Kes penceraian Reezal Merican dan Sharifah Haslinda
disebut untuk kali kedua pada 2 Disember ini di Mahkamah Rendah Syariah
Hulu Langat.
PETALING JAYA: Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dilapor bakal bercerai dengan isteri keduanya yang juga seorang pelakon tempatan, sharifah Haslinda.
Memetik laporan beberapa portal hiburan, sebutan pertama kes penceraian mereka pada 9 November hadapan Hakim Syarie, Abdul Fattah Datuk Kamarudin di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat manakala sebutan kedua ditetapkan pada 2 Disember.
Ahli Parlimen Kepala Batas itu berkahwin dengan Sharifah Haslinda pada 2005 dan dikurniakan empat anak.
Reezal Merican dilantik Timbalan Menteri dalam rombakan Kabinet pada Julai lalu.
FMT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.