Followers

Thursday, December 31, 2015

SALAM TAHUN BARU 2016


Nurliyana Abdullah's photo.

TERASAkan tahun 2015 itu hanya sebentar saja berlalu dan esok atau untuk sekian jam kita akan menjejaki tahun 2016 yang kata orang entah bagaimana nasib seterusnya kala kehidupan kita di tahun 2015 ini penuh hitam berbelam.

Tahun 2015 jelas memperlihatkan matahari panas di atas kepala kita kesan warnanya hitam itu selalu saja di sekitar kita. Bayangkan saja harga sawit merundum dan harga getah menjunam yang saya lihat kesan orang tengah mengambil kesempatan dalam kesesakan yang sudahnya rakyat cukup menderita.

Sesudah sawit dan getah terus menyeksakan harga, serentak sama ringgit jatuh sejatuh2nya dan jatuhnya mata wang di dunia memang semuanya terlibat tetapi kesan teruknya jelas berlaku di negara kita Malaysia kesan masalah 1MDB dan hal2 lain yang menyebabkan pelabur lari dan enggan singgah di Malaysia.

Kenapa jadi demikian petaka yang kita terima di musim datangnya tahun 2015 dan tentunya kita semua tahu soal jawabannya demikian ada dalam benak diri kita sendiri.

Paling sakit dan menyakitkan bila mana kesan hutang yang berhimpun bengkak bernanah dan yang berkenaan tidak punya inisiatif bijak mendepani keadaan alias gagal untuk mencari sumber lain bagi menampung ekonomi negara, maka tiada pilihan lain dipotong subsidi dan kemudian GST mula mencekek leher rakyat dan kitapun melihat pancungan berganda hingga rakyat terus miskin papa kedana meraba-raba seperti sibuta baru saja keluar dari gua hantu puaka.

Kesan yang saya katakan di atas, maka kita sebenarnya dalam bencana dan tahun2 mendatang ini kita siap lagi menerima perjanjian TPPA yang sama maksudnya dengan perjanjian perdagangan perjanjian hindia Timur yang asalnya perdagangan dan berubah menjadi penjajahan dan ketika itu Melayu dalam cengkaman dan Islam terbantut hadirlah undang2 barat pembunuh undang2 syariah yang menakutkan mereka kalangan bangsa laknat.

Nah, kelihatannya tahun 2016 di ambang pintu dan untuk beberapan jam lagi kita bakal melangkahkan kaki kita di tahun baru yang belum menjanjikan apa2 dan kita kelihatannya bakal berjalan dalam gelap samar malam seperti seorang tua yang siap menunggu mati segan ketemu Illahi.

Pantai tanjung Aru seperti selalunya akan kita saksikan anak-anak muda yang lupa diri mandi di pantai tanpa apa-apa yang mereka kata konon membuang sial bala dan itu sebenarnya kesan budaya yang selalu saja datang meliar di kalangan anak bangsa kita dan akhirnya anak bangsa kita kehilangan moral akhlak yang mulia yang diwariskan oleh nabi junjungan kita.

Kenapa jadi demikian?

Kita kembali kepada sistem cara pemerintah kendalikan negara dan di tivi selalu saja dihidangkan dengan segala macam hiburan yang sama sekali tidak membawa apa-apa makna, lagi banyak buruknya banding kebaikan yang kita cari. Keadaan ini memang sungguh menakutkan dan dimusim mendatang kita siap hadapi luka perit kesan halaman sosial yang terbuka tanpa batas penuh makian kutukan kesani syaitan berlompatan gembira kala itulah yang dijanjikan tika sirna dari syurga.

Segalanya menjadi terus mengesani kehidupan kita bila sistem politik negara bangsa kita menjadi tidak menentu kala ramai kalangan pemimpin yang diamanahkan kehilangan padoman dan mereka beraba-raba berjalan dalam kegelapan tanpa cahaya dan akhirnya mereka sendiri tersesat sambil lontaran2 kata mereka seperti orang gila sasau dan perlu dihantar ke rumah sakit hilang ingatan di Bukit Padang atau Tanjung Rambutan..

Kata-kata pemimpin kita sering saja bercanggah, yang haram dihalalkan dan yang halal diharamkan dan ada pula yang menyamakan diri mereka tak jauh beda dengan sifat Tuhan yang satu, sedang beribu-ribu malaikat terkesima mendengar suara-suara dari bumi terlontar ke langit dan benarlah seperti dikatakan melalui langit mendung tuhan dibayang mengeleng2kan kepalanya. Iya, langit semakin mendung sebuah karya yang cukup mengejutkan rakyat di negara indon sedikit masa dulu.

Memang kelihatannya yang kita diami ini semakin tua dan usia kita dan alam ini juga sama seperti kehilangan akal kesan usia yang sudah sampai waktu untuk kembali kepada-Nya. Apakah kita susah bersiap sedia menerima hakikat ini?

Kalau menurut tafsiran kenyataan2 nabi bermula hijrah, maka inilah waktunya akan ditiup sangkakala dan ketika itu perempuan2 bunting tidak lagi peduli anak dalam kandungannya, gunung2 berterbangan di angkasa, api menyala-nyala, bumi yang kita pijak menjadi lautan api dan suara2 getir menakutkan terus ada di sekitar kita, kekadang dalam kegelapan dan kekadang dalam panas api yang berjuta kali panas.

Apakah kita sudah bersiap sedia menerima kenyataan ini dan marilah kita bersama mengingatkan kesan keadaan ini dan tahun 2015 telah mengheret kita ke lembah yang menyakitkan dan tahun 2016 sudah di ambang pintu dan sama berjanji untuk berada di laluan illahi penuh insaf dan sedar diri.

Ya, Allah ampunkan segala dosa2 kami dan mudahkanlah perjalanan ini untuk menuju syurga firdaus seperti yang dijanji.


Salam tahun baru


NURLIYANA ABDULLAH
31 Dis, 2015
LikeComment

Pengakuan Ahli Exco Puteri UMNO Ini Umpama Ledakan Bom Atom Bagi UMNO.. By canang


Berikut petikan kata-kata Ahli Exco Puteri UMNO mengenai isu keganasan sex pemimpin UMNO terhadap ahli puteri.


"Kata exco puteri UMNO Datin Ismalina menasihatkan mana pemimpin UMNO agar tidak menjadikan gadis - gadis puteri UMNO sebagai tempat untuk melampiaskan Nafsu serakah demi menawarkan sebarang penajaan keatas sesuatu pertandingan atau jawatan kepada Puteri UMNO kedalam Parti.....

"Kata naib ketua puteri UMNO iaitu YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli - ahli Puteri agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkn mana - mana jawatan dalam Parti"
"kata penolong setiausaha Puteri UMNO BIBI SHARLIZA BT MOHD KHALID "Budaya politik seks harus di tangani dengan segera sebelum ianya jadi lebih parah" "

Puteri UMNO ditubuhkan oleh mahadir.Puteri UMNO dijadikan tempat yang utama untuk mencari tubuh badan yang mengiurkan bagi pemimpin pemimpin UMNO sejak dari mula ianya ditubuhkan.Kini Puteri UMNO menjadi makanan yang melazatkan bagi malaun malaun dalam UMNO.

Yang menyedihkan Puteri UMNO terdiri dari gadis gadis melayu beragama Islam.Puteri puteri UMNO mungkin menjadi sebahagian yang sudah melahirkan anak luar nikah hasil kerja terkutuk pemimpin UMNO malah mungkin juga sudah menjadi sebahagian yang membuang bayi merata rata.Siapa tahu, kerana tidak ada bancian yang dibuat sehingga kini.

Tambah pelik apabila pemimpin pemimpin Puteri UMNO hanya mengeluarkan kenyataan beramaran sahaja.Kenapa mereka tidak menyelamatkan puteri yang jumlahnya masih ramai dengan membawa mereka keluar dari UMNO?Untuk apa parti yang diberikan keutamaan sedangkan maruah anak bangsa dicerobohi oleh pemimpin pemimpin sendiri?SUMBER

Anak Jatuh Flat Depan Mata Ayah




AQEEF Nifael Sharhafizie Afzal, meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama


SELAMA: Seorang kanak-kanak berusia lelaki lima tahun meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga flat kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 11.05 malam ketika mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya baharu pulang daripada bercuti.


Mangsa dikatakan naik ke rumah bersama ibunya di tingkat tiga bangunan, sementara bapanya dan anak yang kedua sedang berkemas di kereta.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay, berkata ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia dan terbaring di depan matanya.

Katanya, semasa kejadian tiada saksi lain selain kedua ibu bapa mangsa. "Hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya.


MARA tak mampu taja semua – Annuar Musa Faiz Zainudin


annuar-musa_mara_600_2

Beliau menafikan MARA abaikan pelajar di Mesir sebaliknya agensi itu turut menaja pelajar dalam bidang tertentu 

PETALING JAYA: Majlis Amanah Rakyat (MARA) mempunyai kemampuan yang terhad untuk menaja pelajar-pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di luar negara.

Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berkata, pihaknya hanya menaja pelajar yang betul-betul layak dan memenuhi syarat yang ditetapkan.

“MARA dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) serta semua pihak ada had keupayaan masing-masing dan sudah tentu (setiap permohonan yang dibuat) tertakluk kepada syarat dan dasar yang telah ditetapkan,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas luahan pelajar Malaysia di Mesir yang mendakwa kehidupan mereka sengsara apabila tidak mendapat bantuan kewangan dari pihak kerajaan terutamanya MARA.

Ahli Parlimen Ketereh itu turut menjelaskan bahawa MARA tidak mengabaikan sepenuhya pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir sebaliknya turut menaja pelajar di sana dalam bidang-bidang tertentu.

Semalam, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) melancarkan Tabung Kemanusiaan Pelajar Melayu Mesir untuk membantu pelajar yang memerlukan pertolongan terutamanya yang tidak mendapat sebarang bantuan dari pihak kerajaan sehingga memaksa mereka mengikat perut.

Azmi Sharom bangkang Ibrahim Ali Aedi Asri


azmi-sharom-Ibrahim-ali

Sesiapa sahaja berhak mengutarakan pandangan dalam soal agama asalkan mereka memiliki hujah yang kuat.

PETALING JAYA: Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam soal agama jika mereka mempunyai hujah yang kuat bagi menyokong pandangan itu, kata pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.

Beliau menyangkal kenyataan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang menyifatkan jurucakap kumpulan G25 Datuk Noor Faridah Ariffin tidak layak bercakap soal agama kerana dilihat tidak mempunyai pengetahuan mendalam tentang agama Islam.

“Isu siapa yang layak atau tidak sepatutnya tidak timbul. Sesiapa sahaja boleh bercakap dalam soal agama asalkan dapat menjustifikasikan pandangannya.

“Kita boleh rujuk hadis atau mana-mana pemikir Islam (dalam menyatakan pandangan). Ini semua kita boleh cari sendiri,” katanya kepada FMT.

Dalam satu sidang media semalam, Ibrahim berkata hanya orang yang berautoriti dan berlatar belakangkan Islam boleh berbicara mengenai persoalan syariah Islam.

Noor Farida sebelum ini menggesa agar enakmen kesalahan jenayah syariah yang dianggap ‘menceroboh ke dalam kehidupan peribadi rakyat’ dikaji semula dan serbuan khalwat oleh pihak berkuasa agama dihentikan.

Mengulas lanjut, Azmi berkata kenyataan Ibrahim itu hanyalah satu cara untuk mengawal minda orang Islam di negara ini daripada menerima pandangan yang berbeza.

“Sikap Ibrahim yang hanya mahu segolongan elit sahaja memberi pendapat adalah bagi mencacatkan kebolehan orang Islam di Malaysia untuk meluaskan minda dan pemikiran mereka,” katanya lagi.

PKR desak lesen ekspot bauksit dibekukan FMT Reporters


Lee-Chean-Chung,bauksit

Parti itu berkata pembekuan lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta, dan sekaligus mengakhiri pencemaran

PETALING JAYA: PKR mendesak kerajaan pusat supaya membekukan lesen ekspot bauksit di Pahang, memandangkan ada kemungkinan kemerahan pesisiran pantai Beserah berpunca daripada pencemaran.

Ketua Biro Alam Sekitar PKR, Lee Chean Chung berpandangan pembekuan lesen-lesen ekspot bauksit akan menghentikan perlombongan dengan serta-merta dan tindakan pembersihan boleh dilaksanakan di kawasan-kawasan yang terjejas sekitar Kuantan.

FMT dan media lain melaporkan pada Selasa bahawa air di Sungai Balok, Pantai Beserah dan Pantai Batu Hitam bertukar merah, dipercayai angkara bauksit yang mengalir ke laut akibat hutan lebat semalaman.

“Adalah mustahil masalah pencemaran ini dapat diselesaikan dalam keadaan perlombongan masih diteruskan,” kata Adun Semambu itu dalam satu kenyataan.

Perubahan warna Sungai Balok dan Pantai Beserah, yang diangkat sebagai salah-satu destinasi luncur angin terkemuka dunia, Lee berasa amat kesal dengan sikap kerajaan mengendalikan isu bauksit ini.

Katanya, keyakinan rakyat Pahang pada kerajaan pimpinan Barisan Nasional telah terhakis dan merasakan aduan mereka tidak dipedulikan.

“Sedangkan isu ini telah dibangkitkan sejak setahun yang lalu, tiada sebarang tindakan tegas kelihatan telah diambil oleh kerajaan Barisan Nasional Pahang untuk menyelesaikan isu pencemaran bauksit.”

Beliau menambah isu ini harus dipandai serius dan perlu diselesaikan dengan segera: “Pencemaran air dan laut ini menimbulkan keraguan dan kerisauan warga Kuantan sama ada air paip yang menjadi sumber air minuman harian telah tercemar, malah warga Malaysia akan hilang keyakinan terhadap ikan, udang dan sumber lautan lain yang ditangkap di sekitar Kuantan.”

Ibu-bapa rayu pengusaha bas sekolah jangan naik tambang Adam Abu Bakar


bas,tambang

Ibu-bapa yang ditemui FMT tidak bersetuju sekiranya tambang bas sekolah dinaikkan

KUALA LUMPUR: Rajendran, 55 tahun yang bekerja sebagai pemandu teksi tersentak dengan hasrat pengusaha bas sekolah yang mahu harga tambang bas sekolah dinaikkan kelak.

Beliau yang terpaksa keluar dari rumah dan membawa teksi sejak awal pagi hingga lewat malam demi mencari nafkah buat menampung seisi keluarga mengakui terkesan jika tambang bas sekolah dinaikkan.

“Sebagai pemandu teksi, tol dan gas telah naik, dan ditambah pula dengan kenaikkan harga barangan yang saban hari semakin meningkat. Harga barang naik, tetapi gaji tidak naik. Kini, tambang bas sekolah juga akan naik,” ujarnya.

Ditemui pemberita di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Ravendran memiliki dua orang anak yang masih bersekolah. Beliau kelihatan bingung sekiranya ura-ura kenaikan tambang bas sekolah terbukti benar.
“Semestinya ibu bapa terbeban, berapa gaji ibu bapa sekarang ini. Setiap bulan kita ada satu bajet yang harus difikirkan, untuk bayar sewa rumah, bil air dan elektrik,” keluh beliau.

FMT turut melakukan tinjauan di sekitar Jalan Chow Kit bagi mendengar sendiri pandangan ibu bapa lain mengenai kenaikkan harga tambang bas sekolah yang dikatakan akan dilakukan pada awal tahun 2016.
Datuk kepada dua cucu, Wan Ismail Wan Bakar, 69, turut bersimpati dengan kesusahan yang terpaksa ditanggung oleh anaknya dalam suasana ekonomi yang semakin menghimpit.

Lebih-lebih lagi apabila perbelanjaan barangan sekolah juga telah naik.

“Kenaikan ini (tambang bas sekolah) pasti akan menekan ibu bapa. Sekarang ini semua benda semakin naik sedangkan pendapatan masih kekal di takuk lama.

“Ibu bapa kena mengeluarkan belanja yang lebih dan ia menyusahkan. Kalau boleh tidak payah dinaikkan, kerana mereka (pengusaha bas sekolah) berkhidmat untuk pelajar sekolah. Sepatutnya lebih kurang lah sikit, jangan kira untung sahaja,” katanya.

Begitu juga Hafizah Md Nor, seorang suri rumah sepenuh masa. Tiga orang anaknya masih bersekolah, dan beliau mengakui ibu-bapa sepertinya yang memiliki lebih dari seorang anak pasti terkesan.

“Kenaikkan tambang bas sekolah agak membebankan, bagi mereka yang memiliki anak lebih dari seorang itu adalah satu tekanan kerana turut mengalami tekanan lain seperti kenaikkan harga barang-barang dan perkara lain.

“Jadi lebih banyak wang yang akan dikeluarkan terutamanya persediaan untuk pembukaan sekolah,” ujarnya.

Wanita berusia 35 tahun itu juga mencadangkan agar kerajaan menyediakan kupon diskaun kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM5,000.

“Kerajaan sepatutnya mengadakan kupon diskaun kepada ibu bapa yang berpendapatan kurang dari RM5,000 ringgit. Mekanisma ini telah dilakukan di beberapa buah negara Barat,” jelas beliau lagi.

Najib Jangan Nak Tipu Rakyatr LAGI !!!!

Rafizi Dakwa Harga Pasaran Minyak Dunia Turun 66%


Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli mencadangkan supaya kerajaan menghentikan kenaikan tambang yang baru diumumkan dan mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25sen/kWj. – Gambar fail The Malaysian Insider

Henti kenaikan tambang, elektrik kerana harga petroleum turun, kata PKR

PKR menggesa Putrajaya agar menghentikan kenaikan tambang pengangkutan awam serta kadar elektrik apabila mengambil kira penurunan harga petroleum yang berlaku sekarang.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, gesaan itu dibuat berdasarkan anggaran harga petrol RON95 yang dijangka berada pada RM1.80 sehingga RM1.85 seliter.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengembalikan penjimatan harga minyak lebih besar yang sepatutnya dinikmati rakyat (jika tidak, kerana keadaan matawang ringgit yang tidak menentu) dengan cara berikut:

"Hentikan semua kenaikan tambang yang diumumkan setakat ini yang melibatkan pengangkutan awam seperti LRT, komuter, ERL, bas dan lain-lain untuk mengambil kira kos bahan api yang semakin murah dan mengurangkan kos operasi pengendali pengangkutan awam.

"Mengekalkan rebat elektrik pada kadar 2.25 sen/kWj dan membatalkan pengurangan rebat kepada 1.52 sen/kWj yang diumumkan baru-baru ini untuk memastikan kos elektrik ditanggung rakyat berkadar dengan kejatuhan kos bahan api," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, anggaran penurunan harga minyak mentah itu adalah berdasarkan Laporan “Weekly Petrol Prices Report” Institut Petroleum Australia, yang menyenaraikan harga RON95 seperti didagangkan di Singapura mengikut laporan Means of Platts Singapore (MOPS) bagi minggu berakhir 20 Disember 2015.

Ia juga dianggarkan berdasarkan laporan harga minyak mentah Brent bagi Disember 2015, yang diterjemahkan secara anggaran kepada harga MOPS RON95 bagi minggu terakhir Disember 2015 menggunakan kadar tukaran matawang semasa.

Rafizi yang juga naib presiden PKR berkata, berdasarkan pemerhatiannya, harga petroleum ditetapkan Putrajaya juga tidak selaras dengan penurunan harga minyak pasaran dunia – menyusut sebanyak 66% sejak Julai 2014.

"Saya mencadangkan sebelum ini supaya satu kaedah penetapan harga baru diperkenalkan dengan menggunakan maklumat kos pengeluaran sebenar loji penapisan minyak di Malaysia yang dikira di dalam ringgit bagi mengurangkan kesan ketidaktentuan kadar matawang ringgit kepada dollar.

"Namun, saya yakin konsep ini tidak akan difahami menteri dan tidak akan dilaksanakan selagi Umno dan Barisan Nasional (BN) berkuasa," katanya.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa peringkat tertinggi bagi membincangkan kenaikan kos sara hidup.

sumber...TMi

Padan Muka Cai Cai UMNO.....ASB Hanya Tinggal 0.50 Sen Seunit ???

Isteri Kapten Hasman dimaklumkan tentang penemuan mayat suami pagi ini


.

Siti Hazwani Ahmad, isteri Allahyarham Kapten Hasman Hussin, yang hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, Amerika Syarikat, dimaklumkan tentang penemuan mayat suaminya melalui telefon oleh pihak tentera pagi ini.

"Saya terima keadaan ini dan amat berharap jenazah suami segera dibawa pulang. Saya hanya mengetahui berita mengenai suami saya apabila dikunjungi seorang pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pagi semalam," katanya ketika ditemui pemberita di rumah bapanya di Felda Palong 13 dekat sini hari ini.

Siti Hazwani, 29, berkata beliau diminta bersedia untuk dibawa ke Amerika Syarikat bersama bapa mertuanya, namun mungkin tidak dapat berbuat demikian disebabkan dua bayinya masih kecil selain beliau sendiri belum cukup kuat kerana sedang berpantang selepas melahirkan bayi kembar lelaki baru-baru ini.

.
"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah suami saya untuk dibawa pulang," katanya, yang turut mempunyai anak sulung lelaki berusia tiga tahun.

Siti Hazwani berkata kali terakhir beliau bercakap dengan suaminya melalui telefon adalah pada 25 Dis lepas.

Markas Tentera Darat Wisma Pertahanan hari ini mengesahkan mayat Allahyarham Hasman, pegawai Tentera Darat yang dilaporkan hilang pada Sabtu selepas dipercayai dihanyutkan banjir di Pulaski County, Missouri, Amerika Syarikat, telah dijumpai pada 11 pagi 28 Dis waktu tempatan (1 pagi 29 Dis waktu Malaysia).

Allahyarham Hasman, 33, yang sedang menjalani kursus di Fort Leonard Wood sejak 1 Okt lepas, dilaporkan hilang apabila kenderaan yang dinaiki bersama rakan kolejnya dihanyutkan banjir di Missouri, yang turut meragut nyawa empat rakannya.

Di MELAKA, anggota keluarga Allahyarham Hasman yang dimaklumkan tentang penemuan mayatnya oleh wakil ATM yang datang ke rumah mereka di Masjid Tanah di sini kira-kira pukul 9 pagi ini, reda dengan ketentuan Ilahi.

Adik Allahyarham, Mohd Hairi Hussin, 29, berkata keluarga mereka akan berbincang dengan Siti Hazwani untuk menguruskan mayat Hasman.

Ketika dihubungi Bernama, beliau berkata menurut pihak tentera, proses membawa pulang mayat abangnya itu akan mengambil masa kira-kira dua hari dan keluarganya menyerahkan kepada pihak ATM untuk proses tersebut.

Katanya pihak ATM ada menawarkan Siti Hazwani dan bapa Allahyarham, Hussin Mat, 60, ke Amerika Syarikat tetapi keluarga mereka terpaksa menolak kerana Siti Hazwani masih menyusukan sepasang anak kembarnya berusia tiga bulan manakala Hussin pula kurang sihat.

Mohd Hairi turut mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pihak tentera kerana membantu keluarga mereka dalam menghadapi saat-saat sukar ini.

Allahyarham Hasman, anak ketiga daripada enam beradik, mempunyai tiga anak lelaki iaitu anak sulung berusia tiga tahun dan anak kembar berusia tiga bulan.

.


Asri: Jika akal tak bijak, apa perlu jadi pak menteri


 
Saranan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan agar rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos sara hidup terus dikritik pelbagai pihak.
Tidak terkeculi, kenyataan tersebut turut mendapat kritikan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam status di laman Facebooknya hari ini.

Meskipun tidak menyebut nama menteri berkenaan secara langsung, Asri dipercayai merujuk kenyataan Ahmad semalam yang meminta supaya rakyat Malaysia melakukan dua pekerjaan sehari.

Menurut Asri seseorang menteri seharusnya bijak dan waras bagi melayakkannya diberikan pelbagai kelebihan termasuk gaji dan keistimewaan lain.

Selain itu katanya, seseorang menteri juga sepatutnya mencari penyelesaian untuk meringankan beban rakyat dan bukan menambahkan lagi beban mereka.

“Menteri itu sepatutnya mencari penyelesaian untuk rakyat, bukan membuat cadangan yang membebankan lagi rakyat.

“Menteri itu hendaklah seorang yang sangat waras, bijak lagi tangkas menyelesaikan permasalahan rakyat dan negara.

“Jika akal yang bijak dan tangkas tidak diperlukan untuk menjadi seorang 'pak menteri', maka apakah kelebihan jawatan itu sehingga diberikan gaji dan pelbagai peruntukan yang istimewa untuknya?," soal Asri dengan sinis di laman Facebook.

Sebuah portal semalam melaporkan saranan Ahmad supaya rakyat melakukan dua kerja bagi menampung kos hidup di negara lain.

Meskipun dikritik keras kerana cadangan tersebut, Ahmad Maslan sekali lagi tampil mempertahankan kenyataan itu dan mengatakan beliau sendiri melakukan tiga pekerjaan dalam kerajaan dan partinya Umno.

“Saya ada 3 kerja: anggota parlimen, timbalan menteri, ketua penerangan Umno. Ramai dah di Malaysia yang buat #2Kerja," katanya.

“Berusaha gigih cari rezeki yang halal,” kata Ahmad Maslan. - Mkini

Wednesday, December 30, 2015

Doktor Terkedu Toyota Wish Baharu Beli Di Sita JPJ



ANGGOTA JPJ memeriksa kereta klon yang ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di R&R Gurun, semalam.


Gurun: Seorang doktor lelaki lingkungan 30-an terkedu apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang baru dibeli dua bulan lalu disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas pemeriksaan mendapati ia kenderaan klon, semalam.

Difahamkan, ketika ditahan dalam Operasi Bersepadu Khas di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gurun arah Selatan jam 10 pagi, doktor berkenaan bersama rakan wanita lingkungan 30-an dalam perjalanan dari Alor Setar, Kedah ke sebuah pusat perubatan di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Lelaki itu yang enggan dikenali berkata, kenderaan MPV itu dibelinya melalui dalam talian selepas tertarik dengan harga ditawarkan RM48,000 sebelum melihatnya yang diletakkan di sebuah kedai kereta terpakai di Batu Caves, Selangor.


Katanya, selepas berpuas hati dia bersetuju membeli dengan membayar wang pendahuluan RM10,000 dan hanya perlu membayar ansuran bulanan RM500.

“Saya membeli kenderaan MPV itu selepas melihatnya sendiri dan yakin selepas ejen memberi jaminan tiada sebarang masalah, tetapi tidak menyangka ia sebenarnya kenderaan klon.

“Akibatnya, saya kerugian RM11,000 termasuk RM1,000 bagi bayaran ansuran dua bulan apabila kenderaan itu disita JPJ. Saya langsung tidak menyangka ia kenderaan klon dan kecewa serta kesal dengan tindakan penjual kereta terbabit yang sanggup menipu,” katanya.

Operasi membabitkan 169 pegawai dan anggota membabitkan 15 agensi itu bermula jam 8.30 pagi.

Lebih 1,000 kenderaan diperiksa dan 124 kenderaan dikenakan notis dan saman atas pelbagai kesalahan serta dua kenderaan disita.

Sementara itu, Pengarah JPJ Kedah Amir Onn Mustapha berkata, kenderaan yang dipandu doktor itu ditahan mencurigakan sebelum anggota penguat kuasa membuat pemeriksaan lanjut kenderaan itu.



Terkini: UMNO Bergegar Dengan Pembongkaran Puteri Jadi Pemuas Nafsu Pemimpin...Sebarkan suarakami



WANITA UMNO DEDAH PUTERI UMNO RELA DINODAI PEMIMPIN UMNO UNTUK MENDAPATKAN JAWATAN


Cerita panas yang kini menghantui puak-puak UMNO ialah mengenai isu keganasan seks segelintir pemimpin UMNO yang menjadikan puteri UMNO sebagai tempat terbaik mereka untuk melepaskan nafsu sarakah tersebut. 

Sebenarnya, fenomena ini memang sudah lama berlaku dan menghantui jiwa-jiwa mangsa yang terlibat. Difahamkan, memang ada banyak kes mana-mana ahli Puteri UMNO yang mahu ditawarkan jawatan penting dalam parti itu maka mereka perlulah memuaskan nafsu serakah pemimpin terbabit. Malah perkara ini turut disahkan oleh beberapa kerat pemimpin Puteri UMNO seperti exconya Datin Ismalina Ismail. 


Beliau sudah beberapa kali menasihatkan agar pemimpin UMNO tidak menjadikan Puteri sebagai pemuas nafsu sebagai ganjaran jawatan. Malah, Ketua Puteri UMNO iaitu Rosnah Abdul Rashid Shirlin juga ada mengingatkan ahlinya agar tidak menjadikan "batang tubuh" mereka sebagai modal untuk mendapatkan mana-mana jawatan dalam parti. Kenyataan yang sama turut diluahkan oleh salah seorang lagi pemimpin Puteri UMNO iaitu Bibi Sharliza Mohd Khalid. 

Beliau pernah mengeluarkan kenyataan sebelum ini yang mahu supaya budaya politik seks dikalangan puteri ditangani dengan segera sebelum ianya menjadi lebih parah lagi. Ramai Puteri UMNO Jadi Habuan Masa Pemilihan Sebenarnya kemungkaran yang berlaku membabitkan pemimpin dan puteri UMNO ini banyak berlaku ketika setiap kali kempen pemilihan parti. Sesudah bergelumang dengan politik wang buat kesekian lamanya, kini memang benar ada segelintir pemimpin UMNO mengamalkan politik seks. Mereka minta habuan seks daripada anggota Puteri UMNO yang perlukan pertolongan berkempen bagi jawatan di peringkat pusat. Dalam musim pemilihan, ada pemimpin UMNO yang hebat-hebat. 


Apabila para Puteri UMNO minta pertolongan dan bantuan berkempen untuk jawatan peringkat pusat, ada pemimpin yang menjawab: “tak kan tolong aje. You boleh bagi apa kat I?” Dengan ikhlas, para Puteri akan jawab, tidak ada duit. “Duit I dah ada..” Apa yang mereka minta dari remaja-remaja yang baru nak berjinak-jinak dengan UMNO, kalau tidak tubuh badan para remaja berkenaan? Ajak bercuti. 

Jangan ajak kawan. Ini bukan sketsa dongeng di zaman moden. Ada kebenarannya. Tidakkah para Putri itu dari kalangan bangsanya sendiri? 


Sebab itulah kebanyakkan para Putrei UMNO, lebih-lebih lagi yang terpelajar, apabila menghadiri seminar, perjumpaan di mana para pemimpin UMNO yang berapi-api berucap tentang bangsanya, mereka merasa jijik. Inilah realiti yang pernah didedahkan sebelum ini sebenarnya. Bukti, cuba lihat sendiri baju puteri UMNO yang terkoyak akibat cuba untuk melarikan diri daripada menjadi mangsa kerakusan pemimpin [Sebenarnya kes yang berlaku dalam pendedahan ini telah tersebar dengan meluas di internet sejak beberapa tahun lalu. Malah ada maklumat yang mengatakan kes ini sudah pun dilaporkan kepada Lembaga Displin UMNO. Namun, ramai yang kecewa kerana ia gagal ditangani dengan sebaiknya oleh pihak yang berkenaan. Soalnya sekarang, apakah kejadian seperti ini wajar dibiarkan berlaku kepada anak gadis anda (ahli UMNO)?.


Sebenarnya kami juga difahamkan kejadian ini sememang berlaku dan tidak perlu dinafikan lagi oleh puak-puak UMNO. Mereka memang sudah miliki segalanya, cuma kepuasan seks sahaja yang dimahukan apabila kuasa sudah bermaharajalela di jiwa. Justeru itu kita tidak hairan dengan kejadian pembunuhan melibatkan individu yang dikaitkan dengan pemimpin UMNO seperti Altantunya, Noritta Samsuddin dan ramai lagi. Itulah hakikatnya. 
Namun, ia bukan sahaja melibatkan pemimpin tertinggi namun pemimpin bawahan termasuk Pemuda UMNO juga ramai yang terlibat dengan aktiviti seperti ini. Malah, terdpaat maklumat ketika Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di PWTC maka ketika itulah kejadian yang tidak ingin kita lihat ini banyak berlaku. Malah terdapat puteri yang masuk ke bilik pemuda untuk melempiaskan hawa nafsu dan banyak lagi. Apakah kita rela melihat pemimpin yang sebegini sifatnya.