi.

Kelainan konsert ini ialah dengan menampilkan mesej kepada remaja berkenaan isu gejala sosial seperti rempit, pergaulan bebas, penagihan dadah dan sebagainya.

Kebanyakan penonton yang dianggarkan lima ribu orang di sekitar Sabak Bernam yang hadir pada malam itu sangat berpuas hati kerana bukan sahaja dapat melihat artis pujaan mereka secara dekat malah artis tersebut juga memberi nasihat mengenai kehidupan remaja seharian.

Antaranya contoh konsep kasih sayang yang sebenar iaitu kasih sayang kepada Allah S.W.T sebagai pencipta.

Penutupnya, kelainan ditampilkan iaitu Akhwan Afandi bersama Akil Hayy mengepalai munajat dan doa beramai-ramai supaya Allah SWT melindungi negeri Selangor daripada bala bencana dan kerosakan akhlak anak muda dan zikir taubat.

Selain itu, Forum GeMS juga telah diadakan pada malam sebelumnya dengan kehadiran panel Ustaz Zamri (Mari Mengaji), Ustaz Syukri (Halaqah) dan juga Kamal Affendi (Penganalisis Jenayah) yang dipengerusikan oleh Ustaz Sallehin Muhyi.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan hasrat menjadikan Selangor sebagai Negeri Idaman yang bebas gejala sosial dan perkara-perkara negatif di kalangan remaja dan belia pewaris masa depan negara.

Kehadiran peserta yang dianggarkan hampir dua ribu orang yang terdiri daripada ibu bapa dan remaja telah mendapat input yang berguna untuk ibu bapa dan remaja dalam menghadapi masalah identiti, sosial dan juga jatidiri.
Kerengga

KEADILAN failkan permohonan mahkamah halang ROS

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hari ini akan memfailkan permohonan di mahkamah bagi menghalang Pendaftar Pertubuhan (ROS) daripada membatalkan pendaftaran parti itu.

Menurut Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran, permohonan semakan semula pembatalan itu akan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.

“Hari ini kita akan failkan permohonan menghalang ROS daripada membatalkan pendaftaran KEADILAN.

“Permohonan ini dibuat ekoran kita menerima notis yang bertarikh 9 Mei daripada ROS yang menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatalkan selepas 9 Jun,” kata Surendran ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, antara barisan peguam yang mewakili KEADILAN bagi memfailkan permohonan tersebut terdiri daripada Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah dan Latheefa Koya yang mewakili Lawyers for Liberty (LFL).

“Saya akan bersama peguam Sivarasa dan Latheefa memfailkan permohonan tersebut hari ini,” kata beliau.

Dilaporkan sebelum ini, notis bertarikh 9 Mei 2011 itu ditandatangani Datuk Abdul Rahman Othman dari Kementerian Dalam Negeri (KDN), di bawah Seksyen 13 Akta Pertubuhan 1966 yang mengancam untuk membatalkan pendaftaran KEADILAN selepas 9 Jun 2011.

Ia dikirim menerusi pos berdaftar dengan salinan turut dihantar kepada Presiden dan Bendahari Agung, menyatakan pendaftaran KEADILAN akan dibatal selepas 9 Jun, melainkan parti itu menyatakan sebab.

by STONE

KITA HUMBANKAN GEROMBOLAN - JANGAN LUPA 9 JULAI

JANGAN POLITIK TARIF BARU LETERIK - berita hairan

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan, berkata kerajaan sentiasa mengutamakan rakyat dan ia terbukti apabila semakan baru tarif elektrik yang diumumkan semalam tidak menjejaskan 75 peratus pengguna domestik yang menggunakan kurang daripada 300 kwj sebulan.

Beliau berkata, selain itu kerajaan terus membantu golongan berpendapatan rendah dengan memberikan bekalan elektrik percuma kepada pengguna domestik yang bil elektrik mereka berjumlah kurang RM20 sebulan sehingga 31 Disember ini.

“Walaupun semakan baru tarif elektrik itu tidak dapat dielakkan, kerajaan tetap melindungi kepentingan rakyat dan kita harus melihat perkara itu secara positif.

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH

woit..MALAON INI DATANG DARI MANA?.... kah kah kah..

woit....INI BOLA TANGGUNG... INI TERBAIK...kah kah kah...

kah kah kah..MESTI LAH DIPOLITIKKAN....kah kah kah...

kah kah kah...INI LAH MASANYA NAK KUTUK GEEROMBOOLAN....kah kah kah..

kah kah kah...INI LAH MASANYA NAK TUNJUKKAN PADA ORANG RAMAI...kah kah kah....

kah kah kah... BAGI TAHU ORANG RAMAI GEROMBOLAN INI BODOH MENTABIR...kah kah kah....

kah kah kah...BAGI ORANG RAMAI BENCI GEROMBOLAN...kah kah kah..

woit..INGAT HARGA BARANG NAIK INI MACAM KENDURI TAHLIL KE?..... kah kah kah..

kah kah kah...INGAT HARGA BARANG NAIK INI AMAL SEDEKAH JARIAH...kah kah kah...

kah kah kah...KALAU PAKATAN RAKYAT TAK POLITIKAN DAN BURUKKAN GEEROMBOLAN.... PAKATAN INI PARTI BANGANG.... kah kah kah..

nota:
bila musuh jatuh terkelicik
inilah masa kita memijak
dan kemudian belangkong sekali dengan pwengandar
kah kah kah


Dicatat oleh Tukar Tiub

600,000 pengundi baru tidak boleh mengundi PRU12 angkara pembangkang?

Utusan melaporkan:

Dikatakan kira-kira 600,000 pendaftar baru pemilih tidak dapat mengundi pada PRU 2008 gara-gara kerana proses bantahan ini.

Mengulas isu ini, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi akhbar ini semalam mengakui jumlah bantahan tertinggi pada masa ini diterima dari Selangor dan Kelantan. SPR menerusi Pengarah SPR negeri masing-masing yang dikenali dalam urusan ini sebagai Pendaftar dipertanggungjawabkan untuk menyiasat asas kebenaran dakwaan yang dibangkitkan dalam bantahan tersebut.

Bagaimanapun Wan Ahmad menarik perhatian terhadap andaian liar kononnya SPR dijadikan alat untuk memenangkan parti tertentu pada PRU akan datang dengan mempamerkan senarai pemilih baru yang semakin meningkat kebelakangan ini. Antaranya, pihak terbabit mendakwa menemui beberapa bukti berhubung perkara itu sehingga menyebabkan para pemimpin dan ahli-ahli parti mereka tidak berpuas hati dengan senarai pemilih baru yang dipamerkan oleh SPR.

Dakwa mereka lagi, terdapat tiga kekeliruan berhubung perkara itu iaitu pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tanpa nombor rumah, pemilih-pemilih yang didaftarkan pada alamat yang tidak wujud dan pemilih yang dikenalpasti tidak wujud di alamat yang didaftarkan.

Mereka mendakwa tidak faham kenapa masih terdapat alamat pemilih tanpa nombor rumah, pada hal terdapat pemilih-pemilih yang cuba didaftarkan oleh Penolong Pemilih mereka tetapi telah ditolak kerana alamat tidak lengkap.

Menurut Wan Ahmad, prosedur SPR adalah jelas bahawa pihaknya akan memproses permohonan pertukaran alamat berpandukan kepada tempat tinggal pemohon.

“Jangan salah anggap, kadang-kala tempat itu madrasah, asrama dan bengkel, barangkali kerana alamat dalam kad pengenalan menggunakan alamat berkenaan,” katanya. - Utusan.

Kalau takmau ada bantahan, SPR kena buat kerja secara telus. SPR bukan setakat kena buat kerja bertul tapi kena dilihat buat kerja betul.

Macamana Pakatan Rakyat nak percaya dengan SPR kalau pengerusi dan setiausaha SPR selalu sangat dilihat beraksi tak ubah macam 'si anjing Umno'. Buat kerja memanjang kearah nak memenangkan Umno BN dan menyusahkan Pakatan Rakyat.

Lagi satu, gila apa saja-saja nak buat bantahan. Buat bantahan tu bukannya free. Dah la satu nama yang dibantah nak kena bayar RM10.00, sorang pembantah pulak cuma boleh bantah 10 nama saja.

Bila SPR nampak banyak bantahan dibuat PSR perkenalkan lagi satu peraturan, setiap bantahan yang SPR tolak selepas dibuat siasatan awam dikenakan pulak bayaran RM50 hingga RM250 pulak. Tapi kalau bantahan diterima tak pulak SPR bayar kepada pembantah.

Memang tak logik langsung dila SPR tuduh ada yang buat bantahan semata-mata nak mengganggu-gugat daftar pemilih sedia ada. Kalau SPR buat kerja secara telus takdak sapa yang nak susah-susah buat bantahan.

Contohnya macam bantahan pasai pemilih baru yang takdak nombor rumah. Mungkin la ada yang gunakan alamat madrasah, asrama dan bengkel, aku tak boleh nak nafikan tapi bukan kes-kes macam tu yang orang bantah. Yang aku tak puas hatinya ada pemilih baru yang didaftarkan masuk contohnya lokaliti kawasan perumahan tapi takdak nombor rumah, langsung tak logik.

Kalau betul SPR gunakan sistem ALIS yang katanya ada link langsung dengan data Jabatan Pendaftaran Negara, takkan JPN daftarkan alamat yang takdak nombor rumah. Bangangnya orang-orang di JPN tu. Takkan rumah di taman perumahan takdak nombor rumah, memang tak logik.

Cenangau Daunkari

source: http://cenangau.blogspot.com/2011/05/600000-pengundi-baru-tidak-boleh.html#ixzz1NtHfRivB