Followers

Tuesday, March 31, 2015

AG cuba ketepi saman RM24 juta esok

   

Rosli Dahlan, yang mewakili pengurus stor Borders Nik Raina Nik Abdul Aziz dam sarjana Kassim Ahmad, akan menghadapi tugas mencabar esok.

Peguam Negara (AG) Tan Sri Abdul Gani Patail akan memfailkan rayuan untuk mengetepikan saman RM24 jutanya kerana pertuduhan berniat jahat.

Dengan tarikh 1 April esok, Rosli mungkin tertanya-tanya sama ada perkara itu sebuah jenaka Hari April Fool untuknya dalam kes saman berprofil tinggi di Mahkamah Rayuan esok.

Dalam kes itu, bekas ketua polis negara Tan Sri Muhasa Hasan dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dinamakan sebagai defendan atas kapasiti peribadi.

Kes itu berkaitan apa yang dikenali sebagai “skandal Copgate “ yang difailkan Rosli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2013.

April lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Vazeer Alam Mydin Meera menolak permohonan Gani untuk mengetepikan saman itu atas alasan AG “tidak kebal terhadap tindakan undang-undang”.


Malaysiakini

Mualaf Shafee dapat injunksi baru

 
 

 Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendapat injunksi bagi menghalang Majlis Peguam membincangkan dakwaan salah lakunya semasa berceramah mengenai kes Liwat II.

Hakim Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injuksi baru itu bagi menggantikan injuksi ex-parte yang berakhir pada 3 April.

Injunksi baru ini akan diteruskan sehingga saman oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno itu dilupuskan.

Hakim Asmabi membenarkan injunksi itu di dalam kamar walau mendapat bantahan daripada peguam Majlis Peguam, Lambert Rasa-Ratnam dan peguam mewakili Tommy Thomas dan bekas hakim Mahkamah Rayuan, Tan Sri VC George.

Perkembangan baru ini didedahkan oleh peguam Shafee, Kamarul Hisham Kamaruddin dan juga Datuk S Ambiga yang mewakili Thomas.

Kamarul Hisham memberitahu wartawan bahawa perkara itu kekal sehingga saman tersebut dilupuskan. George diwakili oleh Porres Royan.

Hakim Asmabi juga menetapkan tarikh 13 Mei untuk pendengaran injunksi inter-parte dan juga permohonan Majlis Peguam untuk mengenepikan injunksi ex-parte Shafee.

Mahkamah juga menetapkan tarikh 14 April untuk pengurusan kes.

Shafee berjaya mendapat injunksi ex-parte itu sehari sebelum mesyuarat agung Majlis Peguam, pada 13 Mac.

Ia bagi menyekat satu usul oleh Thomas, yang disokong oleh George, daripada dibincangkan di AGM tersebut.

Thomas dan George memfailkan usul agar Shafee dibawa ke lembaga disiplin Majlis Peguam.

Tindakan itu bagi membincangkan mengenai siri ceramah yang dijalankannya mengenai sabitan kes Anwar.

Shafee mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Liwat II itu.

Majlis peguam juga membangkitkan mengenai tindakan Shafee mengadakan sidang akhbar untuk mengkritik Anwar, sedangkan bekas timbalan perdana menteri itu tidak dapat menjawab kerana dalam tahanan.

Tindakan Shafee itu didakwa melanggar Peraturan Rules 5(a), 31, 32, 33 dan 49  Peraturan (Amalan dan Etika) Profesion Guaman 1978.



Malaysiakini

Jurang pendapatan M'sia lebih rendah dari S'pura

 
 

Tahap perbezaan jurang pendapatan di Malaysia lebih rendah berbanding negara Asia lain seperti Jepun, Cina dan Singapura, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Othman Abdul (Umno-Pendang) di Parlimen hari ini.

Razali (kanan) sekali gus menolak dakwaan bahawa pengagihan kekayaan di negara ini masih lemah.

Katanya Indeks Gini, kaedah mengukur ketidaksetaraan, di Malaysia menunjukkan mata 0.421, berdasarkan data awal pendapatan isi rumah pada 2014.

Sebagai perbandingan, Indeks Gini bagi Jepun mencatatkan mata 0.488, Singapura (0.478) dan Cina (0.474).





Malaysiakini

'Husni mesti betulkan jawapan silap isu 1MDB'

   

Pemimpin pembangkang menggesa Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memperbetulkan kenyataan berhubung kemungkinan penjualan aset tenaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Global Energy Berhad.

Husni di tahun lepas memberitahu Dewan Rakyat bahawa CIMB Group dilantik oleh 1MDB untuk membuat penilaian pihak ketiga berhubung asetnya untuk tawaran awam awal (IPO).

Bagaimanapun, CIMB pada hari berikutnya mengeluarkan kenyataan bahawa mereka ditugaskan untuk “mencari pelabur strategik untuk kemungkinan penjualan Edra Global Energy Berhad”.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua (kanan) berkata Husni salah dengan mengelirukan Dewan Rakyat semasa ucapan penggulungannya.

“CIMB jelaskan bahawa peranan mereka untuk mencari pelabur untuk Edra. Ia tiada kena mengena dengan IPO.

“CIMB tidak berminat dengan IPO lagi,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Pua berkata Husni masih mempunyai dua hari lagi untuk membetulkan kesilapan itu.

“Beliau patut datang ke Parlimen untuk menjelaskan kenyataannya secara langsung atau melalui jawatan kementerian.

“Jika tidak kami akan usulkan untuk merujuknya ke jawatankuasa hak dan kebebasan,” katanya.



Malaysiakini

Tiada komitmen untuk ‘buktikan rakyat salah’ dalam isu integriti PDRM - oleh Alyaa Alhadjri

 

“Kami tidak mempunyai cara lain untuk membangkang semua keraguan yang dibangkitkan dan dakwaan prejudis yang dibuat, kecuali untuk membuktikan yang ianya salah."

Membaca petikan oleh bekas ketua hakim negara Mahkamah Perlembagaan Indonesia, Hamdan Zoelva saya terpegun dengan komitmen beliau untuk memperbaiki kredibiliti institusi itu – yang dibina dengan cermat dan teliti selama 10 tahun – tetapi musnah dalam sekelip mata apabila ketua hakim negara sebelum itu, Akil Mochtar ditangkap pada tahun 2013 oleh pegawai anti-rasuah semasa menerima wang tunai rasuah berjumlah berjuta-juta Rupiah.

Akil kemudiannya didapati bersalah kerana rasuah dan menjadi orang pertama yang dikenakan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah Korupsi Indonesia.

Walaupun kerelevanan Mahkamah Perlembagaan di Malaysia adalah sebuah subjek untuk artikel lain, Hamdan (yang pada masa itu adalah timbalan Akil itu) telah menunjukkan keberanian dan kebijaksanaan untuk mengekalkan kepercayaan orang ramai terhadap institusi kehakiman yang ditubuhkan sebagai salah satu instrumen utama pembaharuan Indonesia pasca-Soeharto.

Kurang daripada 24 jam selepas Akil ditangkap, Hamdan telah bertemu dengan semua lapan hakim mahkamah perlembagaan, dan kemudian mengumumkan penubuhan Majlis Kehormatan khas lima anggota untuk menjalankan siasatan dalaman dan membuat keputusan mengenai kedudukan Akil.

Komitmen sebegitu adalah jelas kurang dari pemimpin-pemimpin institusi tadbir urus kita sendiri, bermula dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Persepsi rakyat terhadap kredibiliti keseluruhan Polis Diraja Malaysia, berdasarkan kaedah "kawalan Twitter" beliau, jelas tidak memberi kesan kepada Khalid yang masih berkeras bahawa tindakan terhadap dakwaan perbezaan pendapat di Internet adalah satu langkah yang 'cekap'.

Khalid juga berdegil terus meningkatkan tanggapan awam bahawa beliau – dan oleh itu pasukan polisnya – terlibat dalam penganiayaan terpilih terhadap individu-individu yang mana pandangan mereka disifatkan sebagai menghasut atau memudaratkan keselamatan awam (sebenarnya: anti-kerajaan).

Jika tidak, bagaimana lagi kita boleh mewajarkan gaya sombong pasukan polis memberi maklum balas kepada kebimbangan yang sah berkenaan kaedah mereka menjalankan tugas?

Antara lain, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata pada 29 Mac yang tidak ada keperluan untuk 10 anggota polis datang ke rumahnya pada awal pagi untuk menangkapnya, kerana beliau secara sukarela akan pergi ke balai polis untuk merekodkan keterangannya.

Ketua polis bagaimanapun menolak kritikan ahli parlimen PAS itu dan berkata pihaknya bersedia untuk mengambil tindakan pada bila-bila masa terhadap individu-individu yang didakwa melakukan kesalahan mencetuskan rusuhan awam. Sikap Khalid hampir berbeza sama sekali dengan Hamdan, yang dalam bukunya bertajuk

"Pergulatan Konstitusi" (Kemelut Perlembagaan), mengingati kekecewaannya apabila wakil-wakil dari Mahkamah Perlembagaan telah dikecualikan daripada mesyuarat yang dijalankan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dengan ketua-ketua agensi-agensi persekutuan Indonesia, untuk membincangkan perkembangan berikut penangkapan Akil.

Terdapat lima perkara yang terkandung dalam agenda Susilo untuk menyelamatkan Mahkamah Perlembagaan, termasuk keperluan untuk adanya sebuah mekanisme pemantauan, atas alasan "dalam sebuah demokrasi yang berfungsi, tiada kuasa yang tidak harus dikawal" kerana ia kemudiannya akan disalahgunakan.

Hamdan, sebagai tindak balas, mempengerusikan sebuah mesyuarat selama tujuh jam dengan kesemua lapan hakim Mahkamah Perlembagaan, dan selepas itu mereka telah menandatangani perjanjian 12-perkara yang menangani cadangan-cadangan khusus yang dibuat oleh Susilo.

Kembali semula di Malaysia, sikap tidak peduli secara terang-terangan terhadap pandangan rakyat boleh menyebabkan pentadbiran Barisan Nasional di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak membuat apa-apa cadangan yang 'sama' untuk meningkatkan tanggapan orang ramai terhadap pasukan polis.

Sekali lagi, ia tidak mengejutkan memandangkan cadangan oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kelakuan polis telah menerima sambutan dingin daripada mereka yang berkuasa.

Malah, cadangan itu sekadar 'ditangani' dengan pembentukan sebuah versi lemah pemerhati bebas ke atas PDRM, bukan sebuah badan ‘ombudsman’ polis bebas yang akan menyelamatkan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap polis.

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

" GARIS PANDUAN DALAM HIBURAN MAKSIAT " - tikaq buloh

Alahai JAKIM. Kebanyakannya yang dibawa dari luar negara seperti k-pop dan artis barat semuanya mengundang maksiat, nak letak garis panduan apa lagi. Bukankah lagi bagus kalau haramkan terus. 
 
Atau pun haramkan orang-orang Islam perempuan dan lelaki sahaja kalau alasan menghormati agama lain, tapi pengamatan aku artis k-pop nih melayu ja pun yang tergedik-gedik, orang cina taklah taksub sangat.




Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datk Seri Jami Khir Baharom berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyediakan garis panduan untuk memelihara tatasusila dan akhlak penghibur dan penonton agar tidak bercanggah dengan syariat Islam.

Beliau berkata garis panduan itu sebagai membantu Jawatan Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang memberi kebenaran bagi aktiviti hiburan melibatkan artis luar negara.

"Antara isi kandungan garis panduan tersebut ialah persembahan yang tidak mengandungi ungkapan yang melanggar akidah dan syariat Islam dan persembahan artis serta interaksi dengan penonton hendaklah secara sopan dan disertai kata-kata yang boleh membina nilai-nilai kemanusiaan," jawapan bertulis Jamil dipetik .

Beliau menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang bertanyakan mengenai sejauh mana keseriusan kerajaan dalam menguatkuasakan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang diterbitkan oleh Jakim.

Sebelum ini, kontroversi tercetus ekoran rakaman video aksi gadis bertudung berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea di atas pentas sehingga menimbulkan cemuhan pelbagai pihak.


Video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.  
 

Kos selenggara jet baru Najib,15 tahun RM690 juta saja?.. Macai tentu bangga..


Hakikatnya walau berapa Billion RM sekalipun yang perlu Kerajaan Barisan Nasional keluarkan untuk kos penyelangaraan jet baru itu.. macai tak kisah..

Sebabnya mereka berbangga apabila melihat Rosmah dan Najib menaiki jet tersebut.. bagi mereka boleh melihat jet tersebut dan melambai-lambai kepada jet yang terbang itu adalah satu kebanggan yang amat sangat..

Malah mereka juga suatu hari nanti dengan bangganya akan menceritakan kepada anak cucu mereka...

"Dulu masa atuk muda-muda.. Atuk pernah melampai-lambai sambil melompat-lompat keriangan bila nampak jet yang dinaiki Perdana Menteri terbang...."

"Atuk melompat-lompat gembira sebab Atuk bangga ada Perdana Menteri yang bijak dalam menguruskan ekonomi negara.. "

"Atuk juga bangga sebab Atuk dah bayar GST untuk membolehkan Najib beli jet baru itu.. walaupun Atuk terpaksa makan mee segera hari-hari.. "

"Itulah pengorbanan Atuk buat Perdana Menteri yang Atuk sayangi masa itu... "

Kalau cucunya juga kurang cerdik, cucunya itu pasti kagum.. tapi kalau cucunya lebih cerdik.. akan bertanyalah cucunya..

"Awat Atuk bodoh sangat?"


Laporan berkaitan...

PKR mendakwa kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet baru perdana menteri ACJ320 akan menelan belanja RM690 juta untuk tempoh 15 tahun.  
Naib Presidennya Rafizi Ramli mendakwa kiraan itu berdasarkan penetapan kontrak RM46 juta setahun untuk urusan itu.  
“Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi perdana menteri adalah RM1.098 bilion,” dakwanya,  
Rafizi mendakwa, pecahan pembayaran itu seperti berikut:  
- Tahun 2007 hingga 2010: RM110 juta Tahun 2011 hingga 2015
- RM194 juta Khidmat disambung 2016 hingga 2022
- RM408 juta Setakat ini,  
Putrajaya masih belum menolak angka dikemukakan Rafizi itu.  
Bagaimanapun, seorang anggota Parlimen penyokong kerajaan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim mempertahankan tindakan membeli jet itu.  
Menurutnya, tindakan itu dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan memastikan keselamatan pemimpin negara dalam perjalanan.  
Pembelian itu dikritik hebat susulan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) esok, yang didakwa aktivis dan pembangkang akan membebankan rakyat terbanyak ~ Malaysiakini

Polis tangkap pengarang TMI kerana laporan hudud


Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.

Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.

Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini.

Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.

Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.

Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.

"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.

"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."

Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.

"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.

The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka  semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.

Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.

Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.

Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.

Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – TMI
Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.
Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini. Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.
Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.
Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.
"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.
"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.
"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.
The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka  semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.
Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.
Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.
Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.
Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – 30 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tangkap-pengarang-tmi-kerana-laporan-hudud#sthash.53SFBgLM.dpuf
Polis hari ini memberkas tiga pengarang kanan The Malaysian Insider iaitu pengarang urusan Lionel Morais, pengarang berita bahasa Amin Shah Iskandar dan pengarang analisis dan rencana Zulkifli Sulong berhubung satu laporan mengenai hudud yang menyentuh Majlis Raja-raja.
Pihak polis bersama anggota Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) datang ke pejabat The Malaysian Insider di Mutiara Damansara petang ini dan membuat tangkapan.
Tindakan itu merupakan sebahagian daripada siasatan selepas laporan polis dibuat seorang pegawai dari Majlis Raja-raja minggu lepas.

Kira-kira 12 anggota polis dan SKMM tiba di pejabat itu lebih kurang jam 5.52 petang ini. Mereka menghabiskan kira-kira setengah jam memeriksa komputer salah seorang pengarang sebelum meneruskan dengan menyoalsiasat Morais, Amin dan Zulkifli.
Peguam Syahredzan Johan, yang bersama mereka berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, ketiga-tiga pengarang itu akan ditahan di balai polis Dang Wangi malam ini dan polis akan memohon perintah reman ke atas mereka esok pagi.
Sementara itu, Ho Kay Tat, ketua pegawai eksekutif kumpulan / penerbit The Edge Media Group, yang memiliki The Malaysian Insider, berkata tangkapan itu tidak perlu.
"Kami tak fikir timbul keperluan menangkap mereka kerana mereka boleh bertemu polis pada bila-bila masa bagi direkodkan kenyataan," katanya.
"Kami menyeru polis membebaskan mereka serta merta."
Bagaimanapun, katanya, pegawai polis dan penyiasat dari SKMM menunjukkan sifat mesra ketika menjalankan tugas mereka di pejabat The Malaysian Insider.
"Kami bekerjasama sepenuhnya dengan mereka, tetapi tidak berjaya meyakinkan mereka yang tidak perlu ketiga-tiga pengarang itu ditahan di lokap polis malam ini," kata Ho.
The Malaysian Insider melantik Syahredzan mewakili ketiga-tiga mereka  semasa pendengaran permohonan reman mereka esok.
Menurut laporan yang diterbitkan pada 25 Mac itu, memetik sumber, mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.
Majlis Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac menafikan ia mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud Kelantan.
Semalam, Pemuda Umno Kedah memfailkan laporan polis terhadap The Malaysian Insider dan menggesa tindakan tegas diambil ke atas portal itu berhubung laporan tersebut.
Ahli Parlimen Barisan Nasional juga memperkatakan mengenai perkara itu di Parlimen.
Hari ini dan semalam, akhbar milik Umno, Utusan Malaysia menerbitkan beberapa laporan mendesak tindakan diambil ke atas portal itu. – 30 Mac, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tangkap-pengarang-tmi-kerana-laporan-hudud#sthash.53SFBgLM.dpuf

Lagi Berita

Video Perempuan Melayu Megamuk Dan Maki Hamun Pemandu Teksi


 Rakaman berkaitan kes perempuan kereta myvi mengamuk terhadap pemandu teksi.

Video dengan durasi 1:02 minit itu melihatkan perlanggaran antara 2 buah kereta iaitu Myvi dan juga Teksi. Berikut adalah videonya.

Maklumbalas lain yang kami terima selepas itu melalui WhatsApp memaparkan pemandangan rakaman video lain dari pihak kumpulan wanita tersebut dan penjelasan lengkap tentang apa yang berlaku. Menurutnya, Teksi tersebut telah melanggar kereta kumpulan wanita tersebut. Berlaku kekecohan seketika hingga terpaksa ditenangkan orang ramai.

Dikatakan pemandu Teksi tersebut telah mencederakan salah seorang dari kumpulan mereka dan perbalahan lebih besar pula tercetus.

Berikut adalah video dari lensa kumpulan wanita tersebut.



Di Balai Polis, bapa kepada salah seorang dari wanita ini hadir selepas mendapat tahu akan apa yang berlaku dan telah menumbuk pemandu Teksi tersebut sehingga berdarah (gambar di bawah).



Kejadian sebegini bukan pertama berlaku. Baru sahaja tahun lalu kita digemparkan dengak kejadian lebih kurang sama yang berlaku kepada Kiki (CDM) dan steering lock keretanya. Kali ini datang satu lagi. 

Apapun yang berlaku, sebagai rakyat Malaysia yang terkenal dengan kesopanan dan kesusilaan, selesaikanlah dengan cara yang lebih bertamadun. 

Apapun memandangkan kes ini telah menjadi kes polis, biarlah pihak Polis yang menyelesaikannya.

- omedia

Hadi Akan Diingati Sebagai Penghancur Pakatan

 


Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang adalah penentu nasibnya sendiri, tetapi beliau akan diingati sejarah sebagai orang yang menjatuhkan Malaysia. Hadi menghadapi titik yang paling penting dalam kerjaya politiknya, tetapi berkelakuan dengan keangkuhan yang telah menjadi tabiatnya. Dia kehilangan Terengganu dan Kedah kepada Umno Baru, dan beliau kini sedabg berusaha untuk memusnahkan Malaysia yang majmuk.

Rakan-rakan pakatan PAS telah hilang kepercayaan kepada Hadi, tetapi dia terus berkeras, selamat dalam pengetahuan bahawa ulama-ulama dalam parti itu berada di sisinya. Golongan progresif PAS hanya boleh melihat tidak bermaya, semasa parti mereka dianggap seperti pariah politik.

Golongan progresif tidak berupaya. Tidak dapat bertindak, kerana mereka takut, bahawa puak ulama akan memecat mereka, dan membawa kerjaya politik mereka kepada pengakhiran yang pra-matang.

Golongan progresif ini lupa bahawa rakyat menghormati ahli-ahli politik yang memiliki pendirian, seperti ketua PAS Batu dan ahli-ahli yang meletak jawatan, disebabkan kepimpinan yang lemah dan berpecah belah Hadi.

Semasa Hadi berceramah tentang hudud dan semua perkara mengenai Islam, pakatan pembangkang akan hancur. Kita tidak perlu berilmu dan kuat agama, untuk membuat kesimpulan bahawa Hadi sedang bertindak mengikut Datuk skrip Seri Najib Razak. Umno Baru lemah, dan satu-satunya peluang mereka untuk kekal berkuasa adalah untuk menjatuhkan Pakatan. PAS telah memainkan peranannya dengan mengagumkan.

Keakraban ahli-ahli PAS dan DAP, berkumpul di luar istana Kuala Kangsar pada bulan Februari 2009, untuk memprotes ketidakadilan politik yang dilakukan ke atas menteri besar PAS, Datuk Nizar Jamaluddin telah dilupakan. 
 
Penyokong-penyokong berbangsa Cina menggayakan ikat kepala PAS. Penyokong Melayu dilihat memakai t-shirt DAP. Mereka telah bersatu menentang ketidakadilan dan komplot Najib untuk menjatuhkan kerajaan yang diundi secara sah.

Hari ini, Hadi secara tidak langsung sedang meneruskan kerja Najib untuk menyegerakan perpecahan Pakatan. Fasa Dua pelan induk Najib dan Umno Baru untuk memerintah Malaysia kini sedang dijalankan. 
 
Fasa Satu adalah penahanan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli-ahli PAS perlu bertindak dan menyelamatkan parti mereka. Parti itu, yang dahulunya pernah rakyat Malaysia hormati.

Ahli PAS mungkin membayangkan Hadi sebagai "penanda rohani", tetapi mereka perlu berfikir secara global, dan bukannya secara kampungan. 
 
Mereka perlu mencabar Umno Baru mengenai isu-isu utama dan menyelesaikan masalah-masalah sosial yang melanda Kelantan dan penduduk Islam. PAS perlu bertegas, dan bukan banyak berbicara mengenai alam barzakh.

Berikut adalah 10 sebab-sebab mengapa Hadi mesti diturunkan.

Hadi tidak mempunyai kemahiran kepimpinan. Dia kehilangan Terengganu dan Kedah. Beliau kehilangan rasa hormat rakan-rakan gabungan itu, dengan tidak hadir mesyuarat dan ketidakupayaan untuk bertindak sebagai ahli sebuah pasukan. 
 
Penyokongnya menggunakan penyakitnya untuk mewajarkan ketidakhadiran beliau. Itu adalah alasan yang lemah.

Presiden PAS itu kerap menyatakan A, tetapi melaksanakan B. Beliau mengemukakan rang undang-undang ahli persendirian hudud tanpa persetujuan rakan-rakan bersekutunya. Jika dia mampu melaksanakan pengkhianatan ini, adakah beliau boleh dipercayai dengan perkara-perkara yang lebih penting?

Pandangan dunia Hadi adalah terhad. Cara beliau menangani Serampang Kajang adalah kacau-bilau. Ia membuatkan kita tertanya-tanya jika Najib adalah mentornya. 
 
Beliau bercakap seperti seorang ahli parlimen Umno Baru ketika dia menyatakan yang pilihan raya tempatan akan membawa kepada satu lagi tragedi 13 Mei.

Adakah presiden PAS itu hanya memberi tumpuan hanya kepada perkara-perkara rohani? Apakah pandangan beliau mengenai 1MDB, GST, rasuah, mangsa banjir dan hutang negara kita? Apa yang beliau katakan tentang pemenjaraan Anwar? Malaysia sedang menuju ke arah bankrap, tetapi Hadi pula bankrap idea.

Kebencian Hadi terhadap wanita tidak boleh dibenarkan untuk meresap dalam politik dan masyarakat Malaysia. Wanita merupakan kira-kira 50% daripada penduduk, pengundi dan tenaga kerja. Hadi lebih suka mereka duduk di rumah, membuat anak, menjaga keluarga dan secara amnya tidak mengganggu lelaki.

Hadi gila kuasa. Dia menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat majlis Pakatan, tetapi tidak memberikan mereka sebarang kuasa untuk membuat keputusan. Mengapa buang masa semua orang? 
 
Adalah langkah ini untuk menunjukkan yang beliau penting, atau untuk menangguhkan masa, supaya dia boleh memikirkan isu-isu penting ini pada masa lapangnya?

Tempoh hanya beberapa minit adalah ibarat seumur hidup dalam politik. Hadi meninggalkan rakyat tertunggu-tunggu berkenaan Serampang Kajang. 
 
Pada malam perhimpunan Kita Lawan 7 Mac, beliau masih belum membuat keputusan jika pemimpin-pemimpin PAS perlu hadir. Bolehkah dia dipercayai mengenai isu-isu utama?

Seorang pemimpin yang baik tidak akan mengkritik ahli-ahli partinya sendiri di khalayak ramai, tetapi Hadi telah melakukannya dengan menggelarkan dua anggota partinya sebagai "barua" dalam sebuah perhimpunan PAS di Johor.

Banjir di Kelantan merupakan kejadian tahunan. Nik Abduh Nik Aziz membuat PAS kelihatan bodoh dengan kata-kata beliau, yang mengaitkan banjir dengan pelaksanaan hudud. 
 
Ahli-ahli politik seperti ini menjadikan kita kehilangan rasa hormat untuk mereka. Mengapa tidak cadangkan sahaja pembinaan sebuah bahtera seperti Nabi Noh, dan bukannya merangka langkah-langkah menghalang banjir dan menghentikan pembangunan di kawasan-kawasan banjir?

Hadi dan penyokongnya mendakwa bahawa DAP adalah biadap kerana menolak PAS, tetapi tidak lama lagi PKR dan wanita Malaysia juga akan menolak PAS. 
 
Agama tidak pernah menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat Kelantan. Pendidikan dan pemikiran progresif, yang merangkumi perbincangan mengenai isu-isu penting, yang akan melakukannya.

Hadi mungkin tidak terganggu dengan penolakan DAP, tetapi dia perlu bimbang apabila golongan progresif PAS meninggalkannya, dan parti itu musnah. -theantdaily

ULASAN GB

Susah payah pimpinan PAS terdahulu terutama Allahyarham Ust Fadzil Noor dan TG Nik Abd Aziz berusaha untuk menyatukan parti-parti pembangkang bermula dengan Angkatan Perpaduan Ummah kemudian diikuti dengan Barisan Alternatif sehingga kahirnya tercetusnya Pakatan Rakyat sehingga UMNO BN hampir ditumbangkan di Parlimen.

Pimpinan PAS terdahulu begitu bersabar untuk memajukan idea dan gagasan hudud.... mengutamakan yang utama iaitu menumbangkan dahulu rejim UMNO BN dan menghapuskan kezaliman. 
 
Tetapi malangnya pimpinan PAS yang ada terutama Haji Hadi dan kelompok ulamak tiba-tiba begitu gopoh untuk melaksanakan hudud, sehingga akhirnya Pakatan Rakyat berantakan.

Sepatutnya pimpinan PAS yang ada perlu bersyukur kepada Allah kerana dengan kewujudan Pakatan Rakyat, PAS telah mendapat tempat di hati rakyat termasuk yang bukan Islam. 
 
Malah PAS memenangi banyak kerusi samada di peringkat DUN ataupun parlimen hasil dari kerjasama erat parti-parti pembangkang ini. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan itu, sebaliknya mencari jalan untuk menghapuskan PR dengan "membarua" mana-mana pimpinan yang berhasrat untuk memperkukuhkan PR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan....kita sama-sama tunggu hukuman Allah itu berjalan... 
 
 
 
Kelab Greenboc

Harga baru minyak bulan April 2015



Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengumumkan harga runcit baharu petrol dan diesel bagi bulan April 2015 pada Selasa malam 31 Mac 2015

Selepas diumumkan harga runcit bagi bahan api itu akan mula berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam

Dari semakan MYsumber berdasarkan pengiraan purata bulanan trend harga pasaran sehingga 26 Mac 2015, harga Petrol RON95 dan RON97 di jangka akan mengalami kenaikan sebanyak 7 sen seliter

Manakala Diesel akan mengalami penurunan sebanyak 5 sen seliter berbanding bulan sebelumnya

Pekung Umno BN Terbongkar.. - Addin

Pekung Umno BN Terbongkar. Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini mengutuk tindakan pihak polis yang didakwa mereka seakan-akan bertindak seperti gengster ketika menangkap aktivis dan pemimpin politik yang terlibat dalam perhimpunan #KitaLawan di Kuala Lumpur 28 Mac lalu.

Sehubungan itu, mereka menggesa kerajaan menghentikan semua tangkapan yang bermotifkan politik dan menggugurkan semua tuduhan dan siasatan terhadap perhimpunan tersebut serta penunjuk perasaan anti GST digugurkan.

"Pecat ketua polis negara dengan serta merta kerana beliau menyalahgunakan kedudukan kuasanya dan bertindak melanggar hak dan kebebasan untuk warganegara, di bawah Perlembagaan Persekutuan," kata mereka dalam satu kenyataan bersama.

Mereka juga menggesa kerajaan menarik balik Akta Pencegahan Keganasan di Parlimen kerana undang-undang itu membolehkan penahanan tanpa bicara, iaitu terhadap mereka yang menjalankan perkhidmatan demi keadilan hak asasi dan kesamarataan.

"Kami juga menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) tanpa lengah demi mengembalikan keyakinan terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM)," kata mereka.
Pekung Umno BN Terbongkar

Mereka mendakwa, ketika kejadian 26 Mac lalu, penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan pegawai polis berpakaian biasa memukul mereka yang berada di Dataran Merdeka yang ketika itu mengumpul tandatangan bagi kempen Bebas Anwar.

Kejadian itu didakwa turut melibatkan seorang warga emas yang berusia 70 tahun.

Pada 27 Mac, beberapa lelaki melarikan aktivis sosial Hishamuddin Rais selepas beliau turun daripada teksi dan berjalan menuju Dataran Merdeka bagi menghadiri satu ceramah perdana pada malam itu.

"Selepas laporan polis dibuat, polis mendedahkan yang Hishamuddin berada di Balai Polis Dang Wangi," kata mereka.

Pada masa sama, Naib Presiden PKR Tian Chua juga turut ditahan.

Manakala pada 28 Mac, iaitu pada hari perhimpunan #KitaLawan, polis menahan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu di Pulau Pinang pada 12.20 awal pagi itu.

"Selepas perhimpunan itu, tiga orang lagi termasuk ahli Majlis Tertinggi PKR Fariz Musa ditangkap dan dua yang lain dibebaskan pada hari yang sama," kata mereka.

Semalam, jam 3.20 pagi, pihak polis yang didakwa bersenjata menahan Ahli Parlimen Selangor Khalid Samad di rumahnya di Shah Alam berikutan penyertaannya dalam perhimpunan sama.

Pada 28 Mac, peserta #KitaLawan berkumpul di tiga lokasi di Kuala Lumpur - Dataran Merdeka, Masjid Jamek dan ibu pejabat PAS - sebelum berarak menuju ke tempat perhimpunan terakhir di depan pusat membeli belah Sogo.

Perhimpunan mereka itu ialah bagi menuntut pembebasan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan peletakan jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

PKR, DAP putus kerjasama dengan PAS Sabah

 
 

PKR dan DAP Sabah memutuskan hubungannya dengan PAS di negeri ini susulan ketegasan parti Islam meneruskan pelaksanaan hudud di negara ini.

Dalam kenyataan bersama, dua parti ini berkata mereka akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat tanpa parti Islam.

Kenyataan itu juga menegaskan pemimpin-pemimpin Islam dalam PKR tidak menolak tuntutan hudud dalam al-Quran tetapi hanya menolak pelaksanaan enakmen hudud di Malaysia.

Kenyataan mengejutkan itu ditandatangani oleh pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin dan pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong.

Ia merupakan susulan daripada keputusan DAP Sarawak minggu lalu menarik diri daripada gabungan parti pembangkang itu.

Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan faktor keadaan semasa.

"Bagaimanapun kami tetap komited untuk perjuangan dalam Pakatan antara PKR dan DAP.

"Kami berharap PAS tidak meneruskan matlamat untuk melaksanakan hudud tetapi dengan jelas menunjukkan mereka serius untuk melaksanakannya," tegas mereka.

Menurut pemimpin berkenaan, mereka tidak lagi dapat meneruskan kerjasama apabila PAS masih bertegas untuk melaksanakan hudud.

"Jadi, dengan hati yang berat kami memutuskan untuk memutuskan kerjasama politik dengan PAS," kenyataan itu dipetik.

Awal hari ini, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya menjawab "tidak tahu" apabila diminta mengulas masa depan Pakatan.

Di peringkat kebangsaan, DAP telah memutuskan hubungan kerjasamanya dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilihat sebagai penggerak utama terhadap agenda pelaksanaan hudud. 


Malaysiakini

Berhenti 6,000 pekerja MAS tak dapat dielak

 
Malaysia Airlines (MAS) berdepan situasi sukar dan rancangannya untuk mengurangkan 6,000 kakitangan itu adalah sesuatu yang tidak dapat dielak dan sebaliknya perlu diteruskan, kata bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Ong Tee Keat hari ini.

Khazanah Nasional Bhd, yang memiliki MAS, telah melakukan penilaian menyeluruh secara teliti mengikut Pelan Pemulihan bernilai RM6 bilion bagi syarikat penerbangan negara itu dan keperluan mengecilkan tenaga kerjanya adalah sangat kritikal bagi pelan tersebut, katanya.

Ong berkata demikian bagi mengulas bantahan yang disuarakan dalam kalangan kesatuan sekerja MAS yang telah merayu kepada Khazanah dan kerajaan supaya mengabaikan tindakan pemberhentian pekerja besar-besaran yang melibatkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.

"Kita tidak mampu untuk berada dalam zon selesa selama-lamanya. Jika kita katakan yang kita telah melakukan ini sejak beberapa tahun, jadi kenapa kita tidak boleh teruskannya. Jadi apakah pelan pemulihan atau perubahan yang kita bincangkan?," katanya.

"Adakah kita mahu terjerumus dalam perangkap lama yang sama, iaitu berbentuk bantuan kewangan, kita mahu dijamin keluar oleh kerajaan dan adakah itu sahaja. Justeru, sekarang kita perlu membuat pilihan, apakah ia sekadar dijamin keluar semata-mata atau pemulihan yang tulen dan sangat bermakna bagi kelangsungan syarikat penerbangan negara.

"Saya rasa ini adalah dua perkara utama yang kita perlu putuskan secara muktamad dan tegas demi kepentingan negara," katanya kepada Bernama.

Ong menekankan sejak awal lagi, semua maklum isu pemberhentian kerja sementara tidak dapat dielak dan pertemuan yang mencukupi telah dibuat dengan pelbagai kesatuan pekerja dan langkah pemberhentian kerja bukan menjadi satu isu sekarang.

"Langkah berikutnya selepas ini kemungkinan pemilihan pekerja yang sesuai, dan saya yakin keperluan mendapatkan bilangan pekerja yang sewajarnya bagi menepati bilangan tenaga kerja yang optimum dibincangkan. Ini adalah perkara yang tidak dapat dielak syarikat penerbangan itu.

"Ini bermakna bukan Khazanah mahu sedaya upaya untuk pemberhentian kerja sementara atau pembuangan mana-mana kakitangan, tetapi demi kelangsungan MAS, sama ada kita mahu syarikat baharu iaitu MAS yang baharu terus wujud, terus beroperasi atau sebaliknya," tambahnya.

Antara tujuan pelan penstrukturan semula bernilai RM6 bilion itu adalah supaya syarikat penerbangan tersebut meraih keuntungan dalam tempoh tiga tahun, Khazanah telah menjadikan MAS sebagai syarikat persendirian tahun lepas.

Penstrukturan semula MAS turut melibatkan langkah pengecilan tenaga  kerjanya.

Langkah penilaian pekerja yang menyeluruh telah diselesaikan pada awal Februari, melibatkan kira-kira 20,000 kaitangan dengan mengambil kira rekod prestasi, pengalaman, kelayakan, sifat tingkah laku, rekod disiplin, kecekapan, serta aspirasi untuk menyertai MAS NewCo.

Penilaian tersebut juga menyaksikan 500 eksekutif kanan MAS menjalani perbincangan selama tiga jam dengan perunding bebas.

Pusat Pembangunan Korporat yang dijangka memulakan operasi pada 1 April, 2015 akan menyediakan landasan dan peluang bagi penempatan luar serta latihan semula kakitangan MAS yang terlibat.

Pusat tersebut akan menyediakan pekerja yang diberhentikan dengan akses kepada perkhidmatan yang pelbagai, termasuk pemprofilan tenaga kerja, kaunseling kerjaya, latihan asas dan terperinci, kemahiran mencari kerja, keusahawanan, penempatan dan rancangan persaraan.

Langkah terbaru dalam penstrukturan semula syarikat itu adalah pelantikan Christoph Mueller sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang diawalkan daripada Julai kepada 1 Mei.

Hasrat itu membenarkan Mueller mengetuai usaha penstrukturan semula syarikat dan membolehkan masa yang tepat untuk peralihan kepada MAS NewCo, Malaysia Airlines Bhd.

Mengulas mengenai kenyataan kesatuan bahawa aset teras kepada syarikat penerbangan itu adalah "kemahiran, pengalaman dan kesanggupan kakitangan" dan tenaga kerja sewajarnya tidak dianggap sebagai komoditi, Ong mengulangi adalah sia-sia untuk bercakap mengenai sentimen pada masa ini kerana kegagalan bukan lagi satu pilihan dan pelan pemulihan yang sedang dilaksanakan sewajarnya menjadi yang terakhir kepada MAS.

"Ini adalah soal hidup atau mati untuk syarikat itu. Anda mungkin memiliki kepakaran, bakat dan kesemuanya namun, jika tenaga kerja dianggap terlalu berlebihan, anda perlu kurangkannya demi kelangsungan dan ini adalah keputusan sukar yang perlu dibuat.

"Dalam hal ini, kita memberi jaminan 6,000 pekerja itu akan diberi kemahiran, dilatih dan ditugaskan semula. Ini bermakna mereka akan mendapat pekerjaan, kecuali mereka memilih untuk tidak menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

"Selain itu, kerajaan sewajarnya sedar mengenai beberapa faktor utama atas kegagalan kita menguruskan MAS.

"Kita bercakap dari masa ke semasa, perbelanjaan yang membazir, atau kontrak yang akan dianggap tidak kondusif kepada MAS, semua ini perlu dikaji semula. Semua ini telah diperkatakan.

"Sudah tentu tidak adil untuk menyatakan hanya 6,000 orang dijadikan alasan bagi kegagalan MAS," katanya.

- Bernama

Mahkamah Jitra gempar bom palsu

 
Mahkamah Jitra gempar buat seketika selepas kakitangannya menerima panggilan bom palsu daripada seorang lelaki tidak dikenali awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Rahim Abdullah berkata seorang kerani mahkamah telah memaklumkan kepada pihak polis kira-kira 9.30 pagi tadi tentang panggilan berkenaan daripada seorang lelaki.

Katanya, kerani itu mengatakan pemanggil dipercayai berbangsa India berdasarkan telor percakapannya.

Orang itu mendakwa bom akan meletup dalam tempoh tiga minit, kata Abd Rahim.

Beliau berkata pemeriksaan Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Kedah dan dibantu oleh anggota Polis Kubang Pasu tidak menemui sebarang objek mencurigakan.

Polis kemudian mengisytiharkan kawasan persekitaran mahkamah itu selamat dan mahkamah dibenarkan menyambung semula prosidingnya.

- Bernama
 


Malaysiakini

Polis, SKMM serbu portal, tiga editor ditangkap

 
 

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan polis lewat petang ini menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya.

Tiga editor kanan portal berita itu ditangkap untuk siasatan bawah Seksyen 4 Akta Hasutan and Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Editor urusan Lionel Morais, editor berita edisi Melayu Amin Iskandar dan editor rencana Zulkifli Sulong ditahan di lokap balai polis Dang Wangi, Kuala Lumpur malam ini.

Polis juga merampas komputer dan telefon tangan milik mereka, Amin memberitahu Malaysiakini.

Polis sahkan penahanan itu untuk siasatan berhubung laporan berita palsu mengenai Majlis Raja-Raja Melayu yang menolak hudud, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Minggu lalu, selepas aduan polis, Majlis Raja-Raja Melayu berkata ia tidak pernah menolak hudud seperti dilaporkan portal itu.

Malah, mereka tidak pernah membangkitkan isu enakmen syariah itu dalam mesyuarat mereka baru-baru ini, kata Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.



Malaysiakini

Penjelasan Presiden PAS berkenaan "Private Bill" Akta 355 yang di bawa ke parlimen




Private bill

Usaha membawa private bill ke parlimen hanya satu usaha kecil kita. Ia belum lagi ke tahap pelaksanaan hudud secara menyeluruh. Ia hanya satu usaha untuk memperbetulkan kepincangan di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Perlembagaan meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Agama-agama lain bebas diamalkan, sedangkan Islam tidak bebas dilaksanakan dengan sekatan seperti yang terkandung di dalam Akta 355 berkait dengan kuasa Mahkamah Syariah.

Mahkamah Syariah hanya diberi kuasa menjatuhkan hukuman tidak lebih dari 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 kali sebatan sedangkan undang-undang Islam menetapkan 40 ke 80 sebatan bagi kes minum arak, 80 sebatan bagi kes qazaf dan 100 rotan bagi kesalahan zina.

Maka akta ini perlu dipinda bagi memberi laluan kepada sebahagian kecil undang-undang Islam untuk dilaksanakan. Bukan semua undang-undang Islam. Ia perjuangan yang masih panjang kerana untuk melaksanakan undang-undang Islam secara keseluruhannya memerlukan pindaan 


Perlembagaan Persekutuan perkara 76. Ia memerlukan sokongan 2/3 di Dewan Rakyat sedangkan untuk meminda Akta 355 ini hanya memerlukan simple majoriti.

Kita tahu perangai Umno macam mana. Tapi kita tetap mengambil risiko membentangkan private bill ini dengan anggapan parlimen kita masih didominasi oleh ahli-ahli parlimen beragama Islam. Dan kita mengharapkan sokongan dari semua ahli parlimen beragama Islam sama ada dari PAS, Umno dan PKR.

Jika Umno sokong, tak perlulah kita tanya mereka ikhlas atau tak ikhlas. Ikhlas ini kerja Allah, bukan kerja kita. Dan jika mereka menipu dan cuba memperdayakan kita, kita tidak harus gentar kerana kita ada Allah, dan Allah menjanjikan kepada kita: 


"Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dialah yang menguatkanmu dengan pertolongan-Nya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman." (Al-Anfal: 62)

Mesyuarat agung kali ini adalah mesyuarat memilih pimpinan yang baru. Kepimpinan adalah amanah. Mereka adalah nakhoda yang  perlu meneruskan perjuangan ini berpandukan Al-Quran. Justeru pilihlah nakhoda yang pandai baca peta. Jangan pilih nakhoda yang tak tahu baca peta. Dan peta kita adalah Al-Quran

Petikan ucapan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kuala Krau di Darul Hikmah pada 29 Mac 2015 yang dicatat oleh Aris Azlan.

Keadaan Terkini Awal Asaari

 


Beliau bengkak pada bahagian mulut dan sakit pada bahagian belakang.

Doakan cepat sembuh.

Shafee Mualaf fail saman fitnah terhadap Majlis Peguam dan peguam

Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memfailkan saman fitnah terhadap Majlis Peguam Malaysia dan tiga yang lain kerana cuba membincangkan kelakuannya pada mesyuarat agung tahunan (AGM) majlis itu dua minggu lalu, kata peguamnya Kamarul Hisham Kamaruddin.

"Ya, anak guam saya memfailkan saman fitnah sebagai tindakan terhadap defendan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Shafee memfailkan saman itu dan satu injunksi menghalang Majlis Peguam, bekas Presiden Christopher Leong, peguam Tommy Thomas dan Tan Sri VC George Shafee memperoleh injunksi ex-parte itu pada hari berikutnya daripada hakim Datuk Asmabi Mohamad bagi menghentikan usul difailkan Thomas dan disokong George yang akan dibincangkan pada AGM 14 Mac.

Mahkamah akan mendengar permohonan hari ini bagi mengetepikan injunksi Shafee itu yang menghentikan perbincangan mengenai kelakuan peguam kanan itu ketika mengambil bahagian dalam road show mengenai perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Leong dan Majlis Peguam diwakili Lambert Rasa-Ratnam, sementara Datuk Ambiga Sreenevasan akan mewakili Thomas, dan Porres Royen untuk George. Thomas dan George, dua anggota kanan Majlis Peguam, pada AGM itu menggesa majlis itu mengambil tindakan terhadap Shafee berhubung kelakuannya susulan sabitan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN