Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap diberi peluang
bertemu dengan akar umbi Umno untuk menerangkan isu hutang firma
pelaburan 1MDB yang menjadi modal serangannya kepada Datuk Seri Najib
Razak.
Menurutnya, peluang yang adil perlu diberikan kepadanya untuk menjelaskan mengapa beliau terus menyerang perdana menteri sekali gus membolehkan akar umbi menilai sama ada beliau merosakkan parti ataupun tidak.
"Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya 'menyerang' Datuk Seri Najib.
"Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli Umno tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan Umno, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga tiap PRU (pilihan raya umum).
"Lepas mendengar kedua-dua pihak adillah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau cuba menyelamatkannya," kata negarawan itu dalam blognya hari ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.