Followers

Monday, November 30, 2015

Ibu Pejabat UMNO makin merepek FMT Reporters


khairusdin

Khairuddin Abu Hassan mendakwa Ibu Pejabat UMNO bertindak sesuka hati dan tidak mengikut Perlembagaan parti.dalam mengambil tindakan terhadap ahli.

PETALING JAYA: Ibu Pejabat UMNO dikatakan semakin merepek kerana membuat keputusan sewenang-wenangnya tanpa merujuk kepada Perlembagaan parti.

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, ibu Pejabat UMNO tidak menghormati serta tidak mengikut Perlembagaan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap sesiapa saja yang tidak sehaluan dengan kepimpinan parti.

“Hakikatnya, Ibu Pejabat UMNO ingat parti ini milik bapa mereka kot?

“Sekiranya inilah sikap pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO masa kini; yakinilah parti UMNO akan hanya menjadi sebuah pertubuhan kebajikan saja suatu hari nanti tanpa mendapat sokongan lagi dari akar umbi serta rakyat jelata.

“Ibu Pejabat UMNO kini suka bertindak mengikut selera ataupun citarasa mereka sendiri. Perlembagaan, praktis serta tradisi UMNO seringkali diketepikan,” tulisnya di Facebook.


Khairuddin berkata, kejadian yang menimpa Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila amalan praktis serta hak Timbalan Presiden UMNO untuk merasmikan Perhimpunan sayap-sayap parti telah disekat.

Katanya, majoriti ahli-ahli UMNO tidak puashati serta membuat protes secara senyap.

“Dalam apa jua keadaan sekalipun; puak-puak korup dan kaki bodek minda lemah otak udang ini bakal jatuh tersungkur. Hanya masa ketika saja yang bakal menentukannya.

“Lawan tetap lawan demi menegakkan kebenaran seperti mana yang dituntut oleh agama Islam. Pantang ‘anak Melayu berundur sebelum lawan’ tetapi dasar bacul anak Bugis saya tak tahulah,” katanya.


FMT

Khairuddin sudah insaf Faiz Zainudin


azizah-khairuddin

Pengalaman ditahan dalam penjara mungkin telah menyedarkan Khairuddin Abu Hassan apabila mendesak kerajaan membebaskan Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mungkin sudah insaf apabila menggesa kerajaan membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pengalaman merasai sendiri penderitaan di dalam penjara mungkin telah menjadikan Khairuddin insaf dan memahami penderitaan yang ditanggung Anwar di penjara.

“Bila kena tahan (lokap), kena denggi mungkin beliau (Khairuddin) sudah insaf,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen pada Isnin.

Mengulas lanjut, Azizah tetap dengan pendirian beliau sebelum ini bahawa Anwar tidak bersalah dan perlu dibebaskan.

“Anwar tidak bersalah sepatutnya dibebaskan, berilah keadilan bukan sahaja pada Anwar dan Keadilan untuk warga negara Malaysia termasuk mereka yang dikenakan SOSMA. Pendakwaan terpilih tidak sepatutnya terjadi,” katanya.

Baru-baru ini, Khairuddin menggesa kerajaan membebaskan Anwar daripada tahanan penjara kerana tiba masanya Anwar menyemarakkan lagi landskap serta senario politik tanah air.


FMT

Hebatnya orang politik berlakon!

Asri Setiawangsa's photo.

Dibelakang mereka hentam menghentam memburukan lawan atau kawan tapi bila bertemu depan depan boleh jer bertegur sapa dengan mesra seolah olah tiada apa yang berlaku.

Sudah tiba masa diadakan kategori "Pelakon Politik Terbaik" dalam Anugerah Festival Filem Malayaia.

TIPU


Nurliyana Abdullah's photo.

SEJAK dulu hingga kini istilah atau orang menipu ada di mana-mana dan sekarang ini kesan ekonomi semakin menyempit kita akan terjumpa tanpa sedar kita temui ramai sangat sang penipu.

Kekadang kawan yang terdekat dan tidak kita sangka sebenarnya penipu dan selalu saja menipu kita dan itu sebab kekadang kawan sendiri tidak boleh dipercaya.

Menipu ini pelbagai cara termasuk tidak amanah kala diperintah menyimpan duit atau jadi juruwang dan kekadang ada saja caranya menipu.

Kesan seorang menipu, orang lain pula yang terkena dan ini dinamakan aniaya sedang yang menipu tadi terselamat malah yang menipu itu pula mengatakan si anu bin sianu menipu dan kesannya menjadi kasus itu fitnah dan teraniyalah dilurus bendul.

Lain lagi penipuan hal2 lain dan ada yang mengatakan dirinya belum kawin dan apa lagi si anak cina terpengaruh kesan dia pandu mercedes, king ninja dan suatu hari kedapatan temani datin ke pasar, rupanya kerjanya hanya pemandu kepada seorang YB dan ini memang terjadi kasus pemandu YB di sebelah Keningau, tapi tak rugi dapatlah dia tidur di sebuah hotel bersama. Lucu sangat!

Ada lagi yang bergaya mengurat seorang cewek dan siap dengan King Ninja dan konon punya kedai pakaian sukan di alam mesra, tau2 di sana semuanya milik cina dan sebenarnya ia hanya pemandu isterinya, sedang dia tidak punya pekerjaan dan hanya dikasih makan oleh isterinya yang memang ada kerja. aduhai dunia ini kesihan sangat seorang kawan itu.

Ada pula cerita seorang teman katanya dia memang tidak punya apa2 dan kala ketemu pertamanya konon dia pandu lori besar dan kawan2nya kata "buat apa kawan dengan pemandu lori" dan kesan kasih barangkali ketemu juga tetapi sebenarnya tidak tak memandu lori tetapi kereta yang biasa dan ini memang terjadi.

Kelihatanya memang macam2 dalam dunia ini yang kekadang rasakan lucu pula sementara sang perempuan mahunya tidak mahu yang tidak punya kereta dan sekurang2nya ada motor rasanya mereka terima saja termasuk lori berat bertan-tan masuk ke kota.

Hebat dunia ini tembirang kacang berlagak hebat padahal penganggur bergaya no satu dan sekarang inipun memang terbalik sudah sebab perempuan pula kasih makan suami dan suami asyik diam rumah nongkrong hisap vape asap di sana sini.


NURLIYANA ABDULLAH

TENOM, SABAH

Bodoh Tak Boleh Diajar, Cerdik Tak Boleh Diikut!


MB: AMANAH baru cambah, PAS dah 64 tahun

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob menyifatkan Parti Amanah Negara (AMANAH)sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" untuk memberi cabaran yang besar selain Umno, pada pilihan raya umum ke-14.

"Dia (AMANAH) ini baru nak bercambah dan masih di peringkat benih, kita akan tengoklah sejauh mana kekuatannya.

"PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi.



"AMANAH ini baru bercambah, dia bubuh baja banyak, bubuh air banyak-banyak, nampaklah segar tapi hanya dalam satu polybag sahaja," kata Ahmad seperti lapor Sinar Harian hari ini.

Beliau menjawab soalan sama ada AMANAH mampu memberi cabaran besar kepada PAS selain musuh tradisi mereka Umno pada pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Presiden AMANAH Mohamad Sabu berkata parti itu sedia menggantikan PAS mentadbir kerajaan Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 bagi "menyelamatkan" kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Nik Aziz.

Mohamad atau yang mesra dipanggil Mat Sabu berkata sokongan rakyat Kelantan kepada parti yang ditubuhkan akhir Ogos lalu cukup hebat. Parti mensasarkan keahlian sebanyak 100,000 orang menjelang akhir Disember ini.

Beliau dilapor memetik kajian Ilham Centre yang mengatakan 15 peratus ahli PAS di Kelantan sudah menyertai AMANAH.

Dilaporkan juga berdasarkan kajian AMANAH, kedudukan di Kelantan sekarang sudah jadi 30:30:30:10 iaitu di antara Amanah, PAS, Umno, atas pagar atau lain-lain.

ULASAN GB

Nak kata bodoh ya sombong pun ya.. jadilah dia bodoh-sombong.

Kerana apa bodoh? Kerana setiap sesuatu di mayapada ini memang bermula dari kecil, sebuah pohon bermula dari dalam sebuah polybag. Kemudian ia membersar dan dialihkan ke tanah untuk ia terus tumbuh sehingga berbuah.

Begitulah evolusi sesuatu benda yang baharu. PAS juga pernah melaluinya. PAS tidak muncul dengan tiba-tiba seperti yang ada hari ini. Ia melalui proses evolusi juga. Ia juga melalui hukum apa yang disebut "sunnatullah".

Jadi untuk merendah-rendahkan parti AMANAH sebagai "pokok yang baru disemai dan belum matang sepenuhnya" ternyata satu kenyataan yang amat bodoh. Kerana tiada pembesaran jika tiada penyemaian.

AMANAH masih di dalam polybag, katanya. Salah! "Penyemaian" telah berlaku di dalam polybag sewaktu AMANAH masih bernama Gerakan Harapan Baru (GHB). Kini AMANAH sudah diluluskan oleh ROS. AMANAH sudah keluar dari polybag. Ia kini dipacak di merata tempat. AMANAH kini sudah ada pejabatnya sendiri, wismanya sendiri.

AMANAH semakin membesar, semakin dewasa. Begitu cepat ... dalam tempoh tak sampai 3 bulan, ahlinya kini sudah mencapaai lebih 60 ribu. Dan sasaran 100,000 sehingga hujung tahun semakin menjadi kenyataan.

Begitulah bodohnya dia yang cuba mengutuk dan merendah-rendahkan AMANAH, sedangkan beliau sendiri memparkan kebodohannya lewaan kenyataannya itu.

Kemudian dia berkata lagi: "PAS sudah 64 tahun, panas, hujan, banjir semua kita dah harungi."

Tadi bodoh, kini sombong pula. Konon dah 64 tahun. Sedang dia terlupa setiap yang baharu itu binasa. Jika manusia, umur 64 tahun itu sudah kira "tua" dan menunggu masa dikafan, disolat dan dikebumikan. Umur Rasulullah ialah 63 tahun sewaktu baginda wafat. 
 
Bererti PAS dah terlajak satu tahun. Orang yang terlajak biasanya akan merapu, meroyan... dalam bahasa mudah dipanggil "buang tabiat".... 
 
Mungkin kerana sebab itu agaknya PAS yang ada pada hari ini mmelabel, mencaci, memaki, memfitnah, mengugut, mengancam malah bertindak diluar batas kewarasan (maka berlakulah gejala lahirnya mereka yang sewel... dimana semakin ramai ahli PAS yang berpenyakit mental yang akhirnya menjadikan mereka berperwatakan ganas seperti yang dilakukan ke atas pemimpin AMANAH Marang, Ust Miqdad Zakaria).

Menggabungkan kedua-dua di atas ternyata apa yang dinyatakan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, merangkap MB Kelantan Dato Ust Ahmad Yaakob sebenarnya kenyataan yang bodoh-sombong. atau peribahasa Melayu kata "bodoh tak boleh diajar, cerdik tak boleh diikut."


Rizalman Mengaku Bersalah Tuduhan Kes di NZ


Wanita yang diserang di rumahnya di Wellington oleh bekas atase tentera Suruhanjaya Tinggi Malaysia "benar-benar gembira" apabila tertuduh mengaku bersalah pagi ini - pada hari dia dijadual dibicarakan.

Muhammad Rizalman Ismail, 39, yang dijadual menjalani perbicaraan juri selama tiga minggu mulai hari ini, didakwa melakukan serangan sumbang, serangan dengan niat untuk melakukan pencabulan seksual dan pecah rumah, pada 9 Mei 2014.

Pada pagi Isnin, dia mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di Wellington terhadap tuduhan melakukan serangan sumbang dan dua tuduhan lagi digugurkan.

Peguam Rizalman, Donald Stevens QC, memberitahu Hakim David Collins bahawa anak guamnya akan menukar pengakuan tidak bersalah terhadap tuduhan serangan sumbang.

Seorang penyokong utama Tania Billingsley, berkata mangsa teruja dengan pengakuan bersalah tertuduh itu.

Beliau juga "amat merasa lega" kerana Tania tidak perlu melalui perbicaraan.

Penyokong itu berkata Tania membenarkannya memberi komen kepada media bagi pihaknya dan Tania tidak mahu mengulas sendiri secara terbuka ketika hujah perundangan mengenai kes itu masih berjalan.

Katanya, Tania juga tidak akan menghadiri perbicaraan di mahkamah "sehinggalah dia dikehendaki hadir [di mahkamah]".

Fakta kes

Rizalman telah ditangkap pada 10 Mei 2014 berikutan serangan itu di rumah Billingsley di pinggir bandar Wellington di Brooklyn.

Stevens memohon hakim supaya tidak memasukkan sabitan, dengan berkata beliau akan memohon pelepasan tanpa disabitkan atas pertuduhan.

Perbicaraan itu dijangka mendengar keterangan Tania, para saksi dan doktor mengenai pelakuan Rizalman pada malam itu.

Satu kenyataan fakta dibacakan kepada mahkamah, dan kemudian diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu kepada Rizalman.

Ia berkata Tania berada di rumah sendirian menonton sebuah filem di bilik tidurnya. Rizalman menanggalkan seluar dan seluar dalamnya sebelum masuk ke dalam rumah melalui pintu depan yang tertutup tetapi tidak berkunci.

Di dapur dia kemudian menanggalkan jaket sebelum mengetuk pintu bilik tidur Tania yang separuh terbuka dan menolaknya terbuka.

Dia bertanya sama ada dia boleh masuk.

Tania menoleh dan melihat dia hanya memakai baju dan telanjang dari pinggang ke bawah. Tania menjerit kepadanya supaya pergi dari situ.

Rizalman meletakkan tangannya di atas bahu Tania tetapi Tania berjaya menolaknya ke dalam ruang tamu, dan kemudian menolaknya keluar dari flat sebelum menguncinya.

Dia kemudian mengunci dirinya di bilik mandi dan menghubungi polis. Teman lelaki jiran di flat itu balik dan mencabar Rizalman, yang masih berada di luar pintu depan.

Rizalman mula beredar dari situ tetapi dihalang di jalan oleh polis.

Dia memberitahu polis bahawa mereka di pawagam pada awal hari ini dan Tania telah menjemputnya balik ke rumahnya, tetapi Tania marah kepadanya kerana memakan makanannya.

Selepas pengkapannya, Rizalman menjadi sasaran kemarahan politik dengan meninggalkan New Zealand di bawah kekebalan diplomatik.

Dia meninggalkan New Zealand tanpa menghadapi perbicaraan selepas Malaysia menggunakan kekebalan diplomatik - dengan kepercayaan bahawa ia berbuat demikian dengan restu Kerajaan New Zealand.

Dia kembali ke New Zealand dengan diiringi oleh polis selepas pendengaran ekstradisi difailkan di Malaysia.

Stevens memberitahu hakim bahawa beberapa fakta kes itu masih dipertikaikan oleh Rizalman. Kes itu akan didengar sekali lagi pada hari Jumaat.

Beliau berkata terdapat isu berhubung mengapa Rizalman masuk ke dalam rumah, sama ada terdapat sebarang niat seksual dan berkaitan kesihatan mentalnya. - Malaysia Kini/30/11/15

Pak din pagoh sudah pecah lubang _ Megat Farish

Pak din pagoh da pecah lubang...

UCAPAN TSMY di Pagoh..

Megat Farish's photo. 1. Saya telah bekerja keras untuk menjadikan Najib Perdana Menteri Malaysia.

2. Tetapi sekarang saya mahu dia disingkirkan, meletak jawatan daripada menjadi Perdana Menteri.

3. Ia bukan hal peribadi.

4. Ia adalah kerana dia telah gagal teruk sebagai Perdana Menteri.

5. Daripada awal lagi saya perhatikan perkara-perkara salah yang dia lakukan.

6. Kita telah merdeka semenjak 1957. Kita sepatutnya dapat mentadbir negara kita sendiri. Sesungguhnya kita telah pun berbuat demikian selama beberapa dekad sebelum Najib, dan kita telah melakukannya dengan cemerlang.

7. Tetapi Najib melantik beberapa pegawai British sebagai penasihatnya.

8. Najib telah melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya bagaimana mentadbir negara.
9. Orang-orang ini melibatkan kos berbilion-bilion ringgit tetapi nasihat mereka secara amnya tidak baik untuk negara ini. Mereka tidak tahu apa-apa tentang politik, ekonomi dan sensitivi Malaysia. Akibatnya pembangunan Malaysia lembab dan bangsa-bangsa berada dalam keadaan menentang satu sama lain.

10. Kerajaan di bawah pimpinan Najib menjadi sangat tidak popular. Walaupun memberi banyak wang kepada rakyat, mereka menolak beliau dalam Pilihan Raya 2013. Prestasi beliau lebih buruk daripada Abdullah, yang juga telah ditolak oleh rakyat. Orang Cina menolaknya sama sekali walaupun beliau mengisytiharkan dirinya sebagai saudara mereka.

11. Dia menimbulkan kemarahan kakitangan awam dengan menubuhkan Pemandu untuk mengambil alih tugas EPU. Kakitangan Pemandu yang bukannya pegawai Kerajaan telah dibayar gaji yang tinggi, jauh lebih tinggi mengatasi Skim Gaji Kerajaan. Begitu marah, sebilangan pejawat awam sebaik sahaja bersara mereka telah menyertai parti pembangkang dan bertanding sebagai calon pembangkang, sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

12. Pertumbuhan ekonomi jatuh di bawah paras pertumbuhan ekonomi Filipina dan Indonesia.

13. Mata wang telah susut dan harga saham susut dengan teruk mengakibatkan masalah untuk perniagaan, pengimport dan pengeksport. Kos sara hidup meningkat terutama selepas GST.

14. Kemudian datangnya pula skandal 1MDB. Suatu dana yang sama sekali tidak perlu telah diwujudkan yang akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberi satu juta Ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1Malaysia Development Berhad) telah meminjam 42 bilion Ringgit daripada pasaran. Ia membayar faedah yang tinggi sebanyak 5.9% dan memberikan komisen 10% kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam begitu banyak atau membayar kadar yang begitu tinggi itu.

15. 1MDB membeli loji kuasa elektrik pada harga lebih tinggi daripada harga pasaran. Ia juga membeli/mengambilalih hutang piutang syarikat-syarikat janakuasa. Jumlah kos adalah 18 bilion Ringgit. 

1MDB kehilangan begitu banyak wang sehingga ia tidak boleh membayar faedah ke atas pinjaman.

16. 1MDB membeli tanah Kerajaan pada 60 Ringgit kaki persegi sedangkan harga sebenarnya adalah lebih daripada RM3,000 kaki persegi. Dengan menilai semula tanah itu sebanyak 50 kali ganda, ia mendakwa asetnya adalah lebih besar daripada hutangnya. Ini adalah seperti menjual permit import yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.

17. Kemudian 1MDB telah menyertai perniagaan yang mencurigakan dengan Petro Saudi sebagai rakan usaha sama. Ia membayar USD1 Bilion bagi saham 40 peratus miliknya itu. Enam bulan kemudian usaha sama ini telah dibubarkan. Akan tetapi USD1 Bilion itu bersama dengan USD700 juta yang lain telah ditukar menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Wang ini kini telah lesap.

18. Satu-satunya aset yang dipunyai oleh 1MDB sekarang adalah loji kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 Bilion daripada 42 Bilion ringgit itu tidak dapat dikesan atau dihitung.

19. Kemudian tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai USD700 juta dalam akaun peribadinya di Bank Arab-Malaysia (bersamaan RM2.6 bilion pada masa itu).

20. Tidak ada PM Malaysia atau Presiden UMNO yang boleh mempunyai wang sebanyak itu. Semua sumbangan kepada UMNO biasanya diterima dan dibankkan oleh Bendahari UMNO. Semua aset diletakkan di bawah nama tiga pemegang amanah.

21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO terdapat lebih daripada RM250 juta secara tunai. Semua aset lain adalah dalam bentuk saham, tanah dan bangunan. Presiden adalah bertanggungjawab untuk menyerahkan semua sumbangan kepada Bendahari untuk perbankan. Presiden tidak pernah menyimpan wang UMNO atau wang didermakan kepada UMNO, untuk pilihan raya misalnya, di dalam akaun peribadinya. Tiada peruntukan untuk akaun UMNO dikendalikan oleh Presiden.

22. Najib dan isterinya terkenal dengan gaya hidup yang mewah. Jelas sekali jutaan telah dibelanjakan untuk pertunangan dan pelbagai majlis perkahwinan di Malaysia dan Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan ratusan juta dolar membeli hartanah di London, New York dan California. Beliau juga membiayai pembikinan filem Hollywood, “The Wolf of Wall Street” dengan perbelanjaan melebihi USD100 juta.

23. Dengan gaji Najib sebagai Perdana Menteri, adalah mustahil baginya untuk membelanjakan jutaan ringgit bagi semua ini. Ada satu kenyataan oleh PMO yang mendakwa bahawa wang bagi harta-harta luar negara dan filem itu telah diwarisi. Adalah mustahil bagi Tun Razak, atau Haji Noah atau bapa Rosmah untuk memiliki dan mewariskan ratusan juta Ringgit. Malah mereka tidak dikenali sebagai jutawan pun. Adik beradik Najib menafikan dakwaan itu.

24. Jadi dari mana datangnya wang itu? Najib mendakwa 2.6 bilion Ringgit itu telah didermakan kepadanya oleh seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tiada siapa yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada sesiapa. Dan Najib tidak dapat membuktikan bahawa orang Arab itu telah memberinya wang.

25. Dan dengan itu sebuah pasukan petugas khas yang terdiri daripada Peguam Negara, Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah ditubuhkan untuk menyiasat punca RM2.6 bilion berada dalam akaun peribadi Najib di Bank Arab-Malaysia.

26. Jawatankuasa Kira-Kira Dewan Rakyat juga sedang menyiasat apa yang berlaku kepada RM 42 bilion Ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Begitu juga Ketua Audit Negara.

27. Tiba-tiba Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa dia sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada sijil oleh doktor membuktikan dia sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa bahawa Peguam Negara sedang sakit.

28. Pada masa yang sama, ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dikatakan telah pergi bercuti. Gabenor Bank Negara membisu. Kemudian dia menyatakan dia takut ditangkap.

29. Dua daripada ahli-ahli Kerajaan PAC dilantik Timbalan Menteri dan dua lagi diberi pekerjaan lain. Mereka tidak dapat meneruskan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC adalah tanpa seorang Pengerusi dan siasatan 1MDB telah berhenti.

30. Dua anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah telah ditangkap, dibebaskan dan dipindahkan ke Pejabat Perdana Menteri. Selepas komplen dibuat mereka telah dipindahkan semula ke Suruhanjaya.
31. Penolong Ketua Cawangan Khas telah dipindahkan keluar. Beliau kemudian membuat kenyataan yang keras terhadap pemindahannya.

32. Orang yang bercakap mengenai 1MDB dan 2.6 bilion ringgit dalam akaun Najib, atau melaporkan mengenainya telah ditangkap, pasport mereka dirampas dan diancam oleh polis dengan soal siasat. Ianya seolah-olah sebarang soalan mengenai 1MDB dan Najib 2.6 bilion merupakan tindakan untuk melemahkan demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang dipilih dengan betul. Orang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa perbicaraan di bawah undang-undang baru yang bertujuan untuk mencegah tindakan keganasan. 

Bercakap tentang 1MDB dan RM2.6 bilion kepunyaan Najib seolah-olah merupakan tindakan keganasan. Najib lupa bahawa beliau sendiri terlibat dalam penyingkiran pemimpin terdahulu yang juga dipilih secara demokrasi.

33. Kemudian datangnya sesuatu yang menggemparkan. Al Jazeera menayangkan kisah pembunuhan gadis Mongolia Altantuya. Adalah jelas daripada kisah itu bahawa Najib mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

34. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu mempercayainya. Tetapi orang di seluruh dunia mempercayai cerita itu. Ia telah menjadi satu skandal.

Ayah Yang Disihir Isteri Muda Simbah Dan Halau Anak Sendiri


Viral sebuah rakaman video berdurasi 3 minit di laman Facebook yang menunjukkan beberapa adik beradik disimbah dengan air oleh seorang lelaki.

Zar Ali's photo. Difahamkan, 4 beradik berkenaan datang mahu berjumpa dengan bapa kandung mereka itu untuk meminta diwalikan, namun disimbah dengan air sebanyak tiga kali.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, lelaki itu bekerja sebagai seorang Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di SMK Sanglang, Perlis.

"Kesan hasutan bini muda janda beranak tiga akibat terkena sihir. Selepas berkahwin dengan isteri muda, pertalian dengan anak hilang. Si bapa sudah menjadi seperti dikawal oleh si bini muda. Moga Allah memberi balasan yang setimpalnya pada si bini muda yang meruntuhkan pertalian darah daging," katanya.

Tampil pula seorang individu yang mendakwa kejadian itu berlaku pada saudaranya sendiri.

"Ayah kepada saudara saya telah berkahwin dengan isteri baru. Apa yang berlaku ialah ayahnya seolah-olah bukan dirinya yang dulu. Dia melupakan anak-anak dan ibu kandungnya sendiri. Tanggungjawab sebagai ayah dan anaknya juga telah diabaikan. Walaupun begitu, anak-anak selalu merinduinya.

"Mereka pergi ke rumah lama mereka untuk bertemu dengan ayah. Apa yang berlaku ialah si anak disambut dengan 3 simbahan air baldi oleh ayah, isteri baru dan anak-anak tirinya. Si anak menunggu untuk bertemu dengan ayah sambil membaca rukyah dan sehingga azan berkumandang.

"Tiba-tiba keluar perkataan 'Lada Ayah' di dinding rumah lama mereka yang kini didiami oleh ayah dan isteri mudanya. Jadi saya ingin tahu, apa maksud kejadian ini? Lada Ayah? Dari mana datangnya tulisan ini? 

Apa yang harus mereka lakukan? Hubungi saya untuk tindakan yang perlu kami ambil," kata Adam Haziq.


- mymediahub.

Cerita Ketua Menteri Melaka Nafsu Besar Tambahan kereta mewah 'rasmi' KM Melaka dibidas



ADUN DAP Ayer Keroh Khoo Poay Tiong mempersoalkan keperluan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron untuk memiliki tiga kereta rasmi untuk kegunaannya, dua daripadanya dianggap sebagai kereta mewah.

Khoo berkata walaupun ketua kerajaan negeri berhak untuk kenderaan rasmi yang baik - yang mana Haron sudah mempunyai sebuah kereta jenis Honda Accord - tiga kereta terlalu banyak.

Khoo berkata dua lagi kereta adalah Mercedes Benz S400 dengan nombor pendaftaran MCM 1 dan Lexus R350 dengan nombort plat kereta MCS 11.

Ini telah disahkan dalam jawapan bertulis daripada ketua menteri kepada Khoo yang bertanyakan mengenai kenderaaan tersebut sewaktu sidang DUN Melaka pada 16 hingga 19 November.

Ia berkata Mercedes diperolehi melalui Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) berjumlah RM592,450.00 pada Julai 2015 manakala Lexus pula diperolehi melalui Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) untuk RM402,507.36 pada Oktober 2013.

Idris adalah pengerusi bagi PKNM dan SAMB disebabkan kerana beliau ketua menteri Melaka.

Dalam jawapan bertulis itu, kerajaan negeri mempertahankan pembelian kereta rasmi tambahan.



BLM

ANAK MUDA TAK SEINCI PUNYA TANAH? ( kecuali tanah waris bagi cukup untuk kubur sendiri)


Bang Maily II's photo.

HAKIKAT jelas tanah milik reserve Melayu di Malaya hanya tinggal 50% dan selebihnya telah digadai oleh yang berkuasa dan masa depan Melayu di Malaya memang susah. Maknanya orang Melayu bunuh orang Melayu sendiri kesan rakus, tamak dan haloba.

Di Sabah juga sama kelihatannya, seluas mata memandang dari Ranau-Telupid-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Tenom rata2 menghijau kesan kelapa sawit tetapi sayang beribu ekar itu atas nama syarikat/Sdn Bhd dan pemiliknya orang luar Sabah majoritinya.

Berdasarkan apa yang saya jelaskan makna kaum bumiputera di Sabah sama istilahnya dengan Melayu di Semananjung bakal menjadi pelarian di negeri sendiri.

Anak muda yang ada sekarang ini di Sabah rata2 tak punya tanah meski seincipun, yang ada hanyalah tanah warisan bapa dato nenek mereka yang kemudian di bahagiakan maka dapatlah sedikit untuk bina pondok tempat berteduh dan silap2 tanah untuk persemadian cucu cicit nanti tak punya.

Sekarang ini ada usaha orang asing yang baru dapat IC dan tarafnya sama dengan bumiputera terus berusaha memohon tanah di mana-mana yang belum punya geran dan mereka ini mendapat sokongan dari atasan dan sekarang inipun sudah sekian ramai mendapat tanah.

Orang kita pula asyik POLITIKING kedai kopi dan bijak sangat bicara soal politik meski hakikat sebenar mereka tidak tahu makna politik itu sebenarnya dan kesan asyik dengan dunia politik hebat di WHATSAPP dan laman sosial lain, tanah dan bumi mereka sendiri jadi milik orang lain dan akhirnya kaum bumi bakal merempat.

Mereka menang bersorak di mana pertemuan seperti kongress dan sebaganya tetapi kampung mereka tergadai. Burung terbang mereka pipiskan lada dan sama juga bagai pak kaduk atau mendengar guruh di langit air di tempayan ditumpahkan dan akhirnya kesan miskin susah terpaksa cium tangan peluk YB untuk minta bayarkan bil letrik dan air.

Duhai bangsaku, sampai kapan kira-kira kamu begini dan saya sendiri merasa malu sangat bila anak bangsaku menjadi peminta-minta dan asyik ikut belakang tetapi bila ditegur segera menjadi Hang Jebat menikam dan kita jadi musuh sampai mati.

Tidaklah mengapa, tugas saya menulis dan selebihnya terserah sama kamu bangsaku yang mulia dan baik hati tetapi kepala kena injak2 dan dijual nanti sama macam nilai ikan badukang.

Marah, silalah!


ISMAILY BUNGSU
sabah

YAPEIM LOKASI AMBIL KESEMPATAN?? ( anak kerabat Wanita Kelantan ambil kesempatan)

Bang Maily II's photo.

APApun jawaban, meski ikut cara tatakelola tadbir betul tindakan tetapi membelanjakan sekitar RM730 ribu untuk 3 projek di Amerika, Paris dan Australia dari segi moral TATAP tak betul, apa lagi kala Malaysia dalam kesusahan dana yang semakin menyempit kesan hutang negara membengkak dan kasus 1MDB.

Lebih teruk lagi bila famili Wanita UMNO Kelantan duduki kerusi di YaPeim dengan bergaji/selaun sekitar/mencecah RM90 ribu sebulan dan juta setahun dan ini memang KETERLALUAN tak masuk akal normal.

Setelah laporan dibuat kesan KEDAPATAN maka famili yang bergaji melampau itu segera digantung dan disiasat dan saya yakin ini akan terlepas seperti kes suaminya Sharizat yang menyentuh lembu.

Yapeim ditubuhkan khas bantu pendidikan anak-anak yatim dan keluarga miskin yang mahu berniaga dan hasil dana didapatkan dari rakyat serta ahli2 korporat yang siap menderma untuk dapat pahala dengan niat membantu anak2 yatim dan yang miskin berniaga.

Kesan disebut anak yatim dan orang miskin yang mahu berniaga, maka ramailah ahli2 korporat dan rakyat sederhana menderma dan ada yang rela gaji dipotong setiap bulan untuk maksud membantu dan ganjaran dari Allah.

Setelah wang dalam tabung menimbun bilion, maka adalah pemimpin yang memerintah melihat dengan MATA BESAR dan kemudian melantik anak kerabat suku sakat untuk duduki jawatan penting dalam YaPeim itu dan saya lihat Yapeim digunakan untuk ambil kesempatan kayakan dan senangkan diri keluarga suku sakat kroni terdekat.

Inikah pemimpin yang boleh kita peggang janji dan boleh diamanahkan untuk menaga harta anak-anak yatim dan orang susah? Ini baru dana anak Yatim dan orang miskin, belum lagi dana lain yang bukan milik anak2 yatim dan orang miskin.

Di mana saja ada kesempatan mereka semua membuka mata lebar2 dan kepala otak mereka siap bagaimana caranya untuk mengambil kesempatan secara ikut undang2 yang benar meski dari segi MORAL langsung tak boleh diterima akal lojik kecuali akal setan.


ISMAILY BUNGSU
sabah
30/11/2015

AL FATIHAH YUS ( JAMBU ) RAJA LAWAK MENINGGAL DUNIA !


Maria AR's photo.

YUS JAMBU AKAN DIKEBUMIKAN DI PERLIS & 10 PERKARA TENTANG YUS
KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi mengesahkan jenazah pelakon dan pelawak terkenal, Yussry Eddo atau lebih dikenali dengan Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Perlis, hari ini.

Yus Jambu meninggal dunia kira-kira jam 1 pagi tadi di Hospital Selayang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham, 39, dikejarkan ke hospital berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Selayang sebelum mengadu sesak nafas.

Beliau sebelum itu, mengadakan persembahan program Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi.
"Allahyarham Yus Jambu akan dikebumikan di kampung halamannya di Tanah Perkuburan Kampung Nesam, Batu Pahat, Kangar Perlis, hari ini," kata Zed Zaidi ketika dihubungi Bernama hari ini. - BERNAMA
Belasungkawa: 10 perkara tentang Yus Jambu

Tidak ramai sebenarnya pelawak di Malaysia yang mampu berada dekat di hati rakyat Malaysia. Selain pasaran yang terhad, hakikat bahawa tidak ramai yang mampu menjadi pelawak berkualiti juga menjadi penyebabnya.

Namun dalam golongan yang kecil itu, nama Yus Jambu antara yang mekar dan mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Justeru tidak hairanlah, pemergiannya ditangisi ramai.

Mari kita imbas kembali perjalanan hidup Yus.

1. Yus, atau nama sebenarnya Yussry Edoo, dilahirkan pada 15 Mac 1976 dan berasal dari Kangar, Perlis.
2. Mula menceburi bidang seni pada tahun 2001 selepas menyertai pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan anjuran sebuah stesen televisyen.

3. Bakatnya mula mendapat perhatian apabila menyertai pertandingan Raja Lawak musim pertama pada tahun 2007, seterusnya dinobatkan sebagai juara.

4. Pada tahun 2011, Yus bersama Tauke membentuk kumpulan Jambu dan menyertai Maharaja Lawak Mega. Mereka berjaya mendapat tempat keempat.

5. Gandingan kedua-dua mereka muncul naib johan Maharaja Lawak Mega edisi 2012.

6. Pernah dinobatkan sebagai Pelakon Teater Terbaik Kebangsaan pada tahun 2004.

7. Sudah terbabit dalam lebih 20 buah drama dan 11 buah filem.

8. Antara tagline Yus yang paling mendapat perhatian adalah 'Boleh tuju lagu', 'kicap ada kicap', 'Yaya Toure Manchester City', 'apa pun tak boleh' dan 'kokdiang'.

9. Yus antara artis yang aktif bersama Kelab Sukan Artis Malaysia (MASC).

10. Yus dilaporkan rebah selepas menjayakan Raja Band di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. 

Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Selayang namun meninggal dunia kira-kira jam 12.15 pagi semalam.



- astroawani

MENULIS KENA HATI-HATI ( menarik rambut dalam tepung)

Bang Maily II's photo.

SEBAGAI penulis kita kena hati2 bila menyebut soal bangsa dan agama. Kita boleh menyebutnya tetapi biarlah caranya seperti menarik rambut dalam tepung dan jangan sekali menulis secara membabi buta.

Kita tahu di kawasan Melayu yang UMNO menangi rata2nya Islam yang agak sukar ditawan sebab di situ pelbagai bangsa jadi pengundinya tetapi majoritinya Islam dan kita tahu juga siapa penentu kemenangan di situ.

Sekadar undi KDM kita tidak akan dapat menawan jika kita gagal menawan hati orang islam sendiri dan itu sebab kita kena hati2 30 kawasan dan menulis mesti cukup berhemah dan itu menyebabkan saya ingat katanya arwah Nik Aziz siap menerima siapa saja jadi ahli PAS meski setan.

Presiden Parti pernah berkata kasus PTI akan diselesaikan kemudian dan itu jelas kenyataan pemimpin yang bijak dan kita tak boleh mengatakan sesuatu yang menyebabkan mereka tersinggung kala ramai kalangan mereka memang pengundi PKR dan kalau dikata bukan2 tak hairan mereka akan mengundi BN dan akhirnya kita GIGIT JARI.

Suku kaum bugis ini jenis telus dan jujur serta kuat kerja dan sejarahnya cukup lama di Sabah. Samalah macam sejarah bugis di Johor yang sudah bertapak berkurun di sana.

Ikut "The British North Borneo Herald" bertarikh 1 Nov, 1892 Sir Dunlop telah melantik Bugis namanya PUADO yang pertama datang ke Tawau sebagai penghulu di Tawau lama makna British iktiraf Bugis.

Maknanya kesan sejarah itu tidak boleh lagi kita pertikaikan hakikat dan itu lagi menguatkan kesan 20 perkara telah menentukan yang ada di Sabah kena memilih jadi warganegara negara asal atau Sabahan dan mereka memilih Sabahan/Malaysia 1963. Fakta.

Sementara suku Suluk ini juga lebih hebat sejarahnya sebab Suluk yang ada sudah ada di Sabah sebelum Inggeris berada di Sabah, malah sebelum Amerika/Joseph tore kuasai Kimanis( nama asal Ellena)zaman sultan Mumin.

Memang suku Suluk ini ada kaitan/bersaudara dengan Sultan Brunei yang dulu kuasai sebahagian pulau Borneo dan sehinggalah pejuang2 Suluk seperti Mat Salleh, Tun Mustapha mempertahankan Sabah dari jajahan Inggeris dan Jepun. Ini hakikat sejarah.

Yang jelas mereka itu orang Sabah sebab inilah tempat mereka lahir, mati dan di semadi. Filifina bukan negara mereka dan samalah macam bugis di Johor meski asalnya di Indon tetapi cinta kasih mereka ialah Malaysia bukan Indon dan demikian juga suluk di Sabah cinta kasih mereka Sabah/Malaysia bukan Filiffina meski leluhurnya di sana.

Sama juga macam Cina di Malaysia tak akan sama dengan cina di Tiongkok dan cina di Malaysia tetapi cintanya dengan Malaysia dan bukan maharaja Cina dan sama juga dengan India yang lahir di Malaysia dan tak akan mati semadi atau bakar buang habuknya di sungai gangga.

Untuk PRU-14 ini kesan Kiram, saya nampak dan perhatikan ramai mereka yang menyokong BN sudah beralih ke PKR dan mari kita usaha berbicara sesuatu yang baik dan dalam politik mendapatkan seorang daripada mereka akan jelas kita akan dapat menambah sebab budaya mereka itu jenis pakat2 dan akan datang menyokong secara bondong2. Tak hairan BN tumbang jika kita bijak punya wawasan berjiwa besar.
Soalnya sekarang, kita mahu menang atau kalah?

Jika mahu menang maka kalian tentu mengerti apa maksud saya ini. Jika sebaliknya janganlah bermimpi di siang hari, semua akan sia2 jadinya dan baik tidur peluk bini siang malam sekurang ada hasil didapatkan banding hu ha hu ha yang tak membawa makna langsung.

Selamat berfikir secara lojika bukan auta.



ISMAILY BUNGSU
30/11/2015