Pada 30.11.2013 kami mendapati pencerobohan berlaku di Kampung &
kawasan kediaman penduduk iaitu di Kpg. Hj Wahed, Kpg. Pujut Padang
kerbau & Kpg. Katong (kedudukan kampung di tehgah-tengah bandar
Miri) telah dilakukan oleh pekerja JX Nippon Oil & Gas Exploration
(OnShore Sarawak) Limited (Incorporation
In Japan 995335-x) dengan tujuan Projek Explorasi Minyak dan Gas.
Di
mana projek tersebut dilaksanakan tanpa pengetahuan dan tanpa
dimaklumkan kepada penduduk kampung yang terlibat. Di dalam kawasan 3
kampung tersebut telah pun ditandakan dengan tali penanda berwarna BIRU
sebagai kawasan kable yang bakal dinaikkan & berwarna MERAH sebagai
kawasan yang bakal di korek untuk tujuan KAJIAN penggalian minyak.
Penanda tersebut di buat beberapa meter daripada kawasan kediaman
penduduk kampung.
Jika projek Explorasi ini diteruskan Kpg. Hj. Wahed & Kpg. Katong akan mengalami kerosakan struktur asal akibat daripada penebangan pokok-pokok dan hutan-hutan. Ini menyebabkan hakisan tanah bakal terjadi.
Jika projek Explorasi ini diteruskan Kpg. Hj. Wahed & Kpg. Katong akan mengalami kerosakan struktur asal akibat daripada penebangan pokok-pokok dan hutan-hutan. Ini menyebabkan hakisan tanah bakal terjadi.
Pekerja JX Nippon Oil & Gas telah diarahkan
keluar dan memberhentikan segala aktiviti projek pada 30.11.2013 Jam
4.30pm setelah perbincangan di antara penduduk kampung bersama beberapa
orang pekerja JX Nippon Oil & Gas.
Dalam masa tempoh 24 jam semua
tali penanda harus di buka daripada kawasan 3 kampung terlibat. Projek
tersebut harus dihentikan serta merta demi keselamatan penduduk kampung.
JX Nippon Oil & Gas Exploration tidak berhak atau dibenarkan
menjalankan operasi projek explorasi ke atas 3 buah kampung tersebut
tanpa kebenaran dan persetujuan yang didapati selepas pengetahuan
sepenuhnya drpd penduduk kampung.
Borang "ENTRY PERMIT FOR PERMITTING"
oooohhh My English (Entry Permit For Entering) tujuan untuk mendapat
kebenaran drpd penduduk kampung masuk kawasan sudah pun diedarkan ke
beberapa buah rumah di Kpg. Pujut.
Laporan polis bakal menyusul.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.