Followers

Tuesday, May 31, 2011

[Video] Notis Batal Pendaftaran, PKR Cabar RoS di Mahkamah, Niat Jahat Pihak Tertentu untuk Menang PRU


Berdasarkan laporan TMI, PKR akan mencabar Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang awal bulan Mei lalu memberikan kata dua kepada parti itu sama ada memberikan alasan yang kukuh atau berhadapan dengan tindakan pembatalan pendaftaran berhubung dengan satu kes pemecatan ahlinya dua tahun lalu.

Dalam berita yang sama, PKR juga akan memohon semakan kehakiman terhadap keputusan RoS yang mahu membatalkan pendaftarannya sambil menegaskan tindakan itu bercanggah dengan lunas perundangan, tidak sah, dan dilakukan dengan niat jahat.

Untuk pengetahuan pembaca, Pendaftar Pertubuhan Datuk Abdul Rahman Othman mengeluarkan sepucuk surat bertarikh 9 Mei 2011 yang menyatakan bahawa PKR telah melanggar Fasal 32.2.1 Perlembagaan PKR dengan memecat A. Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa disiasat dan didengar oleh lembaga disiplin. 
Dalam suratnya, Abdul Rahman juga berkata, di bawah Seksyen 13 (2) Akta Pertubuhan, RoS akan membatalkan pendaftaran PKR selepas 9 Jun ini melainkan parti itu memberikan alasan yang memuaskan.

Pada suatu sidang media, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, RoS mendakwa PKR telah melanggar perlembagaan sendiri apabila memutuskan untuk memecat seorang ahlinya tanpa didengar oleh lembaga disiplin lebih dua tahun lalu ketika pilihan raya kecil Bukit Selambau. 
Walau bagaimanapun PKR mendakwa peruntukan yang dimaksudkan RoS tidak wujud dalam perlembagaanya dan menegaskan agensi Kementerian Dalam Negeri itu bertindak dengan niat jahat menjelang pilihan raya umum ke-13. Pilihan raya umum tergempar disebut-sebut akan diadakan Julai ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.