Followers

Friday, August 31, 2012

Pesta Seks Akan Dianjurkan Di KL....PEMUDA PAS KUTUK PESTA BIKINI




PESTA.....Acara ini dianggap sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

Oleh : JAMILAH KAMARUDIN

PETALING JAYA : Pemuda PAS hari ini mengecam keras pesta bikini ‘Wet and Mad Wednesday’ yang dipromosikan secara terbuka anjuran kelab malam The Pool di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) Nik Abduh Nik Aziz berkata, pihaknya menganggap acara ini sebagai pesta seks kerana penganjur tanpa segan silu turut menggalakkan wanita berpakaian seksi dengan mensyaratkan kod berpakaian ghairah termasuk pakaian renang.
 
“DPPM menganggap acara ini sebagai pesta seks secara terbuka dan terang-terangan yang wajib ditentang oleh semua umat Islam.

“Lebih menyedihkan kerana aktiviti ini bukan dianjurkan di negara Barat, tetapi ia sudah bertapak di negara ini.

“DPPM menganggap penganjur telah menghina agama Islam serta mencarik adab serta norma kehidupan manusia.

Manusia seperti haiwan

“Manusia sudah dianggap seperti haiwan yang bertelanjang di mana sahaja serta melakukan apa sahaja yang mereka inginkan,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Nik Abduh turut mempersoalkan bagaimana penganjuran program ini mendapat kelulusan daripada kerajaan mendapat publisiti meluas.

Katanya, sebagai negara Islam kerajaan Malaysia yang mempunyai suara ulama’ sewajarnya melarang dan menentang perkara ini dianjurkan sewenang-wenangnya.

“Apakah kerajaan mahu membina masyarakat yang bertamadun hasil daripada program songsang seperti ini?

“Berapa ramai anak gadis dan remaja beragama Islam akan musnah dengan aktiviti seperti ini.

“Tidak apa yang boleh diharapkan dari masyarakat selain dari gejala seks bebas, perzinaan, pelacuran yang membawa kepada berlakunya kelahiran anak luar nikah, pengguguran, pembuangan bayi dan sebagainya.

Justeru, pihaknya mendesak Jabatan Agam Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Mufti Wilayah Persekutuan dan lain-lain agar segera bertindak dengan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur./~sabahkini
 
 
Nizar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.