"ANJING DAN SERIGALA" - FITNAH EDAR PIL GUNA, GUNA TAKTIK ITU JUGA....
APABILA disebut menyalak seperti "anjing dan serigala" buat mereka yang kononnya menolak hukum Hudud, Hj Hadi
kata "siapa makan cili banyak sangat, terasa pedas". Ini kenyataan
beliau setelah ramai pihak yang mempertikaikan 'uslub' beliau yang bagi
aku pun tiada hujah langsung.
Pertamanya, sindiran "siapa makan cili, terasa pedas",
itu adalah ayat biasa yang beliau gunakan untuk cover dirinya setelah
membuat tuduhan. Dalam isu fitnah edar pil kuda dulu pun, gitu jugalah
jawapannya "siapa makan cili, terasa pedas", dan sampai sekarang dia
sendiri tidak kenal siapa yang edar pil kuda itu.
Sebab itu di mahkamah, hakim menyebut memang terdapat unsur fitnah,
tetapi 'fitnah umum', tidak sebut nama. Maka, Hj Hadi menang kes. Ini
saja cara mahu cover, walaupun amat-amat tidak bertanggungjawab atau
bijak.
Begitu juga apabila beliau sebut merreka yang menentang hukum Hudud itu
umpama salakan 'anjing dan serigala". Apabila ramai yang mempertikaikan
cara dakwah Hj Hadi itu, beliai cover lagi dengan contoh makan cili.
Siapa yang makan cili? Memang Hj Hadi tidak akan tahu dan kenal siapa
yang makan cili itu sepertimana beliau tidak akan tahu siapa yang edar
pil kuda dulu.
Hj Hadi mempunyai masalah untuk membezakan mereka yang mengkritik beliau
dengan menghina beliau selaku Ulamak. Sama juga, dia ada masalah untuk
membezakan orang yang menentang hukum Hudud secara mutlak dengan orang
yang berbeza pendapat dan pendekatan berkaitan perlaksanaan hukum Allah
tersebut.
Ini masalah Hadi yang besar. Adakah beliau mahu tutup malu kerana RUU
Akta 355 telah memalukannya selaku Presiden yang gagal dan tertipu
berkali-kali oleh Umno?
Beliau tidak malukah untuk bercakap tentang anjing dan serigala
sedangkan yang "menganjingkan'nya adalah pihak yang berjanji untuk
membantunya melaksanakan RUU Akta 355 yang selalu dianggap Hudud itu.
Sebab itu aku tidak hairan pimpinan Hj Hadi sekarang, hancur...
WFAUZDIN NS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.