MB Adnan perlu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu ini yang kian melonjakkan kemarahan penduduk tempatan
Beliau berkata, Adnan perlu mempunyai keberanian politik untuk menangani isu ini yang kian melonjakkan kemarahan penduduk tempatan.
“Ketika pertemuan, beliau hanya kata sedang berusaha untuk menanganinya. Lihat pula ketegasan Menteri Besar Terengganu dalam isu ini,” katanya ketika dihubungi FMT.
Ahli Parlimen Kuantan itu diiringi Ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Adun Semambu Lee Chean Chung untuk menyerahkan memorandum kepada Adnan di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang di Kuantan, pada tengah hari Khamis.
Fuziah menyuarakan keyakinannya bahawa kegiatan perlombongan bauksit boleh dijalankan secara terkawal dan jauh lebih baik daripada apa yang boleh dilihat sekarang.
“Tetapi syaratnya kenalah buat moratorium (penangguhan) dulu. Soalnya bila MB nak umumkan?” soalnya lagi.
Kuasa MB untuk halang atau jadi batu penghalang
Memorandum tersebut memberi tempoh sehingga tengah malam ini kepada Adnan untuk mengumumkan moratorium terhadap perlombongan bauksit di sana.
“Pada 7 Disember lalu, Adnan berkata akan membuat pengumuman sebelum hujung bulan ini. Dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga setuju untuk menggantung lesen ekspot…pengumuman itu hanya menunggu kata putus Adnan sendiri.
“Umumkan moratorium sebelum detik 12 tengah malam atau letak jawatan jika masih ada maruah,” kata memorandum itu lagi.
Menurut memorandum itu lagi, ekspot bauksit yang meningkat 20 kali ganda pada tahun 2015 berbanding 2014 juga menyebabkan pencemaran 20 kali ganda di kawasan yang terlibat.
“Moratorium memberi masa untuk kita melihat kepada penggubalan undang-undang yang boleh memberikan situasi menang-menang serta membantu menjadikan industri bauksit ini lebih lestari.
Memorandum itu turut melampirkan tiga dokumen yang menunjukkan punca dan kesan perlombongan bauksit yang tidak terkawal kepada alam sekitar dan penduduk.
Lampiran pertama menunjukkan fenomena ‘laut merah’ yang menurut memorandum itu berpunca daripada aktiviti mengorek dan mengalihkan tanah bauksit yang tidak terkawal.
Lampiran kedua tentang Sungai Rong yang dijadikan kolam mencuci bauksit yang boleh mendatangkan risiko air minum tercemar kepada penduduk Bukit Sagu apabila kegiatan itu dimulakan nanti.
Lampiran ketiga pula adalah dokumen Perintah Kualiti Alam Sekeliling 2015 yang diwartakan kerajaan persekutuan yang menggariskan kegiatan yang dibolehkan menurut undang-undang.
Menurut memorandum itu lagi, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) perlu dilakukan terlebih dulu sebelum empangan mencuci bauksit dibina.
“Jika tiada kelulusan dikeluarkan, maka membiarkan empangan mencuci bauksit ini dibina secara haram adalah satu jenayah yang wajar di siasat oleh SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia),” menurut memorandum itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.