KOTA KINABALU:
“Balik Sabah dan hadapi dakwaan ke atas anda,” seru pemangku Presiden
United PasokMomogun KadazanDusunMurut Organisation (Upko) Wilfred Madius
Tangau kepada Doris Jones, aktivis yang menerajui kempen ‘Sabah Sarawak
Keluar Malaysia’ (SSKM) melalui media sosial.
Katanya, Upko menolak kempen yang
dipimpin oleh individu yang tinggal di London itu dan mahu Jones kembali
untuk menghadap dakwaan terhadapnya, jika beliau mengaku
bertanggungjawab ke atas tindakannya.
Jones pernah berkata bahawa beliau
bersedia untuk disoal siasat, kata Wilfred, “tetapi itu sukar dilakukan
kerana undang-undang yang ada tidak membenarkan Malaysia membawanya
balik ke sini”. Jones mahu didakwa di London dimana Perjanjian Malaysia
1963 ditandatangani, menurut pos terbaru beliau di Facebook.
Wilfred mengulas laporan polis yang
dibuat oleh Pemuda Upko terhadap SSKM dan akaun Facebook miliknya yang
dikatakan anti semenanjung.
Oleh itu, beliau menggesa ahli-ahli Upko
supaya tidak menyertai kempen SSKM kerana secara keseluruhannya, ia
mengelirukan rakyat.
Beliau juga menasihatkan ahli parti itu daripada menggalakkan kempen itu dengan menghantar mesej dan artikel yang mereka terima melalui media sosial itu kepada orang lain.
Anggota Parlimen Tuaran itu berkata,
Jones yang sudah lama berada di luar Sabah telah berjaya mempengaruhi
orang ramai dengan kempennya melalui pelbagai saluran media sosial.
“Mereka menyalin dan menghantar
maklumat. Apa yang berlaku ialah ada mereka tidak membaca dengan teliti
apa yang diterima. Malah ada yang tidak faham,” katanya sambil
menasihatkan anggota Upko untuk tidak menyebarkan kempen itu dalam media
sosial.
Menurut Wilfred, masalahnya sekarang
ialah orang ramai terpengaruh dengan emosi dan yakin dengan tindakan
Jones dengan hanya membuka akaun Facebook dibawah nama SSKM kemudian
memuat naik borang-borang dari dalamnya.
Orang ramai katanya, bertanya sama ada
mereka sudah menandatangani borang itu untuk memberikan sokongan atau
bertanya sama ada mereka sudah menjadi ahli SSKM.
“Mereka yang terpengaruh dengan kempen SSKM adalah mereka yang sentiasa mencanangkan memorandum 20 Perkara.
“Saya tertanya-tanya sama ada mereka
memahami Perkara Ketujuh dalam memorandum itu yang berbunyi ‘Tiada hak
untuk memisahkan diri daripada persekutuan’. Jika mereka memperjuangkan
20 Perkara, bagaimana dengan Perkara Ketujuh?” soalnya.
Sumber dipetik : Free Malaysia Today
Kongsi Pandangan anda
YB DATUK MADIUS TANGAU,
KENAPA MENDESAK "DORIS JONES" BALIK SABAH UNTUK DIDAKWA?
"EDWARD STEPHEN" DISINI SILA DAKWA.
APA PERJUANGAN UPKO TERHADAP RAKYAT SABAH SELAMA INI?????
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.