Apabila kehangatan isu filem ‘Tanda Putera’
semakin meninggi, maka penerbit dan pengarah filem tersebut terpaksa
mengadakan sidang akhbar khas untuk cuba menjelaskan keadaan.
Tuduhan
terbaru datangnya dari laman sosial facebook yang mempromosikan filem
berkenaan, yang mana gambar Lim Kit Siang yang sebenarnya sedang ditahan
oleh pegawai emigresen, telah diseleweng dan dijadikan sebagai bukti
bahawa Lim Kit Siang ditangkap kerana kencing ditiang bendera rumah
Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Dalam
sidang akhbar tersebut, terdapat dua perkara penting yang boleh kita
analisis bagi melihat sejauh mana kefahaman karyawan filem kita tentang
subjek yang menjadi bahan ceritanya iaitu sejarah dan politik.
Pertama,
penerbit filem terbabit telah menyatakan kesediaan mereka untuk membuat
tayangan khas untuk pembangkang, tujuannya untuk menunjukan bahawa
tiada unsur-unsur meragukan (hasutan perkauman) dalam naratif filem
tersebut.
Tetapi
kesediaan ini bersyarat iaitu, jika pembangkang (Pakatan Rakyat)
bersedia menampung kos tayangan khas itu tadi, maka mereka sanggup
menayangkannya, jika tidak maka hasrat tersebut tidak akan terlaksana
hinggalah ia ditayangkan kelak kepada umum.
Persoalan
kos ini agak menarik minat kita, apabila seorang produser filem,
membuat filem atas pembiayaan Finas, iaitu salah satu agensi kerajaan
yang mana wang dana Finas itu adalah bersumberkan wang cukai rakyat,
ingin meletakan ‘harga’ untuk satu tayangan khas.
Adakah
penerbit ini sedar bahawa, mereka bukan sahaja mengadaptasi satu
sejarah rakyat/negara (cerita bukan idea asal pengkarya) dan mendapat
pembiayaan dari wang cukai rakyat, tetapi tetap mahu mengaut keuntungan
sungguhpun tayangan khas ini bukan bertujuan untuk hiburan hatta bukan
untuk membuat untung.
Bukankah
tayangan khas itu mempunyai tujuan yang khas? ianya mahu membuktikan
bahawa filem itu bersih dari elemen hasutan perkauman sebaliknya filem
tersebut memaparkan simbol semangat juang pemimpin seperti yang ingin
disampaikan oleh pengkarya terbabit. Jadi kos apa yang perlu dibayar
lagi oleh pihak pembangkang?
Ini samalah dengan perangai kontraktor UMNO,
sudah diberi kuasa kemudian mahu ambil kesempatan mengaut harta rakyat
pula. Dalam situasi luar biasa sebegini, seharusnya penerbit bersikap
profesional untuk berurusan dengan pembangkang kerana kita sebagai
pembangkang amat profesional dalam mengkritik karya Malaysia atau dasar
kerajaan.
Kedua,
tuduhan penerbit filem tersebut bahawa Lim Kit Siang ‘mudah terasa’
dengan gambar yang dimuat naik dilaman facebook sungguhpun gambar
tersebut telah dikeluarkan oleh pihaknya.
Kita
tidak pasti apakah maksud sebenar tentang ‘mudah terasa’ si Penerbit
filem ini, adakah beliau bermaksud Kit Siang terlalu sensitif dan terasa
hati dengan gambar tersebut? Wallahualam.
Namun,
dakwaan tersebut seolah-olah gambar yang dimuat naik itu gambar yang
bersifat gurauan hingga penerbit tersebut menggunakan perkataan ‘mudah
terasa’. Bukankah gambar tersebut dengan kapsyen diberi adalah salah.
Adakah penerbit ini faham bahawa gambar adalah fakta dan sesuatu kapsyen
juga adalah fakta. Jadi, dengan gambar Lim Kit Siang dalam aksi sedang
ditahan oleh pegawai emigresen dengan kapsyen yang salah merupakan satu
kesalahan.
Mereka
yang bekerja dengan media amat arif akan hal ini. Tetapi adakah
penerbit tersebut terlalu bodoh untuk memahami asas fakta sebegini?
Ini
bukan soal terasa hati kerana satu gurauan atau jenaka bodoh. Tetapi
ini kesalahan fakta yang memalukan malah, kesalahan ini juga mungkin
boleh membahayakan nyawa seorang insan, dan insan ini adalah ahli
politik vateren dalam arus perdana politik Malaysia.
Malah,
subjek (gambar dan kapsyen) tersebut merupakan subjek yang sensitif,
yang melibatkan satu trajedi hitam dalam negara, ia kes jenayah dan kes
rusuhan kaum. Apakah penerbit ini tidak sedar hingga beliau sanggup
mendakwa bahawa LKS ‘terasa hati’ dengan paparan gambar dan kapsyen yang
penuh dengan niat hasutan itu.
Setahu
kita, karyawan dan artislah yang kuat terasa hati, lebih-lebih lagi
apabila karyanya menerima kritikan oleh masyarakat umum.
Dalam
sidang media itu juga, sutradara filem terbabit turut mengeluh kerana
filemnya dikritik hanya dengan menonton sedutan pendek filem, sebelum
ianya ditayangkan.
Ingin
kita jelaskan disini, sebab itulah kita mahu filem tersebut ditayangkan
secara khas kepada pihak yang berkaitan supaya semua pihak jelas akan
kedudukan sebenarnya.
Lagi
pun, ini juga peluang yang baik untuk pengarah tersebut merasai apa
yang kita dalam Pakatan Rakyat rasai. Apabila pengarahnya ‘terasa hati’
dengan kritikan awal iaitu sebelum filemnya ditayangkan, kes ini samalah
dengan kes Buku Jingga dan dasar-dasar PR.
PR
tak pernah berpeluang memerintah Malaysia, jadi mana mungkin dasar yang
kita sarankan itu mampu menunjukan hasil. Jika nak tahu hasilnya,
nah..berilah PR peluang memerintah. Pasti selepas itu, anda mahu PR
terus memerintah Malaysia.
Bagi
para karyawan, setiap paparan subjek dalam layar putih atau apa jua
medium, paparkanlah realiti subjek dengan penuh nilai estatik, bukan
sensasi subjek yang plastik.
DAP
menghormati hak pengkarya dan kita meraikan kebebasan bereskpresi. Ini
merupakan dasar DAP yang teguh sejak sekian lama. Pengkarya punya
peranan dan tanggungjawab moral atas setiap karyanya, begitu juga dengan
ahli politik.
Gunakanlah
subjek dalam setiap karya anda dengan penuh bermutu, karya yang bagus
adalah karya yang malar segar, belajarlah sedikit dari P.Ramlee untuk
berani menyatakan realiti dalam karyanya.
Teringat dialog dalam filem Pendekar Bujang Lapok “ Alif Mim Nun Wau (UMNO)…bunyinya sarkis”.
Kerajaan Rakyat
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.