Followers

Tuesday, December 15, 2015

Umno burukkan DAP raih sokongan Melayu, alih perhatian, kata penganalisis OLEH ANISAH SHUKRY

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Disember, 2015.

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

DAP dijadikan bahan momokan untuk menarik sokongan orang Melayu dan bagi mengalih perhatian masyarakat daripada isu yang melingkari Umno dan presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Beberapa penganalisis menganggap tindakan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak memburuk-burukkan DAP pada perhimpunan agung Umno tahun ini bertujuan mempergunakan parti pembangkang untuk menakut-nakutkan rakyat bagi mendapatkan sokongan di kalangan orang Melayu dan mengalihkan perhatian penyokongnya daripada kelemahan beliau.

DAP adalah musuh pilihan Umno kerana PKR tidak dilihat sebagai ancaman, susulan pemenjaraan pemimpin de facto parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim, manakala PAS dilihat sebagai bakal sekutu, kata Ibrahim Suffian, pengarah eksekutif Merdeka Center.

"Keadaan ekonomi tidak berapa baik, perdana menteri dan partinya semakin kurang popular. Jadi, untuk mengembalikan sokongan terutama di kalangan penyokong utamanya, ia perlu menentukan lawan yang sangat berbeza daripada mereka.

"Di sini, DAP disasarkan sebagai momokan untuk mendapatkan sokongan Melayu kerana ia bertentangan dengan perjuangan Umno – DAP sekular, ia pendukung demokrasi yang lebih liberal, ia mahu lebih kesaksamaan bagi golongan minoriti, contohnya," kata Ibrahim.

Dr Lim Teck Ghee, pengarah eksekutif Pusat Inisiatif Dasar berkata Najib juga cuba mengalihkan perhatian penyokong daripada kegagalan dirinya sendiri dengan memburukkan DAP.

"Menyasar dan memomokkan DAP, dan membuat dakwaan perkauman terhadap parti itu, juga merupakan tanda beliau terdesak ingin mengalihkan perhatian daripada kelemahannya sendiri dan kumpulan penentang yang beliau hadapi dalam parti," katanya.

Tetapi Ibrahim berkata, Umno juga perlu dipuji kerana menerangkan dengan jelas yang DAP, sebagai sebuah parti ialah musuhnya, bukan masyarakat bukan Melayu secara keseluruhannya.

Perhimpunan agung Umno minggu lepas menyaksikan tiada isu perkauman dan kenyataan sensitif disentuh, tidak seperti tahun lepas, di mana Najib memulakan ucapan dasarnya dengan mengingatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969.

Dr Lim Teck Ghee berkata, tidak mengejutkan ada pemimpin akar umbi bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

Dr Lim Teck Ghee berkata, tidak mengejutkan ada pemimpin akar umbi bersetuju dengan dakwaan Datuk Seri Najib Razak yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

Ketua Pemuda Khairy Jamuluddin pula memberi amaran kepada orang bukan Melayu supaya tidak mempertikaikan hak-hak istimewa orang Melayu dan kedudukan raja-raja manakala Ketua Wanita Umno Baling Datuk Dr Mashitah Ibrahim mendakwa seorang Cina di negeri itu cuba membakar al-Quran di dalam satu upacara sembahyangnya.

Tetapi walaupun bukan Melayu tidak dijadikan sebagai watak antagonis tahun ini, ia tidak bermakna Umno – parti yang bertujuan menjuarai dan melindungi orang Melayu – meninggalkan isu perkauman sama sekali untuk mendapatkan sokongan, kata Ibrahim.

"Penghinaan terhadap DAP dilakukan untuk menegaskan yang Umno kekal sebagai parti utama orang Melayu, orang Melayu perlu percaya Umno.

"Walaupun ucapan Najib tidak ditujukan kepada orang Cina, ia masih mahu menarik perhatian orang ramai kepada hakikat dalam pakatan pembangkang, orang Melayu kurang diwakili, suara mereka tidak begitu didengari dan peranan kurang menonjol," kata Ibrahim.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sama ada ucapan itu akan memberi kesan kepada hubungan kaum atau tidak, memandangkan Najib tidak bercakap menentang orang Cina atau India.

Katanya, adalah salah untuk sesiapa sahaja menyamakan DAP dengan masyarakat Cina dan Najib juga berusaha menyamakan DAP dengan politik liberal, bukannya masyarakat Cina.

Lim berkata, tidak mengejutkan apabila pemimpin akar umbi yang ditemui The Malaysian Insider bersetuju dengan dakwaan Najib yang DAP bersifat perkauman, pelampau dan anti Islam, walaupun parti pembangkang itu berusaha menarik ahli Melayu.

"Maklum balas perwakilan sudah dijangka. Ia bukan bermakna mereka terpengaruh dengan pemikiran presiden dan logiknya. Mereka memang merasakan perkara itu. Ideologi ketuanan Melayu masih hidup dan berakar umbi dalam Umno.

"Dalam menyatakan sokongan mereka terhadap presiden, mereka hanya menunjukkan cara pemikiran mereka yang menafikan punca sebenar kejatuhan parti itu iaitu rasuah, menerima rasuah dan ketamakan.

"Tetapi sesetengah orang Melayu di dalam dan luar parti sudah nampak kebenarannya. Walaupun tidak menyatakannya secara terbuka, ia tidak bermakna mereka tidak sedar langsung yang parti itu semakin teruk jatuh di bawah kepimpinan Najib," kata Lim. – 14 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.