Followers

Saturday, August 1, 2015

PM minta 6 bulan kurangkan hutang 1MDB

 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata rancangan mengurangkan beban hutang ditanggung 1MDB sedang berjalan dan ia mungkin berjaya dalam tempoh enam bulan.

Menjawab pertanyaan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Najib berkata, pelan itu sudah bermula selepas mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kewangan yang memiliki 1MDB.

"Saya bercakap dengan rakan-rakan Kementerian Kewangan dan sebagainya.

"Memang ada program kurangkan hutang. Saya minta masa enam bulan," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Seremban hari ini.

Najib memberitahu beban hutang tidak boleh berkurangan secara tiba-tiba "esok".

Apa yang penting, kata beliau, sudah ada perbincangan dibuat dan Emir Qatar menyatakan minat untuk membeli tanah di Bandar Malaysia.

"Duta China pun kata mereka berminat," katanya.

Justeru, kata perdana menteri, perkembangan itu menunjukkan perancangan memulihkan 1MDB memang ada.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.