Hasil penguatkuasaan kementerian dan kastam,
peniaga semakin positif dan kebanyakkan dalam proses menurunkan harga
barang kerana takut didenda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, pengguna perlu memilih untuk berbelanja di kedai-kedai yang pemiliknya mengamalkan etika perniagaan yang baik.
Beliau berkata, peniaga memberikan reaksi positif dan kebanyakkan mereka dalam proses menurunkan harga barang kerana takut didenda.
“Ketika ini penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) dan Kastam sedang melaksanakan tugas mereka.
“Kita lihat kesannya semakin positif dikalangan peniaga, mereka takut didenda dan kebanyakkannya sedang dalam proses menurunkan harga, bagi kita itu perkembangan positif,” katanya seperti dilaporkan bnbbc.com.
Ka Siong ditemui ketika membantu calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin berkempen di Permatang Pauh pada Selasa.
Beliau berkata, penduduk di Permatang Pauh semakin menerima baik GST selepas mendapat banyak penerangan oleh kerajaan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.