Kita semua sudah sedia maklum bahawa Muhyiddin Yassin merupakan
rakan kongsi Syed Mokhtar Albukharey. Syed Mokhtar sekarang mengawal
beberapa kompeni berikut:
MMC
DRB Hicom
Proton
Malakoff
Johor Port
Senai Airport
Port of Tanjong Pelepas
Bank Muamalat
Padiberas Nasional
CSR Sugar
Gardenia
MPH Bookstores
Penang Port
Sekarang dia mahukan…..
RTM
KTMB
Bank Islam
Melayu terkaya di dunia, (Syed Mokhtar Albukhary) telah menjadi
begitu kaya kerana dia telah berusaha bersungguh-sungguh, menjadi kroni
Muhyiddin dan mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad. Dia mendapatkan
hampir semua asetnya dengan mudah. Ia semua bermula dengan Stamford
Holdings.
Stamford & keuntungan 4,622%
Stamford Holdings Sdn Bhd merupakan syarikat perladangan yang
berdaftar di Malaysia dibawah Akta Syarikat dan 90% daripada ekuitinya
dimiliki oleh keluarga Seet dari Singapura, keluarga Gan dan Wang dari
Malaysia.
Pada tahun 1994, Stamford memohon kepada kerajaan Johor kebenaran
untuk memajukan sebuah kawasan estet industri di bahagian tanah miliknya
berdekatan ibu negeri Johor Baharu. Walaupun demikian, tiada apa yang
berlaku empat tahun selepas itu
.
Pada tahun 1998, dua orang rakyat Malaysia dan mengatakan bahawa
mereka adalah rakan niaga Ketua Menteri Johor (Tan Sri Muhyiddin Yassin)
dan mereka berkemungkinan besar dapat mempercepatkan kelulusan
permohonan Stamford. Dua orang lelaki ini adalah Syed Mokhtar Albukhary
dan Datuk Yahya Taib. Pertemuan mereka diadakan di Singapura.
Salah satu syarat utama adalah Stamford mesti bergabung dengan mereka
bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin diman Stamford akan mengekalkan saham
sebanyak 70% dalam syarikat usahasama ini dan mereka bertiga akan
menyalurkan RM1,800,000 (lebih kurang RM3,397.50 per ekar) ke dalam
Kompeni usahasama itu untuk mengusahakan 1,766 ekar daripada 8,310 ekar
jumlah keluasan tanahnya.
Pada lewat tahun 1989,Stamford bersetuju dengan tawaran itu dan
keempat-empat parti menubuhkan sebuah syarikat usahasama, yang telah
membuat permohonan baru kepada kerajaan negeri Johor bagi menukar tanah
seluas 1,766 ekar yang asalnya adalah kawasan perladangan kepada kawasan
perindustrian. Permohonan baru ini diluluskan dengan serta merta.
Apabila hartanah itu kemudiannya dijual pada tahun 1994, kumpulan
Muhyiddin yang pada mulanya melaburkan RM1.8 juta telah naik kepada RM
83.2 juta (4622%)
Ambil alih
Pada tahun 1992 pula, Syed Mokhtar Albukhary dan Datuk Yahya Taib
sekali lagi membuat pertemuan dengan pengarah Stamford dengan membuat
tawaran untuk tanah lebihan yang berjumlah 6,544 ekar milik syarikat
Stamford di Johor. Namun, syarat adalah berbeza kali ini. Mereka sanggup
membayar RM30 000 untuk seeker kepada Stamford tetapi meminta 70%
kelebihan dalam ekuiti.
Apabila Stamford meminta agar mereka mengekalkan syarat pegangan 70%
dalam ekuiti dan kumpulan Albukhary- Taib- Yassin membayar RM 70 000
untuk per ekar untuk ekuiti sebanyak 30%, salah seorang daripada rakan
Muhyiddin ini memberi amaran kepada pengarah Stamford bahawa dokumen
pemilikan berada di atas meja MB dan boleh ditandatangai pada bila-bila
masa sahaja. Stamford tidak bersetuju.
Beberapa hari kemudian, Muhyiddin memanggil Stamford semula dan
memberitahu mereka, “Saya ada dokumen berkaitan di atas meja saya. Apa
yang hanya saya perlu lakukan adalah menandatanganinya dan Stamford
Holdings tidak akan lagi memiliki lagi 4000 ekar tanah lagi. Sekarang,
adakah anda bersetuju untuk memajukan tanah dan saya mengambil 70%?
Sekali lagi Stamford tidak bersetuju.
Minggu yang berikutnya, mereka menerima surat daripada kerajaan
negeri Johor yang ditandatangani Muhyiddin yang memberitahu bahawa
kerajaan sudah mengambil alih tanah itu.
Konspirasi
Pada bulan Julai 1994, kerajaan negeri Johor dengan rasminya
memperolehi tanah itu bagi pihak Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam
Negeri Johor dibawah Akta Pengambilan Tanah.
Stamford Holdings melalui pengarahnya, Gan Tee Kian memfailkan saman
di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995 dengan mendakwa
bahawa Muhyiddin, Syed Mokhtar dan Yahya melanggar perjanjian dibawah
Akta Pengambilan Tanah apabila memperolehi tanah melalui Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor dan menyaman ketiga-tiga mereka ini
kerana bersubahat mendapatkan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah.
Dalam saman itu, Stamford Holdings mendakwa mereka bertiga telah
menyalahgunakan beberapa bahagian dalam akta itu untuk mendapatkan 6,600
ekar tanah melalui Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor
melalui anak syarikatnya, Kelana Ventures Sdn Bhd.
Stamford Holdings juga menamakan kerajaan negeri Johor sebagai
defendan dalam saman itu, mendakwa Muhyiddin dan dua lagi rakan
niaganya bersubahat menggunakan kuasa kerajaan negeri untuk mendapatkan
tanah itu. Stamford Holdings mahu mahkamah mengisytiharkan Perbadanan
Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor tidak mempunyai hak untuk
menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk memiliki tanah itu.
Ia juga telah mendakwa bahawa syed Mokhtar dan Yahya telah
berkonspirasi dengan Muhyiddin untuk mendapatkan tanah itu. Dalam saman
itu, Stamford Holdings berusaha untuk mendapatkan deklarasi bahawa cara
pemilikan tanah telah dibuat dengan niat jahat dan ia tidak sah. Dua
mingu kemudian, kes telah dipindah ke Mahkamah Tinggi Johor Baharu.
Semuanya tidak benar
Pada 24 Februari 1995, Pentadbiran Tanah Johor Baharu telah memberi
pampasan sebanyak RM239,099,583.00 kepada Stamford ke atas hartanahnya.
Ini bernilai RM36,670 per ekar.
Pada 15 April 1995, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membatalkan saman
Stamford Holdings dengan menyatakan bahawa syarikat itu tidak mempunyai
alasan untuk mengambil tindakan ke atas 5 defendan itu. Peguam Stamford
kemudian membawa kes itu ke Mahkamah Rayuan.
Pada 28 Disember 1995, Kelana Ventures Sdn Bhd memberi jumlah wang pampasan kepada Mahkamah Tinggi Johor.
Pada 14 Mac 1996, sejumlah RM10,585,894.90 telah didepositkan oleh
Kelana Ventures kepada Mahkamah Tinggi johor sebagai tunggakan faedah.
Seterusnya, apabila Stamford Holdings mencabar pampasan yang diberi
Pentadbiran Tanah, pampasan itu telah dikaji semula oleh Mahkamah Tinggi
Johor kepada RM63,565,982.20 menjadikan ia berjumlah RM313,251,460.10
(lebih kurang RM48,000 per ekar).
Pada 12 November 1996, lebihan jumlah RM63,565,982.20 juga
didepositkan kepada Mahkamah Tinggi Johor Baharu oleh Kelana Ventures
Sdn Bhd.Pada masa kes ini didengar di Mahkamah Rayuan, Asiaweek telah membuat
liputan yang komprehensif terhadap kes ini, dengan memetik semula
setiap perkataan dalam perbualan telefon Muhyiddin kepada salah seorang
pengarah Stamford. Ketua Menteri Johor pada masa itu telah menafikan
semua dakwaan yang dilaporkan oleh Asiaweek dengan mengatakan,
“Tiada satupun kebenaran dalam dakwaan yang dibuat terhadap saya”
tetapi gagal mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap majalah
itu. Ini telah membuktikan dakwaan Asiaweek bahawa mereka mempunyai
rakaman perbualan antara Muhyiddin dan Stamford Holdings menjadi
penghalang untuk Muhyiddin untuk mengambil sebarang tindakan terhadap
mereka.
Penyelesaian diluar mahkamah
Pada 11 Disember 1997, Mahkamah Rayuan telah membatalkan keputusan
Mahkamah Tinggi Johor dan memerintahkan semua perbicaraan saman sivil
itu diteruskan bergantung kepada rayuan oleh defendan.
Pada 10 Jun 1998, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada
defendan untuk menerbalikkan keputusan di Mahkamah Persekutuan terhadap
keputusan Mahkamah Rayuan dan mengarahkan juga sebarang perbicaraandi
Mahkamah Tinggi Johor diberhentikan.
Tanpa meneruskan kes ini di Mahkamah Persekutuan, kesemua pihak
bersetuju untuk membuat penyelesaian diluar mahkamah dan Perintah
Kebenaran direkodkan di Mahkamah Tinggi Johor Baharu. Hakim Zainun Ali
merekodkan perintah setelah peguam kepada syarikat serta defendan
bersetuju untuk menyelesaikan perkara itu di kamar hakim dan kesemua
pihak terlibat bersetuju terhadap jumlah terakhir iaitu RM 405 juta
sebagai pampasan terhadap pemilikan hartanah oleh kerajaan negeri
mengikut Akta Pemilikan Tanah (kira-kira RM 62 000 per ekar).
Hakim pada ketika itu mengarahkan Kelana Ventures untuk membayar
perbezaan jumlah RM92,115,606.80 terus kepada Stamford Holdings tetapi
membenarkan mereka tempoh 18 bulan untuk menyelesaikan pembayaran.
Jumlah itu bukanlah sebagai ganti rugi tetapi pampasan terhadap mereka.
Dia juga mengarahkan Kerajaan negeri dan juga/atau Pentadbir Tanah
untuk menghalang Kelana Ventures untuk menduduki tanah dalam tempoh 3
bulan dari hari Perintah Kebenaran dicatatkan. Kawasan tanah freehold
ini merupakan mukim Tebrau di Johor Baharu.
Tiada tindakan terhadap Syed Mokhtar, Yahya Taib mahupun Muhyiddin Yassin
Dalam pada itu, hakim juga memerintahkan Stamford Holdings untuk
menyerahkan geran tanah kepada Kelana Ventures dalam masa dua bulan
daripada Perintah Kebenaran dicatatkan dan membayar pampasan kepada
pekerja yang diberhentikan akibat perpindahan milik tanah kepada Kelana
Ventures.
Hakim juga mengarahkan kesemua saman sivil, rayuan dan yang lain tindakan yang lain oleh plaintif diselesaikan dan dihapuskan.
Tiada tindakan diambil keatas Syed Mokhtar Albukhary, Datuk Yahya
Taib mahupun Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kemudiannya menjadi Timbalan
Perdana Menteri Malaysia.
~ Mailbeg/Laksmana Bukit Bintang