Permatang Pauh: TERDAPAT dakwaan
mengatakan bahawa PKR sebelum ini tidaklah sekuat mana di Permatang
Pauh dan hanya mengharapkan sokongan dari jentera PAS di situ.
Dikhabarkan juga bahawa
PAS Permatang Pauh memandang dingin dan enggan turut terlibat dalam
kempen PKR kali ini gara-gara pendirian parti itu yang menolak hudud
secara total seperti rakan sekutu mereka, DAP.
Sebelum itu di Shah Alam, Timbalan
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin PR tidak menyokong hudud kerana
lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan
dan keamanan negara.
Manakala
ada desas-desusu di kalangan penyokong PAS tempatan mendakwa bahawa
parti mereka (PKR) terpaksa "mengimport" jentera PAS dari luar Permatang
Pauh, termasuk PasMa, untuk meramaikan sokongan.
Menurut tinjauan Utaranews.com, berkemungkinan
kurangnya sambutan seperti gambar di atas terhadap ceramah Azmin itu
adalah disebabkan desas-desus sebelum ini yang membayangkan Menteri
Besar Selangor itu mempunyai hubungan keruh dengan isteri Anwar, Datuk
Seri Wan Azizah Wan Azizah.
Bahkan
berita hari ini menyebutkn suara Timbalan Presiden PKR seolah tidak
lagi dihargai warga Permatang Pauh apabila ceramahnya malam tadi hanya
dihadiri sekitar tidak lebih 100 orang hadirin sahaja.
Jumlah
berkenaan adalah jauh dari jumlah kebiasaan bagi individu nombor dua
parti, khususnya di kubu kuat sendiri di parlimen yang dikuasai Ketua
Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Meskipun memperkata tentang isu GST dan 1MDB yang mendapat "pertolongan khas" dari bekas Perdana Menteri, ceramah Azmin seolah hambar tidak bermaya dan tidak mendapat sambutan sebagaimana yang dijangka.
Selain itu, Azmin turut mengulang isu yang boleh dianggap "basi" dan mencabar kedaulatan undang-undang negara berhubung hukuman jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, yang telah dilakukan Anwar sebelum ini.(IH)

Ibnu Hasyim
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.