Ada pihak lain yang tidak percaya dengan isu itu menuduh pihak lain melakukan konspirasi politik yang menjijikan kerana ingin mempastikan kuasa yang enak dipegang itu tidak jatuh ketangan pihak lain.
Masing-masing dengan alasan masing-masing dan semuanya mengaku kerana hendak menjaga kesucian agama.
Berbagai-bagai cara masing-masing pihak untuk menegakan kebenaran masing-masing. Cara yang paling popular di kalangan pihak-pihak yang bertelagah ialah dengan membawa isu agama. Satu pihak mengatakan yang pihaknyalah yang paling benar dari sudut pandangan agama.
Ada pihak memberikan alasan yang mereka melambakan aib seseorang dengan isu seks kerana agama. Katanya nak jadi pemimpin tidak boleh terlibat dengan seks. Walaupun belum tentu seseorang yang dituduh itu benar melakukannya nampaknya kita sudah boleh mengaibkan orang itu dan tidak payah mencari saksi-saksi yang muktabar.
Tetapi mereka tidak pula menyalahkan pihak yang melakukan iniaya dengan merakamkan orang lain yang sedang bersetubuh itu. Kerana apa? Kononnya kerana agama.
Mengintai dan merakamkan orang lain sedang bersetubuh di dalam bilek yang berkunci itu apa hukumnya? Tidak pula diketengahkan persoalan ini. DAN yang paling hebat berbahas ini ialah orang-orang yang belum lagi melihat video yang menjadi isu itu tetapi bercakap dan bercerita seolah-olah orang yang dituduh berzina itu dilakukan depan mata mereka sendiri.
Berzina itu haram, tetapi kenapa tercari-cari dan terintai-intai orang yang sedang berzina itu. DAN kenapa pilih hanya orang yang tertentu sahaja? Kalau benar isu tegahan agama adakah mengintai dan memilih seseorang yang tertentu sahaja itu disuruh agama? Carilah jawapannya dengan jujur.
Yang di cegah agama bukan sahaja berzina tetapi ada yang lain yang lebih besar dosanya dari berzina. Kenapa tidak tekankan yang rasuah itu lebih besar dosanya. Maklumlah, agama kita mengkategorikan manusia yang rasuah itu sama seperti memakan daging saudaranya sendiri. Kenapa tidak intai dan videokan kegiatan rasuah di dalam jabatan-jabatan kerajaan, pejabat-pejabat MB-MB dan Menteri-Menteri?
Kita perlu diingatkan yang Saidina Aisyah merupakan janda Muhammad s.a.w. dan Ali pula adalah menantu dan sahabat Rasul? Adakah anda hairan perbezaan di antara Islam dengan Islam? Saya menekankan jika ilmu tentang Islam itu nipis seperti saya juga, elok kita jangan cuba merendahkan kedudukan seseorang di sisi tuhan, kerana itu adalah tanggungjawab yang Maha Esa sahaja.
Menuduh orang lain lalai dengan Tuhan seolah-oleh diri mereka lebih baik itu merupakan kerja yang tidak di tuntut Tuhan. Yang saya tahulah; jika seseorang itu hampir kepada Tuhan dirinya akan merasa lebih kotor lagi kerana Tuhan yang Maha Suci. Lagi hampir dengan Tuhan lagi terasa kecilnya kita dan kotornya diri kita yang berbentuk baharu ini.

Berhati-hatilah kepada sesiapa yang merasakan dirinya sudah bersih di sisi Tuhan ini. Takut-takut sampai di Yaumil Mahsya nanti kita akan kecewa. Jangan kita ambil tugas Tuhan kerana tugas kita masih terlalu banyak belum selesai lagi sebelum kita kembali kepadaNya.
Kita pilihlah! Hendak mati dengan dicabut nyawa atau dengan dijemput untuk kembali kepadaNya.
Kalau kita ikuti cara setengah pihak membelasah musuh seperti yang terjadi sekarang seolah-olah mereka sudah pasti masuk syurga dan yang dituduh sudah pasti masuk neraka. (Siapa kita untok menghukum siapa yang dituduh didunia INI YANG SEMEMANG KITA TAHU MILIK ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI MAHA MENGETAHUI )
~~Nasib kita sendiri pun belum tentu lagi, TETEPI ada pula yang sudah bersedia untuk bertemu dengan yang di tuduh tadi di neraka.~~(ALLAHUAKBAR!!!!!)
Jangan ambil tugas Tuhan. Tuhan telah memberikan tugas sepanjang hayat kepada kita; iaitu untuk melawan diri kita sendiri…maksudnya melawan hawa nafsu kita sendiri.
~~KEMBALI LAH KEJALAN YANG DIREDHAI ALLAH SWT ,MUGA KEHIDUPAN KITA LEBIH SEMPURNA DIMATA BANGSA ,AGAMA DAN NEGARA~~
~~ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!!!~~
olih.@Tg./april/2011.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.