Followers

Sunday, January 31, 2010

Orang Melayu Benci Sangat Dengan Khairy - Dr. Mahathir


Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan desakan supaya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, meletak jawatan bukanlah satu perkara baru bahkan ia sepatutnya dilakukan lebih awal dengan memilih calon lebih sesuai ketika pemilihan sayap parti itu tahun lalu.

Dengan nada sinis, mantan Perdana Menteri itu berkata, sepanjang pengetahuannya tidak pernah berlaku kes seorang Ketua Pemuda dilarang berkempen dalam pilihan raya kecil negeri atas alasan ia boleh menjadi faktor kekalahan.


"Itu luar biasa...kes pilihan raya kecil di Perak, mereka larang dia (Khairy) datang...katanya kalau datang juga, mesti kita (Barisan Nasional) kalah. Orang Melayu ketika itu benci sangat, saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh menang.


"Sebab itu saya katakan, depa (mereka) kena belajar mengira Matematik dalam bahasa Inggeris, sebab susah sangat nak kira undi (pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno). Cuma ada 700 perwakilan, takkan ambil masa tujuh jam nak kira undi.


"Pasal apa jadi macam tu, saya tak tahu. Masa dia menang Naib Ketua Pemuda, siapa berani lawan dia sampai menang tanpa bertanding. Apa strategi dia guna...," katanya pada sidang media selepas melancarkan Penubuhan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia peringkat Selangor.

Oleh : Nangkubai pada 9:48 AM

Desakan Khairy letak jawatan bukan baru: Dr M


Oitt Firaun, Lu cakap apa...Melayu takfaham la...kah kah kah kah Desakan Khairy letak jawatan bukan baru: Dr M

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan desakan supaya Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, meletak jawatan bukanlah satu perkara baru bahkan ia sepatutnya dilakukan lebih awal dengan memilih calon lebih sesuai ketika pemilihan sayap parti itu tahun lalu... [Lagi]


"Itu luar biasa...kes pilihan raya kecil di Perak, mereka larang dia (Khairy) datang...katanya kalau datang juga, mesti kita (Barisan Nasional) kalah. Orang Melayu ketika itu benci sangat, saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh menang"


kah kah kah kah...KALAH DI PERAK BUKAN KERANA KJ DATANG...TETAPI...KERANA PELINGKUP MELAYU 22 TAHUN DATANG...kah kah kah kah


"Sebab itu saya katakan, depa (mereka) kena belajar mengira Matematik dalam bahasa Inggeris, sebab susah sangat nak kira undi (pemilihan jawatan Ketua Pemuda Umno). Cuma ada 700 perwakilan, takkan ambil masa tujuh jam nak kira undi".

kah kah kah kah...SEBAB TU MU BOLEH TIPU KU LI 1987


MU KIRA MACAM MANA BAGI MENANG 43 UNDI SAJA...PATUTNYA MU DAH KALAH...ITULAH PPSMI(PELINGKUP PENIPU SAIN MATEMATIK IN ENGLISH)...kah kah kah kah


"Pasal apa jadi macam tu, saya tak tahu. Masa dia menang Naib Ketua Pemuda, siapa berani lawan dia sampai menang tanpa bertanding. Apa strategi dia guna...,"


TENGKORAK HANG LA...HANG KEKAL PRESIDEN UMNO TANPA BERTANDING...BERAPA PENGGAL?


MU GUNA STRATEGI PALA BANANG APA...kah kah kah kah...kah kah

ALAHAI SINAR HARIAN LAPORAN BIAR LAH JELAS



Inilah Md Saad yang ditipu YB Rosli Husein,Adun TRONG ,satu DUN dalam parlimen Bukit Gantang yang menjanjikan membaiki bumbung rumah. Surat Rosli Husein yang mengucapkan tahniah atas kejayaan membantu Md Saad.Tetapi sebenarnya Rumah Md Saad tidak langsung dibaiki.Md Saad memberitahu peruntukan untuk rumah beliau mungkin telah disapu oleh pihak yang berkenaan.

Malangnya Sinar Harian Edisi Perak bertarikh 28 Januari tidak melaporkan siapa yang berjanji,pihak mana yang patut dipertanggungjawab.Sinar HARIAN SEPATUTNYA BERTANYA KEPADA YB ROSLI HUSEIN YANG GAGAL melaksanakan janji..


Inilah berita Sinar Harian.28.1.10
Mana janji baiki bumbung: Md Saad

MATANG PASIR – Bumbung rumah yang sepatutnya diganti awal Januari lalu, dipandang sepi pihak berkenaan dan perkara itu kini menimbulkan persoalan kepada tuan rumah kerana surat kelulusan membaik pulih sudah diterima.
Md

Saad Mat Jenin, 52, berkata, dia sangat kecewa dengan pihak berkenaan kerana sehingga kini masih tiada tindakan diambil sedangkan rumahnya semakin hari semakin teruk.


Menurutnya, akhir tahun lalu, ketua kampung ada membawa beberapa pegawai datang melihat keadaan rumahnya.


“Tiga kali pegawai datang untuk melihat keadaan rumah kami. Sebulan selepas itu, saya ada terima surat kelulusan program bantuan rumah tahun 2009 bagi Parlimen Bukit Gantang.

“Perkara itu sangat menggembirakan kerana ia memang ditunggu-tunggu kami sekeluarga memandangkan bumbung rumah juga bocor dan patut diganti,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Md Saad berkata, rumah abang dan kakaknya juga terlibat dengan program berkenaan dan awal Januari lalu, pihak kontraktor sudah menggantikan bumbung baru untuk rumah mereka.


Bagaimanapun katanya, dia terkejut kerana rumahnya tidak pula dibaiki seperti yang tertulis dalam surat.


Akibat tidak berpuas hati, Md Saad kemudiannya menghubungi pihak yang mengeluarkan surat berkenaan untuk meminta penjelasan.

“Saya disuruh datang ke pejabat untuk menyemak nama. Apabila disemak, saya terkejut nama saya tercatat rumah telah dibaik pulih.:


“Mereka kemudiannya menyuruh saya memberikan semula nama, alamat dan nombor telefon tetapi sehingga sekarang, sepi tanpa berita,” katanya.


Md Saad berkata, perkara itu juga dipanjangkan kepada ketua kampung dengan harapan beliau dapat membantu, tetapi keadaan masih juga sama.


“Saya kecewa dengan tindakan yang dilakukan. Mereka seolah-olah menyindir dengan memberikan surat ini kepada saya.


“Saya tidak pernah meminta bantuan ini tetapi mereka yang ingin memberikan, jadi saya terima dengan besar hati tetapi akhirnya jadi begini,” katanya.


Md Saad berharap pihak berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya supaya rakyat tidak hilang rasa percaya dan membuat andaian bukan-bukan.


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/01/alahai-sinar-harian-laporan-biar-lah.html#ixzz0e6q1BQEn





Seorang Ibu Tunggal Ditembak Tanpa Sebab

Seorang wanita ditembak polis ketika berada dalam kereta, malah ditendang sehingga patah tulang rusuknya semasa merangkak keluar dari kereta, dengan darah yang mengalir dari tubuhnya. Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka.


Ketika kejadian ini berlaku, wanita yang bernama Norizan bt Salleh ini berada di sebelah kiri tempat duduk belakang dalam kereta, bersama seorang wanita dan dua orang lelaki yang lain. Mereka yang sedang dalam perjalanan mendapati sebuah kereta MPV muncul di sebelahnya secara tiba-tiba, dan polis di dalam kereta itu mula menembak sebelum mereka mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.


Norizan bt Salleh, 30 mendedahkan insiden yang berlaku pada awal pagi 30 Oktober 2009 ini dalam satu sidang media, bersama peguamnya Surendran, ibunya Siti Alimah bt Abu, Ketua Penerangan PKR Latheefa Koya dan AJK Wanita PKR Rozaini Mohd Rosli, semalam.


Dipaksa untuk membuat pengakuan


Menurut Norizan, rakannya dalam kereta turut diseksa, malah dipaksa polis untuk mengaku bahawa mereka telah melakukan jenayah merompak. Apa yang peliknya, mereka tidak melalui prosedur soal siasat dan tahanan. Oleh itu, Norizan yang tidak mempunyai rekod jenayah langsung tidak tahu mengenai "kesalahan yang dilakukannya" sehingga hari ini, lebih-lebih lagi beliau tidak didakwa di mahkamah.


Mengimbas kejadian yang berlaku tahun lalu ini, Norizan menceritakan bagaimana beliau pulang ke rumahnya dari rumah kawan di Segambut, Kuala Lumpur pada pukul tiga awal pagi, dengan menaiki kereta Waja. Mereka melalui MRR2, dan beliau mendapati sebuah kereta MPV di sebelah kereta mereka ketika dalam perjalanan.


Menurut Norizan, polis di dalam kereta itu menghalakan pistol ke arah mereka, dan mula menembak sebelum mereka sempat berhenti. Peluru menembusi kereta mereka, malah lima tembakan dilakukan ke arah dirinya, dengan salah satu terkena pada dada, sehingga darah mengalir tanpa berhenti.


Norizan menekankan beberapa kali, bahawa mereka tidak tahu apa-apa ketika kejadian itu berlaku, malah tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Kemudian, Norizan mula kabur, dan tidak sedar di mana keretanya berhenti. Tiba-tiba, pintu kereta dibuka, dan polis menghalakan pistol ke arahnya.


Kemalangan jalan raya, kata polis


Wanita yang tidak bersenjata ini meminta tolong, tetapi dibalas pula dengan tendangan polis. Beliau merangkak keluar dan ditendang oleh polis yang sama, sebelum dipijak belakangnya, yang berakhir dengan retaknya dua tulang rusuknya.


Norizan (gambar kanan) berkata, beliau nampak dirinya dikepung lebih daripada 10 kereta polis. Norizan seterusnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dirawat. Empat hari kemudian, beliau dihantar ke Institut Jantung Negara. Sejumlah 11 hari beliau tinggal di hospital di bawah pemantauan polis.


Ketika keluar dari hospital, Norizan dimaklumkan bahawa kos rawatan sejumlah RM20,000 perlu ditanggungnya sendiri, dan bukan polis yang mencederakannya kerana polis memberitahu hospital bahawa Norizan ditimpa kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, ibu tunggal yang masih menganggur, dan mempunyai seorang anak berumur 10 tahun ini gagal menjelaskan hutang ini.


IO yang mencederakan Norizan


Norizan memberitahu bahawa dirinya pernah meminta bantuan daripada Micheal Chong, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA. Micheal Chong pula membawanya untuk membuat laporan di Balai Polis Sentul. Kebetulannya, Investigation Officer yang bertanggungjawab dalam siasatan adalah orang yang mencederakannya pada hari kejadian berlaku.


Kemudian, Norizan dibawa ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan, dan polis memberitahu bahawa dirinya akan dihubungi dalam masa 48 jam. Tetapi, beliau tidak dihubungi sehingga kini setelah laporan itu dibuat pada 16 November 2009.


Selain itu, menurut Surendran, tiga orang kawan Norizan yang tidak berani untuk menampilkan diri semalam juga diseksa oleh polis. Salah seorang mengadu kepada Surendran bahawa mereka digantung secara terbalik, disapu cili pada badannya, dan dipukul tapak kakinya. Menurutnya, polis berbuat demikian agar mereka mengaku diri mereka terlibat dalam kes rompakan.


Sebagaimana yang diketahui, kaki pemandu kereta juga tercedera kerana tembakan pistol. Walau bagaimanapun, Surendran tidak pasti sama ada tiga orang yang lain mempunyai rekod jenayah.


Keadilan untuk mereka yang tidak bersalah


Latheefa Koya (gambar kanan) menyeru agar polis menyiasat kes ini dengan segera, malah mengembalikan keadilan untuk mereka yang tidak bersalah tetapi dibunuh oleh polis. Ketua Biro PLenerangan PKR ini tidak menolak kemungkinan untuk menganjurkan demonstrasi sebagai protes dan mendesak agar polis menyegerakan siasatan kes ini.


Beliau juga menggesa agar polis menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis ( IPCMC) untuk menghentikan keganasan sedemikian dan mengelakkan lebih orang dimangsakan sebegini. Malah, Latheefa Koya khuatir polis tidak akan membiarkan nyawa mangsa itu daripada hidup selepas ini.


"Kami mahu kerajaan, Kementerian Dalam Negeri respon kepada kes yang didedahkan hari ini. Bukan sahaja kami nak memperjuangkan keadilannya, tetapi mempertahankan keadilan untuk semua orang. Kami berharap polis memandang kes ini dengan serius, menyiasat. Ini bukan mengarut... Ini untuk mengelakkan mangsa seterusnya ditembak, dan saya amat bimbang, lain kali mereka (polis) akan memastikan mereka tidak dibiarkan hidup," ulasnya.


Norizan antara yang hidup dan tampil ke depan


Surendran (gambar kiri) pula mendakwa bahawa kes ini adalah bukti kes "shoot-to-kill" (tembak untuk bunuh), dan Norizan adalah mangsa yang masih hidup dan berani tampil untuk mendedahkan salahguna kuasa polis ini.


"Kami tidak lagi percaya kepada kenyataan polis. Mangsa sebelum ini ditembak mati kesemuanya. Mujur kami ada seorang mangsa yang masih hidup dan tampil untuk mendedahkan tingkahlaku polis," katanya.

Malah, Surendran menyenaraikan kes-kes penyalahgunaan kuasa polis sehingga mangsanya terbunuh sebelum ini, termasuk enam orang di Kulim yang ditembak mati oleh polis pada Februari 2009 dan lima orang yang ditembak mati di Klang pada awal November 2009


Menurut Surendran, dalam kes di Kulim, beliau diberitahu jiran mangsa bahawa salah seorang lelaki yang ditembak mati adalah seorang yang berpenyakit mental; sementara kes di Klang pula berakhir dengan tregedi kakak seorang mangsa membunuh diri bersama anaknya kerana terlalu sedih.


*Ong Vic Kee ialah wartawan MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

BN Berjaya Beli 11 Ahli Parlimen Pakatan?

BN Berjaya Beli 11 Ahli Parlimen Pakatan?

PULAU PINANG, Jan 30 — Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Dr Mansor Othman mengakui tiga hingga empat ahli Parlimen parti itu ada membayangkan “hasrat” untuk menyertai Barisan Nasional (BN), sekali gus mengukuhkan kedudukannya di Parlimen.


Mereka termasuklah bekas ketua PKR Pulau Pinang Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim.


Kini, PKR ada empat anggota Parlimen di Pulau Pinang. Selain Zahrain tiga yang lain ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohd Yusmandi Yusoff (Balik Pulau).


“Saya pun ada dengar, tiga atau empat orang (anggota Dewan Rakyat) yang hendak keluar... BN memang hendakkan dia (Zahrain),” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.


Bagaimanapun Zahrain gagal dihubungi sejak kelmarin.
Mansor enggan menyatakan sama ada mereka kesemua dari Pulau Pinang ataupun termasuk ahli Parlimen PKR dari negeri-negeri yang lain.

Difahamkan angka itu mungkin mencecah tujuh hingga lapan orang, membabitkan negeri Selangor dan Kedah.


Malah ada sumber yang mengatakan jumlah itu boleh sampai 10 orang bagi BN memperoleh majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat
.


BN memerlukan 11 lagi kerusi daripada 222 anggota di Dewan Rakyat untuk mencapai sasaran itu.


Usaha ke arah itu juga disebut-sebut akan menerima sokongan wakil rakyat Bebas dari Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Parlimen PKR Zulkifli Noordin yang akan dirujuk kepada lembaga disiplin.


“Itu saya tidak tahu (sama ada membabitkan negeri lain)... macam mana anda tahu, saya pun dapat tahu ada wakil rakyat yang menunjukkan hasrat keluar parti,” kata Mansor yang juga Timbalan Ketua Menteri 1 negeri.


Pada Mac 2008, PKR memenangi 31 kerusi Parlimen, PAS 23 manakala DAP 28.


Kata Mansor walaupun beliau ada sudah lama mendengar hubung tidak mesra Zahrain dengan Lim, tetapi isu hendak keluar PKR “hanya baru didengar.”


Mansor juga berkata isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pagi esok.


The Malaysian Insider difahamkan isu itu akan dibincangkan pada mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Rakyat (PR), juga esok. Pemimpin PR bersidang selepas MPP PKR.


Semalam Mansor berkata beliau kesal dengan kenyataan Zahrain yang juga Parlimen Bayan Baru, yang mengkritik Ketua Menteri Lim Guan Eng sebagai diktator.


“Kami sedih dan kesal bahawa kenyataan seumpama itu datang dari Zahrain kerana ia bukan cara yang betul untuk menegur pemimpin sendiri dalam Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi Lim merupakan pemimpin senior,” kata Mansor yang menggantikan Zahrain sebagai ketua PKR tahun lalu.


Mansor juga dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti tahun lalu.


Zahrain menyifatkan Lim yang juga setiausaha agung DAP sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.


Zahrain dipetik sebagai berkata bahawa PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.


Ini bukan pertama kali Zahrain mengkritik Lim.


Pada April tahun lalu, Zahrain turut menyalahkan Lim berhubung pelantikan Timbalan Ketua Menteri 1 dan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti.


Sehubungan itu Mansor berkata, walaupun Zahrain pernah mengkritik kepimpinan Lim tetapi hanya kali ini ia kelihatan “terlalu keras.”


“Isu ini akan dibincangkan esok, akan dibincang Datuk Seri Anwar dan kenyataan akan dikeluarkan kemudian,” katanya.


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/01/bn-berjaya-beli-11-ahli-parlimen.html#ixzz0e6aFTM7h

HANYA ANWAR MAMPU SERET NAJIB KE MAHKAMAH




Oleh: WFAUZDIN NS

PERBICARAAN kes liwat DS Anwar akan bermula tidak beberapa lama lagi. Peluang untuk rakyat menyaksikan semula ulangan drama tahun 1998 meskipun mempunyai beberapa pelakon baru dan ada juga beberapa pelakon lama yang dikekalkan. Plot ceritanya tidak berubah di mana DS Anwar dituduh sebagai peliwat.

Jika dahulu DS Anwar dituduh meliwat seorang tua iaitu Munawar Anis dan seorang yang pertengahan umur iaitu Azizan Abu Bakar dan pemuda bernama Sukma. Maka, drama ketika itu bermula dengan episod mengusung tilam tanpa cadar yang mempunyai tompokan air mani merata-rata. Pengusungan tilam di waktu itu membawa kepada terkenalnya Musa Hassan iaitu KPN ketika ini. Episod yang lepas amat menarik sekali dengan kita menyaksikan tarikh kejadian liwat dipinda berkali-kali agar dilihat lebih realistik. Kita tertawa beramai-ramai dengan episod itu.

Episod juga menggambarkan bagaimana DS Anwar cuba mengheret Tun Mahathir yang ketika itu sebagai PM ke mahkamah untuk memberikan keterangannya. Mengapa Tun Mahathir dipanggil? Ini adalah kerana Tun Mahathir hampir setiap hari siang dan malam melalui media menyebut bahawa beliau percaya dan yakin bahawa DS Anwar melakukan perbuatan liwat kerana mangsa pernah menceritakan kepadanya sendiri. Tetapi apabila Tun Mahathir dipanggil ke mahkamah, beliau minta diberi apakah soalan yang hendak ditanyakan kepadanya. Itu lah rupanya Tun Mahathir yang kununnya dianggap Wira Dunia Ketiga ketika itu. Berani berdepan dengan TV dan wartawan tetapi menikus untuk tampil di mahkamah.


Saya percaya, episod kali ini tidak banyak bezanya. Najib mulanya menyebut tidak mengenali Saiful, kemudiannya mengaku pula pernah berjumpa Saiful kerana Saiful ingin memohon biasiswa. Selepas itu, Najib berkata Saiful berjumpa dengannya untuk mengadu tentang `masalah' dirinya yang diliwat oleh DS Anwar. Mana satu yang benar wahai Najib? Salah skripkah drama kali ini?


DS Anwar baru-baru ini di dalam ceramahnya berjanji akan memanggil Najib dan Rosmah ke Mahkamah untuk memberikan keterangannya. Adakah Najib lebih jantan dari Tun Mahathir? Kita akan lihat episod ini nanti. Hakim yang sinonim dengan perkataan `Tidak Releven' iaitu Augustine Paul kini telah tiada di muka bumi ini. Mati itu sememangnya `releven' buat semua makhluk dan Augustine Paul telah pun buktikannya. `Releven' nya mati buat kita semua juga telah dibuktikan oleh Peguam Negara ketika itu iaitu Mokhtar Abdullah. (di mana Zahid Md Arip yang kini ahli Umno sering menggelarkannya sebagai `Mokhtar Dugong', mudah-mudahan Zahid Md Arip sempat mohon maaf pada arwah atau warisnya). Tidak releven menjadi `releven' bila setiap manusia itu mati. Mati itu adalah lebih dari releven. Begitu juga pencetus fitnah ke atas DS Anwar iaitu penulis buku `50 dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' iaitu Khalid Jaffri juga telah menemui Rabbul Jalil. Di alam sana, beliau pula akan melihat buku catatan oleh Malaikat yang sentiasa mencatat tingkah laku beliau sewaktu beliau masih bernyawa.


Kembali kepada persoalan tadi, adakah Najib akan hadir bersama Rosmah ke mahkamah untuk membantu mahkamah di dalam kes kali ini? Berat untuk saya percaya Najib dan Rosmah mempunyai ketahanan mental dan keberanian untuk hadir. Untuk berdepan dengan DS Anwar di Parlimen pun terlalu kecut perut dibuatnya. Seandainya beliau hadir, peluang untuk kita melihat Karpal Singh menguji kebijaksanaan Najib dan Rosmah akan tercapai.


Bagaimana dengan Si Saiful? Belum apa-apa lagi sudah memohon minta bantuan dari mereka-mereka yang percaya kepada ceritanya diliwat itu. Saiful mohon beri tunjuk ajar atau tips bagaimana untuk berdepan dengan peguambela di mahkamah nanti. Di mahkamah nanti, bersumpah lah kamu berjuta kali, kucuplah Al-Quran itu berjuta kali, tetapi jika kamu tidak berupaya membuktikan tuduhan kamu, maka hancurlah kamu. Bukti kes rogol dan liwat adalah kesan fizikal kerana ini bukan kes cabul. Bukti DNA ? Mampukah DNA membuktikan liwat berlaku tanpa ada kesan fizikal? Biar pakar yang berhujah tentang ini.


Kepada kita semua, marilah kita terus memberikan sokongan buat DS Anwar. Cukuplah sekali DS Anwar terpenjara dan kali ini DS Anwar harus berhati-hati. Ada yang berkata DS Anwar takut untuk berdean dengan mahkamah. Jika benar sekali pun, memang wajar DS Anwar takut berdepan dengan mahkamah kerana beliau tahu apakah jenis mahkamah di negara ini. Jika tidak, masakan kerajaan PR tumbang di Perak./Kembali ke laman asal di sini.
Posted by WFAUZDIN NS at 4:39 PM

Thaipusam : Ribuan Rakyat Selangor Tolak Kekerasan Polis, Hadir Majlis Kerajaan Negeri

Ribuan rakyat Selangor hadir pada majlis Thaipusam anjuran kerajaan negeri Selangor di Batu Caves malam tadi, meskipun polis mengenakan kekangan yang dilihat sebagai cubaan langsung untuk menggagalkan majlis itu.

Polis merobohkan sebuah pentas yang didirikan oleh kerajaan negeri untuk majlis berkenaan, setelah memberi kelulusan terlebih dahulu.


Tindakan polis itu dikaitkan kepada cubaan memastikan rakyat hanya hadir untuk lawatan Perdana Menteri Najib Razak ke tapak itu malam tadi dan memulau majlis anjuran kerajaan negeri yang di atur jauh lebih awal.


Tindakan polis merobohkan pentas berkenaan memaksa kerajaan negeri membatalkan pertunjukkan kebudayaan yang bertujuan memupuk keharmonian kaum.


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan EXCOnya tetap mengambil keputusan untuk hadir merasmikan majlis sambutan itu walaupun mereka terpaksa berdiri atas beberapa meja yang diatur bersebelahan sebuah trak penguasa tempatan.


Meskipun majlis diadakan sejurus selepas Perdana Menteri Najib Razak melawat tapak itu, namun sambutan rakyat Selangor untuk pemimpin kerajaan negeri Selangor tetap hangat, khususnya daripada kaum India.


Tan Sri Khalid menyampaikan bantuan berjumlah RM1 juta, kepada badan amal serta sekolah Tamil di sekitar Selangor dan berjanji kemewahan Selangor akan terus dikongsi bersama dengan rakyat.


Beliau berkata sebarang usaha untuk menyekat kerajaan negeri daripada mendampingi rakyat akan terus ditolak, walaupun ia membabitkan jabatan persekutuan seperti polis.


Beliau juga menyampaikan mesej tajam kepada pemimpin persekutuan yang cuba membelakangkan hak dan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang dilantik rakyat.


"Kita bukan menidakaan kehadiran kerajaan persekutuan. Sebagai tuan rumah kita menyambut baik kehadiran mereka. Tetapi mereka bukan tuan rumah di negeri Selangor. Mereka hanya tetamu. Saya harap perkara ini dapat difahami supaya kita dapat meraikan apa sahaja perayaan bersama- sama," kata Tan Sri Khalid.


Polis dilihat sebagai bertindak di luar bidang kuasa apabila merobohkan pentas kerajaan negeri sehari sebelum Najib melawat tapak itu.


Umumnya, hanya penguasa tempatan mempunyai kuasa menentukan kesesuaian mendirikan pentas dalam sesuatu premis seperti Batu Caves setelah mengambil kira kepentingan semua pihak.


EXCO kerajaan negeri Xavier Jayakumar berkata Polis tidak membantah pembinaan pentas kerajaan negeri apabila usul itu dibuat tetapi kemudian mengarahkan supaya ia dirobohkan atas alasan keselamatan.


Beliau berkata alasan itu tidak masuk akal kerana pentas berkenaan tidak mengancam keselamatan mana-mana pihak.
Ratusan ribu orang membanjiri Batu Caves malam tadi dan hari ini untuk bersembahyang dan membayar nazar.

Kerajaan Negeri telah meletakkan perayaan Thaipusam sebagai satu tarikan pelancong sempena kempen pelancongan Selangor Shine sepanjang tahun ini.


Hasil publisiti meluas kerajaan negeri di dalam dan luar negara, ribuan pelancong tempatan dan luar Negara bertumpu ke tapak bersejarah Batu Caves untuk sambutan terbesar Thaipusam di rantau Asia Tenggara.

Gagal selami mahasiswa, Menteri dianggap tak matang

Pengerusi pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM), Mohd Shafie Hashim menyelar kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin yang menyifatkan tindakan sekumpulan mahasiswa berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor UM semalam selepas kalah pada pilihan raya kampus (PRK) sebagai tidak matang.

Shafie sebaliknya mendakwa kenyataan Khaled itu membuktikan bahawa Menteri itu bukan seorang pemimpin rakyat dan mempunyai ego serta tidak ada prikemanusiaan terhadap penindasan.


“Jika begitu, sebenarnya Dato Khaled juga tidak matang kerana mengeluarkan kenyataannya tanpa menyelami apa yang mahasiswa rasai,” katanya menerusi kenyataan akhbarnya hari ini.

Shafie berkata pro-M jelas dengan prinsip perjuangannya yang hanya mahu menegakkan keadilan dan menghancurkan kezaliman terhadap apa sahaja yang berlaku.


Salah tetap salah


“Pro-M tidak bias (berat sebelah) pada mana-mana pihak, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar! Dalam konteks pilihan raya Kampus di UM kali ini, kita berhadapan dengan sistem E-voting yang masih baru dan diragui lagi ketelusan dan integriti yang tiada pada pengendalian dan pengurusan sistem berkenaan,” katanya.


Menurut Shafie lagi pro-M berhadapan dengan pentas perlawanan yang tidak adil sehingga berlaku banyak penindasan yang sangat teruk.


Katanyai, “menang kalah bukan ukuran, tetapi mahasiswa tegas dan tetap pendirian di atas perjuangan untuk mepertahankan kebenaran dan keadilan sehingga menumbangkan segala kezaliman dan penindasan.”


Pro-M tidak matang


Semalam, Bernama melaporkan Khaled sebagai berkata tindakan sekumpulan mahasiswa UM yang berdemonstrasi di hadapan pejabat Naib Canselor selepas kalah pada PRK Khamis lalu sebagai tidak matang.


Katanya, kumpulan Pro-M perlu menerima kekalahan dan menghormati pilihan majoriti kerana PRK merupakan suatu proses demokrasi.


"Kalau tak berani terima kekalahan, buat apa nak bertanding," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tindakan penyokong kumpulan Pro-M yang berhimpun dan membantah keputusan PRK yang memihak kepada kumpulan Pro-Aspirasi.


Mengenai desakan Pro-M supaya PRK diadakan semula melalui kaedah biasa dan menghapuskan sistem e-undi, Khaled berkata permintaan itu tidak dapat diterima sekiranya isu yang dibangkitkan itu tidak berasas.


Bagaimanapun, katanya, naib canselor universiti berkenaan mempunyai kuasa untuk membuat keputusan.


Ditanya kemungkinan kumpulan pelajar terbabit dikenakan tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, beliau berkata perkara itu terserah kepada pihak pentadbiran universiti itu untuk menentukannya.


Keputusan PRK digantung


Kekecohan memuncak selepas pengumuman PRK malam Khamis yang lalu dengan beberapa kumpulan pelajar mendakwa berlakunya penyelewengan.


Kekecohan berlarutan sehingga pagi semalam yang menyaksikan rundingan lebih empat jam terpaksa diadakan oleh pentadbiran UM yang diketuai oleh naib canselornya Gauth Jasmon dengan kumpulan pelajar.


Turut hadir bersama rundingan semalam ialah bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad.


Menurut beliau, bagi mengendurkan ketegangan naib canselor bersetuju menggantung buat sementara semua keputusan pilihan raya kampus UM sementara meninggu siasatan lanjut dijalankan.


Gauth juga dikatakan bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.


Keadaan di Universiti Malaya tegang


Sekiranya semua tuduhan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus harus diadakan semula.


Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.


Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.


Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.


Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.


Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas khamis lalu juga mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.


Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.


Pada PRK itu, kumpulan pro-A berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.


Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi.

Saturday, January 30, 2010

Umno-BN Diselubungi Ketakutan Melampau ? - YB DS Anwar

Iklim ketakutan atau climate of fear makin menyelubungi negara. Umno-BN, yang sudah lama memerintah, memperkuatkan lagi cengkamannya agar nafas Demokrasi, Kebebasan dan Karamah Insan di negara ini mulai sesak. Minggu kebelakangan ini keresahan memuncak apabila adanya percubaan untuk merekayasa ketegangan antara kaum dan agama. Siri serangan ke atas rumah ibadat mengejutkan rakyat Malaysia kerana ada di antara kita demi kelansungan politik segelintir, sanggup menggadai keamanan dan keharmonian negara ini.

Kita dikejutkan lagi dengan berita bahawa adanya tangkapan secara beramai-ramai minggu lalu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), kononnya untuk memerangi pengganas. Sekiranya tidak didedahkan oleh Gerakan Mansuh ISA, pastinya kerajaan akan mendiamkan perkara ini agar tidak diketahui umum. Persoalannya jika ada bukti kukuh, mengapa menggunakan ISA? Saya menggesa agar kerajaan segera membawa mereka ke muka pengadilan dan diadili secara bebas tanpa menurut telunjuk sesiapapun.


Manakala tohmahan diperhebat terhadap Pakatan Rakyat, dibantu pula oleh ”lidah rasminya,” yang mengabaikan segala prinsip serta integriti kewartawanan, keadaan ternyata semakin memburuk. Dipaparkan kononnya pimpinan umno-bn sedang berusaha memulihkan negara dari kemurungan ekonomi dan sedang cuba membawa perubahan, walhal pada masa yang sama, mereka yang bangkit menyatakan perbezaan, dibantai serta cuba dialahkan menggunakan taktik keji.



Lihat sahaja apabila kerajaan sanggup membiarkan anak-anak mahasiswa kita diberkas dan diugut. Apa erti slogan perubahan jika suara mahasiswa dibungkam dan mereka ditakut-takutkan. Lebih menyedihkan kemurnian kawasan universiti dicemar apabila pihak keselamatan menceroboh lalu angkuh mempamirkan kekuatan. Tidak sedarkah kamu wahai pemerintah! Yang cuba ditakut-takutkan ini adalah penzahiran dari damir perjuangan bangsa! Mahasiswa dan anak muda adalah generasi pemberani yang tidak gentar walau hanya berbekal genggaman tapak tangan apabila berhadapan kekuatan pemerintah.


Jelas kelihatan kepada kita, iklim ketakutan dimunculkan demi mengalih pendangan rakyat dari isu sebenar. Apatah lagi kerana kemurungan ekonomi yang belum berlalu, kebobrokan rasuah yang semakin memualkan, kehakiman yang tidak bebas serta peningkatan ketidakyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno.


ANWAR IBRAHIM

Akhirnya Keputusan p'raya kampus UM digantung




Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.

Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).


NONEGhauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.


Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.


Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.

Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.


NONEMereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.


Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.
Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.


Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.

Soal-siasat kes hasutan, Manogaran membisu - malaysiakini



Ahli parlimen Teluk Intan M Manogaran dipanggil untuk siasatan polis hari ini, berhubung ucapannya pada satu ceramah minggu lalu yang mengaitkan Umno terlibat dalam serangan ke atas rumah ibadat.

Kenyataannya direkodkan di ibu pejabat polis daerah Setapak mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan.

Manogaran yang dihubungi selepas disoal siasat berkata dia dimaklumkan laporan mengenainya difailkan di Teluk Intan berhubung ucapannya pada satu ceramah baru-baru ini.


"Sessi berlangsung satu jam dan saya diajukan 20 soalan berhubung kandungan ucapan saya," katanya.


Bagaimanapun, katanya dia memilih untuk berdiam diri pada sessi itu.

"Saya hanya akan beri keterangan di mahkamah jika didakwa," katanya


Manogaran mendakwa dia meminta sesalinan ucapannya dari pegawai polis berkenaan tetapi diberitahu yang mereka tidak mempunyainya.


Peguamnya N Surendran berkata ucapan ank guamnya itu tidak berunsur hasutan tetapi sebaliknya hanya menyentuh isu yang berkepentingan nasional. Ucapan Manogaran itu dibuat pada satu ceramah bersama beberapa pemimpin PKR termasuk ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim di Teluk Intan pada 22 Jan lalu.

Pada ucapan berkenaan, beliau secara umumnya mendakwa Umno terlibat dalam siri serangan ke atas rumah-rumah ibadat.


"Tapi saya kata begitu dalam konteks Umno sebagai tulang belakang kerajaan. Jadi apa-apa yang berlaku kepada rakyat, Umno mesti bertangungjawab," katanya sebelum memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Setapak petang ini.

Tambahnya lagi, beliau bagaimanapun tidak mempunyai rekod ucapan berkenaan kerana berucap secara spontan tanpa teks pada ceramah di Cenderiang Balai itu


"Saya bercakap tanpa teks dan tidak mempunyai rekod ucapan tersebut. Polis ada rakaman (ucapan) itu dan saya nampak ada juga beberapa orang yang merakam dengan kamera video," katanya lagi.
Dihubungi tiga hari lalu Tambahnya, polis Teluk Intan telah menghubunginya sejak tiga hari lalu untuk merakam keterangannya, namun beliau tidak dapat berbuat demikian kerana berada di Kuala Lumpur.

"Hanya hari ini saya lapang untuk bertemu mereka di Kuala Lumpur," katanya lagi yang menyifatkan tindakan polis memanggilnya memberi keterangan itu sebagai "prosedur biasa."


"Cuma, saya harap ini bukan bermotifkan politik semata-mata sebab saya sebut Umno terlibat (dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat)," katanya lagi.


Manogaran merupakan individu pertama yang disiasat polis kerana mengaitkan Umno dalam insiden serangan ke atas rumah ibadat.


Naib presiden PKR, Azmin Ali turut membuat kenyataan serupa kelmarin dengan mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa ahli Umno terbabit dalam serangan 8 Jan itu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata polis tidak akan mengambil kenyataan daripada Azmin berhubung dakwaan itu yang diketepikan sebagai "kenyataan politik."

ORANG BODOH YANG DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN بسم الله الرحمن الرحيم

Bukti Pemuda Umno Terlibat..Mengapa Hishamuddin Ketakutan..

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengeluarkan kenyataan "anih" selaku Menteri Dalam Negeri apabila mengumumkan polis tidak akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berhubung dakwaannya beberapa ahli Pemuda Umno terbabit dalam kes serangan gereja di Desa Melawati awal bulan ini.


Hishamuddin menuduh Azmin sebagai membuat "kenyataan politik" namun hakikat ialah sebagai Menteri bertanggungjawab atas keselamatan, beliau harus mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan berani yang dibuat Azmin. Sebaliknya Hishamuddin berkata Azmin bebas untuk membuat kenyataan namun polis tidak akan mengambil keterangannya.

"Azmin hanya orang politik yang boleh membuat andaian dan tuduhan yang bermacam-macam," kata Hishamuddin.


Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Azmin semalam yang mendakwa beliau mempunyai maklumat tentang penglibatan Pemuda Umno Bahagian Gombak dan Ampang dalam kes membakar Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, pada 8 Januari lalu. DISINI


Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata beliau sedang berusaha mendapatkan nombor kad pengenalan dan nombor keahlian anggota Umno yang didakwa terbabit. Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno menolak keperluan polis untuk menyiasat kenyataan Azmin yang tentunya mempunyai bukti untuk membuat pendedahan sebegitu.


Sebaliknya Hishamuddin berkata Umno juga boleh membuat tuduhan kepada PKR sekiranya mahu, namun "kerajaan mahu menumpukan untuk mengumpul bukti dan fakta terlebih dahulu."


Kenyataan Hishamuddin itu tentunya akan menguatkan persepsi bahawa pimpinan tertinggi kerajaan dari Umno sekali lagi menutup atau menghalang polis daripada menyiasat segala aspek bersabit serangan terhadap rumah ibadat sejak tiga minggu lalu. - KedahLaNie


Hadith:


Daripada Abu Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh muslihat, di mana akan dibenarkan padanya orang yang berdusta, dan akan didustakan orang yang benar. Akan dipercaya orang yang berkhianat, dan akan dituduh berkhianat orang yang terpercaya. Serta akan bertutur padanya Ruwaibidhah. Maka ada yang menanyakan: Apa itu Ruwaibidhah? Dijawab baginda s.a.w. : Iaitu, orang yang bodoh dan hina ditugaskan menangani kepentingan umum.
- Riwayat Ibn Majah

Fwd: Fw: Free Malaysia Today - Three senior judges to be moved out soon

Three senior judges to be moved out soon - they are not p

Three independent minded judges who have made some rulings unfavorable to the Barisan Nasional government are expected to be transferred out of the High Court’s Appellate and Special Powers division soon. They are due to be moved to the High Court’s Commercial Division, where they will no longer be able to hear politically linked cases.

The three are Justice Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, Justice Lau Bee Lan and Justice Mohamad Ariff Md Yusoff, according to the latest edition of Suara Keadilan, the official organ of Parti Keadilan Rakyat.

The paper quoted court insiders as saying that the judges will be transferred this month.

Justice Alizatul recently declared that Umno’s Abu Hassan Sarif was no longer the Kedah state assemblyman for Kota Siputeh and ordered the Election Commission to hold a by-election. An appeal is now pending against her judgment.

Justice Lau heard the case in which deposed Mentri Besar Mohammad Jamaluddin of Pakatan Rakyat challenged the legitimacy of his successor, Umno’s Zambry Abdul Kadir, and ruled that the Federal Court must determine four constitutional questions.

However, the Federal Court ordered that the case of who was the rightful Perak Menteri Besar should be heard by the High Court. The case was later heard by a new High Court judge who replaced Justice Lau without the public being given any reason given for the switch.

In what was seen as a stunning rebuff to the Barisan Nasional government and the Malaysian Anti-Corruption Commission’s investigative procedures, Justice Mohamad Ariff recently ruled that MACC had no right to question witnesses in an investigation beyond normal office hours.

The judge also found that the MACC acted illegally when it detained Pakatan Rakyat’s Kajang town councillor Tan Boon Wah overnight at its Selangor head office in Shah Alam.

Suara Keadilan opines that the transfer of the three judges was an attempt by the Umno-led Barisan to strengthen its grip on the judiciary.

It says that one of the judges to be named to the Appellate and Special Powers
Division is Justice Mohamed Apandi Ali, a former Kelantan Umno treasurer who was appointed Judicial Commissioner in 2003. Commenting on the expected transfer of the judges, lawyer Edmund Bon told Suara Keadilan that he and many of his colleagues were uneasy about the development.

He pointed out that there had not been a single complaint against any of the
three judges throughout their service in the Appellate and Special Powers Division. Since no logical reason could be seen for the decision to move out the judges, he said, there was no escaping the perception that politics was behind it

Royalti- Tembelang Najib Pecah

Tembelang Datuk Seri Najib Tun Razak kini pecah, baunya sangat busuk, sekaligus melambang busuknya hati pimpinan BN.

Sekarang ini terbongkar sudah mengapa `Najib and the geng' dan Kerajaan BN Pusat bermati matian untuk tidak memberikan royalti minyak kepada Kerajaan PAS Kelantan.
Pendedahan berani oleh Ahli Parlimen Gua Musang itu, yang juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak berjumlah RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya.

Wow!, Kerajaan PAS Kelantan kaya .
Ini yang Najib tidak mahu lihat, dia tidak mahu Kelantan menjadi negeri yang terkaya, lebih kaya dari negeri negeri yang BN perintah. Jauh lebih kaya dari negeri kelahirannya Pahang.

Pemimpin pemimpin BN bukan mahu lihat negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat kaya dari negeri negeri yang dikuasainya. Kalau boleh mereka mahu negeri negeri yang Pakatan Rakyat perintah miskin, jadi peminta sedekah kepada kerajaan BN Pusat. Inilah yang `Najib and the geng' mahu.
Pendedahan Tengku Razaleigh itu jelas menunjukkan Kerajaan Kelantan memang berhak mendapat royalti minyak berjumlah RM2 billian.

Tengku Razaleigh bercakap berdasarkan fakta kerana beliau adalah bekas Pengerusi Petronas.
Tetapi jenis specis yang `busuk hati' dan rasa tidak senang hati melihat negeri lain kaya daripadanya. Sikap mazmumah menghantaui fikiran dan hati mereka, kerana itu wang royalti minyak untuk Kelantan tidak diberikan. Apa pasal Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.

Jawapannya mudah sahaja. Sabah dan Sarawak dikuasai BN. BN Pusat kena jaga sungguh sungguh Sabah dan sarawak kerana kedua dua negerilah penyelamat Umno/BN dalam pilihanraya umum ke 12 yang lalu.
Jika tidak kerana calon BN dari Sabah dan Sarawak menang besar, alamatlah BN sudah tersungkur menyembah bumi pada pilihanraya umum yang lalu. Oleh kerana itu BN Pusat kena jaga sungguh sungguh kedua dua negeri ini, saperti `menatang minyak yang penuh' kerana di kedua dua negeri ini minyak banyak, kalau tidak dijaga sungguh sungguh nanti minyaknya tumpah, alamat Pakatan Rakyat pula yang dapat.

Jika hak royalti minyak itu tarik balik oleh BN Pusat terhadap Sabah dan Sarawak, jadi isu besarlah, pilihanraya di kedua dua negeri nanti BN `bungkus macam lepat pisang' di negeri itu.
Bayangkan Kerajaan PAS Kelantan dapat royalti minyak RM2 billion, pastinya banyak pembangunan dapat dibuat. Kelantan jadi negeri termaju, lebih maju dari negeri yang BN kuasai. Inilah Najib takut. Najib tak mahu negeri Pakatan Rakyat banyak wang, negeri dikuasai BN yang miskin papa kedana.

Sudahlah negeri yang maju dan banyak hasil itu Selangor sudah terlepas ke tangan Pakatan Rakyat, nanti Kelantan pula jadi negeri terkaya jika royalti diberikan, ``tobat lahom' Najib tidak akan bagi royalti kepada Kerajaan PAS Kelantan
Jenis pesis busuk hati ini bukan mahu lihat orang lain senang dan kaya, mereka mahu puak puak dan negeri negeri yang dikuasai mereka sahaja yang kaya. Negeri negeri lain yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat biar papa kedana dan hidup merempat dan meminta minta, macam peminta sedekah di kaki lima kedai. Begitulah busuknya hati mereka.

Sekarang ini tembelang Najib dan pimpinan BN serta Kerajaan Pusat sudah pecah, baunya busuk, sebusuk perangai mereka. Rakyat sudah tahu kenapa Kerajaan BN Pusat tidak mahu royalti itu diberikan kepada Kelantan.
Pemimpin pemimpin BN tidak perlu lagi mencari seribu alasan. Orang sudah tahu apa yang ada dalam `perut dan hati' mereka. Kerajaan BN Pusat telah menzalimi rakyat Kelantan, tetapi ingat sampai bila Kerajaan BN Pusat hendak kaut untung dari hasil minyak dan menafikan pemberian royalti kepda Kerajaan Kelantan.

Rakyat yang dizalimi pastinya berdoa, doa orang dizalimi pasti Allah terima. Tunggullah nanti `Najib and the geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum ke 13 akan datang.
Jika `Najib and geng' serta Kerajaan BN Pusat tumbang dalam pilihanraya umum akan datang `baunya lebih busuk' lagi, lebih busuk dari air najis dan air longkang. Ketika itu selayaknya BN dicampakkan ke longkang.[Harakah]

Tahniah Musa Hassan! Bagus kerja kau!

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), berpuluh pelajar telah di tahan di pekarangan masjid UKM ekoran demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar-pelajar UKM bagi membantah penangguhan pilihanraya kampus disana.

Setakat ini, dua trak FRU telah dipenuhi oleh pelajar-pelajar dan ramai lagi yang telah dipukul dan didera oleh pihak FRU (laporan lanjut dalam Perak Express).


Di Batu Caves, polis petang semalam merobohkan pentas yang telah siap dibina oleh kerajaan negeri Selangor untuk menyambut perayaan Thaipusam di Batu Caves.


Pentas berkenaan bertujuan digunakan bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menyampaikan bantuan RM1 juta kepada sekolah-sekolah Tamil dan kuil-kuil Hindhu di negeri itu.


“OCPD Gombak (Abdul Rahim Abdullah) dan pegawai polis lain datang pada jam 6.30pm dan mendakwa ia (perobohan) untuk tujuan keselamatan,” kata penyelaras program itu yang juga Ahli Majlis Tempatan Selayang, George Gunaraj (laporan lanjut juga dalam Perak Express).

Karpal: Keputusan Mahkamah Persekutuan Timbulkan “Banyak Masalah”

Alasan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini dalam menolak permohonan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan bahan bukti akan melewatkan kes-kes jenayah umumnya dan bukan sahaja perbicaraan Anwar, kata peguam Karpal Singh.

Tiga hakim mahkamah tertinggi negara menolak permohonan Anwar itu kerana ia dibuat sebelum perbicaraan bermula, kata Karpal. Perbicaraan atas tuduhan fitnah liwat Anwar dijadualkan bermula Selasa depan.


“Keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini akan menimbulkan banyak masalah kepada orang. Ia akan membawa kepada kelewatan perbicaraan dalam kes-kes jenayah,” kata Karpal.


Karpal berkata demikian selepas mendengar hujah hakim Mahkamah Persekutuan dalam menolak permohonan Anwar bagi mendapatkan dokumen dan bukti relevan bagi membolehkan beliau menyediakan pembelaan tuntas.


Karpal berkata Mahkamah Persekutuan berpendapat permohonan Anwar itu hanya boleh dilayan setelah perbicaraan bermula, dalam erti kata lain, saksi pertama telah mula memberikan keterangan.


“Jika ini berlaku, maka pihak yang mempertikaikan akses kepada bukti-bukti akan tentunya merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi. Tindakan ini pasti diambil bukan sahaja oleh peguam bela tetapi pendakwaraya juga mempunyai hak membantah dan memrayu …semua ini akan melambatkan proses perbicaraan,” kata Karpal.

Karpal berkata peguambela Anwar tentunya akan merayu sekali lagi untuk mahkamah membenarkan Ketua Pembangkang itu diberikan bukti-bukti berkenaan selaras dengan keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini.


Anwar telah meminta salinan kenyataan penuduh Saiful Bukhari Azlan, laporan perubatan yang relevan dan salinan rakaman video di pintu masuk kondominium Jalan Setiakasih Bukit Damansara di mana Salful mendakwa tuduhan fitnah liwat itu berlaku pada Jun tahun 2008 .


Peguam-peguam Anwar memohon untuk diberikan akses kepada bahan bukti itu bagi membolehkan mereka menyediakan soal balas yang bernas terhadap saksi yang dikemukakan oleh pendakwaraya, demi memastikan keadilan.

Friday, January 29, 2010

Mesyuarat Pemuda UMNO Kecoh - penarikbeca

Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Tarikh DUN Perak di bubarkan ?

Saya jangkakan DUN Perak akan dibubarkan sebelum 9 Feb iaitu sebelum mahkamah mengumumkan keputusan penghakimannya.

Kalau nak sebut tarikh pula,saya jangkakan pada mana-mana hari antara 1 hingg 7 Feb. Ini ramalan peribadi saya berdasarkan maklumat yang saya terima dan juga mengambil kira perkembangan terkini politik di Perak.



Sementara itu saya juga jangkakan pada 9 Feb, panel hakim akan mengumumkan NIzar sebagai pemenang nya, namun dalam keadaaan yang saya katakan diatas iaitu, DUN Perak telah dibubarkan.



Berdasarkan pengamatan saya sepanjang penghujahan kedua belah pihak Nizar dan Zambry pada 5 Nov tahun lepas, sesunggunhya sangat mustahil dan agak kurang masuk akal kalau hakim masih menyebelahi Zambry, artinya Nizar tetap akan diumumkan sebagai pemenang.



Oleh itu saya kira waktu sekarang tidak ada yang lebih utama melainkan menggerakkan seluruh organ parti unuk menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran DUN tersebut. Jentera piluhanraya Pakatan Rakyat telah dan mesti digerakkan semaksima mungkin.
Kalaupun ianya meleset dan tidak berlaku dalam masa terdekat, namun saya ingatkan bahawa PRU ke 13 sudahpun tidak berapa lama lagi. Malah ada yang menjangkakan sekitar setahun dari sekarang.


Doakan sesuatu yang terbaik berlaku di Perak demi keadilan dan kemamuran yang telah terhakis akibat dari pelanggaran demokrasi dan rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO dan BN. Sama-sama kita tunggu dan lihat, benarkah ramalan saya diatas ?
Drs. Khalil Idham Lim ADUN Titi Serong.

Gambar Ini Najib Tak Suka Tengok



Gambar Ini Najib Tak Suka Tengok Penulis Tamu - pendikar gunung kriang [Foto Rizal Tahir (Harakah Daily)] (foto: Harakahdaily)

Foto-foto di atas menggambarkan kemesraan di antara TG Nik Aziz yang beramah mesra dengan sebahagian tetamu yang hadir dalam majlis perjumpaan dengan ketua-ketua penganut agama di Kota Bharu sebentar tadi. Perjumpaan itu turut dihadiri ketua-ketua Majlis Perundangan Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Malaysia, K. Kamalanathan dan Ketua Kesatuan Agama Kristian Malaysia, Bishop Ng Moon Hing.


Perdana Menteri 1Malaysia yang ingin menonjolkan dirinya sebagai jaguh perpaduan kaum di sebalik kebakaran gereja dan surau serta pembuangan kepala babi hutan di masjid tentu tidak berapa senang melihat gambar kemesraan pelbagai kaum sebegini.


~ pendikar gunung kriang

Kedah catat pelaburan ke-5 tertinggi

Negeri Kedah telah berjaya mencapai pelaburan keseluruhan bagi tempoh Januari hingga September 2009 sebanyak RM839 juta.

Manakala pelaburan tempatan pula berjumlah RM279.4 juta serta pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM559.8 juta.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Sains dan Inovasi Bioteknologi dan Pembangunan Usahawan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah, sehingga tempoh tersebut juga Kedah berada pada tangga kelima bagi jumlah pelaburan terbanyak dalam negara ini.

"Walaupun jumlah pelaburan bagi tiga bulan terakhir belum dikemaskini oleh Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia, namun begitu statistik ini sudah dapat membuktikan bahawa dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa ekonomi Kedah tidak memberangsangkan di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ada sekarang adalah tidak benar sama sekali.

"Malahan pada bulan Disember 2009, terdapat penambahan pelaburan sebanyak RM1 bilion bagi pembesaran kilang panel solar di Taman Teknologi Tinggi Kulim yang memberi peluang pekerjaan kepada lebih daripada seribu orang.

"Kerajaan negeri juga sedang merangka program ekonomi yang berasaskan pertanian sebagai persediaan untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pertanian utama," katanya lagi.


Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Anak Bukit berkata bagi tahun 2010, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menambahkan pelaburan dalam bidang pembuatan, industri minyak dan juga automotif

Bantahan e-undi di UM memuncak, pelajar berang




Suasana tegang menyelubungi Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur malam semalam apabila lebih 500 mahasiswa berkumpul dan bertelingkah berhubung keputusan pilihan raya kampusnya.

Lebih 300 pelajar daripada kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M) melancarkan bantahan berhubung pengundian secara berkomputer atau e-undi sejurus selepas keputusan menunjukkan kumpulan pro-aspirasi (pro-A) kembali menguasai universiti ini.


Bantahan yang bermula jam 10.30 malam semalam berlanjutan selama sejam di pejabat canselori, UM.


Walaupun pihak keselamatan cuba menghalang perhimpunan itu tetapi mereka gagal berbuat demikian apabila jumlah yang terbabit semakin ramai.


Pelajar menuntut naib canselor, Ghauth Jamson turun bagi berbincang dengan mereka sambil melaungkan slogan seperti "NC turun", "bantah e-undi" dan "kita marah".


Walaupun pelajar dimaklumkan bahawa naib canselor dan timbalannya tidak berada di pejabat ketika itu, namun mereka tidak mempercayainya dan tetap menuntut berjumpa dengannya.


Seorang pegawai kemudiannya membawa seorang wakil pelajar ke bilik naib canselor bagi membuktikan bahawa pegawai-pegawai kanan universiti berkenaan telah meninggalkan pejabat mereka.


Kumpulan pelajar pro-M akhirnya bersetuju bersurai selepas pihak universiti berjaya menghubungkan mereka dengan naib canselor melalui panggilan telefon. Ghauth dilaporkan bersetuju berjumpa dengan kumpulan yang tidak puas hati itu hari ini pada jam 11 pagi nanti.

Pro-M berhimpun lagi pagi ini


Pada ucapannya, presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Shazni Munir Mohd Ithnin berkata mereka akan terus berjuang supaya pilihan raya diadakan semula tetapi bukan secara e-undi.


Beliau juga berkata kumpulannya akan sekali lagi berhimpun di Dewan Tunku Cansellor hari ini mulai jam 9 pagi.


"Pilihan raya wakil pelajar bukan pilihan raya bagi melantik pengawas sekolah tetapi ia adalah untuk memilih kabinet bayangan bagi pemimpin masa depan,” katanya.


Dalam kekecohan malam semalam, pergelutan kecil juga berlaku di antara kedua-dua kumpulan mahasiswa berkenaan. Bagaimanapun kehadiran pegawai keselamatan universiti berjaya meleraikan keadaan.


Pihak polis juga menghantar anggotanya bagi memantau keadaan. Tiada tangkapan dibuat.


Pada keputusan yang diumumkan pada jam7 petang semalam, pro-M memperolehi 17 kerusi dan tewas dengan hanya kekurangan empat kerusi.


Kumpulan pro-A menyapu 21 kerusi manakala calon bebas memenagi tiga kerusi.Dua daripada calon bebas itu kemudiannya bertindak menyokong kumpulan Aspirasi.


P
ada pilihan raya kampus yang lalu, kumpulan pro-M menang dengan hanya kelebihan satu kerusi.