Followers

Sunday, December 1, 2013

Selepas Projek Empangan Baram & Belaga, di Miri pula bakal berlaku Projek Explorasi Minyak & Gas


 
 
Pada 30.11.2013 kami mendapati pencerobohan berlaku di Kampung & kawasan kediaman penduduk iaitu di Kpg. Hj Wahed, Kpg. Pujut Padang kerbau & Kpg. Katong (kedudukan kampung di tehgah-tengah bandar Miri) telah dilakukan oleh pekerja JX Nippon Oil & Gas Exploration (OnShore Sarawak) Limited (Incorporation In Japan 995335-x) dengan tujuan Projek Explorasi Minyak dan Gas. 
 
Di mana projek tersebut dilaksanakan tanpa pengetahuan dan tanpa dimaklumkan kepada penduduk kampung yang terlibat. Di dalam kawasan 3 kampung tersebut telah pun ditandakan dengan tali penanda berwarna BIRU sebagai kawasan kable yang bakal dinaikkan & berwarna MERAH sebagai kawasan yang bakal di korek untuk tujuan KAJIAN penggalian minyak. Penanda tersebut di buat beberapa meter daripada kawasan kediaman penduduk kampung.

Jika projek Explorasi ini diteruskan Kpg. Hj. Wahed & Kpg. Katong akan mengalami kerosakan struktur asal akibat daripada penebangan pokok-pokok dan hutan-hutan. Ini menyebabkan hakisan tanah bakal terjadi. 
 
Pekerja JX Nippon Oil & Gas telah diarahkan keluar dan memberhentikan segala aktiviti projek pada 30.11.2013 Jam 4.30pm setelah perbincangan di antara penduduk kampung bersama beberapa orang pekerja JX Nippon Oil & Gas. 
 
Dalam masa tempoh 24 jam semua tali penanda harus di buka daripada kawasan 3 kampung terlibat. Projek tersebut harus dihentikan serta merta demi keselamatan penduduk kampung. JX Nippon Oil & Gas Exploration tidak berhak atau dibenarkan menjalankan operasi projek explorasi ke atas 3 buah kampung tersebut tanpa kebenaran dan persetujuan yang didapati selepas pengetahuan sepenuhnya drpd penduduk kampung. 
 
Borang "ENTRY PERMIT FOR PERMITTING" oooohhh My English (Entry Permit For Entering) tujuan untuk mendapat kebenaran drpd penduduk kampung masuk kawasan sudah pun diedarkan ke beberapa buah rumah di Kpg. Pujut. 
 
Laporan polis bakal menyusul.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.