Followers

Tuesday, June 30, 2015

Tiada lagi pengumuman awal perubahan harga petrol, diesel - FMT Reporters

 
Hasan Malek

Mulai sekarang, pengguna hanya dapat tahu jika berlaku perubahan harga atau kekal selepas tengah malam setiap awal bulan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan lagi membuat pengumuman awal tentang harga baru petro dan diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, amalan mengumumkan tentang perubahan sama ada naik, turun ataupun harga kekal yang dilakukan setiap hujung bulan akan dihapuskan.

“Bermula hari ini, pengguna hanya akan dapat tahu sama ada harga naik, turun atau kekal selepas tengah malam,” katanya selepas Taklimat dan Hari Terbuka GST Pemuda UMNO pada Selasa.

Sebelum ini, pengumuman perubahan harga petro dan diesel untuk setiap bulan dibuat menerusi laman web rasmi kementerian.

Amalan mengumuman lebih awal perubahan harga setiap bulan mula dilaksanakan selepas kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan membuat penetapan harga berdasarkan harga di pasaran dunia bermula 1 Disember tahun lalu.

Rafizi dedah satu lagi hartanah MARA dibeli harga lebih tinggi Khairil Ashraf


rafizi-ramli

MARA membeli hartanah 333 Exhibition Street dengan harga AUD$31 juta sedangkan sebuah syarikat tidak bernama telah membeli terlebih dahulu hartanah itu dengan harga lebih rendah, AUD$22 juta.

KUALA LUMPUR : Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikatnya MARA Inc didakwa membeli hartanah di 333 Exhibition Street, Melbourne lebih mahal AUD$9 juta atau RM27 juta berbanding harga asal.

Pengarah Eksekutif National Oversight and Whistleblowers (NOW), Rafizi Ramli berkata, sebuah dana hartanah Quintessential Equity menjual hartanah tersebut kepada sebuah syarikat yang tidak dinamakan pada harga AUD$22 juta pada Oktober 2012.

“Kira-kira kurang enam bulan selepas itu, iaitu pada Mac 2013, MARA Inc membeli bangunan ini pada harga AUD$31 juta.

“Iaitu AUD$9 juta atau RM27 juta lebih mahal dari harga yang dibeli dari Quintessential Equity,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabatnya pada Selasa.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR berkata perkara ini jelas membuktikan pembelian 333 Exhibition Street itu melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian Dudley House iaitu harga yang dibayar MARA Inc jauh lebih tinggi dari harga pasaran.

“Jika kamu fikir Dudley House terlebih bayar, hartanah ini lebih mahal dari Dudley House,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Rafizi menuntut Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa menjawab soalan yang dibangkitkan iaitu rasional di sebalik MARA meluluskan pembelian 333 Exhibition Street yang harganya RM27 juta lebih mahal dari harga pasaran.

Beliau turut mempersoalkan syarikat atau individu yang memiliki hartanah tersebut sebelum dibeli oleh MARA Inc .

Rafizi juga mendedahkan perbezaan kadar pulangan sewa hartanah berkenaan yang hanya 6.2 peratus, tetapi kadar sepatutnya pada waktu pembelian hartanah itu adalah antara 6.5 hingga 7 peratus.

“Sepatutnya apabila kadar pulangan hartanah berada di bawah kadar purata bagi aset yang sama di Melbourne, cadangan pembelian ini seharusnya dihentikan oleh Majlis MARA,” katanya.

Dia mempersoalkan mengapa Annuar tidak menyemak kadar pulangan hartanah itu apabila beliau mengambil alih MARA.

Najib akan pastikan Anwar terima rawatan kesihatan sewajarnya - FMT Reporters

 
najib,anwar

Kesihatan Anwar Ibrahim dilaporkan semakin teruk dan membimbangkan.


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memastikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima rawatan sewajarnya.

Katanya, beliau mengambil maklum tentang tentang kesihatan Anwar yang dikatakan semakin teruk dan membimbangkan.

“Saya ambil maklum kesihatan DS Anwar Ibrahim dan saya mahu pihak berkenaan mempastikan beliau menerima rawatan sewajarnya,” katanya menerusi Facebook.

Peguam Anwar, R Sivarasa memberitahu, Anwar memerlukan penilaian dan rawatan lebih lanjut berkaitan beberapa isu kesihatan termasuk tekanan darah yang tidak menentu, ketumbuhan 4 cm di buah pinggang yang memerlukan CT scan, gastritis yang memerlukan diet tanpa gluten, dan otot bahu yang koyak serta artritis kronik yang memerlukan fisioterapi intensif.

Katanya, kesihatan Anwar semakin teruk dan membimbangkan kerana tidak diberikan akses untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

Dia memohon Anwar diberikan tahanan kediaman untuk membolehkan Ketua Umum PKR mendapatkan rawatan lebih sempurna.

"Anjing & Serigala" serta "Fitnah Edar Pil Kuda"....Hadi guna tektik yang sama....

 
"ANJING DAN SERIGALA" - FITNAH EDAR PIL GUNA, GUNA TAKTIK ITU JUGA....
 
http://www.thestar.com.my/~/media/Images/TSOL/Photos-Gallery/Nation/2013/09/17/hadi%20awang.ashx/?w=620&h=413&crop=1&

APABILA disebut menyalak seperti "anjing dan serigala" buat mereka yang kononnya menolak hukum Hudud, Hj Hadi kata "siapa makan cili banyak sangat, terasa pedas". Ini kenyataan beliau setelah ramai pihak yang mempertikaikan 'uslub' beliau yang bagi aku pun tiada hujah langsung.

Pertamanya, sindiran "siapa makan cili, terasa pedas", itu adalah ayat biasa yang beliau gunakan untuk cover dirinya setelah membuat tuduhan. Dalam isu fitnah edar pil kuda dulu pun, gitu jugalah jawapannya "siapa makan cili, terasa pedas", dan sampai sekarang dia sendiri tidak kenal siapa yang edar pil kuda itu.

Sebab itu di mahkamah, hakim menyebut memang terdapat unsur fitnah, tetapi 'fitnah umum', tidak sebut nama. Maka, Hj Hadi menang kes. Ini saja cara mahu cover, walaupun amat-amat tidak bertanggungjawab atau bijak.

Begitu juga apabila beliau sebut merreka yang menentang hukum Hudud itu umpama salakan 'anjing dan serigala". Apabila ramai yang mempertikaikan cara dakwah Hj Hadi itu, beliai cover lagi dengan contoh makan cili. Siapa yang makan cili? Memang Hj Hadi tidak akan tahu dan kenal siapa yang makan cili itu sepertimana beliau tidak akan tahu siapa yang edar pil kuda dulu.

Hj Hadi mempunyai masalah untuk membezakan mereka yang mengkritik beliau dengan menghina beliau selaku Ulamak. Sama juga, dia ada masalah untuk membezakan orang yang menentang hukum Hudud secara mutlak dengan orang yang berbeza pendapat dan pendekatan berkaitan perlaksanaan hukum Allah tersebut. 

Ini masalah Hadi yang besar. Adakah beliau mahu tutup malu kerana RUU Akta 355 telah memalukannya selaku Presiden yang gagal dan tertipu berkali-kali oleh Umno?

Beliau tidak malukah untuk bercakap tentang anjing dan serigala sedangkan yang "menganjingkan'nya adalah pihak yang berjanji untuk membantunya melaksanakan RUU Akta 355 yang selalu dianggap Hudud itu.

Sebab itu aku tidak hairan pimpinan Hj Hadi sekarang, hancur...

WFAUZDIN NS

Bahaya hakim berfikiran liberal di negara ini - FMT Reporters


Tun-Abdul-Hamid-Mohamad_mrg_600

Hakim berfikiran liberal menggunakan pakai prinsip kemunasabahan (reasonableness) sehingga lupa Perlembagaan kita berbeza.

PETALING JAYA: Wujud segelintir hakim di negara ini mengambil tafsiran hak asasi ala Barat, sehingga keputusan yang dibuat sangat liberal dan bertentangan dengan syariat Islam.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, hakim-hakim berkenaan menafsir Perlembagaan Persekutuan sehingga lupa kepada pengiktirafan terhadap perintah agama Islam.]

“Mereka juga memakai prinsip kemunasabahan (reasonableness) yang diketengahkan oleh Supreme Court (Mahkamah Agung) India yang memberi kuasa kepada hakim-hakim untuk mengisytiharkan undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak sah atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable).

“Perlembagaan negara-negara itu tidak serupa dengan Perlembagaan kita. Perlembagaan mereka tidak ada peruntukan-peruntukan mengenai agama Islam seperti yang ada dalam Perlembagaan kita,” katanya dalam kenyataan.

Abdul Hamid memberi reaksi terhadap keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) bahawa pasangan gay dan lesbian mempunyai hak berperlembagaan untuk berkahwin di semua 50 negeri di negara itu.

Abdul Hamid memberi contoh kes kontroversi melibatkan larangan dan hukuman terhadap tiga juru andam lelaki yang berpakaian seperti wanita di tempat awam di Negeri Sembilan sebelum ini.

Apa yang merisaukan beliau, katanya, adalah alasan-alasan yang diberi untuk mengisytihar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, yang memberi implikasi sangat luas.

“Perkara itu berlaku apabila sesuatu hukum syarak boleh diisytiharkan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran yang liberal seperti yang diberi oleh mahkamah-mahkamah di negara sekular itu apabila hukum syarak diukur dengan nilai liberal hak asasi ala Barat.

“Apabila hukum syarak boleh dicabar atas alasan ia ‘tidak munasabah’ (unreasonable) kepada seseorang hakim, termasuk yang bukan Islam, maka hukum syarak akan sentiasa terdedah kepada kemungkinan diisytiharkan tidak sah,” kata beliau.

Jika itu berlaku, katanya, penghakiman dengan tafsiran begini membuka jalan untuk membenarkan perkahwinan sejenis.

Tun M simpan banyak lagi rahsia 1MDB – Zam Khairil Ashraf

 
zam,mahathir

Penangkapan Xavier Andre Justo menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak.


KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad masih menyimpan banyak lagi “rahsia benar ” mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya dan bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya.

Berdasarkan pengalaman sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun, beliau dikenali sebagai seorang yang mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkitkannya terutama berhubung kepentingan negara.

Ia dibuktikan beliau dalam kes pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di mana Dr Mahathir dikatakan begitu teliti sebelum tindakan diambil.

“Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya,” tulis Tan Sri Zainuddin Maidin di entri blognya, zamkata.blogspot.com.

Oleh itu, beliau berpendapat penangkapan Xavier Andre Justo dan kaitan kononnya maklumat yang disalurkannya kepada Dr Mahathir tidak akan memberi impak.

Bahkan ia menampakkan strategi yang digunakan jentera komunikasi parti dan propaganda Najib tidak bijak.

“Dari awal lagi strateginya adalah tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Justo itu atau menggunakan agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti upahan besar yang diberikan kepada penulis-penulis blog tertentu. 

Akan lebih berkredebiliti jika tidak datang dari akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal,” bidasnya.

Banyak perkara yang menimbulkan keraguan terhadap tangkapan itu.

Selain wartawan New Straits Times yang sedia menunggu di Bangkok, pelbagai aspek lain menunjukkan ia dibuat dengan terancang.

KDN bincang dengan negara sumber hantar pulang pekerja asing


 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan untuk mengeluarkan dokumen perjalanan satu hala diadakan melalui duta negara asal di Malaysia, sekali gus menangkis salah faham yang timbul berkenaan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perbincangan untuk mengeluarkan dokumen perjalanan satu hala diadakan melalui duta negara asal di Malaysia, sekali gus menangkis salah faham yang timbul berkenaan kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini.

"Saya minta agar badan bukan kerajaan (NGO) atau agensi pekerjaan dapat memahami hasrat kerajaan ini dengan tidak menyogokkan (berita) bahawa ini adalah tambahan (kemasukan 1.5 juta warga Bangladesh) untuk bekerja di negara ini.

"Kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pekerja-pekerja asing yang akan dihantar balik ke negara asal," katanya kepada pemberita ketika menghadiri 'The 5th Annual Grand Iftar' melibatkan komuniti Palestin di Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan pihak tertentu yang beranggapan rancangan membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja warga Bangladesh ke negara ini bagi tempoh tiga tahun sebagai tidak wajar.

Zahid berkata kemasukan mereka adalah bagi memenuhi permintaan kekurangan pekerja di sektor pembinaan, perladangan, perkilangan dan industri berat negara.

 

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Pengarah, Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM), Muslim Imran berharap kerajaan Malaysia akan menawarkan lebih banyak biasiswa kepada pelajar Palestin di Kuala Lumpur.

Pada 2013, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menawarkan biasiswa bernilai RM400,000 kepada 10 petugas akademik di universiti di Gaza untuk mengikuti pengajian peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) di UTM.

Program biasiswa berkenaan dimulakan sebagai maklum balas terhadap persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menawarkan 100 biasiswa pengajian tinggi untuk penduduk Gaza.

Selain biasiswa, Imran dalam ucapannya pada majlis itu, turut meminta kerajaan Malaysia melanjutkan tempoh visa ketibaan untuk rakyat Palestin dari 30 hari kepada tiga bulan.

Menurut laporan, pada tahun lepas, rakyat Palestin mempunyai kemudahan bebas visa atau memohon visa di tempat ketibaan di 35 buah negara. – Bernama, 29 Jun, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.


PM‬ Najib Minta Beri "SATU LAGI PELUANG" ??

Hummer Mike Pro's photo.

Faekah dakwa pegawai MB Selangor ‘sibuk menjayakan’ projek perumahan RM10 BIL

 
Faekah dakwa pegawai MB Selangor ‘sibuk menjayakan’ projek perumahan RM10 BILPegawai khas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Faekah Husin membela bekas menteri besar Selangor itu dengan mempertikaikan adakah masyarakat merasai “kemakmuran” selepas Darul Ehsan Investment Group (DEIG) ditubuhkan di bawah pentadbiran Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar yang baharu.

Faekah juga mendakwa pegawai menteri besar dalam DEIG dikatakan sibuk berbincang “di atas meja mahupun di bawah meja” dengan pelbagai pihak untuk menjayakan projek perumahan dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM10 bilion.

Beliau juga mempertikaikan sama ada rakyat menikmati “kemakmuran” secara saksama dengan pendirian berbeza mengenai lebuh raya bertol Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) di Kinrara/Petaling Jaya/Damansara/Subang yang kononnya dibatalkan sedangkan EKVE, projek dianugerahkan kepada Ahmad Azri Resources Berhad di Ukay Perdana/Bukit Antarabangsa diluluskan.

Faekah berkata demikian sebagai tindak balas terhadap kritikan Azmin kepada Khalid dalam isu kegagalan memuktamadkan penstrukturan semula industri air di negeri itu.

Katanya, kredibiliti Azmin selama 9 bulan mengendalikan negeri itu sepatutnya dipertikaikan kerana dalam isu penstrukturan semula industri air itu, menteri besar sepatutnya hanya perlu melaksanakan terma dan syarat perjanjian utama yang termeterai hasil rundingan kompleks dan holistik selama 5 tahun dalam lebih 60 sesi mesyuarat dan perbincangan di antara kerajaan negeri dan persekutuan.

 
Dalam kenyataan medianya hari ini, Faekah berkata Azmin tidak sewajarnya menyalahkan Khalid dalam kegagalannya memuktamadkan perjanjian itu.

"Apatah lagi apabila aspek paling penting dan rumit dalam proses penstrukturan semula ini yang melibatkan struktur dan kerangka kewangan disempurnakan Tan Sri Khalid selepas menolak perkhidmatan bank pelaburan antarabangsa, sekali gus menjimatkan kerajaan negeri daripada membayar fi dan caj bernilai sekurang-kurangnya RM20 juta," katanya.

Pada masa yang sama, beliau berkata segala tuduhan liar PKR terhadap Khalid berkaitan penyelesaian luar mahkamah dengan Bank Islam, Kidex atau mana-mana dakwaan salah guna merupakan tuduhan berniat jahat, tidak berasas dan berunsur fitnah.

"Perkara itu dibawa ke mahkamah melalui saman malu yang difailkan Tan Sri Khalid terhadap PKR.

"Setakat hari ini, meskipun beberapa dokumen utama difailkan PKR termasuk pernyataan pembelaan, tidak ada satu bukti pun yang mampu diketengahkan berkenaan tohmahan dan fitnah tersebut," katanya.

Faekah juga mengulangi gesaan Khalid yang juga Adun Pelabuhan Klang sebelum ini supaya memberikan jawatan menteri besar kepada individu lebih layak kerana menganggap Azmin mensia-siakan peluang yang diberikan untuk membuktikan keupayaannya.

"Adakah ‘kemakmuran’ yang dikecap bersandarkan kegagalan demi kegagalan Azmin untuk menyelesaikan pelbagai isu berkaitan bekalan air bersih sehinggakan sekitar 600 penduduk Selangor berarak ‘bersenjatakan’ gayung dan baldi ke Bangunan SUK di Shah Alam baru-baru ini?" – TMI


PM NAJIB AKAN TUMBANG DALAM MASA TERDEKAT ??

ANTI-NAJIB FORCES GAIN GROUND: Support of 107 MPs in hand, 10 more sought for NO CONFIDENCE VOTE

ANTI-NAJIB FORCES GAIN GROUND: Support of 107 MPs in hand, 10 more sought for NO CONFIDENCE VOTE

Written by Malaysia Chronicle
UPDATED KUALA LUMPUR - Prime Minister Najib Razak's announcement of delaying the Umno party elections by 18 months has set in motion a frenzy of activity by his rivals, who aim to topple him 'before the end of this year'.

The anti-Najib faction in Umno drew first blood when Johor youth leader Khairul Anwar Rahmat resigned from all posts, citing personal reasons.

"The entire country knows apart from the charges (of conspiring with former premier Mahathir Mohamad to embarrass Najib), Khairul also recently supported the Johor Crown Prince who had urged leaders to put the interests of the people first and not the ideology of the party," wrote former minister Zainuddin Maidin in a blog posting that warned of greater turmoil with more Johor leaders poised to resign their posts in sympathy with Khairul.

Kalimullah 'eye-opener'


Datuk Khairul Anwar Rahmat

Khairul's move also drew a response from former NST group editor-in-chief Kalimullah Khairul Hassan - a well-known supporter of another former prime minister, Abdullah Badawi.
"A brave decision. Wish there were more like him in BN," Kalimullah posted on Twitter.

Although Badawi's quiet style is in contrast with the feisty Mahathir's, he is still an influential power-broker in Umno with son-in-law Khairy Jamaluddin the national Umno Youth Chief.

While Khairy has made sure to shout out his support for Najib, there are many in Umno who cite the phrase 'still waters run deep' when describing his loyalty to his boss.

Even Home Minister Zahid Hamidi may not stand behind Najib if the furore over the RM42 billion 1MDB financial scandal worsens, they add.

So far within Najib's Cabinet, his deputy Muhyiddin Yassin and Sabah minister Shafie Apdal have openly criticized 1MDB - Najib's brainchild sovereign fund accused of 'losing' RM28 billion of public money.

Will Ku Li rise to the ocassion or FLOP AGAIN - 107 MPs in hand, another 10 to go


Ku Li and Dr M

Meanwhile, within the Umno faction loyal to Kelantan prince Tengku Razaleigh, confidence is rising that he can finally become PM after a near three-decades wait.

Political insiders tel Malaysia Chronicle, the anti-Najib camp now holds the support of 107 Members of Parliament and are working hard to get another 10 - more than the 6 required, so as to ensure a 'rock solid' ouster.

"The pressure is now on Ku Li. He has been too soft and slow. There is already agreement from the anti-Najib factions in Umno and support from the Opposition for him to be caretaker PM once the no-confidence vote is successfully made," the political source said.

"But Ku Li need to do more - he is too low-profile and too cautious. Time is of essence because with the Umno polls postponed by 18 months, Najib will 'kill off' all his opponents by blocking them from contesting in any seat. His detractors must act fast when the upper hand is so near within reach. Or they will lose it all."

There are 222 seats in Malaysia's federal Parliament and only a simple majority is needed to oust Najib.

UMNO had just announced the postponement of its party election from late-2016 to mid-2018 on Friday.

Civil war in Umno to escalate - Sabah & Johor will be rocked


The Johor Crown Prince

According to DAP MP for Kluang Liew Ching Tong, the move means that:

'Firstly, Prime Minister Dato’ Seri Najib Razak will cling on to the position of Prime Minister as long as he can.
'UMNO leaders will have to go along with the fact that Najib will be Prime Minister well into the next general election or Najib would only be removed in a very drastic and dramatic manner such as a no-confidence vote in

Parliament with a significant number of UMNO MPs crossing the floor.'
'Secondly, after delaying the party polls, Najib will likely embark on a cabinet reshuffle as those who would be dropped would not be able to challenge him in the party election, and they would be dropped as candidates for the general election anyway. 

Their political careers will be ended before they could fight back in the now postponed party polls.'

'Ministers to be excluded from the next cabinet are likely to be Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin and Sabahan Shafie Apdal.'

Najib will look for quick kill

PM Najib
'Thirdly, elections could be much earlier than 2018. As long as Najib is sure of victory in the general elections he would by now prefer an earlier election to get rid of dissidents in UMNO and to get more loyalists to contest in the general election.'

'It is now clear to many that if Najib continues to lead UMNO into the next general election, UMNO is at risk of losing power altogether as the Najib brand is by now totally discredited in the various scandals. The longer Najib leads UMNO, the more likely it is that he would drag UMNO with him.'

'There is a huge political vacuum in Malaysian politics that Malaysians of all ethnic groups from all parts of the country are looking for new leadership.'

'Further, with UMNO clinging on to power, a split in UMNO is inevitable. The split will be felt keenly in Johor and Sabah with the potential sackings of Muhyiddin and Shafie from the Cabinet.'

'The DAP must present itself as the party of choice for all in the current state of flux and provide leadership for a nation desperate to move on.' - Malaysia Chronicle

PAS is past. Masa untuk PR2.0 Riesya H.



Ditakdirkan negara kita dijajah Belanda (dan bukan British), dan sistem pilihan raya kita semacam sistem di Indonesia, negara kita ini bukan lagi milik Umno/Barisan Nasional.

Tetapi sudah menjadi milik rakyat. Pakatan Rakyat (dengan undi popular 5.6 juta), jauh meninggalkan BN (Cuma 5.2juta). Congak mudahnya, BN Cuma layak menerima 105 kerusi. Selebihnya adalah kerusi milik rakyat. PR.

Tapi, apakan daya. Kata P.Ramlee, “cubaaan!!” Perlu direkodkan, dari 5.6juta undi PR, sejumlah 1.8juta adalah undi pemula.

Orang yang pertama kali mengundi PR. Orang yang mempertaruhkan harapan demi masa depan yang baru. Orang yang teruja dengan slogan “ini kali lah”. Siapakah 1.8juta pengundi pemula ini?

Mereka ini adalah sebahagian dari anggaran 2.2juta pengundi pertama kali, anak muda Gen-Y yang pertama kali mendaftar dan membuang undi. Bayangkan, lebih 80 peratus Gen-Y keluar mengundi dengan harapan baru, bersama PR.

Mereka ini juga boleh dikiaskan sebagai pengundi pragmatic, oportunistik, kiasu dan seumpamanya. Mereka mengundi atas dasar, bila saya mengundi, apakah pulangan yang terbaik untuk saya.

Tentunya mereka teruja dengan tawaran mesra anak muda, dari PR. Dan tentunya mereka menolak Umno/BN kerana kebobrokan Umno, korupsi, kegagalan dalam urus tadbir dan seumpamanya.

Mereka ini adalah orang muda. Cara mereka fikir adalah berbeza. Cara hidup mereka juga berbeza. Selera mereka tentunya berbeza.

Dan kesetiaan mereka tidak boleh dipegang dengan mudah. Dan yang pasti, mereka ini mengundi bukan kerana ideologi atau dasar perjuangan parti. Malah setengah mereka tidak pernah tahu apa itu reformasi. Jauh sekali peristiwa berdarah 13 Mei. Apa yang anak muda mahu?

Mereka ini mahukan sebuah negara yang ditadbir urus mereka yang kompeten. Baik teori mahupun perlaksanaan. Di negeri-negeri campuran (Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuian), umpamanya, terdapat hampir 1juta undi pemula yang memberi harapan kepada PR.

Hampir separuh dari mereka ini adalah Melayu/Islam. Yang pasti, mereka-mereka ini bukan mengundi kerana negara Islam atau hudud (semata-mata). Mereka mengundi kerana harapan baru.

Pemerintahan baru. Kepimpinan baru. Urus tadbir baru. Negara baru. Mereka tidak teragak-agak untuk mengundi PR, kerana di sana adanya PAS yang dilihat boleh membela nilai-nilai Islam, mepertahankan hak keistimewaan orang melayu, dan sensitif dengan budaya menghormati sistem raja.

Keselesaan mereka lebih yakin, dengan adanya golongan professional dan progresif dalam PAS yang dilihat memainkan peranan secara professional dan pragmatic, dalam konteks Negara majmuk.

PAS baru, 30 tahun kebelakang Muktamar PAS ke 61 menyaksikan bagaimana pemilihan badan kepimpinan tertinggi pembuat dasar dan halatuju parti dipilih bukan berdasarkan amanah dan keupayaan. Tetapi lebih kerana senarai dan ‘cai’.

Terjadi satu penyingkiran etnik yang kronik dalam PAS. Golongan professional dan progresif disisihkan sedemikian rupa golongan konservatif. Kini, PAS berdepan dengan risiko terbelah dua. Golongan progresif dilihat bakal membawa risiko keluar beramai-ramai dari parti dan membawa halatuju baru diluar PAS.

PAS yang ada kini dilihat berpatah balik 20 tahun. PAS yang ada, dengan persepsi 30 tahun ditinggalkan masa, tidak akan kemana. Tentunya 1.8juta anak muda tidak terliur dan teruja dengan parti imej kampong zaman 80an sebegini. Anak muda akan lebih selesa mengikuti ke mana arus golongan progresif.

Mereka ini lebih diyakini dan dipercaya sebahagian besar anak muda. PAS kini berisiko akan jadi sebuah parti kampong. Tarikan Cuma mereka mungkin terhad di Pasir Mas, Rantau Panjang, Pengkalan Chepa atau Marang. Itu sahaja.

Malah kerusi seperti Kuala Nerus, Bukit Gantang, Temerloh, Bachok, atau Pasir Putih pun belum tentu milik PAS pada PRU14 akan dating. Itupun terpulang bagaiamana Umno dengan cara politik cah keting nya, seperti lazimnya di Kelantan.

Gabungan baru, rakan baru PR 2.0. atau Gabungan Baru atau apa jua nama. Lupakan saja PAS dengan mimpinya.

Biarkan mereka berangan masih bersama dalam PR. Kalau mereka mahu PR, berikan sahaja kepada mereka. Biarkan lebai-lebai ini syok sendiri dengan fatwa dan politik label-melabel mereka.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Blogger - Muhyiddin Terlepas Peluang Singkirkan Najib...?



Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassan terlepas peluang keemasan untuk menyingkirkan bossnya Datuk Seri Najib Razak selepas Umno memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti sehingga 2018, kata seorang penulis blog Umno.

Shahbudin Husin mendakwa Muhyiddin sepatutnya membuat gerakan itu selepas satu klip video dibocorkan yang menunjukkan beliau menggesa pengarah 1MDB dipecat, tersebar meluas.

"Bersama serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Najib, momentum sebenar bagi Muhyiddin untuk menyingkirkan Najib ialah sebaik tersebarnya video ucapannya di Janda Baik beberapa bulan lalu.

"Ketika itu, selain UMNO agak berbelah bagi berkenaan penyelesaian kerajaan terhadap 1MDB, rakyat juga amat mengharapkan ada sesuatu yang drastik dapat dilakukan oleh Muhyiddin.

"Tetapi oleh kerana peluang untuk bertindak dan melangkah lebih berani itu telah dilepaskan begitu saja, momentum untuk Muhyiddin sebenarnya telah berakhir sekarang ini," kata Shahbudin dalam blognya hari ini.

Beliau menyalahkan Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno itu yang tidak berani dan sikap berhati-hati yang mendorong terlepas peluang untuk membuat perubahan kuasa.

- mkini






 
TPM masih tidak bijak dalam politik UMNO - ramai disekeliling beliau yang bermuka muka - beliau terperangkap oleh macai macai Najib yang bermanis mulut didepan tapi menjadi RACUN DIBELAKANG. 
 
Akhirnya nanti, TPM sendiri yang akan tersingkir dalam ROMBAKAN KABINET selepas Aidl Fitri....
 
Walaubagaimanapun, TPM jangan berputus asa, NAJIB & THE GENG hanya mampu merancang, jangan lupa, PERANCANGAN ALLAH SWT MENGATASI SEGALA PERANCANGAN JAHAT MEREKA." 
 
 Wallahuallam.
 

Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumat Dr Mahathir Oleh Zainuddin Maidin

 
Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumat Dr MahathirKenyataan saya di Malaysian Insider mengatakan tangkapan bekas pengarah PetroSaudi International Xavier Andre Justo yang didakwa membocorkan makluman yang ada kaitan dengan 1MDB seolah-olah dirancang untuk membersihkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib adalah tidak lengkap

Berita itu tidak menyebutkan beberapa perkara lagi yang boleh menimbulan keraguan orang ramai tetapi yang disebut hanya fakta mengenai wartawan NST siap menunggu di Bangkok untuk liputan tangkapan itu yang menampakan sebagai terancang.

Sebenarnya saya menyebutkan tentang suatu peluang keemasan yang boleh digunakan untuk membersihkan nama Najib telah disiasiakan apabila exploitasi dan menipulasi berita itu tidak distratijikan secara halus dan bijak.

Apa yang berlaku jentera komunikasi parti dan porpagandis Najib secara serentak menampakan seolah -olah mendapat peluang besar untuk menjalankan "oprerasi pembersihan" yang menyebabkan orang ramai merasakan mereka dianggap mudah untuk diperbodohkan.

Adalah tidak bijak bagi menteri-menteri dan pemimpin-pemimpin UMNO memberikan reaksi serta merta bahawa sekarang 1MDB telah bersih,tidak salah,tidak ada kesilapan dilakukan kerana semuanya berdasarkan laporan Sarawak Report yang dipalsukan.

Dengan kata-kata lain beberapa pihak termasuk Tun Mahathir sendiri mengunakan laporan palsu untuk memburuk dan menjatuhkan Datuk Seri Najib dari jawatan Perdana Menteri.

Dari awal lagi stratijinya adalah tidak bijak. Sepatutnya Bernama digunakan sebagai punca atau penyebar berita mengenai tangkapan Jusco itu atau menggunakan agensi berita asing yang juga boleh diupah seperti upahan besar yang diberikan kepada penulis-penulis blog tertentu. Akan lebih berkeredebiliti jika tidak datang dari akhbar yang diketahui umum terarah dan terkawal.

Jika kritikan dibuat terhadap Tun Dr.Mahathir kerana membuat berbagai tohmahan tanpa menunggu lebih dahulu hasel siasatan PAC dan juga Ketua Audit Negara ,maka demikianlah juga yang kelihatan kepada umum apabila beberapa orang Menteri dan orang-orang Najib menggunakan isu tangkapan Justo.

Bagaimanapun harus diingatkan kedudukan Mahathir adalah sebagai rakyat biasa berbeza dengan kedudukan menteri-menteri kerajaan yang berada pada kedudukan berauthoriti, rasmi dan sah dalam kata-kata dan tindakan mereka yang melibatkan kerajaan.

Saya sendiri telah memberitahu Malaysian Insider bahawa saya selamanya meragukan laporan Sarawak Report yang mempunyai ajenda sendiri terutamanya dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud bagi kepentingan hak hak asasi manusia dan juga bagi merongkaikan cengkaman bumiputra keatas tanah pusaka di Sarawak supaya mudah jatuh ketangan taukeh-taukeh balak.

Tetapi adalah salah samasekali jika pihak menteri-menteri,pemimpin-pemimpin tertentu atau Perdana Menteri Datuk Seri Najib memikirkan bahawa Tun Dr.Mahathir hanya bergantung kepada laporan Sarawak Report untuk mendedahkan beberapa penyelewengan yang dikatakan telah dilakukan oleh 1MDB.

Sebagai seorang Perdana Menteri selama lebih 22 tahun,semua orang tahu malah orang yang berkerja sekelilingnya lebih tahu bahawa beliau mementingkan fakta yang benar dalam sesuatu isu yang dibangkit dan didedahkannya bagi kepentingan negara.

Dalam kes Anwar Ibrahim beliau tidak mahu percaya tentang kelakuannya yang diadukan oleh beberapa pihak termasuk oleh Ketua Polis Negara sendiri sehinggalah orang yang mengalaminya bercerita sendiri kepadanya.

Saya berkeyakinan Tun Mahathir masih menyimpan banyak lagi "rahsia benar " mengenai 1MDB yang akan didedahkan satu demi satu dan bila perlu akan didedahkan semuanya. Bukan hanya Sarawak Report sumber maklumatnya. - http://zamkata.blogspot.com/