SILA KEMASKAN DAN BERAMBUS KELUAR DARI PEJABAT PEGUAM NEGARA WAHAI GHANI PATAIL!!!
Yang sangat pasti, bermula hari ini akan ada beratus-ratus kalau tidak pun beribu-ribu laporan polis yang akan dibuat di seluruh Malaysia ekoran peserta JANJI BERSIH di Dataran Merdeka, mengibarkan dan berkempen bendera mirip Bendera Rakyat AMCJA dan PUTERA pada tahun 1947 untuk menggantikan Jalur Gemilang yang sudah menjadi Bendera Malaysia semenjak tahun 1957 .
Setakat
itu sahajalah yang mampu dilakukan. Kesudahannya tidak akan ke
mana-mana kerana halangan terbesar yang berlaku di negara ini untuk
memastikan negara ini berada dalam keadaan aman adalah PEGUAM NEGARA!
Ambil
sahaja contoh penangkapan mereka yang terlibat dalam kekacauan siri
BERSIH sehingga BERSIH 3.0. Walaupun PDRM telah menyerahkan fail kepada
Pejabat Peguam Negara, tiada sebarang tindakan pendakwaan dilakukan,
sebaliknya semuanya dibebaskan walaupun secara sah dan terang, memang
wujud kekacauan dan mereka yang ditangkap serta diberkas oleh PDRM itu
memang terlibat berdasarkan bukti-bukti visual dan saksi.
Apa
yang berlaku malam tadi di Dataran Merdeka, sebenarnya jauh lebih
menyedihkan. Apakan tidak, Hishamuddin Rais yang suatu ketika dahulu,
cukup terkenal dengan pemikiran Sosialisme yang condong kepada
Komunisme, giat berkempen tentang Sang Saka Tanah Melayu kononnya bagi
menggantikan Jalur Gemilang, tanpa sebarang masalah, biarpun sebenarnya
kempen tersebut adalah bersifat subversif.
Tanah
Melayu secara keseluhan tidak pernah mempunyai bendera rasmi. Dari
zaman Langkasuka sehinggalah ke zaman British, Tanah Melayu terdiri
daripada pelbagai negeri yang mempunyai benderanya yang tersendiri dan
terasing. Apabila tiba zaman British, Tanah Melayu terbahagi kepada
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor, Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu Pahang,
Perak, Selangor, Negeri Sembilan serta Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau
Pinang, Melaka dan Singapura dan setiap fraksi mempunyai bendera mereka
yang berbeza-beza.
Bagaimanapun,
pada tahun 1905 sehingga 1950, terdapat sebuah bendera yang digunakan
untuk memperkenalkan Tanah Melayu biarpun bendera yang sinonim dengan
dunia Melayu adalah Merah Putih yang sekarang ini digunakan oleh
Indonesia.
Kita
boleh meletakkan seluruh kesalahan kepada Peguam Negara yang ternyata
sangat lembik menangani pelbagai masalah perundangan di negara ini.
Sudah terlalu ramai penjenayah politik yang terlepas begitu sahaja
walaupun wujud bukti-bukti sahih dan nyata.
Entah
apa yang merasuk Peguam Negara dan pejabatnya sehinggakan mereka
membiarkan kebebasan melakukan apa-apa sahaja atas nama politik di
negara ini, bahkan sanggup memejam mata atas segala kerosakan dalam
masyarakat Malaysia yang disebabkan onar Anwar Ibrahim, tanpa sebarang
tindakan undang-undang.
Bendera Rakyat AMCJA-PUTERA 1947
Sekarang
sudah terbukti, memang ada gerakan ingin menjadikan negara ini sebagai
Negara Komunis acuan AMCJA dan PUTERA menerusi bendera yang mahu diubah.
Hishamuddin Rais sudah pun menunjukkan belangnya kerana tiada tindakan
yang dikenakan kepadanya selama ini . Kalaupun ditangkap dan ditahan,
'bantuan' daripada Pejabat Peguam Negara membenarkannya lepas bebas.
Atau
barangkali pada pandangan Pejabat Peguam Negara dan Peguam Negara
sendiri, ini masalah remeh temeh yang hanya menyusahkan jikalau fail
dibuka dan individu berkenaan diheret ke muka pengadilan?
Barangkali
tidak keterlaluan jugalah seandainya Akta 114A yang kontroversi itu
sebenarnya hanyalah untuk memudahkan kerja Peguam Negara.
Kalau
sudah bendera, lagu kebangsaan dan sebagainya ingin diubah, tidakkah
Peguam Negara juga perlu diubah? Setelah Pakatan Rakyat dan Anwar
Ibrahim bersungguh-sungguh mahu mengubah segala struktur negara ini,
bukankah Peguam Negara juga ada dalam senarai pengubahan itu?
Apatah
lagi memang ramai benar yang mahu Peguam Negara melepaskan jawatan dan
digantikan dengan Peguam Negara lain yang lebih berani bertindak
mempertahankan undang-undang di negara ini, bukannya terikut-ikut dengan
budaya kebebasan kononnya!
Gantikan
Jalur Gemilang dengan Bendera Sang Saka Tanah Melayu... apa kata kalau
gantikan Peguam Negara sekarang dengan Peguam Negara baru terlebih
dahulu?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.