Followers

Saturday, April 30, 2011

SELAMAT TINGGAL BN !!


Nasihat Najib minta PAS keluarkan PR.... satu cadangan yang maha bodoh dari seorang PM yang memang bodoh.

Kalau betul-betul BN kuat, mengapa tidak UMNO berdiri sendiri tanpa parti komponen BN lain. 

  • Kita cadangkan agar MCA dan MIC keluar BN. 
  • Tinggalkan UMNO. Selama ini yang merosakkan parti MCA dan MIC ialah UMNO.
  • Selama ini, UMNOlah yang menyebabkan berlakunya salah faham antara agama dan kaum.
  • Larinya undi Cina dan India daripada MCA dan MIC juga disebabkan sikap talam dua muka UMNO.
  •  Jom KELUAR BN...!

Apa itu MUBAHALAH dan SUMPAH LI'AN? - by Ismad Shahril

Hari ini kita dikelirukan antara MUBAHALAH dan SUMPAH LI'AN....Dalil Mubahalah-"Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: 

"Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". (Ali-Imran:61)

Ini pula dalil SUMPAH LI'AN-"Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. 

Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur : 6-9)

Apa yang dibuat geng DATO' T itu BUKAN Mubahalah dan BUKAN Sumpah Li'An...kerana tidak menepati satu pun berdasarkan dalil di atas. Jika DATO' T mahu berMUBAHALAH, DATO' T kena bawa semua anak-anak dan bini-bini ke tengah padang (bukan dalam masjid sambil pegang AL-Quran) dan mohon kepada Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH dan minta Allah laknat ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.

Perbuatan mereka juga bukan Sumpah Li'an, kerana Sumpah Li'an (menuduh isteri berzina) hanya terpakai dalam konteks suami dan isteri. Mereka sepatutnya mendakwa Dato Seri Anwar (jika benar) ke Mahkamah Syariah untuk diadili bersama dengan 4 orang saksi. Berikut adalah dalil Al-Quran berkenaan keperluan membawa 4 orang saksi jika menuduh zina (qazaf). 

"Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman - lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri. dan berkata: "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata". 

Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (An-Nuur:12-13).

Najib Ajak PAS Sertai BN, Petanda UMNO Sedang Semput ??

Najib sekali lagi ajak PAS sertai BN........KUALA TERENGGANU, 30 April — Datuk Seri Najib Razak meneruskan usahanya dengan hari ini sekali lagi mempelawa PAS agar menyertai BN sambil berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi (Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat sini.

Najib mengadakan lawatan kerja ke Terengganu hari ini.

Laporan Utusan Online memetik Najib memberitahu masa depan Malaysia sebenarnya lebih terjamin menerusi kepimpinan kerajaan BN dan Umno.

Kata Presiden Umno, parti itu yang akan menyambut ulang tahun penubuhan 11 Mei ini berkata ia lahir di istana dan bukannya lahir di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Katanya, rakyat telah bijak untuk menilai kepimpinan yang benar-benar dapat memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.Pelawaan BN-Umno hari ini bukan sesuatu yang baru khususnya sejak selepas pilihan raya umum ke-12 8 Mac 2008.

Ini termasuklah satu pertemuan membabitkan empat pemimpin kanan - masing-masing dua dari Umno dan PAS sempena majlis santapan bersama Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun menjelaskan isu di sebalik pertemuan 24 Disember itu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Januari lalu berkata, PAS telah mengulangi jaminan kepada rakan-rakannya dalam perikatan itu parti Islam itu tiada rancangan untuk menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Anwar memberitahu, Hadi telah memberi penjelasan mengenai objektif pertemuan di Istana Terengganu.

“Kami berpuas hati dengan penjelasan. Sebagaimana dikatakan oleh (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat), PAS komited untuk bersama dengan Pakatan Rakyat.

“Tidak perlu untuk kita membangkitkan isu ini lagi atau meragui mereka,” kata beliau.

Bagaimanapun seminggu sebelum itu, Najib mengambil langkah untuk tidak mendedahkan hasil pertemuan bersama pemimpin 24 Disember lalu, yang dihadiri atas jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Nik Aziz, yang tegas dengan pendirian menolak idea kerajaan campuran antara PAS-Umno, juga hadir pada pertemuan itu.

Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan, telah berulang kali menekankan bahawa PAS tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno atas alasan telah dikhianati pada akhir 1970-an.

PAS pernah menyertai BN pada 1974 atas jemputan perdana menteri ketika itu Tun Abdul Razak, yang juga bapa kepada Najib.

PAS membentuk kerjasama dengan DAP dan PKR untuk mewujudkan perikatan PR pada April 2008.

Justeru PAS mengetuai kerajaan negeri Kelantan dan Kedah sekarang, Pulau Pinang pula wakil dari DAP manakala Selangor pula pemimpin PKR.

Selain pemimpin Umno sendiri Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria juga pernah mengatakan kesediaan mahu menjadi orang tengah antara PAS-Umno.  
TMI

Ulasan GB

Hidung yang tak mancung di sorong-sorongkan juga. UMNO semput sekarang ini dengan sokongan rakyat terhadap BN semakin merudum.

Bukan saja parti-parti BN yang lain seperti MCA, MIC, Gerakan dan PPP semakin lesu, malah UMNO juga nampaknya layu.

Kan GB dah cakap semalam.

Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.


sumber: Kelab Greenboc

TVSelangor09 29042011 Hak Melayu Chua Patut Runding Dengan Umno Dan Pe...

Laknat Awal Yang Allah S.W.T Turunkan Kepada Trio Datuk T !!

Laknat Awal Yang Allah S.W.T Turunkan Kepada Trio Datuk T.....Mereka tiga orang datuk badigol ini sudah menerima tanda-tanda awal laknat dari yang maha kuasa. Lihatlah keadaan mereka ini yang diselubungi keraguan dan ketakutan tentang keselamatn diri sendiri walaupun berada didalam rumah Allah.

Mereka tidak yakin bahawa Allah akan melindungi orang yang benar. Mereka lebih yakin kepada Baju Kalis Peluru bagi melindungi diri mereka. Benarkah mereka ini beriman kepada Allah 100 peratus? Hangpa nilailah sendiri

Gambar: Trio datuk T memakai baju kalis peluru kerana takut mati. Trio datuk ini tidak percaya kepada rukun iman ke 6, Qada & Qadar. Ajal maut itu Allah tentukan. Kalau Trio datuk ini percaya dengan yakin, conform trio datuk ini tidak akan memakai baju kalis peluru tersebut.

Nota:

Dalam sumpah Eskay di masjid Amru bin Al-As, Bandar Baru Sentul siang tadi, dengan terang-terang dia menyebut nama Anwar Ibrahim adalah orang yang berada dalam video seks yang tersebar sebelum ini. 

Dengan ini, menjadi kewajipan bagi pihak mahkamah syariah mengambil tindakan hukuman qazaf terhadap Eskay. Sekiranya beliau tidak berjaya mendatangkan empat orang saksi yang cukup syarat seperti dibawah, maka hendaklah dikenakan hukuman sebat sebanyak 80 kali rotan.

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

sumber: btmmari.blogspot.com

~~TAK PERLU AMBIL ALIH TUGAS TUHAN (ALLAH)~~^^perjalanan politik bangsa^^ - by Tg Arb

Bismillahirrahmanirrahim…Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

DISINI SEGALA NYA .

Ada pihak lain yang tidak percaya dengan isu itu menuduh pihak lain melakukan konspirasi politik yang menjijikan kerana ingin mempastikan kuasa yang enak dipegang itu tidak jatuh ketangan pihak lain. 

Masing-masing dengan alasan masing-masing dan semuanya mengaku kerana hendak menjaga kesucian agama.

Berbagai-bagai cara masing-masing pihak untuk menegakan kebenaran masing-masing. Cara yang paling popular di kalangan pihak-pihak yang bertelagah ialah dengan membawa isu agama. Satu pihak mengatakan yang pihaknyalah yang paling benar dari sudut pandangan agama.

Ada pihak memberikan alasan yang mereka melambakan aib seseorang dengan isu seks kerana agama. Katanya nak jadi pemimpin tidak boleh terlibat dengan seks. Walaupun belum tentu seseorang yang dituduh itu benar melakukannya nampaknya kita sudah boleh mengaibkan orang itu dan tidak payah mencari saksi-saksi yang muktabar. 

Tetapi mereka tidak pula menyalahkan pihak yang melakukan iniaya dengan merakamkan orang lain yang sedang bersetubuh itu. Kerana apa? Kononnya kerana agama.

ZIKIR DAN DOA LAH .

Mengintai dan merakamkan orang lain sedang bersetubuh di dalam bilek yang berkunci itu apa hukumnya? Tidak pula diketengahkan persoalan ini. DAN yang paling hebat berbahas ini ialah orang-orang yang belum lagi melihat video yang menjadi isu itu tetapi bercakap dan bercerita seolah-olah orang yang dituduh berzina itu dilakukan depan mata mereka sendiri.

Berzina itu haram, tetapi kenapa tercari-cari dan terintai-intai orang yang sedang berzina itu. DAN kenapa pilih hanya orang yang tertentu sahaja? Kalau benar isu tegahan agama adakah mengintai dan memilih seseorang yang tertentu sahaja itu disuruh agama? Carilah jawapannya dengan jujur.

Yang di cegah agama bukan sahaja berzina tetapi ada yang lain yang lebih besar dosanya dari berzina. Kenapa tidak tekankan yang rasuah itu lebih besar dosanya. Maklumlah, agama kita mengkategorikan manusia yang rasuah itu sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Kenapa tidak intai dan videokan kegiatan rasuah di dalam jabatan-jabatan kerajaan, pejabat-pejabat MB-MB dan Menteri-Menteri?

Kita perlu diingatkan yang Saidina Aisyah merupakan janda Muhammad s.a.w. dan Ali pula adalah menantu dan sahabat Rasul? Adakah anda hairan perbezaan di antara Islam dengan Islam? Saya menekankan jika ilmu tentang Islam itu nipis seperti saya juga, elok kita jangan cuba merendahkan kedudukan seseorang di sisi tuhan, kerana itu adalah tanggungjawab yang Maha Esa sahaja.

Menuduh orang lain lalai dengan Tuhan seolah-oleh diri mereka lebih baik itu merupakan kerja yang tidak di tuntut Tuhan. Yang saya tahulah; jika seseorang itu hampir kepada Tuhan dirinya akan merasa lebih kotor lagi kerana Tuhan yang Maha Suci. Lagi hampir dengan Tuhan lagi terasa kecilnya kita dan kotornya diri kita yang berbentuk baharu ini.

Kita perlu diingatkan yang Saidina Aisyah merupakan janda Muhammad s.a.w. dan Ali pula adalah menantu dan sahabat Rasul? Adakah anda hairan perbezaan di antara Islam dengan Islam? Saya menekankan jika ilmu tentang Islam itu nipis seperti saya juga, elok kita jangan cuba merendahkan kedudukan seseorang di sisi tuhan, kerana itu adalah tanggungjawab yang Maha Esa sahaja.


JANGAN SOMBONG .
Menuduh orang lain lalai dengan Tuhan seolah-oleh diri mereka lebih baik itu merupakan kerja yang tidak di tuntut Tuhan. Yang saya tahulah; jika seseorang itu hampir kepada Tuhan dirinya akan merasa lebih kotor lagi kerana Tuhan yang Maha Suci. Lagi hampir dengan Tuhan lagi terasa kecilnya kita dan kotornya diri kita yang berbentuk baharu ini.

Berhati-hatilah kepada sesiapa yang merasakan dirinya sudah bersih di sisi Tuhan ini. Takut-takut sampai di Yaumil Mahsya nanti kita akan kecewa. Jangan kita ambil tugas Tuhan kerana tugas kita masih terlalu banyak belum selesai lagi sebelum kita kembali kepadaNya.
Kita pilihlah! Hendak mati dengan dicabut nyawa atau dengan dijemput untuk kembali kepadaNya. 

Kalau kita ikuti cara setengah pihak membelasah musuh seperti yang terjadi sekarang  seolah-olah mereka sudah pasti masuk syurga dan yang dituduh  sudah pasti masuk neraka. (Siapa kita untok menghukum siapa yang dituduh didunia INI YANG SEMEMANG KITA TAHU MILIK ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI MAHA MENGETAHUI )

  ~~Nasib kita sendiri pun belum tentu lagi, TETEPI  ada pula yang sudah bersedia untuk bertemu  dengan yang di tuduh tadi di neraka.~~(ALLAHUAKBAR!!!!!)

Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan telah memberikan tugas sepanjang hayat kepada kita; iaitu untuk melawan diri kita sendiri…maksudnya melawan hawa nafsu kita sendiri.

~~KEMBALI LAH KEJALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT ,MUGA KEHIDUPAN KITA LEBIH SEMPURNA DIMATA BANGSA ,AGAMA DAN NEGARA~~
~~ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!~~

olih.@Tg./april/2011.

FATWA DARI MAT MONGGOL - "Bersumpah Tuduh Orang Berzina Hak Mutlak Individu"

Kata Perdana Menteri Najib Razak, sumpah laknat itu adalah hak individu. Jika ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan rakan kongsinya dalam kumpulan Datuk T, atau sesiapa sahaja mahu bersumpah bahawa mereka bercakap benar apabila menuduh Anwar Ibrahim berzina, kata Najib, itu adalah hak peribadi mereka.

Oleh itu, katanya lagi, tidak boleh sesiapa atau mana-mana parti politik menghalang Eskay dan kawan-kawannya untuk melafazkan sumpah demi menyokong pendirian atau tuduhan mereka terhadap sesiapapun. Dan, sekali lagi, Najib berkata, tidak ada mana-mana pihak, termasuk parti Umno yang dipimpinnya, boleh menyuruh Eskay dan rakan-rakannya bersumpah atau menghalang mereka.

Kenyataan Najib ini merisaukan. Ini kerana ternyata, komennya itu tidak bersandarkan ilmu dan perintah agama dan jauh sekali daripada menghormati pandangan ulama. Lebih menyedihkan pula ia menyerlahkan sikap Najib terhadap tiang bina jatidiri negara ini sendiri.

Dengan mengizinkan sumpah laknat dibuat oleh sesiapa sahaja kerana ia hak individu, maka Najib telah terang-terang membelakangkan prinsip Rukun Negara – kesopanan dan kesusilaan. Bayangkan jika pandangan Najib ini dijadikan pedoman oleh rakyat, betapa berkecamuk Malaysia jadinya.

Jika kita tidak suka pada mana-mana individu atau pemimpin, hatta Najib sendiri, kita boleh sahaja melontarkan pelbagai tuduhan – perasuah, perogol, penipu dan sebagainya. Untuk menghalalkan tindakan kita di sisi agama, kita pun pergi ke mana-mana masjid dan bersumpah di depan saksi (yang dijemput) bahawa tuduhan kita benar dan jika tidak, akan dilaknati Allah.

Ini bahaya. Jika setiap yang bersengketa dan memendam kesumat terhadap orang lain berbuat seperti Eskay kerana dihalalkan oleh Najib sebab ia adalah hak individu, berantakanlah masyarakat dan berhamburanlah sumpah dilafazkan.

Si fulan boleh menuduh bahawa si anu berzina dengan artis, model atau isteri orang di Port Dickson atau di mana sahaja. Si anu pula boleh menuduh si fulan melakukan seks di luar tabii dengan sesiapa sahaja dan, untuk mengukuh atau “mengislamkan” tuduhan, maka si anu dan si fulan boleh lafaz sumpah laknat.

Laknat bagaimana akan menimpa orang bersumpah, bukan perhitungannya.

Memang benar sesiapapun boleh bersumpah. Malah seorang suami yang mengesyaki isterinya berzina boleh bersumpah bahawa tuduhannya itu benar. Namun keizinan bersumpah itu semua itu ada peraturannya. Ini semua sudah ditetapkan Allah

Dalam kes tuduhan zina, yang dituduh berhak mendapat perlindungan pihak berkuasa untuk membela diri dan maruah. Ini hukum qazaf namanya. Pihak berkuasa diberi mandat oleh Allah untuk menghakimkan tuduhan berkenaan dengan panduan yang jelas.

Peraturan yang ditetapkan Allah ialah, yang menuduh mesti mengemukakan empat saksi yang melihat perzinaan membabitkan yang tertuduh berlaku. Jika tidak, yang menuduh mesti dirotan lapan puluh kali.

“Dan orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan yang baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka delapan puluh kali, dan janganlah kalian terima kesaksian mereka untuk selama-lamanya. Merekalah orang-orang yang fasik.” Surah Annuur ayat 4.

Ayat perintah ini tidak kabur. Sesiapa yang membacanya akan dapat menghayati rasional di sebaliknya. Bahawasanya soal maruah si tertuduh zina wajib dipertahankan. Itu yang utama. Sebab itu Allah meletakkan syarat yang ketat dalam penghakiman tuduhan.

Memang bukan senang mencari empat saksi. Itu Allah tahu. Tetapi itu yang ditetapkanNya. Ini kerana Allah tahu yang manusia akan menggunakan pelbagai dalih untuk menguatkan tuduhannya. Ada yang mahu guna foto dan video. Namun bak fatwa tiga mufti - Tan Sri Harussani Zakaria, Juandah Jaya (Perlis) dan Datuk Tamyes Abdul Wahid (Selangor) yang ditetapkan empat saksi dan bukan video atau foto.

Jika gagal berbuat demikian, maka si penuduh wajib disebat 80 kali. Siapa yang wajib melakukan hukuman? Jawapannya ialah pihak berkuasa agama. Dalam konteks Malaysia yang berkuasa ialah kerajaan. Najib ketua kerajaan. Maka Najib mesti memastikan hukuman ini dijalankan.

Memang benar Najib ada menteri halehwal agama dan juga Majlis serta dan Jabatan Agama untuk melaksanakan perintah ini tetapi dia tetap Ketua Kerajaan. Padanya terletak kuasa pengurusan ehwal agama, termasuk dalam bab tuduhan palsu membabitkan zina ini, Maka beliau wajib laksanakan hukum Allah.

Demi memelihara keharmonian masyarakat dan maruah individu, Najib wajib perintahkan jabatan agama laksanakan hukum sebat jika Eskay, Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim gagal kemuka empat saksi.

Maka adalah salah bagi Najib bila berkata, bersumpah untuk menguatkan tuduhan zina ke atas seseorang adalah hak individu. Allah tidak menetapkan begitu. Najib tidak boleh berdalih beliau tidak tahu.

Najib ada peluang dan ada kuasa untuk mengetahui dan memahami hukum Allah. Dia ada menteri yang boleh menasihatinya. Dia ada ulama yang digaji untuk menegurnya. Malah dia ada sekurang-kurangnya empat puluh ulama muda yang baru menyertai partinya untuk membimbingnya.

Najib tidak perlu rasa tertekan oleh peraturan Allah ini. Sebagai hamba Allah dan bukan hamba mana-mana parti dia mesti akur perintah Allah dan bukan gusar tidak pertahan maruah ahli-ahli partinya. Dia tidak boleh kata Umno tidak berhak galak atau halang orang untuk bersumpah laknat. Yang mahu bersumpah juga sumpahlah. Yang menuduh secara terbuka dan diberi publisiti meluas kerana membuat tuduhan, perlu dikenakan hukuman Allah bila tiada empat saksi.

Menurut hukum dunia dan hukum negara, yang menayang video lucah boleh didakwa dan dihukum jika didapati bersalah. Tetapi mengikut hukum Allah adalah salah menuduh orang berzina tanpa ada saksi. Sudah pasti sebagai seorang muslim, Najib tahu dia wajib ikut hukum Allah.

Dia tidak boleh begitu liberal mengatakan hak individu untuk bersumpah dengan nama Allah untuk mencemar maruah insan lain. Ini nyata satu percubaan mencemar perintah Allah. Melanggar ketetapan Allah adalah satu keingkaran. Cuma orang yang angkuh dan tidak yakin penuh akan kuasa Allah berani membelakangkan ketetapan Allah.


~tvs~

Presiden NUJ Menyelar Utusan & Berita Harian Memang JAHAT !!

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.

Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran. 

"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.

Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.

Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.
Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah. 

"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu. 

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka. 

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.

"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya
Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.

Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.


Posted by mae
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz

FOTO CERAMAH ANWAR MALAM TADI - ESKAY GAGAL PERDAYA RAKYAT !!


Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah

AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat. Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun. “Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.


Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah
Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus
Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa.
Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan. Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.
“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.

Mengikuti ucapan Anwar dan pimpinan KEADILAN, kehadiran melimpah ke luar dewan

Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat. Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.

Ia membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat./KeadilanDaily

Anwar tidak perlu bersumpah?? - tulisan oleh: K Pragalath

Penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam.


PETALING JAYA: PAS mengingatkan semua pihak supaya tidak mempermainkan sumpah laknat (mubahalah), kata Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Petang semalam, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafaz sumpah laknat berhubung klip video seks yang mendakwa pelakunya adalah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tuan Ibrahim dilaporkan berkata kepada Harakah Daily bahawa dalam perundangan Islam, sumpah di hadapan hakim mahkamah syariah mempunyai nilai yang tinggi bagi menjaga martabat tertuduh.

“Penuduh yang menggunakan kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam,” kata beliau.

“Sumpah mesti di dalam mahkamah atas arahan hakim syarie. Kita tengok sumpah ini dah jadi macam satu trend baru untuk menuduh orang. Lepas tuduh, bersumpah nak membenarkan tuduhan.

“Iaitu guna metodologi Islam (sumpah) untuk menghalalkan benda yang bukan syarak (fitnah),” tegasnya ketika mengulas tindakan Eskay itu.

Beliau juga turut mengulangi penegasan bahawa Anwar juga tidak perlu bersumpah atas desakan mana-mana pihak kecuali diperintahkan oleh hakim mahkamah syariah.

“Jika Anwar bersumpah di khalayak seperti yang didesak pihak tertentu, adakah ia menjamin bahawa tuduhan ke atasnya itu digugurkan?” soal Tuan Ibrahim.

Mufti Perak senada

Sebelum ini, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria turut menegaskan Anwar tidak perlu bersumpah mubahalah kerana pelaku dalam rakaman video seks belum dibuktikan lagi.

“Sumpah (mubahalah) dalam mahkamah bukan di luar… lagipun apa guna beliau (Anwar) nak bersumpah? Jadi beliau tidak perlu bersumpah di hadapan masyarakat, kenapa tidak buat di mahkamah? Anwar tak perlu dihukum sebab beliau tidak lagi didapati bersalah.

“Kalau ada (bukti) pun Anwar tidak boleh disabitkan bersalah sebab menurut Islam perlu ada empat saksi yang menyaksikan kejadian itu berlaku,” katanya.

sumber: Free Malaysia Today

Video seks : MP Kapar terima CD dari Thai semalam, pertikai PDRM ??

 
KUALA LUMPUR, 30 April — Ahli Parlimen Kapar S. Manikavasagam mempertikaikan PDRM selepas beliau menerima cakera padat (CD) yang mengandungi rakaman aksi seks penuh, si pelakunya didakwa mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, dari Thailand semalam.

Manikavasagam (gambar) , wakil rakyat PKR, juga mempersoalkan bagaimana CD berkenaan masih boleh disebarkan sedangkan “Datuk T” mendakwa rakaman asal sudah pun diserahkan kepada polis bulan lalu.

Beliau mengesahkan telah menonton CD itu empat kali, sekali gus menegaskan lelaki yang dimaksudkan bukan Anwar. Wakil rakyat penggal pertama itu menerima CD itu semalam yang dihantar ke pejabatnya.

MENYUSUL LAGI

Fitnah melampau, tak pernah terjadi dalam sejarah dunia - DSAI

AMPANG: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pimpinan Umno kerana berterusan memfitnah beliau menggunakan pelbagai strategi jahat.

Katanya, tidak cukup dengan kes fitnah II yang sedang dibicarakan di mahkamah, terbaru, Umno dan Barisan Nasional menyebar video fitnah untuk mengaibkan beliau dan seisi keluarga.

Menurut Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, fitnah oleh Umno-BN disifatkan tidak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dan tamadun manusia sekalipun.

“Agenda fitnah yang digunakan Umno amat melampau dan tak pernah berlaku dalam mana-mana sejarah dunia baik sejarah dunia Islam, China, mana-mana pun,” ujar Anwar ketika ceramah Perdana di Bandar Baru Ampang malam tadi.

Anwar terus ditunggui rakyat biarpun Umno cuba merosakkan reputasinya dengan menggunakan video seks fitnah

Kira-kira 5,000 hadir menyaksikan ceramah tersebut yang turut menampilkan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali, Naib Presiden, Tian Chua, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, Adun Lembah Jaya, Khasim Abdul Aziz serta penampilan khas Adun Ba’kelalan, Baru Bian dan bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khatab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus

Anwar dalam ucapannya, membidas pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang cuba mengalihkan perhatian rakyat dari isu besar yang melanda negara seperti rasuah dan salahgunakuasa.

Tambah beliau, ketika rakyat berdepan isu kenaikan harga minyak, barangan dan kos kehidupan yang semakin tinggi, Pakatan Rakyat yang membawa agenda untuk kemakmuran rakyat pula cuba dihancurkan.

Malah katanya, Umno menggunakan strategi jahat untuk memusnahkan reputasi Pakatan, dengan menyerang beliau secara peribadi menggunakan fitnah kotor dan jijik.

“Tak ada fitnah melampau seperti ini. “Ini politik apa? Ini cuma mahu alih pandangan. Isu debat, ekonomi keselamatan negara sampai sekarang tak ada jawapan,” ujar beliau.

Hadirin mendengar pidato beliau, terdiri daripada rakyat pelbagai kaum dari segenap peringkat umur dan lapisan masyarakat.

Bukan sahaja golongan dewasa, malah golongan muda dan remaja belasan tahun, juga tekun mendengar ucapan Anwar.

a membuktikan mereka sudah muak dengan situasi politik negara dan kempen lucah yang digunakan Umno-BN untuk menghancurkan kredibiliti Pakatan Rakyat - Keadilan DailyI

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 4/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 4/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 3/4)

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 2/4)

Laksanakan Qazaf, Hapuskan Khurafat Sumpah Laknat - Ruang solat kecoh

KUALA LUMPUR: Ruang solat utama Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, di sini, semalam kecoh dengan pelbagai gelagat individu yang dipercayai penyokong pembangkang bagi mengganggu majlis lafaz sumpah laknat Trio Datuk T.

Kekecohan berlaku beberapa minit selepas umat Islam selesai menunaikan solat Jumaat apabila tolak menolak dan jeritan qazaf serta takbir dilaungkan terutama selepas kehadiran beberapa pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke masjid itu.

Keadaan semakin sesak apabila jemaah mengerumuni ruang solat kerana menyangka Trio Datuk T iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim sudah tiba untuk melafazkan sumpah laknat.

Ada di antara jemaah berebut naik ke tingkat satu masjid untuk melihat dengan jelas apa yang berlaku selain merakamkan video dengan telefon bimbit.

Disebabkan keadaan semakin tidak terkawal, Pengerusi Masjid, Abdul Razak Hussain naik ke mimbar dan merayu orang ramai segera mengosongkan ruang solat bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Keadaan kembali tenang dan ruang solat utama itu segera dikunci pengurusan masjid, tetapi di halaman masjid masih bising apabila sekumpulan lelaki berkumpul sambil memegang poster supaya qazaf dilaksanakan.

Trio Datuk T akhirnya tiba kira-kira jam 4 petang dan menyebabkan suasana kembali kecoh, malah ketika wakil media termasuk puluhan individu lain berkumpul di ruang solat untuk menunggu sumpah dilafazkan, ketegangan berlaku apabila ada pihak mempersoalkan polis yang menasihatkan semua orang supaya memberi lebih ruang.

Suasana tegang turut berlaku apabila ada wakil media menegur sikap individu di situ yang seolah-olah melambatkan majlis kerana mahu ‘bertegang urat’ dengan polis.

Eskay, Rahim dan Shuib memasuki ruang solat itu pada jam 4.20 petang dengan memakai baju kalis peluru di bahagian dalam baju Melayu masing-masing kemudian menunaikan solat sunat dua rakaat.

Ketika Eskay cuba membaca teks lafaz sumpah laknat itu, seorang lelaki tiba-tiba duduk di depan mereka dengan memberi nasihat bahawa kaedah itu tidak ada dalam hukum syarak, tetapi mereka boleh membuat pilihan meneruskannya.

Lelaki itu yang memperkenalkan diri sebagai penceramah bebas, Syamsul Firdaus berkata, tujuan dia memberi nasihat itu sebagai menunaikan tanggungjawab seperti disarankan Rasulullah s.a.w.

Eskay yang mengangguk faham kemudian meneruskan lafaz sumpah laknat sambil memegang naskhah al-Quran di hadapan Timbalan Imam Masjid Amru Ibni Al-As, Izhan Shahril.

“Wallahi; Wabillahi; Watallahi. Aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011 dan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu.

“Sekiranya aku melakukan fitnah dalam kenyataan bersumpah ini maka Allah melaknat akan diriku,” katanya.

Wartawan sempat bertanya kepada Rahim sama ada beliau turut mahu melakukan sumpah laknat namun segera menunjukkan kepada Shazryl dan berkata: “Dia (Eskay) bagi pihak (semua).” Rahim dilihat mahu menjawab beberapa lagi soalan daripada wartawan, tetapi segera dibawa keluar dari ruang masjid apabila keadaan kembali kecoh dan tolak menolak berlaku semula. -hm

Ulasan GB

Sepertimana yang dijangka, akhbar-akhbar media arus perdana pada hari ini memaparkan episod Sumpah Laknat yan berlaku semalam dengan cara yang begitu jijik dan cuba menggambarkan bahawa seolah-olah sumpah laknat itu adalah satu "upacara suci" yang dilakukan oleh Datuk T.

Walaupun telah dinyatakan oleh penceramah bebas Ustaz Syamsul Firdaus bahawa kaedah "sumpah laknat" yang hendak dilakukan oleh Datuk T itu tidak ada di dalam Islam, sekalipun beliau tidak dapat menghalang ketiga-tiga itu melakukannya.

Yang dikatakan ada yang membuat kecoh di dalam masjid sebenarnya mereka yang menuntut kaedah Islam iaitu "qazaf" dlaksanakan. Ia adalah prioriti utama di dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan tuduhan berzina tetapi pihak yang bertanggungjawab mengenainya tidak melaksanakannya sebaliknya bersekongkol dengan Datuk T untuk melakukan sumpah laknat yang bukan merupakan amalan ajaran Islam.

Lebih menganehkan kehadiran pihak polis dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dari awal hingga akhir yang menjelaskan kepada semua bahawa polis dan JAWI terlibat sama dengan upacara sumpah laknat tersebut.

Yang nyata sumpah laknat ketiga-tiga orang tersebut adalah khurafat yang perlu dibenteras yang didokong oleh pihak berkuasa untuk mempertahankan tuduhan UMNO ke atas Anwar.

Semalam juga GB telah menyatakan di dalam ulasan GB bahawa:

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.

sumber: Kelab Greenboc

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad)......

Download video seks versi penuh Anwar Ibrahim (Full Version)

Kongsi97



Video seks penuh lelaki mirip Anwar Ibrahim didakwa sedang melakukan hubungan seks bersama dengan seorang pelacur di sebuah hotel telah disebarkan di internet. Video lucah tersebut sudah dihalalkan penyebarannya di Malaysia malah boleh di download terus ke komputer anda.

Anda tidak perlu bimbang ditahan oleh pihak berkuasa kerana video lucah sudah boleh ditayangkan di media-media arus perdana. Malah TV3 sebentar tadi turut mempromosikan blog-blog pro kerajaan yang menyangkan video lucah tanpa tapisan menunjukkan kemaluan kedua-dua pelakon video seks tersebut.

Beberapa jam selepas video lucah versi penuh ini diupload untuk memudahkan orang ramai mendownload (muat turun) ke komputer masing-masing, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk meyakinkan orang ramai bahawa Anwar Ibrahim adalah pelaku di dalam video tersebut.

Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat mewakili dua lagi sahabatnya, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim Saksikan video sumpah beliau di bawah ini.





Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4
[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? [Alquran-melayu]



ReJaM© "Tepuk kepala tanya akal..."

source:
http://milosuam.blogspot.com/2011/04/download-video-seks-versi-penuh-anwar.html#ixzz1KvkLiVaD

Anwar Ibrahim: Ceramah Perdana, Ampang 29/04/11 (Part 1/4)

Maharaja Britain tak ikhtiraf First Lady Malaysia... kah kah kah kesiannnnn bik mama..


Salam Sejahtera,

Kita lihat siapa yang kena.... Sebelum ini bila kes FLOM ditanya di dewan Parlimen, maka Nazri Aziz berbuih mulut mempertahankan Bik Mama sebagai FLOM....

Namun apa yang terjadi sekarang.... Siapa yang kena jemput...mana pi FLOM...


Oppppsss ....................................................................................



Prime Minister's wife, Datin Seri Rosmah Mansor (second from left) singing the Kolej Tunku Kurshiah song along with other participants at the launch of the 'Datin Seri Rosmah Mansor Lecture Series' at Putrajaya today. Also present was the president of the Persatuan Murid-Murid Tua Maktab Perempuan Melayu Kolej Tunku Kurshiah, Puan Sri Fauzah Mohd Darus (left). -- Bernama Photo
Apr 29, 2011 4:44 pm

OOO ada FLOM,, sibuk rupanya,, tengah nak buat album agaknya... lagu apa tu... Selimut Putih ka....

Blogger ISA dengan Aduka Taruna boleh jadi agen album ni nanti.... ngeee...

[PANAS] Pegawai Imigresen disogok sehingga RM60,000 sebulan - Dicatat oleh Tok Kiyai

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkan bahawa amalan rasuah dan penyelewengan dalam kalangan pegawai penguat kuasa termasuk pegawai Jabatan Imigresen merupakan antara punca kebocoran di pintu masuk negara. 

Menurut Laporan SPRM 2010, wujud segelintir pegawai Jabatan Imigresen hidup mewah dengan wang haram dan disyaki menerima sogokan antara RM2,000 sehari hingga RM60,000 sebulan.

"Apabila terdedahnya penglibatan mereka, didapati ada segelintir pegawai menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan di Jeti Penumpang Pulau Ketam di Pelabuhan Klang, Selangor.

"Terdapat juga penguat kuasa dipercayai dibayar sehingga RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram tanpa izin (PATI)," demikian menurut laporan itu.

Laporan tersebut diserahkan oleh Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamad kepada Pengerusi Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah, Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad di Parlimen semalam.
Sogokan yang diterima termasuklah untuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cap palsu atau tiada dokumen perjalanan.

Berdasarkan laporan itu, daripada risikan SPRM Selangor, dianggarkan 1,000 hingga 1,500 PATI masuk ke negara ini setiap hari dan kira-kira 35 peratus daripada jumlah PATI itu membayar wang sogokan antara RM70 hingga RM100 seorang bagi mengelak prosedur pemeriksaan Imigresen. 

Kadar bayaran levi pekerja asing Jabatan Imigresen adalah antara RM360 hingga RM1,800 setahun mengikut sektor pekerjaan. Yuran pemprosesan pas lawatan (kerja sementara) adalah antara RM60 hingga RM110 seorang.

Friday, April 29, 2011

Pengarah JAWI Pun Ada Saham Dalam Sumpah "Laknatullah"

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.

Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat," kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam," tegasnya. -HD

Ulasan GB

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam.

sumber: Kelab Greenboc