Muhyiddin Yassin menyeru BN Lembah Pantai untuk berkerja
sekeras-kerasnya demi memenangi kerusi Parlimen itu. Bagi Raja Nong
Chik, ketua bahagian yang bercita-cita tinggi, mengenepikan Shahrizat
Jalil, bekas calon kawasan itu seraya memenuhi hasrat DPM merupakan
tugas yang amat besar.
Tiada apa yang lebih menakutkan daripada dendam seorang wanita. Jika
benar, Shahrizat yang ala-ala Permaisuri Bollywood itu akan menjadikan
Raja Nong Chik sebagai sasarannya.
Terdapat spekulasi bahawa Shahrizat akan menyokong Nurul Izzah
semata-mata untuk membalas dendam terhadap Raja Nong Chik kerana
merampas kerusi dan memusnahkan kerjaya politik beliau. Jika ini benar,
pasti Shahrizat akan melakukannya secara diam-diam namun tetap mendapat
kepuasan yang mendalam.
Perjanjian dan rancangan jahat?
Berita rampasan Raja Nong Chik ini bukanlah sesuatu yang baru untuk
beliau atau sesiapa dalam lingkaran politik beliau. Shahrizat sudah mula
menghidu perkara ini apabila Raja Nong Chik tiba-tiba menampilkan
dirinya di Lembah Pantai dan berani berjinak-jinak dengan kawasan itu
sejak 2 tahun yang lalu. Orang-orang Shahrizat mengatakan bahawa beliau
sememangnya tidak puas hati dengan kehadiran Nong Chik di Lembah Pantai.
Mungkin beliau sudah kalah kepada Nurul Izzah tetapi tidak bermaksud
beliau tidak boleh mendapatkannya semula pada PRU 13- ini yang
dicanangkannya kepada wartawan. Malangnya tidak ramai yang sudi
mendengar kata-kata itu.
Bagi Nong Chik pula atau yang lebih suka dipanggil RNC, beliau
mempamerkan imej berani dan segak. Dalam fikiran beliau, mengambil balik
Lembah Pantai ibarat merampas gula-gula daripada anak kecil.
Rakan-rakan beliau dalam parti mengatakan bahawa Nong Chik menjanjikan
pemimpin atasan UMNO bahawa beliau akan memastikan Lembah Pantai akan
jatuh di tangannya dengan mudah dan kemas. Beliau memang sangat pasti
mengenai perkara ini. Kini, sudah ada poster-poster yang gambar beliau
dan PM Najib Razak disekitar Bangsar. Rakan-rakan terdekat beliau juga
terkejut dengan betapa agressifnya pendekatan politik Nong Chik.
Ini telah menambah kemarahan Shahrizat dan kongcu-kongcunya. Sudahlah
beliau mempunyai jawatan tinggi sebagai Ketua Wanita UMNO. Pasti
penyokong Shahrizat akan melakukan tindak balas yang tidak kurang hebat
yang akan dikenang sampai bila-bila oleh Shahrizat dan keluarganya yang
sedang dalam masalah itu.
Ada di antara penyokong Shahrizat berkata
bahawa beliau akan memberi pengajaran kepada RNC tidak lama lagi kerana
buat masa sekarang Shahrizat sedang berhadapan dengan krisis RM 250 juta
NFC. Skandal NFC sememangnya menjejaskan Shahrizat dan beliau terpaksa
fokus terhadap perkara itu dahulu. Tetapi, tidak lama lagi, selepas
perkara itu selesai, Shahrizat pasti akan menjalankan misinya membalas
dendam terhadap RNC.
Menggosok garam ke luka
Rasional disebalik spekulasi itu adalah Shahrizat tidak kisah jika
Nurul Izzah berjaya mempertahankan kerusi itu kerana beliau sudah dapat
menerima kekalahan dahulu. Tetapi, jika beliau membenarkan seseorang
yang cuba menjatuhkan beliau dan keluarga beliau sejak awal-awal lagi,
itu adalah tamparan hebat untuk beliau dan penghinaan yang tidak mungkin
dapat diterima.
Pengkritik beliau mengatakan bahawa beliau sanggup melupakan botox
dan ‘liposuction’ sekiranya itulah yang diperlukan untuk membalas dendam
terhadap RNC yang merosakkan kerjaya politik beliau, menjadikan suami
beliau diselubungi tuduhan rasuah dan anak-anak beliau yang sedang dalam
ketakutan. Tiada langsung belas kasihan terhadap Ketua Wanita UMNO itu
semenjak kes NFC dan ramai dalam sayap wamita yang mengatakan bahawa
sememangnya RNC yang patut dipersalahkan.
Jadi nampaknya, Raja Nong Chik telah melangkah mayat Shahrizat untuk
berdepan dengan Nurul Izzah. Ini memang menarik untuk kita lihat
bagaimana beliau akan berjaya mengatasi kedua-dua wanita ini. Besar
kemungkinan, ia akan menjadi sesuatu yang sangat sengit. Jika RNC rasa
bahawa beliau boleh mengenepikan Nurul Izzah dan merampas semula Lembah
Pantai, ini adalah ibarat beliau boleh berlari lebih laju daripada
Hussien Bolt dalam acara lumba lari 100 meter.
Walau dengan menipu sekali pun, beliau memerlukan undian yang amat
banyak. Nurul telah menang dengan majoriti 2895 pada 2008, namun hari
ini, keadaan sudah berbeza. Majoriti 2895 itu akan berganda-ganda lagi.
Nurul sangat popular di Lembah Pantai dan dikalangan semua kaum. RNC
akan memerlukan lebih 10 000 tambaham undi jika beliau ingin menang.
Jadi, lebih baik beliau mula memancing undi dari sekarang.
Rakyat Malaysia harus membantu tumbangkan BN
Pada 2008, ketika kita sudah menyampah dengan MIC dan Samy Vellu,
sebenarnya, ada bala tentera kecil yang berusaha menumbangkan beliau.
Samy tidak menyedarinya langsung kerana beliau sememangnya popular
dikalangan orang Cina dan India di Sungei Siput.
Walaupun orang Melayu sering mempermainkan slanga India-Melayu
beliau, mereka tetap menyukai Samy. Bala tentera kecil seperti kami,
rakan-rakan dan keluargalah yang berkempen di Sungei Siput menggunakan
sumber kami sendiri. Pergi ke rumah-rumah, dewan masyarakat, kedai kopi,
pasar dan tempat-tempat yang ada pendengar biarpun kecil. Walaupun
kiranya ada seorang sahaja yang mendengar, kami akan mendekati orang itu
dan merayu agar dia tidak mengundi Samy Vellu demi menyelamatkan
komuniti orang India di Malaysia.
Kebanyakkan mereka ini akan mendengar kata-kata kami walaupun mereka
sebenarnya tidak sedar bahawa orang India dipinggirkan disebabkan oleh
rasuah dalam MIC dan BN. Sehingga ke saat-saat akhir pun kami tidak
pasti jika kami berjaya mengalahkan beliau tetapi keputusan menunjukkan
bahawa strategi kami berkesan. Akhirnya, khabar gembira diterima oleh
pasukan Dr Jeyakumar bahawa calon BN yang menang 8 penggal
berturut-turut itu telahpun kalah.
Ini akan berlaku lagi di Lembah Pantai dan seluruh Malaysia jika ada
kumpulan kecil yang sanggup mengorbankan masa mereka untuk mencipta
kesedaran dikalangan rakyat untuk membenarkan Pakatan Rakyat menang
dalam PRU 13. Kali ini adalah lebih mudah kerana UMNO dan BN sendiri
sejak kebelakangan ini sering memecah tembelang skandal mereka.
Pertelingkahan dalaman UMNO sedikit demi sedikit menyukarkan peluang
UMNO untuk mengatasi Pakatan.
Wanita yang dicemuh?
Seperti yang kita sudah jangka, akan ada penipuan di kotak undi sama
ada pekerja asing digunakan pengundi hantu atau tidak. Sebagai pengundi
yang sah, kita harus rakam menggunakan telefon bimbit kita sekiranya
kita rasa ada pekerja asing yang berada di stesen mengundi kita ataupun
sekiranya terdapat apa-apa aktiviti yang kita curigai berlaku.
Upload pada Youtube atau Facebook supaya ada yang dapat membuat
kompilasi mengenainya sekiranya wujud keadaan yang perlu dipertikaikan
walaupun kerajaan yang memerintah akan pasti menolak dakwaan dan laporan
seperti itu.
Walaubagaimanapun, kita tidak seharusnya patah semangat tetapi
berjuang dengan lebih gigih untuk menujukkan demokrasi Malaysia kepada
dunia. Tentang Shahrizat, kita mungkin tidak akan melihat wajahnya pada
poster-poster di Lembah Pantai pada PRU 13 tetapi kita akan lihat wajah
RNC.
Ini tidak mungkin akan menghentikan Shahrizat untuk memberi komen
terhadap calon yang akan menggantikan beliau di kawasannya sejak 1995
pada PRU 13 kepada penduduk kawasan itu. Jika diteliti dari semua aspek,
mengapa tidak?
Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.