Followers

Tuesday, June 30, 2015

Tiada lagi pengumuman awal perubahan harga petrol, diesel - FMT Reporters

 
Hasan Malek

Mulai sekarang, pengguna hanya dapat tahu jika berlaku perubahan harga atau kekal selepas tengah malam setiap awal bulan.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan tidak akan lagi membuat pengumuman awal tentang harga baru petro dan diesel.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, amalan mengumumkan tentang perubahan sama ada naik, turun ataupun harga kekal yang dilakukan setiap hujung bulan akan dihapuskan.

“Bermula hari ini, pengguna hanya akan dapat tahu sama ada harga naik, turun atau kekal selepas tengah malam,” katanya selepas Taklimat dan Hari Terbuka GST Pemuda UMNO pada Selasa.

Sebelum ini, pengumuman perubahan harga petro dan diesel untuk setiap bulan dibuat menerusi laman web rasmi kementerian.

Amalan mengumuman lebih awal perubahan harga setiap bulan mula dilaksanakan selepas kerajaan menghapuskan subsidi bahan api dan membuat penetapan harga berdasarkan harga di pasaran dunia bermula 1 Disember tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.