Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditahan dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.
Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).
The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dijalankan pasukan petugas khas yang dipertanggungjawab meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.
Pasukan petugas khas itu antara lain dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.
Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.
Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.
Isu itu mula ditimbulkan hasil laporan The Wall Street Journal yang menerbitkan salinan dokumen didakwa mereka sebagai bukti pengaliran dana berkenaan.
Najib sudah menafikan dakwaan berkenaan.
Beberapa individu juga dikaitan dengan laporan itu termasuk pemimpin pembangkang yang didakwa bertemu dengan beberapa warga asing di luar negara.
Pada masa sama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mursyidul am parti itu Datuk Dr Haron Din membayangkan mereka juga sukar mempercayai tuduhan itu.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.