Sejak malam tadi para penguna media sosial digemparkan dengan penyebaran
rakaman video berdurasi 0:38 saat memaparkan seorang lelaki yang mirip
dengan seorang penceramah agama, Ustaz Azhar Idrus.
Rata-rata penggiat media sosial, marah dan kecewa dengan tindakan
penyebaran gambar dan rakaman tersebut yang disifatkan sebagai cubaan
jahat untuk memalukan individu tersebut.
SuaraTV walau bagaimanapun gagal menghubungi Ustaz Azhar sebentar bagi
mendapatkan maklumbalas berhubung penyebaran rakaman video tersebut.
Secara ringkasnya Ustaz Azhar Idrus sebelum terkenal sebagai penceramah
agama merupakan seorang gitaris dalam satu kumpulan band muzik sekitar
Kuala Terengganu yang diberi nama “Band Boy”. Beliau dan Band Boy sempat
membuat beberapa persembahan di stadium-stadium dan jemputan event
kecil-kecil.
Setelah kumpulan muziknya mengambil keputusan untuk buat rakaman, Ustaz
Azhar Idrus akhirnya menarik diri dari kumpulan tersebut kerana tujuanya
hanyalah suka-suka sahaja menyertai kumpulan muzik bukannya untuk
mencari glamor.
Ustaz Azhar Idrus juga merupakan seorang yang aktif bersukan dan pernah
mewakili Terengganu dalam acara berbasikal pada era 80-an. Menjadi rutin
kelapangan masa waktu malam, Ustaz akan berbasikal meronda sekitar
Bandar Kuala Terengganu bersama-sama kawan-kawan sehobi dengannya.
Ustaz Azhar Idrus
dikatakan pernah bekerja dengan Utusan Malaysia cawangan Kuala
Terengganu sebagai artis grafik. Selepas seminggu mendirikan rumahtangga
iaitu pada tahun 1990, Ustaz mengambil keputusan untuk berhenti kerja
dan beliau bekerja sebagai pencanting batik.
Pada ketika inilah beliau memperlajari bidang ilmu agama secara
bersungguh-sungguh dan mendalam. Tiada alasan baginya sama ada hujan
mahupun ribut. Beliau beranikan diri dan gagahkan kudrat untuk pergi
mencari guru-guru agama dan belajar dirumah guru berkenaan.
Dikatakan juga, perubahan diri Ustaz Azhar Idrus ke arah menjadi seorang
yang bersungguh belajar agama adalah didorong oleh kawan baiknya
seorang “Otai Punk” yang telah menghilangkan diri selama lima tahun.
Setelah lima tahun berpisah, kawan kepada Ustaz Azhar Idrus muncul
dengan perwatakan dan peribadi yang sangat berbeza daripada 5 tahun yang
lepas dari segi pemakaiannya dan juga tingkah lakunya.
Ceramah Ustaz Azhar Idrus (UAI)
mendapat sambutan golongan muda di seluruh negara. Menyedari hakikat
ini usaha Peirre Andre mengarah filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang”
adalah usaha menarik golongan muda menonton filem dakwah itu.
Sekali lagi David Teo menerbitkan filem dakwah, “Ustaz, Mu Tunggu Aku
Datang” lakonan Shiro yang memenangi Raja Lawak dahulu. Semalam (28
November) filem itu mula ditayangkan ke seluruh negara. Saya yang
menontonnya di Midvalley tak tahan ketawa berdekahdelah melihat gelagat
Shiro.
Dari awal penyertaan Shiro dalam Raja Lawak, saya sudah ramal mereka
akan menjadi Raja Lawak. Terbukti ramalan saya itu apabila mereka
dinobatkan Raja Lawak 2012. Ini adalah filem pertama mereka.
Filem arahan Pierre Andre ini adalah yang terbaru selepas Highland Towers yang mengutip sebanyak RM3 juta. Saya yakin filem “Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” akan mengutip lebih dari RM2 juta kerana ramai anak-anak muda yang meminati UAI akan menonton filem ini.
Ustaz Azhar hanya muncul sekejap sahaja dalam filem ini tetapi dengan gaya bersahaja Ustaz Azhar kelakar macam Shiro juga.
“Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang” mengisahkan seorang pemuda iaitu Dadu
(Shahrol) yang tidak mempunyai hala tuju hidup. Dia sering dibuang kerja
dan tidak pernah serius dalam hidup.
Tinggal serumah pula dengan Muiz (Ajak Shiro) yang turut bergantung
hidup kepadanya sedangkan Dadu juga penganggur. Apatah lagi pegangan
agama mereka berdua, memang terpesong dan tidak pernah solat.
Bagaikan satu sinar, suatu hari sepupu Dadu iaitu Hamzah (Along) datang
bermalam di rumah sewa mereka dan kedua sahabat itu terpukul dengan
perubahan baru Hamzah. Dia semakin mendalami agama dan bercerita
mengenai aktivitinya sering mendengar ceramah ustaz di masjid kepada
mereka.
Insiden itu terus membuka mata Dadu dan Muiz lantas sepakat untuk
kembali ke pangkuan agama. Bagaimanapun, tidak semudah itu apabila dalam
perjalanan untuk mendengar ceramah di masjid, mereka diduga dengan
pelbagai musibah.
Pada keseluruhannya, filem komidi arahan Pierre Andre ini boleh tahan
mengajak golongan muda kembali kepada agama. Dengan kemunculan UAI sudah
parti ramai peminatnya akan mengunjungi pawagam. ~suara tv
Addin:
Jikalau ikutkan puak-puak Umno salahkan Red Bean Army yang dinafikan kewujudannya oleh DAP. Namun dalang sebenar masih tidak diketahui yang menyebar fitnah jahat terhadap Ustaz Azhar Idrus.
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.