SEBERANG JAYA: Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sudah memohon maaf kepada PAS Permatang Pauh, kata Timbalan Presiden
PAS, Mohamad Sabu.
Permohonan maaf Wan Azizah itu dipercayai berkaitan perselisihan
berhubung isu hudud sehingga PAS Permatang Pauh memberi kata dua kepada
PKR untuk berbuat demikian atau tidak menyokong jentera kempen pakatan
pembangkang.
Berucap pada majlis penamaan calon PKR malam tadi, Mohamad Sabu atau
lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata permohonan maaf Wan Azizah itu
dizahirkan ketika beliau mengadakan pertemuan tertutup bersama
kepimpinan PAS kawasan berkenaan.
"Wan Azizah sudah mengadakan perjumpaan bersama mereka (pemimpin PAS
Permatang Pauh) di sebuah hotel berdekatan, petang tadi (semalam).
"Mereka juga ada berbincang mengenai kerjasama PAS Permatang Pauh sepanjang PRK nanti," katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.