Followers

Saturday, April 25, 2015

BSN buat penjenamaan semula perkhidmatan Oktober ini

Bank Simpanan Nasional (BSN) akan melaksanakan penjenamaan semula sistem perkhidmatannya di semua cawangan bank itu pada Oktober ini bagi meningkatkan lagi tahap kepuasan pelanggan terhadap institusi perbankan itu.

Pengarah Perniagaan BSN Sabah Laudin Sundang berkata, penjenamaan berkenaan merangkumi aspek logo, warna dan penggunaan "mesin teler maya" bagi memudahkan pengguna berurusan dengan bank itu, selain mengurangkan kesesakan di premis, khususnya pada hujung bulan.

"Kita akan buat penjenamaan semula tahun ini. Pengurusan akan buat pada bulan Oktober tahun ini. Kita akan buat pengubahsuaian dari segi proses dan kita juga akan mengadakan 'mesin teler maya'. Kalau keadaan sesak di sesuatu cawangan, dia (pengguna) boleh berhubung dengan 'mesen teler' di tempat atau daerah lain.

"Kemungkinan kita tidak akan menggunakan 'skema warna' sekarang. Kita akan guna logo yang agak berbeza tetapi kami tidak boleh terangkan secara terperinci. Insya-Allah, ia akan mengubah persepsi masyarakat di seluruh negara (terhadap BSN)," katanya.

Laudin berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangani Memorandum Persefahaman dengan empat sekolah di Sabah yang terpilih untuk melaksanakan program Karnival Seklolah BSN 2015 yang bermula Mei hingga 30 Nov ini.

Sementara itu, Laudin juga berkata kesesakan di premis BSN mungkin tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan memandangkan pemegang akaun di bank itu boleh menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bank-bank lain.

"Pihak pengurusan akan mencadangkan supaya (penggunaan ATM di bank lain) tidak dikenakan caj. Sekarang dikenakan caj RM1 atau 50 sen. Insya-Allah pada masa akan datang, pemegang akaun tidak perlu pun membayar servis caj bila mereka menggunakan mesin ATM di bank lain yang melibatkan MEPS.

Pada masa ini, BSN Sabah mempunyai 31 cawangan dengan pemegang akaun tidak kurang 700,000 orang, tidak termasuk yang kurang aktif.

Laudin berkata BSN juga kini mempunyai 472 ejen di seluruh Sabah dan menyasarkan mencapai 600 ejen tahun ini. – Bernama, 24 April, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.