Saudara Pengarang,
PILIHANRAYA
UMUM Ke-13 Sabah kali sememangnya dijangkakan yang paling sengit
selepas pilihanraya 1985. Jika pada PRU 1985 itu, satu sejarah telah
tercatat apabila Kerajaan Berjaya yang gagah perkasa atas sokongan Kuala
Lumpur telah ditumbangkan di bumi Sabah oleh Parti Nyamuk (PBS)
pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan.
Kini setelah 27
tahun berlalu, adakah sejarah berkenaan akan berulang lagi? Tidak
dinafikan, angin perubahan sedang bertiup kencang dan rata-rata rakyat
Sabah sedang menunggu hari mengundi sahaja kali ini.
Rasa
muak dan jengkel semakin membara, terutama semangat ingin menukar baju
baru di hati mereka sememangnya telah terpendam sejak PRU 12 lalu;
Apatah lagi selepas melihat warga Semenanjung yang meniupkan TSUNAMI
sehingga takhta BN di 5 negeri telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan
memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri
Najib.
Berbalik
pada PRU 13 Sabah kali ini, sememangnya kawasan KDM dan Cina yang
dimenangi BN dalam PRU-12, kini berada dalam bahaya dan bakal jatuh ke
tangan pembangkang.
Kesungguhan
pembangkan memainkan isu 20 perkara, royalti minyak, Sabah adalah
sebuah Negara dalam pembentukan Malaysia; Borneonisasi dan paling
mujarab isu Pendatang Asing di bumi Sabah.
Kesemua
isu ini nampaknya telah meracuni fikiran masyarakat KDM dan Cina serta
40% orang Islam sejati Sabah. Jentera Penerangan BN dan Pemimpin BN
Sabah nampak tidak berdaya melawan dan menangkis senjata tajam yang
telah dimainkan oleh STAR dan SAPP; dua parti yang mendakwa menjadi
harapan rakyat Sabah kali ini.
Rakyat
Sabah yang begitu sensitif dengan isu parokial, etnocentrisme dan
kenegerian begitu ketara di era 85 apabila isu sekecil penyerahan Pulau
Labuan telah menjadi senjata menumbangkan Kerajaan Berjaya.
Jika
kita analisa, kawasan KDM hanya tinggal 18 kerusi, yang semuanya
dikuasai PBS, UPKO, dan PBRS, dengan majoriti di antara 171 undi
majoriti paling tipis kemenangan di N 33 Bingkor dan majoriti paling
tinggi 5,455 undi di N 40 Labuk. Sementara 16 kerusi yang lain, adalah
di bawah 2,900 undi.
Sementara
itu, kawasan Cina hanya tinggal 9 kerusi yang 95% adalah pengundi Cina
dan 3 lagi iaitu N 2 Tanjung Kapor, N 14 Likas serta N 58 Merotai hanya
mempunyai 55 % pengundi Cina.
Jika
trend angin orang Cina terhadap BN, seperti pilihanraya Sarawak yang
lalu dan dengan sentimen yang sedang dimainkan oleh SAPP dan DAP, kita
percaya kesemua 11 kerusi ini bakal jatuh ke tangan pembangkang Sabah.
Jika
di analiasa dan kita lihat peluang pembangkang Sabah kali ini, sudah
separuh kaki pembangkang telah menjejaki Pejabat Jabatan Ketua Menteri
di Teluk Likas. STAR dan SAPP dijangka dapat merampas kesemua kerusi KDM
ini dan SAPP dan DAP pada kesemua kerusi Cina.
Jika
18 kerusi dicampur 11, maka jumlahnya adalah 29. Ini bermakna
pembangkang hanya perlu 3 kerusi lagi untuk membentuk kerajaan baru
Sabah dengan 'simple majoriti'.
Mari
kita tengok pula kawasan Umno yang dirasakan ada peluang dirampas
daripada BN. Kita hanya 'target' dan analisa 5 kawasan yang Umno menang
hanya menang di bawah 2,500 undi dan peratus keluar mengundi di
kelima-lima kawasan ini adalah bawah 66%.
Kawasan tersebut ialah;
N 1 Banggi undi majoriti - 2,024
N 43 Sekong undi majoriti - 2,189
N 48 Sukau undi majoriti -2,107
N 49 Tungku undi majoriti 2,389
N 52 Sulabayan undi majoriti 2,037
Kesemua
lima kawasan Umno ini, peluang pembangkang boleh merampas kerusi ini
menerusi PKR. Andai peratus yang keluar mengundi kali ini boleh mencapai
sehingga 90 % ke atas, serta pengundi atas pagar ini menyebelahi PR
Sabah dan juga yang paling mustahak, pengundi hantu tidak digunakan BN
kali ini.
Kita
sangat pasti dengan angin perubahan dan Tsunami yang bakal melanda ini
akan dapat menukar kerajaan BN-UMNO dengan kerajaan rakyat Sabah.
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ABDULLAH
Nizar
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.