MELAKA: Cair dengan pujukan 'Dr Michael Clinton' kononnya dari Switzerland dan mahu membuka klinik di Malaysia, seorang janda beranak satu menjadi mangsa terbaru sindiket penipuan Internet lelaki Nigeria membabitkan kehilangan RM233,000.
Mangsa
berusia 56 tahun mengenali lelaki itu menerusi satu laman sosial awal
Mei lalu yang memaparkan gambarnya sebagai lelaki kulit putih, yang
bekerja di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Soh
Hock Sing, berkata bagi meyakinkan mangsa, suspek memberitahu dia akan
mengirimkan wang sebanyak AS$380,000 kepada mangsa untuk disimpan bagi
membuka klinik yang dirancang.
Selepas satu tempoh, suspek mendakwa wang itu sudah dikirim dan berada di Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun,
bagi mendapatkannya, mangsa terlebih dulu perlu membuat beberapa
pembayaran kononnya sebagai yuran pengubahan wang dan servis serta cukai
kerajaan.
"Terpedaya
dengan helah itu, mangsa yang juga setiausaha sebuah syarikat swasta
melakukan lima transaksi pemindahan wang ke akaun suspek yang
keseluruhannya berjumlah RM233,000," katanya pada sidang media kelmarin.
Superintenden
Soh berkata selepas membuat pembayaran itu, mangsa yang menetap di
sini, diarahkan 'Dr Michael' berjumpa seorang lelaki Nigeria di Kuala
Lumpur.
'Dr
Michael' memberitahu mangsa kononnya lelaki Nigeria terbabit akan
memberikan mangsa wang berjumlah AS$380,000 yang dijanjikan.
"Ketika
bertemu lelaki itu, mangsa menerima peti besi yang didakwa mengandungi
mata wang Amerika Syarikat yang dikirimkan kepadanya. Namun, sejurus
dibuka, lelaki itu mengambil botol putih berisi bahan kimia dan beberapa
kertas memaparkan arahan untuk mencuci wang.
"Lelaki
itu kemudiannya mencuci empat mata wang Amerika, yang setiap satu
bernilai AS$100 dan mengeringkan dengan alat pengering rambut.
"Dia
kemudian memberitahu baki selebihnya perlu dibawa ke Kedutaan Amerika
kerana bahan kimia yang dibekalkan tidak mencukupi dan mangsa perlu
membayar RM10,000 lagi," katanya.
Pelik dan curiga dengan tindak tanduk warga asing itu, mangsa membuat laporan polis sejurus kembali ke Melaka.
Hasil siasatan, polis telah menahan seorang wanita warga tempatan yang juga pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) berusia 23 tahun di Kuala Lumpur, pada 23 Ogos lalu.
Tiga lelaki warga Nigeria pula ditahan di Putrajaya kelmarin. - Harian Metro.
Moral cerita:
Kepada para janda, lain kali beringatlah... sebelum hendak terlentuk dengan lelaki luar... lentuklah dulu dengan duda-duda tempatan... anda akan lebih selamat.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.