Dewan Rakyat ribut sebab Wan Azizah
KUALA
LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat pada sesi perbahasan Rancangan
Malaysia ke-11 (RMK11) hari ini kecoh apabila ahli Parlimen BN perang
mulut dengan ahli Parlimen PR kerana Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr
Wan Azizah Wan Ismail.
Kekecohan tercetus apabila Datuk Seri
Azalina Othman (BN-Pengerang) mencuit status Wan Azizah (PKR-Permatang
Pauh) yang didakwanya diperalatkan oleh suaminya sendiri, Datuk Seri
Anwar Ibrahim.
"Saya dengar ucapan bDewan
Rakyat ribut sebab Wan Azizaheliau (Wan Azizah) bahawa ada beberapa
elemen yang dibincangkan dengan bekas Permatang Pauh (Anwar). Bincang
turun katil. Ia lah suami isteri kan...Tapi sekarang tak lagilah,"
katanya.
Khalid Samad (Pas-Shah Alam) kemudian
bangkit mencelah dan menyatakan bahawa Azalina sudah kekurangan idea
hingga menyentuh soal suami isteri.
"...Datuk Speaker, kita sedang bincang tentang RMK11. Nampak sangat Pengerang tak ada 'point'," katanya.
Kemudian Azalina menambah, "janganlah kita menggunakan wanita sebagai alat politik untuk mendapat simpati."
Selepas itu, suasana dewan hingar bingar apabila Khalid terus bangkit mencelah namun tidak dibenarkan Azalina.
Namun apabila diberi laluan, Khalid menyifatkan Azalina sebagai wakil rakyat perempuan tidak iktiraf kemampuan wanita.
"Saya cukup terkejut dengan sikap yang
ditunjukkan oleh Pengerang. Apabila letak perempuan di situ (Ketua
Pembangkang) seolah-olah wanita itu tidak ada kemampuan. Sebagai
seorang ahli Parlimen wanita, sepatutnya Pengerang mempunyai sikap yang
positif atas dasar kemampuan memimpin yang terbukti...ini bukan kali
pertama.
"Dulu apabila Anwar dipenjarakan buat
kali pertama, Permatang Pauh telah diambil oleh Azizah. Kali ini, sekali
lagi Permatang Pauh memberikan kemenangan yang cemerlang.Sterotaip
apabila letak perempuan, atas sebab simpati, kesian.
Sedangkan
kemampuannya ada...terbukti. Saya minta Pengerang menarik balik
kenyataan tidak berasas itu," katanya.
Disusuli beberapa wakil pembangkang yang
lain, Zuraidah Kamaruddin (PKR-Ampang) dan G Manivannan (PKR-Kapar)
yang melahirkan rasa tidak puas hati dengan tuduhan Azalina itu.
Kemudian Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) turut bangkit mempertahankan Azalina.
"Memang betullah Permatang Pauh diberi
peluang untuk menjadi Ketua Pembangkang...iktiraflah. Tapi saya percaya,
bukan semua mengiktirafnya.
"Pas pun saya ingat hanya Shah Alam sahaja yang mengiktiraf," katanya.
Keadaan itu berterusan untuk beberapa
minit sebelum ia ditenangkan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.