Followers

Wednesday, December 16, 2015

Anak MT UMNO Kena Kutuk KAW2 Kerana Buat Baby Shower Makan Menggunakan Pampers.

Kesian. Kesian. Kesian.

Orang yang jadi tetamu pun kena kutuk kaw-kaw. Bukan tuan rumah je kot. 

Hihi.

Kisahnya begini.

Ada dua orang individu ataupun tetamu yang menghadiri majlis baby shower anjuran anak bekas menteri yang juga pengerusi MARA = ahli majlis tertinggi UMNO = presiden KAFA = Tan Sri Annuar Musa telah mengupload gambar mereka makan menggunakan pampers.

Berikut gambar2 yang dimaksudkan ;


 
Alia & Vivy ialah tetamu kepada majlis baby shower anjuran Ajjrina. Ajjrina neh bila kau godek-godek kat sini dan sini ko akan tahu la bahawa dia neh anak Annuar Musa.

Benda neh jadi kecoh bila mana wanita-wanita dalam gambar di atas makan menggunakan pampers berbanding pinggan sebagai alas. 


Memang teruk gila kena kutuk kaw2 bahkan ada yang menganggap mereka sebagai tuan rumah = bukannya tetamu. Maka kutukan bertambah-tambahnya merobek jiwa si kena kutuk kot.

Kesian. Kesian. Kesian.

Komen-komen yang mengutuk dan menghentam memang menghiris ahti nurani sungguh.
Nak-nak yang kena kutuk tu mak-mak mengandung.
Lagi la kesian. 


Kesian. Kesian.
Aku takmau yaw kutuk-kutuk.
Ibu mengandung kot.
Simpati ar sikit.

Majlis baby shower tu ko kena makan menggunakan pampers. Aku rasa bukan paksaan kot. Maybe alternatif lain ada tapi pada yang sudi makan guna pampers, sila-silakanlah. Aku rasa je la. Kononnya atas alasan tema dan sebagainya.

Jujur aku katakan, aku tak berapa faham sangat konsep baby shower neh. 


Agak kekunoan la juga aku neh sebenarnya. Aku memang bukan jenis yang tah, baby shower la apa la benda-benda macam tu mungkin trend sekarang tetapi aku benda-benda macam tu la aku ketinggalan. 

Tapi kalau jemput makan insya-Allah aku tak tolak kot. Tapi makan guna pinggan tau. Bukan guna pampers yaw. Aku geli sikit la.

Hihi.

And then lepas kena kutuk kaw-kaw, gambar-gambar berkenaan sudah tidak dapat diakses lagi di laman instagram individu2 berkenaan. 


Maybe kena delete kot. Kat laman instagram anak Annuar Musa pun apa yang ada hanyalah gambar2 majlis baby shower ja. Maybe kena delete juga la kot. Aku tak sure. 

Cumanya si basher-basher online seperti yang kita semua sedia maklum, kemaraan mereka bukan boleh kau sekat-sekat hanya semata-mata kau delete gambar-gambar makan dengan pampers tu beb.

Dorang kejar ko kot.

Tengok dorang kejar anak Annuar Musa macam mana ;


 
Kesian. Kesian. Kesian.

Bila orang tahu dia ada kaitan dengan UMNO maka bashing tu akan semakin membara. Almaklumla, UMNO kan. Faham-faham je la kenapa. So, sekali lagi. Kesian. Kesian. Kesian.

Ini pendapat peribadi aku la kan.

1. Pompuan-pompuan yang kena bashing tu tengah mengandung.

2. Bagi la muka sikit. Simpati. Jangan la bashing teruk-teruk nau.

3. Orang mengandung tak boleh stress kot. 

4. Ya, aku nampak kesilapan dan kebahlolan dorang disitu yang makan menggunakan pampers. Bukan isu geli semata-mata tetapi membazir pun ya juga. Pampers mahal-mahal. Kot ye dah kaya sangat (aku rasa memang kaya kot) ace ko sponsor pampers orang-orang miskin dan memerlukan.

5. Kalau nak tahu Benz Ali ada buat inisiatif untuk bantu orang-orang miskin yang memerlukan barang keperluan harian. Contohnya macam beras, makanan dalam tin dan juga pampers. 

6. Inisiatif tersebut pada aku sangat bagus. Berbanding mengutip wang, Benz Ali cenderung untuk kutip barang dan agih kepada yang memerlukan.

7. So anak Annuar Musa neh aku tengok perghhh kaya nak mampos gak neh.

8. Cer ko hulur-hulur sikit stok pampers setahun dua kat geng2 Benz Ali supaya mereka boleh buat collection dan agih sumbangan. Almaklumla, geng2 neh lebih dekat pada orang miskin, lebih cakna sebab hasil pergaulan dan percampuran. Dok bawah2 neh kita semua bercampur dan peduli tentang masalah-masalah yang membelenggu orang2 miskin macam aku dan dia. 

9. So Ajjrina yang aku melihat sebagai golongan elit, VVIP, kaya raya sampai mampu membazir pampers dan dijadikan alat pelapik makanan, aku cadangkan duit-duit kau tu convert kepada bentuk pampers, beras atau makanan dalam tin, biskut dan sebagainya, bagi pada kumpulan Benz Ali. Klik dia nama dia. Direct ke fb dia dan berbincang dengan dia macam mana nak salurkan bantuan.

10. Bukan aku nak kata si Ajjrina neh tak pernah menyumbang atau apa ye, cuma aku nak nyatakan, untuk dia yang membazir pampers dalam majlis berkenaan, tindakan itu sebenarnya salah konsep.

11. Baby shower neh kalau ko bagi makan anak-anak yatim pun aku rasa lagi happening kot.

12. Meraikan anak yang dalam perut kau dan meraikan anak-anak miskin. Seronok kot perasaan tu.

13. So aku bagi cadangan pada anak2 orang kaya neh, mak-mak kaya yang mengandung sakan neh, baby shower neh ubah sikit konsep. Bagi makan anak orang miskin, bagi makan anak yatim. Jangan kita beria ikut trend yang tak tentu hala. Sedangkan trend yang ada matlamat tu ada, tinggal lagi kita nak jadi perintis ka taknak. 


Tak payah bajet havoc, hot, meletup la dengan baby-baby shower bagai neh. Ko beli barang bagi anak yatim tengok dia senyum je setahun ko tak boleh lupa wajah-wajah dorang tau. Kita umat Islam jangan ikut trend mengarut, kita umat Islam cipta trend kita sendiri dan biar orang pula tiru trend kita. Itu baru betul ma. 

Moga-moga Ajjrina dan geng2 baby shower neh faham la ye. Memang la guna duit korang sendiri. Tapi aku cuma nak bagi korang rasa gembira dalam erti kata sebenar, bukannya gembira yang digambarkan gembira tetapi benda tu tak menggembirakan pun. 

Percayala cakap aku. Ko buat baby shower 10 kali pun ko takan gembira sepertimana ko meraikan anak-anak orang miskin dan anak-anak yatim dengan melihat mereka senyum menerima bantuan dan pertolongan dari kau. Itu sangat nikmat kot. Seriously, nikmat.

Fikir-fikirlah ek wahai anak-anak orang kaya.

Kbai

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.