Followers

Saturday, August 31, 2013

VIDEO - FORUM RAKYAT-DR ASRI-MENGAPA MUFTI BANYAK YG DIAM















Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg kE 56TAHUN...

Photo: Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg kE 56TAHUN...
Semoga Semangat Terus Membara..
Jangan Hanya Kerana Imbuhan yg Tak Seberapa Kita BerPaling Kata..
Biar Kalah Bermaruah dari Menang Cara Haram Jadah..
Yang Salah Terbentang DiDepan Mata.
Namun Kuasa yg Ada MenyelamatKan Diri Dari diSinggahsana..
Namun Masa Tetap Akan Tiba..yg Durjana Pasti Tersungkur Jua.
Cuma Mungkin Waktu Belum Tiba Menyebelahi Pakatan Rakyat Menerajui Tampuk 
Pemerintahan Negara..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg kE 56TAHUN...
Semoga Semangat Terus Membara..

Jangan Hanya Kerana Imbuhan yg Tak Seberapa Kita BerPaling Kata..

Biar Kalah Bermaruah dari Menang Cara Haram Jadah..
Yang Salah Terbentang DiDepan Mata.
 
Namun Masa Tetap Akan Tiba..yg Durjana Pasti Tersungkur Jua.

Cuma Mungkin Waktu Belum Tiba Menyebelahi Pakatan Rakyat Menerajui Tampuk Pemerintahan Negara.
 

Kibar Jalur Gemilang tunggang kereta LEMBU


GEORGETOWN - Warga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ramakrishna hari ini mencipta keunikan tersendiri apabila mengibar Jalur Gemilang dengan menaiki sebuah kereta lembu berhias di perkarangan sekolah mereka di Jalan Scotland, di sini.

Perarakan berwarna-warni itu disertai 325 murid dan 27 guru yang memakai pakaian tradisional pelbagai kaum di negara ini sambil menyanyikan lagu patriotik dengan penuh bersemangat.

Guru Besar sekolah, K.Puvaneshwari berkata program itu hasil cetusan idea guru sekolah berkenaan untuk menzahirkan semangat patriotik terhadap negara sempena Hari Kemerdekaan ke-56 yang bakal disambut esok.

"Tahun ini kami cuba membuat kelainan untuk menerap rasa cinta warga sekolah terhadap negara sekali gus mencipta memori berharga buat kami," katanya kepada RTM dan Bernama.

Beliau berkata dalam program itu warga sekolah berkenaan turut mengecap tapak tangan pada kain rentang sepanjang lebih 100 meter sebagai simbolik perpaduan yang kemudiannya digantung di sekitar pagar sekolah.

Dalam ucapan ringkasnya Puvaneshwari menggesa warga sekolah menghargai nikmat kemerdekaan dan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertahankannya serta sentiasa berusaha memberi sumbangan bermakna kepada negara.

Beliau turut mengingatkan murid sekolah berkenaan supaya sentiasa mengamalkan nilai murni dalam kehidupan seharian dan tidak jemu menuntut ilmu sebagai bekalan hidup masa depan. - BERNAMA

Sugasini Kandiah on "Tanda Putera"

"In fact, the scene where former Selangor MB Harun Idris gathers his men and urges them to drop their weapons and then faints when his mob runs riot is simply pathetic."

"Your depiction of how Tunku Abdul Rahman “happily resigned” when he had in fact been ousted was also disappointing" 

---Sugasini Kandiah on "Tanda Putera" 

Rakyat Kelantan Mendesak Shuhaimi Baba Memohon Maaf, Datuk Paduka Shuhaimi Baba sila minta maaf dengan seluruh rakyat Kelantan, Tanda Putera
"In fact, the scene where former Selangor MB Harun Idris gathers his men and urges them to drop their weapons and then faints when his mob runs riot is simply pathetic."

"Your depiction of how Tunku Abdul Rahman “happily resigned” when he had in fact been ousted was also disappointing" 

---Sugasini Kandiah on "Tanda Putera" 

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya Ketika A.Samad Said Berucap.


Photo: Saturday, 31 August 2013.

Lelaki Botak Ini Bodoh Nak Mampus..

Lelaki Mengamuk Rampas Bendera Sang Saka Malaya Ketika A.Samad Said Berucap.

Kelakar betul. Nak mengamuk atas benda remeh temeh. Itupun berlaku atas sebab ham. Jangan negatif sangat pada orang yang bawa bendera Sang Saka Malaya tue beb. Mereka bawa dan kibarkan bendera tue atas nama nasionalisme. Mengenangkan pejuang2 tokoh kemerdekaan parti politik gabungan haluan kiri. Bukan mengenangkan PKMM je. Jangan salah sangka.

Bendera Sang Saka Malaya juga di anggap sebagai bendera rakyat dengan sedikit ubahsuai.


Bendera ini pernah diperkenalkan sebagai bendera rakyat ketika parti politik gabungan haluan kiri percaya bahawa mereka sedang menghampiri jalan untuk mendapatkan kemerdekaan di negara itu suatu ketika dulu.

Bahkan diterima oleh rata2 rakyat di Tanah Melayu ketika itu sebelum Jalur Gemilang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pertandingan mengenai bendera dilakukan oleh kerajaan. Maksudnya, mungkin ketika itu, semua nya telah bersetuju secara majoriti memperakui Jalur Gemilang. Jika pernah berlaku bantahan, maaf tak pula aku tahu. Tetapi itu tak bermaksud bendera Sang Saka Malaya itu jika dikibarkan sekali dengan Jalur Gemilang di anggap sebagai mencemar kedaulatan Jalur Gemilang. Rilex sudah la.

Hanya nak mengenang kembali tokoh2 pejuang haluan kiri. Bukan nak cetuskan provokasi. Nasib baik tiada mana2 pihak dari pembangkang yang membalas semula provokasi murahan dari lelaki berbaju biru tue. Kalau tak, habislah satu media Malaysia canang aktivis2 PRO RAKYAT ganas nak mampos. Ko menjerit la sorang2. Orang dok perhatikan je gelagat ko. Mungkin depa pun dok terfikir2. Ini orang ke monkey?

Nak marah kang, kalau monkey, reti ke dia faham?

KAH KAH KAH

Pengecut? Ada terbaca di youtube, mereka kata pejuang rakyat pengecut sebab tak balas balik tindakan lelaki tersebut. BTW, untuk benda2 gini kalau jadi pengecut pun takde masalah. Pengecut takmo balas provokasi memang tindakan yang bijak dan bernas. Orang bodoh balas provokasi. Orang bijak tak balas provokasi. Jadi pengecut sebab tak terikut2 untuk menjadi orang bodoh ialah satu tindakan yang betul. Keganasan bukan stail aktivis2 rakyat. Sorry.

KAH KAH KAH

- amenoworld

 
Posted by Jeebond BLMLelaki Botak Ini Bodoh Nak Mampus..
 
 
Kelakar betul. Nak mengamuk atas benda remeh temeh. Itupun berlaku atas sebab ham. Jangan negatif sangat pada orang yang bawa bendera Sang Saka Malaya tue beb. 
 
Mereka bawa dan kibarkan bendera tue atas nama nasionalisme. Mengenangkan pejuang2 tokoh kemerdekaan parti politik gabungan haluan kiri. Bukan mengenangkan PKMM je. Jangan salah sangka.

Bendera Sang Saka Malaya juga di anggap sebagai bendera rakyat dengan sedikit ubahsuai.

Bendera ini pernah diperkenalkan sebagai bendera rakyat ketika parti politik gabungan haluan kiri percaya bahawa mereka sedang menghampiri jalan untuk mendapatkan kemerdekaan di negara itu suatu ketika dulu.

Bahkan diterima oleh rata2 rakyat di Tanah Melayu ketika itu sebelum Jalur Gemilang diperkenalkan oleh kerajaan selepas pertandingan mengenai bendera dilakukan oleh kerajaan. 
 
Maksudnya, mungkin ketika itu, semua nya telah bersetuju secara majoriti memperakui Jalur Gemilang. Jika pernah berlaku bantahan, maaf tak pula aku tahu. 
 
Tetapi itu tak bermaksud bendera Sang Saka Malaya itu jika dikibarkan sekali dengan Jalur Gemilang di anggap sebagai mencemar kedaulatan Jalur Gemilang. Rilex sudah la.

Hanya nak mengenang kembali tokoh2 pejuang haluan kiri. Bukan nak cetuskan provokasi. 
 
Nasib baik tiada mana2 pihak dari pembangkang yang membalas semula provokasi murahan dari lelaki berbaju biru tue. Kalau tak, habislah satu media Malaysia canang aktivis2 PRO RAKYAT ganas nak mampos. 
 
Ko menjerit la sorang2. Orang dok perhatikan je gelagat ko. Mungkin depa pun dok terfikir2. Ini orang ke monkey?

Nak marah kang, kalau monkey, reti ke dia faham?

KAH KAH KAH

Pengecut? Ada terbaca di youtube, mereka kata pejuang rakyat pengecut sebab tak balas balik tindakan lelaki tersebut. BTW, untuk benda2 gini kalau jadi pengecut pun takde masalah. 
 
Pengecut takmo balas provokasi memang tindakan yang bijak dan bernas. Orang bodoh balas provokasi. Orang bijak tak balas provokasi. Jadi pengecut sebab tak terikut2 untuk menjadi orang bodoh ialah satu tindakan yang betul. Keganasan bukan stail aktivis2 rakyat. Sorry.

KAH KAH KAH

- amenoworld

GAMBAR HIASAN.

Posted by Jeebond BLM
 

Apa Sebenarnya Berlaku.......

Photo: Pihak British mahukan Borneo Utara (Sabah) sungguh-sungguh merdeka dan BUKANNYA DIJAJAH SEMULA atau berlakunya PEMINDAHAN PENJAJAHAN dari London ke Kuala Lumpur. Kenyataannya adalah seperti berikut :

" Sekiranya adanya cadangan bahawa Malaysia akan melibatkan satu 'pengambilalihan' wilayah-wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan TERPADAMNYA CIRI-CIRI INDIVIDU Borneo Utara dan Sarawak, pada pendapat saya, secara amnya, Malaysia tidak akan diterima atau berjaya. " - Lord Cobbold, Pengerusi Suruhanjaya Cobbold ( Sebelum Pembentukan Malaysia ) -

p.s : sharing is caring. KNOW YOUR HISTORY ~~
Pihak British mahukan Borneo Utara (Sabah) sungguh-sungguh merdeka dan BUKANNYA DIJAJAH SEMULA atau berlakunya PEMINDAHAN PENJAJAHAN dari London ke Kuala Lumpur. 
 
Kenyataannya adalah seperti berikut :

" Sekiranya adanya cadangan bahawa Malaysia akan melibatkan satu 'pengambilalihan' wilayah-wilayah Borneo oleh Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) dan TERPADAMNYA CIRI-CIRI INDIVIDU Borneo Utara dan Sarawak, pada pendapat saya, secara amnya, Malaysia tidak akan diterima atau berjaya. " - Lord Cobbold, Pengerusi Suruhanjaya Cobbold ( Sebelum Pembentukan Malaysia ) -

p.s : sharing is caring. KNOW YOUR HISTORY ~~
 

TRAGEDI DOUBLE 6.... kemalangan atau KONSPIRASI...??.

Photo: TRAGEDI DOUBLE 6.... kemalangan atau KONSPIRASI....

Tragedi 'Double Six' banyak menimbulkan persoalan di kalangan RAKYAT Sabah. Dalam peristiwa ini, Tun Fuad Stephen, Ketua Menteri di bawah kerajaan Berjaya yang baru memerintah selama 51 hari bersama 4 ahli kabinet menterinya telah ditimpa nahas kapal terbang dalam penerbangan balik ke Kota Kinabalu dari Labuan. Tun Fuad TIDAK MENANDATANGANI perjanjian penyerahan kuasa petroleum kepada Petronas dalam pertemuannya dengan rombongan Kuala Lumpur di Labuan kerana, baginya perkara itu harus dibawa dalam mesyuarat kabinet dahulu. Datuk Harris Salleh, Ketua Menteri Sabah yang telah menggantikan Tun Fuad Stephen telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur dengan kenyataan Mahathir, " berenang dan tenggelam bersama Berjaya ". Datuk Harris Salleh TELAH MENANDATANGANI penyerahan kekuasaan petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, pada 14 JUN 1976, IAITU 8 HARI SELEPAS NAHAS KAPAL TERBANG YANG MERAGUT NYAWA TUN FUAD DAN RAKAN-RAKANNYA, TANPA DIBAWA DALAM PERBINCANGAN KABINET MENTERINYA...... 

P.S : sharing is caring. KNOW YOUR HISTORY.
Lynia Francis Kamuntah
Tragedi 'Double Six' banyak menimbulkan persoalan di kalangan RAKYAT Sabah. 
 
Dalam peristiwa ini, Tun Fuad Stephen, Ketua Menteri di bawah kerajaan Berjaya yang baru memerintah selama 51 hari bersama 4 ahli kabinet menterinya telah ditimpa nahas kapal terbang dalam penerbangan balik ke Kota Kinabalu dari Labuan. 
 
Tun Fuad TIDAK MENANDATANGANI perjanjian penyerahan kuasa petroleum kepada Petronas dalam pertemuannya dengan rombongan Kuala Lumpur di Labuan kerana, baginya perkara itu harus dibawa dalam mesyuarat kabinet dahulu. 
 
Datuk Harris Salleh, Ketua Menteri Sabah yang telah menggantikan Tun Fuad Stephen telah mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kuala Lumpur dengan kenyataan Mahathir, " berenang dan tenggelam bersama Berjaya ". 
 
Datuk Harris Salleh TELAH MENANDATANGANI penyerahan kekuasaan petroleum Sabah kepada Kuala Lumpur melalui Petronas, pada 14 JUN 1976, IAITU 8 HARI SELEPAS NAHAS KAPAL TERBANG YANG MERAGUT NYAWA TUN FUAD DAN RAKAN-RAKANNYA, TANPA DIBAWA DALAM PERBINCANGAN KABINET MENTERINYA......

P.S : sharing is caring. KNOW YOUR HISTORY.
 

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?

Kembara Hijau 
Bismillah.......

Assalamualaikum.......^^

Sebagai renungan dan Ingatan bersama...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Insha Allah...

~~ MAKNA SALAM ~~

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? 

Apakah maksud disebaliknya??

Firman ALLAH, maksudnya:

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:

"SALAM (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

(Qur'an Surah 43: Ayat: 89)

Lebih baik kita gunakan..

"ASSALAAMU 'ALAIKUM" atau

"ASSALAAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAAKATUH..."

Rasulullah saw MEMBERI salam dengan lafaz

"Assalaamu 'alaikum"

dan MENJAWAB salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu

"Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh"

Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan -

"Assalaamu 'alaikum"

dan...Jawab salam - "Wa 'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh"

Firman Allah maksudnya:

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan yang sepadan dengannya). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” [Surah An-Nisa’ : 86]

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah:

"WA 'ALAI KUMUS - SALAM" dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu :

"WA 'ALAI KUM SALAM"

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita
berkata

"Kirim salam, "Assalaamu 'alaikum pada si-polan" contohnya...

Dan bukannya : "Kirim salam kat si-polan"

Dan jangan pula tambah perkataan seperti "tolong kirim salam maut kat dia"

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi
syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan.

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan

"Assalaamu 'alaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalaamu 'alaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan
"Assalaamu 'alaikum".

Sesama lah kita memberitahu rakan2 yang selalu sangat guna
ringkasan "A'kum" dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang
bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar ringkasan "A'kum", kita
ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan
"Assalaamu 'alaikum".

Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud
"Di Bawah Naungan Pope."

Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka Kamu."

Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalaamu 'alaikum."

WaLLaHu A'LaM

Salam Ukhuwah..

Takbir!Bismillah.......

Assalamualaikum.......^^

Sebagai renungan dan Ingatan bersama...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan
muslim yang lain.

Insha Allah...

~~ MAKNA SALAM ~~

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"?

Apakah maksud disebaliknya??

Firman ALLAH, maksudnya:

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:

"SALAM (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk).

(Qur'an Surah 43: Ayat: 89)

Lebih baik kita gunakan..

"ASSALAAMU 'ALAIKUM" atau

"ASSALAAMU 'ALAIKUM WARAHMATULLAAHI WABARAAKATUH..."

Rasulullah saw MEMBERI salam dengan lafaz

"Assalaamu 'alaikum"

dan MENJAWAB salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu

"Wa'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh"

Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan -

"Assalaamu 'alaikum"

dan...Jawab salam - "Wa 'alaikumussalaam warahmatullaahi wabarakaatuh"

Firman Allah maksudnya:

“Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu (salam) penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan yang sepadan dengannya). 
Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung setiap sesuatu.” [Surah An-Nisa’ : 86]

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah:

"WA 'ALAI KUMUS - SALAM" dan bukannya yang selalu kita dengar iaitu :

"WA 'ALAI KUM SALAM"


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita
berkata

"Kirim salam, "Assalaamu 'alaikum pada si-polan" contohnya...

Dan bukannya : "Kirim salam kat si-polan"

Dan jangan pula tambah perkataan seperti "tolong kirim salam maut kat dia"

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan.

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan

"Assalaamu 'alaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan "Assalaamu 'alaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti
dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalaamu 'alaikum".

Sesama lah kita memberitahu rakan2 yang selalu sangat guna
ringkasan "A'kum" dalam sms ataupun email.

Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar ringkasan "A'kum", kita
ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan
"Assalaamu 'alaikum".

Jangan guna "Bye" kerana"Bye" adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud "Di Bawah Naungan Pope."


Jangan guna "A'kum" kerana"A'kum" bermaksud "Binatang" dalam bahasa Yahudi.

Jangan guna "Semekom" kerana "Semekom" bermaksud "Celaka Kamu."

Gunakan perkataan" As Salam" sebagai singkatan bagi "Assalaamu 'alaikum."

WaLLaHu A'LaM

Salam Ukhuwah..

Takbir!

VIDEO - Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British (Zainal Kling, 2011)





MB Pahang tak setuju teori M'sia tak pernah dijajah 




Ini Filem Tipu Sejarah !!

Pakatan Rakyat Supporters's photo.
tanda MACAI menipu lagi, semasa tahun 1969 itu, parti yang membuat huru hara adalah parti GERAKAN dan bukannya DAP, sejarah ini telah tertulis bahawa ketika itu parti GERAKAN komunis yang ada pada hari ini belum lagi bergabung dengan parti 46% BARISAN NASIONAL, 

PRs - pengarah filem siap menipu sejarah untuk kepentingan BN, siap dapat dato sri lagi dia! itulah hakikat dalam BN, siapa kuat AMPU dan TIPU, sure dapat tan sri atau dato sri, silap2 dapat TUN! kah3
 
Tanda MACAI menipu lagi, semasa tahun 1969 itu, parti yang membuat huru hara adalah parti GERAKAN dan bukannya DAP, sejarah ini telah tertulis bahawa ketika itu parti GERAKAN komunis yang ada pada hari ini belum lagi bergabung dengan parti 46% BARISAN NASIONAL,

PRs - pengarah filem siap menipu sejarah untuk kepentingan BN, siap dapat dato sri lagi dia! itulah hakikat dalam BN, siapa kuat AMPU dan TIPU, sure dapat tan sri atau dato sri, silap2 dapat TUN! kah3

PATI yg Kian Ramai Mewarnai Bumi yg Makmur ini..

(Ogos 30 2013)PKR mendakwa pegawai kerajaan Malaysia di Bangladesh terlibat dalam pengeluaran visa pelancong untuk membolehkan ribuan warga negara itu masuk dan bekerja di Malaysia dengan cara meragukan.

Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mendakwa, tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebuah agensi pelancongan.

Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau mengesan terdapat warga Bangladesh masuk ke Malaysia menggunakan 'visa pelancong' dengan dokumen sokongan palsu yang diuruskan syarikat terbabit.

Jumlahnya, dakwa Sivarasa lagi mencecah angka seribu orang setiap hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menerusi enam penerbangan terus Dhaka-Kuala Lumpur.

Modus operandinya, dakwa Sivarasa, kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka mengeluarkan visa yang dimudah cara syarikat pelancongan itu dengan menggunakan dokumen palsu dengan bayaran 32,000 Taka (RM1,300).

Bayaran rasmi visa hanya 500 Taka (RM20) sahaja beserta caj yang dibenarkan sehingga 1,000 Taka (RM40).

"Maklumat ini mencadangkan bayaran rasuah digunakan untuk melicinkan proses mengeluarkan visa di Pesuruhjaya Tinggi dan juga untuk memastikan tiada masalah sewaktu pemeriksaan masuk di Dhaka.

"Pada masa sama, kakitangan Imigresen di KLIA juga tidak mencegah kemasukan lebih kurang 1,000 'pelancong' Bangladesh yang tiba setiap hari di KLIA ini," katanya.

Sivarasa membuat laporan polis berhubung perkara sama di balai polis Tropicana dekat Petaling Jaya hari ini. Beliau juga berkata akan memajukan dokumen berkaitan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)

Turut disertakan dalam laporan polis, nama dan nombor pasport lima warganegara Bangladesh yang didakwa memperoleh visa pelancong mereka dengan cara yang meragukan, katanya.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi Wisma Putra dan syarikat terbabit berhubung dakwaan itu.


http://www.malaysiakini.com/news/239782

Ramai yang pm tanya kami best ka dok sini (Bangkok)

Sawadee Kap masuk pintu keluar tingkap
Ramai yang pm tanya kami best ka dok sini (Bangkok)

Jawapan kami. Sangat best dan sedap. Sesedap Umngok tipu korang. Kaut harta negara berbillion tuk poket sendiri pastu cipta isu perkauman kata PR bla bla bla. Yang bodoh, kena tipu idup2. Padahal yang memecah belahkan ialah Umngok sendiri. Phuiiihh najis..... Alergik kami nak sebut nama Umngok nih. Terus teringat cerita yang tengah hot tahap mangkuk jamban taik yang ada ulat bertajuk Tandas UMngok

-Nak cikaro macam Rosmah idola 1 Malaysia ada. Yang cun lagi dari minah Mongolia yang nasib tak baik lagi la ada.

-Nak beli kapal selam tak payah pakai orang tengah  yang sauk untung berbillion atas angin macam Malaysia buat. 

-Kat sini hasilnya negara tak macam Malaysia yang banyak dan pelbagai sampai tahap ada ranking dalam dunia (Petronas, sawit, getah hanya sebahagian contoh) tetapi nasib rakyat terbela. Tol hanya kat Bangkok ja. Beribu-ribu kilometer free je. 

-Nak keta terbaru keluaran Proton  "Suprimau" ada (dah hampir nak masuk pasaran sini) tapi kami tak selera nak pakai. Sebab rasa kesian kat rakyat malaysia kena tipu idup-idup, jual kat sini lebih murah berbanding Malaysia. Padan muka korang. Undi la lagi parti menipu Umngok tuh. Baik aku pakai Honda lagi ok. Ngeh3

Susah kami nak cakap. Kalah astro yg macam-macam ada tu kat sini. Yang bebal tak pernah keluar negara je kata Malaysia bagus itu ini. Yang pastinya duit Malaysia terus jatuh setiap hari. Tiap-tiap bulan kami hantar duit kat Malaysia curency berubah. Nak jahanam dah agaknya ekonomi Malaysia tapi tak apa Malaysia aman dibawah pemerintahan UMngok. Nanti UMngok boleh charge semua benda alah kat rakyat malaysia yang bodoh bagi undi pada mereka sebagai tanda terima kasih memberi mereka peluang ke 13 kali (yang tak bagi undi pada mereka semua pandai dan tahniah kami ucapkan).
*Kalau admin asal King Jason tenang bila tenung muka Mathir Kutty. Kami pula sangat tenang merenung muka Rosmah idola 1Malaysia sampai histeria mengingati beliau. Sayang Kak Mah ketat-ketat.

Admin: #Tompo

1,000 warga Bangladesh masuk secara haram setiap hari ?

 
Kira-kira 1,000 warga asing Bangladesh memasuki Malaysia secara tidak sah setiap hari dan menggunakan dokumen palsu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) , kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, R Sivarasa (gambar).

Beliau berkata, kes pemerdagangan manusia ini berlaku membabitkan kerjasama beberapa pihak di Malaysia dan Bangladesh.


"Beribu-ribu warga Bangladesh memasuki negara kita melalui visa pelancong setiap bulan untuk bekerja di sini."Pada setiap hari, enam pesawat dari Dhaka mendarat di KLIA dengan kira-kira 1,000 penumpang menggunakan visa pelancong. Saya difahamkan majoriti daripada mereka bukan pelancong tulen tetapi datang dengan tujuan mencari kerja," katanya ketika ditemui di Petaling Jaya hari ini.

Sivarasa berkata, kebanyakannya tidak pulang ke Dhaka dalam tempoh 30 hari seperti yang ditetapkan malah warga asing berkenaan dapat memperoleh dokumen palsu dengan harga 32,000 Taka Bangladesh atau RM1,300 bagi mendapatkan dokumen itu.

Beliau mendedahkan pihak yang terlibat ialah ejen jualan am Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang beroperasi di Bangladesh iaitu Union Tours and Travel Limited (UTT), kakitangan di bahagian pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh dan kakitangan Imigresen di KLIA.

Katanya, sejak UTT dilantik oleh MAS, penerbangan dari Bangladesh ke Malaysia meningkat kepada dua pesawat sehari.

"Peranan UTT di Dhaka ialah bersekongkol dengan kakitangan pemprosesan visa di Suruhanjaya Tinggi di Dhaka bagi memastikan mereka yang menggunakan visa pelancong tidak menghadapi masalah ketika daftar masuk di Lapangan Terbang Dhaka.

"Imigresen di KLIA juga terlibat dalam jenayah ini dengan tidak memeriksa setiap penumpang secara rapi. Kelalaian ini mengakibatkan pekerja Bamgladesh dieksploitasi di tempat kerja oleh majikan atau tempat mereka ditahan.

"Sikap sambil lewa memberi kerugian kepada negara kerana tidak dapat mengutip yuran pekerja asing yang berkhidmat secara sah," katanya.

Sivarasa berkata, amalan haram ini mendapat liputan meluas di Bangladesh dan akhbar tempatan giat melaporkan keadaan salah laku itu. - 

Ahli Politik Guna Gengster ??

Ni tajuk muka depan Sinar Harian hari ini. Mengikut pendedahan yang dibuat oleh bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Seri Dr. Suleiman Mohamed penggunaan gengster oleh ahli politik ini bertujuan bagi meningkatkan pengaruh politik masing-masing.

Pendedahan 49 kumpulan Kongsi Gelap oleh KDN dan tindakan OPS Cantas oleh PDRM di seluruh negara amat dialu-alukan. Namun masih ada lagi kongsi gelap yang tidak disenaraikan kerana mereka ini membayar yuran kepada Akta Pertubuhan termasuklah kumpulan Merpati Putih yang diketuai oleh Datuk Seri Adnan Yaakob Menteri Besar Pahang.

Kita mempersoalkan ketelusan polis membenteras kegiatan ini kerana kenapa tidak menyeluruh. Banyak lagi gengster yang berjenama politik ini masih bebas diluar seperti Awie, Datuk Ismail pengawal peribadi Dey Kuty dan lain-lain. So polis buat la kerja betul-betul jangan berpolitik pulak.

Nak hapuskan jenayah janganlah pilih bulu nanti rakyat juga yang jadi mangsa dulu.
 

Jalur Gemilang kurang kerana merdeka ‘diUmnokan’


TEMERLOH: Menjelang beberapa jam sahaja lagi negara akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ke-56, rata-rata dilihat rakyat bagaikan tidak cakna dan tidak mempedulikan 31 Ogos tarikh yang dianggap 'keramat' oleh kerajaan itu.

Ini dapat diukur dengan kurangnya pengibaran bendera Jalur Gemilang pada kenderaan, premis-premis perniagaan dan di rumah kediaman sehingga sambutan merdeka tahun ini dilihat suram dan hambar jika dilihat daripada sambutan rakyat.

Dalam tinjauan sepanjang perjalanan dari plaza tol Bentong ke Kuantan, jumlah kenderaan yang lalu-lalang, didapati yang melekatkan atau mengibarkan Jalur Gemilang hanya boleh dibilang dengan jari.

Begitu juga dengan kebanyakan premis perniagaan seperti restoran, pusat membeli-belah dan stesen minyak, bangunan swasta, pejabat dan bangunan di kawasan komersial di beberapa jalan utama di Kuantan dan Temerloh juga dilihat tidak berbuat demikian.

Memang terdapat gesaan daripada pihak kerajaan terutama melalui media televisyen menyeru rakyat mengibarkan bendera kebangsaan. Namun jelas sekali gesaan tersebut hanya dipandang sepi oleh umum.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tampil melahirkan rasa kecewa kerana kurangnya sambutan masyarakat terhadap Kempen Kibar Jalur Gemilang sempena Hari Kemerdekaan ke-56 negara.

Lebih memalukan, pihak kerajaan atau penaja ada mengedarkan bendera percuma tetapi orang ramai masih enggan memasang atau mengibarkannya.

Namun tindakan tidak mengibarkan Jalur Gemilang ini tidak boleh dirumuskan bahawa rakyat negara ini sudah hilang semangat patriotiknya.

Bagi ahli jawatankuasa Persatuan Sejarah Pahang, Alang Ahmad Teh, 74, terdapat tanda-tanda seolah-olah rakyat sudah ‘bosan’ terutama golongan muda yang disumbatkan dengan maklumat seolah-olah hanya diperjuangkan oleh Umno bersama gabungannya MCA dan MIC mendapatkan kemerdekaan daripada Inggeris.

Sedangkan perjuangan berdarah yang panjang sebelum itu tidak dikaitkan langsung dengan kemerdekaan. Akhirnya kemerdekaan digambarkan hak milik Umno semata-mata.

Oleh itu, baginya sejarah yang betul perlu diajarkan mulai sekarang supaya rasa bersemangat mesti datang daripada kesedaran dan kesyukuran rakyat, bukannya paksaan daripada kerajaan.

“Yang kita bimbangkan ialah anak-anak muda mula naik menyampah apabila meraikan merdeka bermakna mereka meraikan kejayaan Umno. Saya nak tegaskan merdeka ini bukan dimonopoli oleh Umno saja, bahkan parti itu melaungkan merdeka setelah parti-parti yang memperjuangkan kemerdekaan diharamkan,” katanya.

Alang berkata, memang tidak nafikan Umno juga mendapatkan kemerdekaan secara bertulis di London tetapi tidak harus juga dilupakan jasa pencetus kemerdekaan sebenarnya.

“Maknanya janganlah dipadamkan sejarah kemerdekaan kerana sejarah perjuangan kemerdekaan bukannya bermula daripada Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman saja. Ramai pejuang-pejuang lain yang menyabung nyawa dan bermandi darah demi kemerdekaan tetapi seolah-olah dipadamkan daripada sejarah negara,” jelasnya.

Tambahnya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) serta sayapnya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan lain-lain pertubuhan revolusioner lebih awal lagi berarak menuntut kemerdekaan  iaitu pada April 1945 di tengah-tengah bandar Temerloh.

Bagi peguam Ahmad Nizam pula, roh merdeka sudah hilang di hati rakyat kerana biasanya kalendar bulan merdeka setiap tahun hanya menjurus kepada persembahan hiburan melulu tanpa memberikan manfaat dalam membina kesedaran merdeka.

Katanya, sepatutnya dikenang juga tokoh-tokoh seperti Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Muhammad, Ahmad Boestamam, Shamsiah Fakeh, Asiah Ghani dan lain-lain yang lebih terkehadapan memperjuangkan kemerdekaan.

“Jauh sebelum Perikatan ditubuhkan, telah wujud persepakatan dan kerjasama di antara parti politik kiri Melayu melalui PUTERA dengan parti dan pertubuhan Bukan Melayu yang bergabung di bawah AMCJA yang kemudiannya melahirkan Perlembagaan Rakyat 10 Perkara yang dianggap sebagai asas Perlembagaan Malaya Merdeka.

“Tanpa menafikan peranan dan jasa besar Tunku Abdul Rahman dalam memperjuangkan kemerdekaan namun yang dikesalkan adalah penafian peranan serta pengorbanan tokoh-tokoh progresif, parti-parti politik yang tidak senada dengan kepentingan kolonial di samping peranan golongan cerdik pandai agama serta para pengarang yang jasa dan peranan mereka tidak dimartabatkan di tempat sepatutnya di persada sejarah kemerdekaan tanahair,” katanya.

Tambahnya, keadaan ini berlaku kerana Umno mahu menunjukkan bahawa merekalah kononnya yang paling ulung memperjuangkan kemerdekaan dan sekaligus telah membohongi sejarah.-HD

Najib Terkedu Dengan Pendedahan Ini - Posted by Addin Deen

Slogan terbaru diperkenal Perdana Menteri, Endless Possibilities yang sama dengan kempen Kementerian Pelancongan Israel bukannya kebetulan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.“Sekarang kita ada bukti cukup. 

Sama macam kempen 1Israel. Dia (Najib) kena jelaskan,” kata Anwar ketika ditemui pemberita di majlis hari raya KEADILAN Lembah Pantai, hari ini.Anwar berucap dalam majlis hari raya parlimen Batu di Dataran Dewan Masyarakat Fasa Tiga, Bandar Baru Sentul“Sekarang lebih berat. 

Ia tak mungkin secara kebetulan” tegas Anwar.Endless Possibilities adalah slogan yang diguna Kementerian Pelancongan Israel untuk mempromosi negara itu pada 22 April 2013.

Manakala Najib dijangka melancarkan kempen ’1Malaysia, Endless Possibilities‘ pada 17 September depan.Justeru kata Anwar, penggantungannya dari Dewan Rakyat selama enam bulan pada Disember 2010 kerana mendedahkan pengaruh Israel dalam pentadbiran Malaysia membuktikan hipokrasi pentadbiran Umno-BN.

“Dulu saya ada bawa (isu ini) di Parlimen, (mengapa) pilih 1Malaysia. Saya dikenakan (gantung) enam bulan kerana bangkitkan 1 Malaysia.“Sampai sekarang dia kata kebetulan. 

Ternyata ada pengaruh asing, termasuk apa didakwa ‘pengaruh Israel’,” kata Anwar.Tegasnya, slogan baru Endless Possibilities (Kemungkinan Berterusan) hanyalah semata-mata strategi perhubungan awam (public relation).

“Yang kita bangkitkan isu jenayah, pertikaian pada kehakiman dan pelbagai masalah (lain).“Yang dia (Najib) hanya hentam pembangkang,” kata Anwar. ~keadilandaily

[SERIUS] “Ada Peminjam PTPTN Mahu Bunuh Diri”



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkongsi sebuah kisah tragis yang ditemui dalam soalan terbuka kepada responden dalam kaji selidik Keberhutangan PTPTN yang bermula pada 23 Ogos lalu.


“Banyak jawapan yang saya terima, ada yang memberitahu tidak makan kerana mahu membayar pinjaman.

“Ada satu kisah nak bunuh diri kerana gagal membayar PTPTN,” ujar ahli parlimen Pandan itu ketika membentangkan hasil kajian berkenaan di Perpustakaan MBPJ semalam.

“Pada mulanya saya gelak. Tetapi bila fikir balik, perkara ini sebenarnya serius,” katanya.

Menurut Rafizi, respon berkenaan diterima dalam soalan terbuka yang dikemukakan kepada peminjam bagi mengenal pasti apakah punca peminjam gagal membayar pinjaman.

“Kita tidak menyediakan pilihan. Sebab kalau tidak nanti orang ramai anggap kajian ini hanya bertujuan menepati kehendak KEADILAN sahaja,” katanya. -KDbr>


PKR lancar kaji selidik profail peminjam PTPTN


Parti Keadilan Rakyat (PKR) merintis jalan memahami masalah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan melancarkan satu kaji selidik keberhutangan golongan itu.

Kaji selidik ini wajar disertai semua peminjam PTPTN dengan mengisi satu borang kajiselidik yang boleh dicapai di laman www.siasatptptn.wordpress.com yang akan disebarkan melalui laman sosial dan blog.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, keputusan kajian ini akan dibentangkan dalam satu perjumpaan ‘tweetup#PTPTN’ yang akan diadakan 29 Ogos ini, jam 8.30 malam di Perpustakaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Petaling Jaya.

“Semua peminjam, aktivis anti-PTPTN dan pemimpin masyarakat turut dijemput hadir dalam ‘tweetup’ yang bertujuan menyusun gerakan anti-PTPTN dalam sebuah pertubuhan rasmi yang lebih tersusun.

“Sudah masanya peminjam-peminjam PTPTN membentuk satu pertubuhan lobi yang berpengaruh supaya mana-mana pihak berunding dengan mereka terlebih dahulu sebelum membuat cadangan, bagi mengelak berulangnya peristiwa cadangan penyenaraian Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) terhadap peminjam PTPTN,” kata Rafizi dalam sidang media di ibu pejabat parti itu di sini pagi tadi.

Rafizi berkata, sebelum ini Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak memaklumkan sebarang kajian khusus untuk memahami apakah faktor yang menyebabkan majoriti peminjam PTPTN menghadapi kesukaran membayar pinjaman PTPTN.

Antara faktor penting yang perlu dikaji sebelum satu langkah tersusun yang tepat dapat diambil seperti, profil pendapatan bersih peminjam-peminjam PTPTN, profail kejayaan mendapat perkerjaan yang setaraf dengan kelulusan atau jurusan dan profail kualiti IPTS yang membawa kesan kepada kemampuan seorang pemegang ijazah mendapat kerja.

Mengulas cadangan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan nama peminjam PTPTN ke dalam CCRIS, Rafizi berkata cadangan tersebut menunjukkan bahawa Kerajaan BN begitu terpisah dengan realiti kepayahan hidup golongan muda yang dibebankan hutang PTPTN.

“BN tidak pernah berminat mendalami masalah keberhutangan golongan muda ini dan mengambil pendekatan kasar dengan memukul rata kononnya semua peminjam PTPTN yang menghadapi kesukaran tidak bersyukur dan tidak bertanggungjawab.

“PKR menggesa Datuk Seri Idris Jusoh supaya tidak lagi memandai-mandai mengumumkan langkah baru menekan peminjam PTPTN sehinggalah maklumat ini dikaji sepenuhnya dan dibentangkan di parlimen,” ujar Rafizi lagi.

Terdahulu pengumuman Idris untuk menyenaraikan nama peminjam yang gagal melunaskan bayaran pinjaman PTPTN di bawah CCRIS mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk pemimpin Pakatan.

Terdesak selepas menerima asakan teruk, Jemaah Menteri yang bermesyuarat semalam menolak cadangan tersebut. -selangorku

Rasuah, hutang jadi punca negara alami krisis kewangan – Rafizi

SHAH ALAM : Krisis kewangan Asia pada 1997-1998 berulang jika kerajaan Pusat tidak mengambil langkah proaktif dalam menangani krisis itu lebih awal.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kerajaan perlu memperbaiki mekanisme pembayaran hutang negara yang mencapai tahap kritikal.


Ia kerana, katanya, keadaan itu menyebabkan negara berdepan kesukaran apabila ekonomi dunia tidak mencapai pertumbuhan memberangsangkan.


“Jika berlaku gangguan dalam aliran tunai dunia dan ekonomi dunia, kerajaan hilang pilihan untuk menangani masalah itu,” katanya ketika dihubungi TVSelangor.


Rafizi berkata, pelabur akan mula menjual dan mengeluarkan wang dari negara ini apabila mereka meragui kemampuan kerajaan dalam hala tuju ekonominya.


“Keadaan itu ada persamaan dengan krisis ekonomi pada 1997,” katanya.


Beliau berkata, keadaan ekonomi negara ketika ini membimbangkan kerana Malaysia turut terheret dalam kegawatan ekonomi dunia berbanding Indonesia.


“Masalah di Malaysia ialah kerajaan Umno BN boros dan banyak rasuah dengan projek yang melibatkan komisen,” kata beliau.


Rafizi berkata, kerajaan perlu mengelakkan pembaziran kewangan dalam perbelanjaan agar tidak perlu membuat pinjaman sehingga menambah hutang negara.

“Kita perlu memulakan dengan perang habis-habisan terhadap rasuah supaya kita boleh mengurangkan pembaziran,” kata beliau.


Sebelum ini, nilai ringgit jatuh melebihi 7.0 peratus tahun ini, paling rendah berbanding tiga tahun lalu kepada 3.3 setiap dollar dan ia rekod terburuk di kalangan negara Asia lain.


Bank Negara juga menyemak semula unjuran pertumbuhan bagi seluruh 2013 kepada antara 4.5 dan 5.0 peratus daripada antara 5.0 peratus dan 6.0 peratus sebelum ini.


Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings baru-baru ini meletakkan Malaysia pada kedudukan negatif serta mempersoal langkah kerajaan yang mengabaikan reformasi kewangan.

Video - Kezaliman Polis Mesir.....




Sampai hati tentera dan polis Mesir menolak jenazah2 dalam khemah dengan jentolak. 


Sampai hati mereka membakar jenazah yang tidak sempat dialih. Inikah kerajaan yang disanjung oleh sesetengah ulama dan cendikiawan? TOLONG SHARE BERSAMA SEMUA ORANG!!!!

Friday, August 30, 2013

Masih adakah sebuah kerajaan yang mentadbir kita?

 
Abu Yazid Bistami's photo.Walaupun negara telah selesai mengadakan pilihanraya, keadaan dan perasaan tidak menentu masih di rasakan dikalangan orang ramai. Rakyat merasakan keadaan lebih buruk, seolah-olah mereka tidak lagi ditadbir oleh sebuah kerajaan. . 
 
 Harga barangan masih tinggi. Keselamatan rakyat bertambah membimbangkan kerana setiap hari ada sahaja nyawa yang hilang dan harta benda dirompak melalui pecah rumah dan ragut. Dimana-mana kedengaran jenayah dilakukan dan melibatkan nyawa rakyat dari berbagai-bagai peringkat umur.

Dua hari lepas seorang eksekutif syarikat penerbangan berumur 30 tahun telah mati ditetak di hadapan rumahnya. Nyawa begitu murah dan jumlah kematian melalui kejadian jenayah ini nampaknya hampir sama dengan kematian bagi sebuah negara yang sedang menghadapi peperangan.

Rakyat merasakan kerajaan sudah bertambah miskin dan dalam pada itu mereka (Rakyat) akan berhadapan dengan GST dan lain-lain. Berbagai-bagai isu timbul dan yang terakhir timbul isu penayangan Tanda Putera, filem yang di kontroversikan oleh parti pembangkang. Di Pulau Pinang tayangan filem itu diharamkan dipanggung-panggung kerana kerajaan DAP negeri itu mempunyai kuasa untuk melarangnya dari ditayangkan. Segala yang berlaku mendapat reaksi yang negatif dari pihak yang bertentangan.

Jika benar Tanda Putera itu merupakan filem yang busuk dan tidak baik kerana dikatakan filem itu berunsur rasis, rakyat Pulau Pinang tidak dapat buktinya kerana filem itu di haramkan dari di tayangkan dipanggung-panggung di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang hanya mendengar sahaja tuduhan DAP itu, tetapi tidak mendapat peluang mendapatkan kebenaran dari tuduhan DAP itu kerana tidak berpeluang menontonnya.

Kempen untuk menaikkan semangat menyambut Hari Kebangsaan juga gagal kerana rakyat tidak berminat untuk turut serta menyemarakkan Hari Kemerdekaan itu. Rakyat sedang menunjukan sikap tidak berpuas hati terhadap kerajaan secara pasif dan tidak memberikan kerjasama terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh pihak kerajaan.

Rakyat sudah berpecah-belah kerana mereka memihak kepada parti dan pemimpin masing-masing. BN bermusuh dengan PR dengan hebatnya dalam pilihanraya dahulu maka rakyat sudah berbelah seolah-olah tidak akan ada amannya lagi. Dalam pada itu pemimpin besar yang membawa penyokong masing-masing untuk berkelahi dan mencerca diantara satu dengan lain dalam senyap-senyap telah mengadakan rundingan dan sedang berkira-kira membahagi-bahagikan jawatan Perdana Menteri.

Rata-rata orang bercakap yang UMNO diSelangor tidak perlu bimbang kerana dalam rundingan diantara Ketua Kerajaan dengan Ketua Pembangkang melibatkan pemindahan hal milik kerajaan kepada UMNO. Benar atau tidak berita ini tidak dapat diketahui. Tetapi cerita itu tersebar dikalangan penggiat politik di Selangor.

Pengikut yang bengkak-bingkik akan ditinggalkan dan mereka akan tetap berpecah diperingkat bawahan. Mereka ini semata-mata digunakan semasa pemimpin yang bernafsu besar ini ingin menggunakan mereka untuk menunjukan kekuatan mereka.

Mereka berunding seolah-olah negara ini mereka berdua sahaja yang punya dan mengharapkan segala yang mereka berdua persetujui itu wajib disokong oleh semua pihak yang bertelagah tadi. Rundingan itu merupakan rundingan diantara dua ‘desperados’ semata-mata dan hasilnya tidak akan membawa apa-apa perubahan kepada negara.

Bagi pemimpin-pemimpin seperti ini kuasa itu adalah modal ‘business’ yang besar bagi mereka. Kalau tidak masakan mereka sanggup menggunakan pemimpin negara jiran untuk menjadi orang tengah untuk merapatkan kembali hubungan mereka semata-mata kerana kuasa. Mereka menamakan ini sebagai tindakan pembentukan kerajaan perpaduan.

Sebelum pilihanraya dahulu dijanjikan yang bantuan 1Malaysia, BRIM akan diteruskan selepas  pilihanraya dan kali ini kita tengoklah samada janji-janji itu akan terlaksana dalam masa terdekat ini. Mereka cuba menyelesaikan masalah dengan menyuap dan membeli masalah itu seolah-olah masalah-masalah itu boleh selesai dengan wang ringgit.

Bagi komuniti ‘professional’ yang mahir dengan kewangan pula isu perbincangan mereka tidak boleh lari dari isu hutang negara. Jika dikira sekali hutang-hutang melalui ‘off-budget agencies’ yang berjumlah lebih dari RM126 billion itu ia sudah melangkaui 68 peratus berbanding dengan GDP negara. Rakyat mempunyai persepsi jika tiada Petronas negara ini sudah menjadi sebuah negara muflis.

Laungan kejayaan negara dan cita-cita hendak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju menjadi ejekan rakyat dimana-mana. Bagi pemimpin yang berkuasa mereka hanya mampu dianggap sebagai berkorban untuk negara dengan terus memegang kuasa dengan alasan ‘continuity’ kepimpinan agar apa yang di rancang untuk rakyat itu tidak terganggu perlaksanaannya.

Mereka tidak mahu menerima hakikat yang berundur dari memegang kuasa itu adalah pengorbanan yang paling suci untuk rakyat dan negara. Malahan ada pemimpin yang sudah bersara setelah memegang kuasa berdekad-dekad masih lagi sibuk berpolitik dan masih tidak berhenti memecah-belahkan kepimpinan negara dan mahu legasinya terus diperkokohkan.

Krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara berlarutan dan sekarang seolah-olah negara kita tidak berkerajaan kerana negara ditadbir tidak selari dengan kehendak kepimpinan sebuah negara yang merdeka.

Masih tiada lagi keyakinan terhadap sistem pentadbiran sebuah negara merdeka. Semua institusi demokrasi sudah tidak lagi mendapat keyakinan rakyat untuk berfungsi secara betul.  Polis di persoalkan, mahkamah tidak di yakini lagi, badan pencegah rasuah tidak di hormati lagi, malahan tiada satu pun lagi institusi kerajaan mendapat keyakinan rakyat kini.

Rakyat terus dalam pencarian. Mereka yang terpapar dalam media massa setiap hari itu semuanya rakyat sedang persoalkan, baik yang sudah tua atau pun yang muda. Budaya dan pemikiran mereka sama sahaja.

Inilah akibatnya apabila pemimpin yang tidak bertanggungjawab dahulu, melakukan ‘pembunuhan politik’ terhadap mereka yang berkepimpinan. Hasilnya mereka yang telah dibenamkan politik mereka dan diambil alih oleh pemimpin seperti Najib dan Anwar Ibrahim serta pemimpin baik seperti Abdullah tetapi tidak punya kepimpinan. Semua mereka ini terbit dari acuan Dr Mahathir dahulu.

Yang ada kepada kita hanya satu sahaja pilihan, iaitu berdoa dan terus berdoa agar Tuhan datangkan seorang yang boleh dan berkemampuan untuk mengembalikan keunggulan kerajaan yang pernah kita alami semasa tiga Perdana Menteri yang pertama dahulu.