Followers

Friday, August 31, 2012

Bas Percuma KL - Najib Tiru Pulau Pinang

 

KUALA LUMPUR - Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, kerajaan Persekutuan menghadiah perkhidmatan bas percuma kepada warga kota bagi destinasi tertentu di kawasan pusat bandar bermula hari ini.


Perkhidmatan bas percuma yang dikendalikan oleh Go-KL City Bus itu merupakan langkah terbaharu kerajaan bagi mempromosi pengangkutan awam dalam kalangan orang ramai selain bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di Pusat Perniagaan Daerah (CBD) di ibu negara.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Tan Sri Syed Hamid Albar (gambar) berkata, perkhidmatan yang menelan kos operasi kira-kira RM4 juta setahun itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta pengguna pengangkutan awam di ibu negara setiap tahun.

"Go-KL City Bus mempunyai 15 buah bas berwarna ungu melibatkan jarak perjalanan sepanjang 14 kilometer dan 25 hentian bas dalam kawasan CBD. Bas ini mudah dikenali kerana ada logo Go-KL City Bus serta tulisan percuma pada bas berkenaan.

"Bas yang beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga 11 malam setiap hari ini dilengkapi kemudahan WiFi, sistem penentuan kedudukan global, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya," katanya pada satu sidang akhbar di sini kelmarin.

Syed Hamid berkata, laluan pertama Go-KL City Bus melibatkan hentian bas di Suria KLCC, Angkasaraya, Pusat Penerangan Pelancongan (Matic), Hotel Concorde, Wisma Hup Seng, The Weld, Wisma Lom Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Monorel Raja Chulan, Wisma Rohas Perkasa, Citibank dan Wisma Athlan.

Katanya, laluan kedua melibatkan hentian bas di Pasar Seni, Bangkok Bank, Muzium Telekom, Menara Olimpia, Menara KL, The Weld, Wisma Lim Foo Yong, Pavilion, Ain Arabia, Wisma Boustead, Wisma HLA, Simpang Bukit Ceylon, Muzium Telekom dan Kota Raya.

Menurut beliau, sebanyak dua lagi laluan Go-KL City Bus akan diwujudkan di ibu negara pada tahun ini sebelum ia dilaksanakan di bandar besar lain seperti Johor Bahru dan Pulau Pinang bergantung kepada prestasi perkhidmatan itu di Kuala Lumpur.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0831&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm



Muhyiddin & lelaki Melayu terkaya didunia, Syed Mokhtar: Ia bermula dengan Stamford - by Roslan Alan



Kita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal beberapa kompeni berikut:

MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Sekarang dia mahukan…..
RTM
KTMB
Bank Islam

Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford Holdings.

Stamford & keuntungan 4,622%

Stamford Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang berdaftar di Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya dimiliki oleh keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari Malaysia.

Pada tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran untuk memajukan sebuah kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang berlaku empat tahun selepas itu
.
Pada tahun 1998, dua orang rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa mereka adalah rakan niaga Ketua Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan mereka berkemungkinan besar dapat mempercepatkan kelulusan permohonan Stamford. Dua orang lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib. Pertemuan mereka diadakan di Singapura.

Salah satu syarat utama adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin diman Stamford akan mengekalkan saham sebanyak 70% dalam syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan menyalurkan RM1,800,000 (lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam Kompeni usahasama itu untuk mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar jumlah keluasan tanahnya.

Pada lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada kawasan perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta merta.
 
Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994, kumpulan Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik kepada RM 83.2 juta (4622%)

Ambil alih

Pada tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib sekali lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat tawaran untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat Stamford di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70% kelebihan dalam ekuiti.

Apabila Stamford meminta agar mereka mengekalkan syarat pegangan 70% dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary- Taib- Yassin membayar RM 70 000 untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak 30%, salah seorang daripada rakan Muhyiddin ini memberi amaran kepada pengarah Stamford bahawa dokumen pemilikan berada di atas meja MB dan boleh ditandatangai pada bila-bila masa sahaja. Stamford tidak bersetuju.

Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford semula dan memberitahu mereka, “Saya ada dokumen berkaitan di atas meja saya. Apa yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan Stamford Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi. Sekarang, adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya mengambil 70%? Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.

Minggu yang berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan negeri Johor yang ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa kerajaan sudah mengambil alih tanah itu.

Konspirasi

Pada bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya memperolehi tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dibawah Akta Pengambilan Tanah.

Stamford Holdings melalui pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa bahawa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah Akta Pengambilan Tanah apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini kerana bersubahat mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.

Dalam saman itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah menyalahgunakan beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600 ekar tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor melalui anak syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.

Stamford Holdings juga menamakan kerajaan negeri Johor sebagai defendan dalam saman itu, mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan niaganya bersubahat menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan tanah itu. Stamford Holdings mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak mempunyai hak untuk menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk memiliki tanah itu.

Ia juga telah mendakwa bahawa syed Mokhtar dan Yahya telah berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk mendapatkan tanah itu. Dalam saman itu, Stamford Holdings berusaha untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara pemilikan tanah telah dibuat dengan niat jahat dan ia tidak sah. Dua mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.

Semuanya tidak benar

Pada 24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya. Ini bernilai RM36,670 per ekar.

Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membatalkan saman Stamford Holdings dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai alasan untuk mengambil tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.

Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.

Pada 14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh Kelana Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah. Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10 (lebih kurang RM48,000 per ekar).

Pada 12 November 1996, lebihan jumlah RM63,565,982.20 juga didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Kelana Ventures Sdn Bhd.Pada masa kes ini didengar di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat liputan yang komprehensif terhadap kes ini, dengan memetik semula setiap perkataan dalam perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang pengarah Stamford. Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan semua dakwaan yang dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,

“Tiada satupun kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya” tetapi gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah itu. Ini telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai rakaman perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi penghalang untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Penyelesaian diluar mahkamah

Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil itu diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.

Pada 10 Jun 1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada defendan untuk menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi Mahkamah Tinggi Johor diberhentikan.

Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah Persekutuan, kesemua pihak bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar mahkamah dan Perintah Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu. Hakim Zainun Ali merekodkan perintah setelah peguam kepada syarikat serta defendan bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di kamar hakim dan kesemua pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah terakhir iaitu RM 405 juta sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah oleh kerajaan negeri mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62 000 per ekar).

Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford Holdings tetapi membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan pembayaran. Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan terhadap mereka. Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau Pentadbir Tanah untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah dalam tempoh 3 bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan tanah freehold ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.

Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin

Dalam pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk menyerahkan geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan daripada Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada pekerja yang diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana Ventures.
 
Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.

Tiada tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya Taib mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
 
~ Mailbeg/Laksmana Bukit Bintang

PANAS!!!!!SILA KEMASKAN DAN BERAMBUS KELUAR DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA WAHAI GHANI PATAIL!!! - Written By canang

 

PR TETAP GUNA BENDERA MALAYSIA!!! UMNO tiada modal, fitnah pun kantoi




SILA KEMASKAN DAN BERAMBUS KELUAR DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA WAHAI GHANI PATAIL!!!



Yang sangat pasti, bermula hari ini akan ada beratus-ratus kalau tidak pun beribu-ribu laporan polis yang akan dibuat di seluruh Malaysia ekoran peserta JANJI BERSIH di Dataran Merdeka, mengibarkan dan berkempen bendera mirip Bendera Rakyat AMCJA dan PUTERA pada tahun 1947 untuk menggantikan Jalur Gemilang yang sudah menjadi Bendera Malaysia semenjak tahun 1957 .


Setakat itu sahajalah yang mampu dilakukan. Kesudahannya tidak akan ke mana-mana kerana halangan terbesar yang berlaku di negara ini untuk memastikan negara ini berada dalam keadaan aman adalah PEGUAM NEGARA!

Ambil sahaja contoh penangkapan mereka yang terlibat dalam kekacauan siri BERSIH sehingga BERSIH 3.0. Walaupun PDRM telah menyerahkan fail kepada Pejabat Peguam Negara, tiada sebarang tindakan pendakwaan dilakukan, sebaliknya semuanya dibebaskan walaupun secara sah dan terang, memang wujud kekacauan dan mereka yang ditangkap serta diberkas oleh PDRM itu memang terlibat berdasarkan bukti-bukti visual dan saksi.




Apa yang berlaku malam tadi di Dataran Merdeka, sebenarnya jauh lebih menyedihkan. Apakan tidak, Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu, cukup terkenal dengan pemikiran Sosialisme yang condong kepada Komunisme, giat berkempen tentang Sang Saka Tanah Melayu kononnya bagi menggantikan Jalur Gemilang, tanpa sebarang masalah, biarpun sebenarnya kempen tersebut adalah bersifat subversif.

Tanah Melayu secara keseluhan tidak pernah mempunyai bendera rasmi. Dari zaman Langkasuka sehinggalah ke zaman British, Tanah Melayu terdiri daripada pelbagai negeri yang mempunyai benderanya yang tersendiri dan terasing. Apabila tiba zaman British, Tanah Melayu terbahagi kepada Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Pahang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan serta Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura dan setiap fraksi mempunyai bendera mereka yang berbeza-beza.

Bagaimanapun, pada tahun 1905 sehingga 1950, terdapat sebuah bendera yang digunakan untuk memperkenalkan Tanah Melayu biarpun bendera yang sinonim dengan dunia Melayu adalah Merah Putih yang sekarang ini digunakan oleh Indonesia.

Kita boleh meletakkan seluruh kesalahan kepada Peguam Negara yang ternyata sangat lembik menangani pelbagai masalah perundangan di negara ini. Sudah terlalu ramai penjenayah politik yang terlepas begitu sahaja walaupun wujud bukti-bukti sahih dan nyata.

Entah apa yang merasuk Peguam Negara dan pejabatnya sehinggakan mereka membiarkan kebebasan melakukan apa-apa sahaja atas nama politik di negara ini, bahkan sanggup memejam mata atas segala kerosakan dalam masyarakat Malaysia yang disebabkan onar Anwar Ibrahim, tanpa sebarang tindakan undang-undang.



Bendera Rakyat AMCJA-PUTERA 1947
Sekarang sudah terbukti, memang ada gerakan ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Komunis acuan AMCJA dan PUTERA menerusi bendera yang mahu diubah. Hishamuddin Rais sudah pun menunjukkan belangnya kerana tiada tindakan yang dikenakan kepadanya selama ini . Kalaupun ditangkap dan ditahan, 'bantuan' daripada Pejabat Peguam Negara membenarkannya lepas bebas.

Atau barangkali pada pandangan Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara sendiri, ini masalah remeh temeh yang hanya menyusahkan jikalau fail dibuka dan individu berkenaan diheret ke muka pengadilan?

Barangkali tidak keterlaluan jugalah seandainya Akta 114A yang kontroversi itu sebenarnya hanyalah untuk memudahkan kerja Peguam Negara.


Kalau sudah bendera, lagu kebangsaan dan sebagainya ingin diubah, tidakkah Peguam Negara juga perlu diubah? Setelah Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengubah segala struktur negara ini, bukankah Peguam Negara juga ada dalam senarai pengubahan itu?

Apatah lagi memang ramai benar yang mahu Peguam Negara melepaskan jawatan dan digantikan dengan Peguam Negara lain yang lebih berani bertindak mempertahankan undang-undang di negara ini, bukannya terikut-ikut dengan budaya kebebasan kononnya!

Gantikan Jalur Gemilang dengan Bendera Sang Saka Tanah Melayu... apa kata kalau gantikan Peguam Negara sekarang dengan Peguam Negara baru terlebih dahulu?

Peringatan untuk para JANDA, carilah DUDA agar anda tidak terperdaya

 
Janda Janda
MELAKA: Cair dengan pujukan 'Dr Michael Clinton' kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kehilangan RM233,000.
 
Mangsa berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial awal Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih, yang bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Soh Hock Sing, berkata bagi meyakinkan mangsa, suspek memberitahu dia akan mengirimkan wang sebanyak AS$380,000 kepada mangsa untuk disimpan bagi membuka klinik yang dirancang.
 
Selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak.

Bagaimanapun, bagi mendapatkannya, mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai kerajaan.
 
"Terpedaya dengan helah itu, mangsa yang juga setiausaha sebuah syarikat swasta melakukan lima transaksi pemindahan wang ke akaun suspek yang keseluruhannya berjumlah RM233,000," katanya pada sidang media kelmarin.
 
Superintenden Soh berkata selepas membuat pembayaran itu, mangsa yang menetap di sini, diarahkan 'Dr Michael' berjumpa seorang lelaki Nigeria di Kuala Lumpur.
 
'Dr Michael' memberitahu mangsa kononnya lelaki Nigeria terbabit akan memberikan mangsa wang berjumlah AS$380,000 yang dijanjikan.
 
"Ketika bertemu lelaki itu, mangsa menerima peti besi yang didakwa mengandungi mata wang Amerika Syarikat yang dikirimkan kepadanya. Namun, sejurus dibuka, lelaki itu mengambil botol putih berisi bahan kimia dan beberapa kertas memaparkan arahan untuk mencuci wang.
 
"Lelaki itu kemudiannya mencuci empat mata wang Amerika, yang setiap satu bernilai AS$100 dan mengeringkan dengan alat pengering rambut.
 
"Dia kemudian memberitahu baki selebihnya perlu dibawa ke Kedutaan Amerika kerana bahan kimia yang dibekalkan tidak mencukupi dan mangsa perlu membayar RM10,000 lagi," katanya.
 
Pelik dan curiga dengan tindak tanduk warga asing itu, mangsa membuat laporan polis sejurus kembali ke Melaka.
Hasil siasatan, polis telah menahan seorang wanita warga tempatan yang juga pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berusia 23 tahun di Kuala Lumpur, pada 23 Ogos lalu.
 
Tiga lelaki warga Nigeria pula ditahan di Putrajaya kelmarin. - Harian Metro.

Moral cerita: 
Kepada para janda, lain kali beringatlah... sebelum hendak terlentuk dengan lelaki luar... lentuklah dulu dengan duda-duda tempatan... anda akan lebih selamat. 


Kerajaan Rakyat

Bas Rempuh Kedai Makan Depan Politeknik Dungun, 10 Pelajar Nyaris Maut



Dungun – Seramai 10 pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) yang sedang menikmati sarapan pagi ketika waktu rehat di sebuah kedai makan berdepan detik mencemaskan apabila secara tiba-tiba dirempuh sebuah bas yang terbabas di persimpangan lampu isyarat, dekat sini, pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 11.25 pagi itu dipercayai berpunca apabila bas ekspres dalam perjalanan dari arah Kemaman menuju ke Dungun itu dikatakan menghadapi masalah brek.

Sebaik tiba di Kilometer 84.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di persimpangan lampu isyarat, hadapan PSMZA itu, bas berkenaan dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan sebelum melanggar sebuah kereta Honda Civic lalu merempuh sebuah Perodua Kembara yang berada di sebelah kiri.

Bas dinaiki 10 penumpang itu kemudiannya merempuh tiang konkrit sebuah kedai makan menyebabkan 10 pelajar PSMZA yang sedang bersarapan pagi di kaki lima hadapan kedai tersebut lari bertempiaran menyelamatkan diri.

Bagaimanapun empat daripada pelajar tersebut, Azizul Hakimi, 18; Muji Rahman, 18; Ainil Iqmal, 18; dan Shahrul Azwari, 18, cedera di beberapa bahagian badan dipercayai terkena serpihan kaca dan besi dalam usaha untuk menyelamatkan diri ketika dirempuh bas terbabit.

Pemandu kereta Honda Civic, Ahmad Qasimi Mohamed, 27 dan rakannya yang duduk di tempat duduk hadapan, Melcolm Wee, 25, berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah kiri dan kedua-duanya dilaporkan cedera ringan.

Seramai 10 penumpang bas tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan manakala pemandu bas, Zahari Muda, 39, dari Pengkalan Arang, Kuala Terengganu hanya cedera ringan.

Zahari kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Dungun manakala mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

Kereta Honda civic dan Perodua Kembara itu juga turut mengalami kerosakan selepas dihempap bumbung anjung kedai makan yang dirempuh bas ekspres berwarna kuning itu.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan kejadian dan kes masih dalam siasatan pihaknya.

Lihat bas terbabas


"Ketika sedang menikmati sarapan pagi, tiba-tiba sebuah bas yang bergerak ke kiri dan kanan menghala ke arah kami lalu merempuh anjung kedai menyebabkan kami lari menyelamatkan diri.

"Kejadian berlaku sangat pantas, jika kami lambat beberapa saat kami pasti akan menjadi mangsa rempuhan bas itu,” kata Shahrul.

Shahrul bersama sembilan rakannya bagaimanapun bernasib baik hanya mengalami cedera ringan dalam usahanya menyelamatkan diri daripada dirempuh bas yang terbabas itu.

Menceritakan detik cemas itu Shahrul berkata, ketika itu dia baru sahaja tiba di kedai berkenaan untuk menikmati sarapan pagi bersama rakan sekuliahnya sebelum dikejutkan dengan rempuhan bas ekspres berkenaan.


“Jika saya dan rakan tidak melompat dan berlari keluar tentu kami semua akan cedera teruk,” kata Shahrul yang mengalami kecederaan pada bahagian lengan.

Ainil pula berkata, dia bersyukur kerana terselamat dalam kemalangan di hadapan PSMZA itu.

Katanya, dia sama sekali tidak menduga bas yang disangkanya akan berhenti di persimpangan lampu isyarat itu secara tiba-tiba hilang kawalan lalu merempuh kedai makan yang menjadi lokasi kegemarannya untuk menikmati sarapan setiap pagi itu.

“Yang pentingnya kami semua selamat walaupun mengalami luka kecil, kalau kena langgar bas yang besar itu, tak tahulah bagaimana nasib kami, mungkin dah kat hospital sekarang,” katanya.

Dengar bunyi brek dan dentuman kuat

Penumpang bas ekpres, Jamal Abdullah, 50, berkata, ketika kejadian, dia berada di tempat duduk paling hadapan di dalam bas tersebut.

Katanya, dia menyedari bas berkenaan tidak selamat selepas ia dalam keadaan tidak terkawal sebelum dikejutkan dengan rempuhan kuat ke arah kedai makan tersebut.

“Selepas rempuhan kuat itu saya berusaha menyelamatkan diri dengan keluar melalui pintu sebelah pemandu.

“Saya dan beberapa penumpang lain tidak cedera dan masing-masing bergegas keluar dari bas berkenaan,” katanya.

Seorang lagi penumpang, Sharifah Tuan Hussin, 42, berkata, dia menaiki bas tersebut untuk ke Kuala Terengganu.

Katanya, dia menyedari bas tersebut berlanggar setelah terdengar bunyi brek diikuti dengan dentuman kuat.

“Selepas berlakunya rempuhan itu, tanpa berfikir panjang saya terus keluar melalui pintu kecemasan di bahagian belakang bas.

“Bila turun saya dapati bas yang saya naiki telah merempuh sebuah kedai di tepi jalan, nasib yang lain saya belum pasti,” katanya yang juga seorang eksekutif pentadbiran. -SH


 

SELAMAT TINGGAL BN KU !!

 
Sebelum PRU 12 pada 2008 lalu, tidak nampak apa-apa reaksi hebat dari golongan muda, kecuali BERSIH 2. 
 
Tetapi dengan keputusan PRU 12, menandakan undi protes terhadap BN amat hebat sehingga PR berjaya menawan beberapa negeri dan menghilangkan majoriti dua pertiga  BN.

Selepas PRU 12, dengan melihat sambutan Himpunan Bersih 3  dan semalam, 30 Ogos - Himpunan Janji Demokrasi,  saya kira, nyawa BN kini di hujung tanduk. Ha ha. 

Buatlah apa isu untuk memburuk-burukkan atau memcahkan PR, Insyallah, rakyat sudah bersedia menukar BN. 
 
Bukan soal PR  dijamin lebih baik dari BN, tetapi rakyat sudah peka dan bersedia menukar pemerintah yang korup dan lemah, tanpa menghiraukan siapa pun yang memerintah. 
 
Kumpulan anak muda ini tidak taksub dengan BN atau PR, tetapi mereka mahu kerajaan yang telus, adil dan pro rakyat.



Gambar Rosmah Bersalaman Dengan Pelajar Tahfiz Tersebar - by Addin



Suasana nih dirakam di rumah terbuka Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar, di Dewan PKNS, Kelana Jaya semalam. Apa pendapat ko orang berkenaan dengan gambar nih?

Addin rasa bebudak tahfiz nih pasti serba salah dalam keadaan seperti ini. Pape hal Addin tak rasa bebudak nih bersalah.. sepatutnya Rosmah hormatlah.. tak akan lah tak faham langsung kot?


Ko orang tengoklah air muka bebudak tahfiz nih dengan gurunya, macam cuak je. Bebudak nih sudah di tarbiah semolek-moleknya tetapi dengan Rosmah main langgar je.

Najib, eloklah ko nasihatkan bini ko nih agar menghormati sikit hak orang lain.. kalau nak buat dosa tu janganlah libatkan orang lain..tau.

Gambar ~ klpos/Addin

Pesta Seks Akan Dianjurkan Di KL....PEMUDA PAS KUTUK PESTA BIKINI




PESTA.....Acara ini dianggap sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

Oleh : JAMILAH KAMARUDIN

PETALING JAYA : Pemuda PAS hari ini mengecam keras pesta bikini ‘Wet and Mad Wednesday’ yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya menganggap acara ini sebagai pesta seks kerana penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan mensyaratkan kod berpakaian ghairah termasuk pakaian renang.
 
“DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

“Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara Barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini.

“DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia.

Manusia seperti haiwan

“Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Nik Abduh turut mempersoalkan bagaimana penganjuran program ini mendapat kelulusan daripada kerajaan mendapat publisiti meluas.

Katanya, sebagai negara Islam kerajaan Malaysia yang mempunyai suara ulama’ sewajarnya melarang dan menentang perkara ini dianjurkan sewenang-wenangnya.

“Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini?

“Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.

“Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, perzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

Justeru, pihaknya mendesak Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mufti Wilayah Persekutuan dan lain-lain agar segera bertindak dengan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur./~sabahkini
 
 
Nizar

[JANJI DICABULI] Najib Muram Durja - Yang Hadir Cuma 20000



20,000 banjiri Dataran Merdeka sambut Hari Kemerdekaan ke-55

KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 disambut penuh meriah dengan kehadiran kira-kira hampir 20,000 pengunjung dalam dan luar negara yang mula membanjiri perkarangan Dataran Merdeka, di sini, seawal jam 7 pagi.
Acara dimulakan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memeriksa perbarisan kontinjen kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja. 
 
Tuanku Abdul Halim mengambil tabik hormat sebelum lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Pusat Regimen Askar Melayu Diraja.

Pada masa sama, tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Sambutan Hari Kemerdekaan yang bertemakan '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' itu disusuli dengan persembahan Kumpulan Drumline dan perarakan kontinjen yang mengambil bahagian.

Antara yang mengambil bahagian, Pasukan Ketenteraman Awam dan Sukarelawan, Kontinjen Pewira Veteran, Kontinjen Infrastruktur Komunikasi dan Kontinjen TransformasiPertanian sekali gus menyaksikan pembabitan 29 kontinjen meliputi 14,464 peserta dan tujuh pancaragam pada tahun ini.

Turut berangkat, Raja PermaisuriAgong Tuanku Hajah Haminah. Hadir sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim; Menteri Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri. -BH

Ulasan GB


Pagi ini disahkan cuma 20,000 sahaja yang hadir. Itu pun angka yang sudah dilonjakkan agar tidak memalukan. BUKTINYA: Perkataan yang digunakan pun "kira-kira hampir 20,000", Dah "kira-kira (agak-agak)" kemudian diikuti dengan "hampir 20,000" ertinya tak sampai 20,000.

Ramai lagi yang hadir JANJI BERSIH. Macamana nak panggil plihanraya ni....

Laporan jangkaan untuk malam ini:








 

PANAS! POSLAJU PUN IKTIRAF LOGO MERDEKA PAKATAN RAKYAT?

 
Perhatikan baik-baik gambar di bawah.


Apakah yang anda nampak dan anda percaya bahawa sebuah agensi separa kerajaan pun sudah iktiraf logo kemerdekaan Pakatan Rakyat yang bertemakan "Sebangsa, Senegara, Sejiwa"?

Jelas apabila anda melayari laman sesawang POS Malaysia di www.poslaju.com.my anda akan perhatikan logo Pakatan Rakyat yang keluar dan bukannya logo tangkap muat serta ciplak yang direka budak-budak upahan Rais Yatim.

Nampaknya 'perang saudara' bakal berlaku dalam Barisan Nasional (BN) sendiri terutamanya dalam Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang diketuai sendiri Rais dengan agensi di bawahnya seperti POS Malaysia.

Pasti akan ada arahan supaya logo kemerdekaan Pakatan Rakyat tersebut akan digantikan dengan logo 1Malaysia yang sudah mula diketepikan rakyat yang cerdik pengetahuan dan sudah muak dengan janji-janji palsu kerajaan yang kununnya Janji Ditepati.

Rais Yatim yang baru bernafas lega seketika setelah selesai sambutan kemerdekaan di Dataran Merdeka pagi tadi kini berdepan dengan penjelasan daripada Najib Altantuya bagaimana ia boleh berlaku dalam agensi kerajaan sendiri!

Nampak gayanya, lambat lagilah Najib Altantuya nak bubar parlimen ekoran insiden yang memalukan Rais Yatim sendiri?

Hanya Bik yang tahu jawapannya!


JALAN PULANG

Mampuih la Umno kali neh...

 
Anwar Ibrahim - Jelajah Merdeka Rakyat 
 
Shalehudin

Hishamuddin Rais Bangga Dengan Sambutan 'Janji Demokrasi' (Video)

Oiii Datuk Jamal Malaun... lu Iklan Jualan terlalu Murah Sangat beb !




Tolong gua beb... gua dengan beribu peserta Janji Bersih sekarang ni sedang mendapatkan rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur kerana teruk dibelasah oleh Datuk Jamal Malaun Ikan Bakar beb... 
gua takut kalau-kalau dia akan datang kat Hospital Besar pulak untuk belasah lagi gua dengan beribu Perserta Janji Bersih... 
lu orang bayangkan lah Datuk Jamal Malaun tu dengan ahli-ahli beliau seramai 98 ribu belasah gua dan rakan-rakan yang hanya beribu aje beb... macam mana lah gua tak lunyai... kah kah kah !.


Oiii Datuk Jamal Malaun... lu Iklan Jualan terlalu Murah Sangat beb... sampaikan beribu-beribu orang Tunggu nak beli lu punya Jualan... 
kah kah kah... tapi sayang Barang yang lu Janji nak Jual tu tak Sampai-Sampai... memang lu jenis Malaun yang Tak Tepati Janji lah beb... 
apa barang lah lu sampai Janji Tak Ditepati... kah kah kah... lain kali kalau Tak Boleh Delever jangan lah cuba-cuba nak Iklan kan 1Malaysia... 
lu Iklankan aje 1Sekinchan aje cukup... itu pun belum tentu lu dapat Delever itu barang... kah kah kah !. 



Lagi satu beb... lu cuba nak supplie barang yang lu tak mampu sebenarnya nak delever... sebagai contoh lu nak delever Ikan kat Restoran Sekinchan Ikan Bakar pun lu tak mampu... 
sebab itu sekarang satu demi satu Restoran Sekinchan Ikan Bakar Tutup... kah kah kah... bukan gua nak gelakkan lu kerana Restoran Sekichan Ikan Bakar Tutup beb... 
tapi Perangai lu yang macam Haramjadah tu membuatkan gua dan mungkin banyak lagi orang yang Menyampah dengan lu... 
mungkin hanya Datuk Seri Noh Omar dan sebahagian Penchacai Umporno sukakan lu... cos dia orang punya perangai pun lebih kurang lu kan... kah kah kah !.



Lepas ni gua nak dengar pulak berapa kerugian yang lu dan 98 ribu ahli-ahli lu rugi kerana Perserta Janji Bersih... lu orang boleh lah buat Tuntutan kat Penganjur Janji Bersih... 
sebab Janji Bersih ni ada Sangkut Paut dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai Simpanan Yang Tak Pernah Terbukti Sebanyak 3 bilion beb... kah kah kah... 
apa-apa pun Datuk gua Tabik Spring kat lu seperti kata sahabat gua baca sini atau kalau lu Datuk nak ketawa sampai terputus urat kentut boleh lah baca sini... kah kah kah... akhir sekali gua nak pesan lu Datuk... 
lu sebenarnya adalah gambaran sebenar 99.9 peratus Perangai Pemimpin serta Penchacai Umporno yang ada kat Malaysia ni... kah kah kah !.
hemmmmm..... setakat yang gua tahu sudah dua restoran sekinchan ikan bakar ditutup sepanjang kempen boikot restoran sekinchan ikan bakar dijalankan oleh penyokong-penyokong pakatan rakyat (pr) satu dibandar tun razak dan satu lagi di kota damansara... dengar ceritanya akan ada lagi yang akan ditutup... gua rasa lebih baik datuk jamal ni berniga pulak udang yang dipunyai oleh datuk seri noh omar... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
Mat Indera Sipejuang