Friday, April 24, 2015

Permatang Pauh, PKR Tak Sekuat Mana, Ini Buktinya, Ceramah Malam Tadi.. Posted by Ibnu Hasyim

 

Permatang Pauh: TERDAPAT dakwaan mengatakan bahawa PKR sebelum ini tidaklah sekuat mana di Permatang Pauh dan hanya mengharapkan sokongan dari jentera PAS di situ.

Dikhabarkan juga bahawa PAS Permatang Pauh memandang dingin dan enggan turut terlibat dalam kempen PKR kali ini gara-gara pendirian parti itu yang menolak hudud secara total seperti rakan sekutu mereka, DAP. 

Sebelum itu di Shah Alam, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menolak dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin PR tidak menyokong hudud kerana lebih mementingkan kemenangan dalam pilihan raya berbanding keselamatan dan keamanan negara.

Manakala ada desas-desusu di kalangan penyokong PAS tempatan mendakwa bahawa parti mereka (PKR) terpaksa "mengimport" jentera PAS dari luar Permatang Pauh, termasuk PasMa, untuk meramaikan sokongan. 

Menurut tinjauan Utaranews.com, berkemungkinan kurangnya sambutan seperti gambar di atas terhadap ceramah Azmin itu adalah disebabkan desas-desus sebelum ini yang membayangkan Menteri Besar Selangor itu mempunyai hubungan keruh dengan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Azizah.

Bahkan berita hari ini menyebutkn suara Timbalan Presiden PKR seolah tidak lagi dihargai warga Permatang Pauh apabila ceramahnya malam tadi hanya dihadiri sekitar tidak lebih 100 orang hadirin sahaja.

Jumlah berkenaan adalah jauh dari jumlah kebiasaan bagi individu nombor dua parti, khususnya di kubu kuat sendiri di parlimen yang dikuasai Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Meskipun memperkata tentang isu GST dan 1MDB yang mendapat "pertolongan khas" dari bekas Perdana Menteri, ceramah Azmin seolah hambar tidak bermaya dan tidak mendapat sambutan sebagaimana yang dijangka.

Selain itu, Azmin turut mengulang isu yang boleh dianggap "basi" dan mencabar kedaulatan undang-undang negara berhubung hukuman jenayah yang telah disahkan mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, yang telah dilakukan Anwar sebelum ini.(IH)
 
 
Ibnu Hasyim

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.