Meskipun Najib dan Muhyiddin kini sedang rancak
turun ke negeri-negeri dalam siri program bertemu rakyat dan dalam
masa yang sama desas-desus tarikh piliharaya umum masih menjadi
teka-teki, gambaran yang jelas ialah Najib tidak akan berani
membubarkan Parlimen dalam tempoh terdekat ini.
Najib dipercayai memerlukan masa beberapa bulan lagi untuk meyakinkan rakyat terhadap kerajaan BN yang dipimpinnya. Untuk itu, beliau dan timbalannya dipercayai akan mengadakan sekurang-kurangnya dua lagi pusingan untuk bertemu rakyat di setiap negeri sambil menghulurkan pelbagai jenis bantuan dan 'gula-gula'.
Ini berikutan dalam beberapa kunjungan beliau ke negeri-negeri ni sebelum, Najib dan Muhyiddin dikatakan mendapati sokongan rakyat yang diterima daripada rakyat belum benar-benar mantap selain persiapan jentera UMNO dan BN sendiri belum bersedia sepenuhnya.
Berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar Ibrahim daripada kes liwat pada 9 Januari lalu juga ( meskipun pendakwa kemudian membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan) menyebabkan moral ahli-ahli UMNO kini berada di tahap sangat rendah. Ini tentunya memerlukan masa dan suntikan semangat untuk dipulihkan.
Dengan kemungkinan Najib dan Muhyiddin akan turun sekurang-kurangnya dua pusingan lagi ke negeri-negeri, barulah matlamat memulihkan moral, memantapkan lagi sokongan rakyat dan memperkemaskan jentera parti diyakini betul-betul dapat dilakukan.
Selain itu modal paling besar bagi Najib untuk mempertaruhkan masa depan politiknya ialah dengan penyenaraian Felda Global Venture (FGV) di Bursa Saham. Najib, di sebalik adanya bantahan dan pertikaian terhadap langkah itu, tetap berkeras mahu menyenaraikan juga FGV dengan sedaya upaya meyakinkan para peneroka bahawa ia adalah suatu tindakan yang membawa keuntungan kepada masa depan mereka.
FGV akan mula disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur pada April tahun ini dan usaha ke arah itu kini sedang giat dilakukan.
Kerasnya hati Najib mahu menyenaraikan FGV sebenarnya ada kaitan dengan pilihanraya umum akan datang. Ini kerana didapati bahawa hampir 60 kerusi Parlimen sekarang ini mempunyai tanah rancangan Felda dan Najib benar-benar mahu menggunakan kedudukan itu sebagai sesuatu yang menguntungkan politiknya.

Dengan menyenaraikan FGV di BSKL dan syarat
wajib bahawa sekurang-kurangnya 25 peratus daripada sahamnya mesti
dijual di pasaran terbuka, ia bermakna melalui penyenaraian itu Felda
akan memperolehi banyak wang kerana FGV adalah sebuah syarikat yang
besar dan menjadi perhatian ramai.
Adalah diyakini dengan wang yang diperolehi itu kemudiannya akan diagih-agihkan kepada peneroka sebagai keuntungan yag kononnya wajar mereka perolehi. Selain itu para peneroka juga akan diberikan saham yang bolah dijual bila-bila masa.
Jika mengikut jadual yang ditetapkan, FGV mula disenaraikan pada bulan April dan ini bermakna selewat-lewatnya sebulan selepas itu pengagihan "durian runtuh" kepada para peneroka akan dapat dilakukan.
Najib dalam hal ini benar-benar optimis bahawa dengan penyenaraian itu dan diikuti pula dengan perolehan wang yang akan masuk ke dalam kocek para peneroka, ia akan menyebabkan undi para peneroka akan tetap berpihak kepada BN. Dan kalaupun tidak semua, sekurang-kurangnya sebahagian besar daripada hampir 60 kerusi Parlimen yang ada tanah rancangan Felda itu akan berpihak kepada BN.
Dengan sebelum ini Najib telah memberikan bantuan RM500 melalui BR1M, RM 100 untuk pelajar sekolah dan RM 200 baucer buku untuk pelajar universiti, durian runtuh daripada penyenaraian FGV ini adalah "gula-gula terbesar" kepada rakyat sebelum pilihanraya umum yag diyakini Najib mampu menjadikan terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Berdasarkan keadaan-keadaan ini, adalah munasabah bahawa pilihanraya umum akan diadakan selepas penyenaraian FGV itu dan masa yang sesuai adalah awal bulan Jun kerana cuti persekolahan penggal kedua selama dua minggu akan bermula pada 28 Mei.
Sama-samalah kita tunggu!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.