Perkembangan
baru mula melanda Umno, parti teras BN apabila riak-riak yang timbul
ekoran kritikan pedas mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad
terhadap pentadbiran Najib mula berubah menjadi gelombang.
Ucapan Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno pada
satu program dalaman Umno yang secara jelas mengkritik 1MDB tersebar
secara viral di laman sosial.
Inti
pati ucapan TPM dengan kelompok " pejuang " UMNO yang kini sedang
tersebar secara viral di laman sosial berjaya memperlihat dan menguatkan
tuntutan ahli-ahli UMNO untuk Najib meningalkan jawatan PM tersebut.
Apa yang penting ialah " nasihat " Mahyuddin dan bukannya siapa pengedar
viral tersebut.
Dengan
tegas Mahyuddin menyatakan kekesalan terhdap apa yang berlaku dan
mengakuinya amat sukar untuk memberikan penjesalan kepada rakyat kaitan
dengan beban hutang berjumlah RM42 bilion @ RM42,000 juta yang
ditanggung 1MDB.
Beliau lantas mahu semua ahli lembaga pengarah
syarikat pelaburan kedua negara itu dipecat dan saranannya itu disambut
tepukan gemuruh hadirin.
Selain
Muhyiddin, masalah yang menimpa 1MDB turut mendapat perhatian khalayak
korporat. Adik Najib yang menerajui salah sebuah bank terbesar di
Malaysia
memberikan kata dua kepada ahli lembaga pengarah 1MDB; melantik
juruaudit bebas bagi menilai status kewangan syarikat itu ataupun
meletakkan jawatan.
Sebagai hiasan
Bagi
beberapa pemuka politik, perang terbuka antara kumpulan Najib dan
Muhyiddin sudah pun meletus. Serangan daripada pemimpin akar umbi
daripada kedua-dua belah kem menunjukkan bahawa permainan kuasa politik
semakin bercambah dalam parti tunjang BN itu.
" Ahli lembaga pengarah 1MDB dilihat tidak bertanggung jawab menangani
dakwaan salah urus kewangan syarikat tersebut, mereka perlu meletakkan jawatan " Syor TPM.
Apa
yang lebih merisaukan ialah kegagalan dan keberhutangannya 1MBD turut
memangsakan kepentingan dana awam, dan kini 2 insitusi kewangan iaitu
dari LUTH ( Lembaga Urusan Tabung Haji ) dan KWAP ( Kumpulan Wang Amanah
Pencen, Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) dan Takaful Malaysia telah
di arahkan untuk menyelamatkan hutangan tanggungan 1MBD
Kini
di war-wasrkan pula bagaimana " macai - macai " dari kedua-dua kem,
untuk mempertahankan bos mereka. dari Johor Dato Puad bekas ahli
parlimen Baru yang kini sebagai KP Jabatan Ehwal Khas ( JASA ) menyerang
TPM dengan " kemalasan " beliau sebagai Mentri Pelajan, yang sentiasa
tidak memperlihatkan keadaan kementerian kelolalannya.
Rakaman video itu menjadi viral ketika
PM Najib sibuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 di Dewan Rakyat.
Ucapan Najib jelas tidak menunjukkan kekesalan terhadap skandal-skandal
besar kewangan yang berlaku di bawah pentadbirannya.
Persoalannya... mampukah Najib bertahan?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.