Umno Selangor menafikan dakwaan yang ia didatangi Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu
tahun lepas, kata ketua badan perhubungannya Datuk Seri Noh Omar.
Katanya, idea itu sendiri "tidak logik" kerana kekurangan bilangan kerusi di kalangan wakil rakyat Umno.
Umno Selangor mempunyai 12 daripada 56 kerusi dalam Dewan Undangan
Negeri (DUN) sementara PAS mempunyai 15, sebelum 2 daripadanya menyertai
kumpulan serpihannya, Parti Amanah Negara (Amanah).
Tetapi secara logiknya, ikut fahaman orang biasa, bagaimana hendak
tubuhkan sebuah kerajaan negeri dengan 27 (kerusi)?" soalnya ketika
ditemui pemberita pada sambutan rumah terbuka Deepavali anjuran MIC di
Batu Caves hari ini.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.