Aku telah banyak menulis termasuk di dalam blog aku mengapa aku memikirkan demikian. Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR (Calon P044 Permatang Pauh)
Paling utama, aku melihat Kak Wan terlalu dibebankan dengan amanah dan tanggungjawab bukan sahaja di dalam politik bahkan tanggungjawab beliau sebagai isteri yang sentiasa memantau perkembangan suaminya di dalam tahanan di Sg Buluh.
Tentulah baginya mahu melihat suaminya yang telah dikongsikan oleh rakyat sebagai pejuang negara sentiasa berada di dalam keadaan selamat dan sihat di sana. Tidak ringan bebanan kepada Kak Wan dan tidak ramai dari kita yang mampu memikulnya.
Majlis pengumuman calon malam tadi Rupanya bukan aku saja yang berpandangan demikian, tetapi ramai di kalangan pemerhati di luar sana pun mahu agar tiada lagi bebanan ke atas Kak Wan.
Sebab itu nama-nama seperti Saifuddin Nasution, Yusmadi, Chegu Bard dan tokoh-tokoh muda Permatang Pauh disebut-sebut wajat menggalas cabaran hebat ini. Akhirnya, malam tadi parti telah buat keputusan bahawa sejarah kehebatan Permatang Pauh wajar dipertahankan.
Parti mahu usaha pihak-pihak musuh untuk melenyapkan 'roh' Anwar di Permatang Pauh wajib dilawan.
Parti melihat walaupun Anwar terpenjara, namun 'roh' pembakar semangat atau 'bau-bau' Anwar masih tetap dapat dihidu oleh masyarakat Permatang Pauh. Tentu ada yang berkata, kenapa mesti keluarga Anwar?
Ya, keluarga Anwar memang tidak putus untuk meneruskan perjuangan. Bukan menjadi satu kesalahan pun jika kita memiliki isteri, anak mahu pun cucu yang ingin meneruskan perjuangan yang baik. Apa yang penting, mereka bukan naik di dalam politik kerana ditunjuk oleh Anwar.
Mereka diiktiraf sebagai pejuang oleh rakyat. Mereka juga telah diuji dengan ujian yang berat-berat dan tidak semua ahli politik mendapat ujian dan mampu menghadapi ujian sehebat yang dialami oleh Kak Wan serta keluarganya. Faktor lain, PR kini masih belum stabil. Kita tiada tokoh yang boleh diyakini untuk diletakkan sebagai Ketua Pembangkang.
Kak Wan dilihat mampu menjadi Ketua Pembangkang walaupun ada yang menyebut Kak Wan tidak layak sewaktu beliau mahu dicalonkan sebagai MB Selangor.
Malangnya yang berkata demikian tidak pernah membawa hujah atau fakta sebab musabab Kak Wan tidak layak.
Kak Wan punyai pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Kak Wan tidak pernah tewas di dalam Pilihanraya bahkan tetap menang walaupun bertanding di luar Permatang Pauh. Yang menyebut Kak Wan tidak layak itu bagaimana?
Berbeza pendapat dan pandangan itu baik tetapi jangan kerana kehendak kita gagal, kita menuduh pendapat orang lain itu salah.
Selaku ahli dan penyokong parti, akhirnya kena akur bahawa sesiapa pun yang diamanahkan oleh parti itulah calon yang mesti kita sokong dan bantu.
Berbeza pendapat sebelum dimuktamadkan, tetapi bila keputusan telah dibuat maka lupakan perbezaan. Ini lah yang turut aku lakukan sewaktu krisis MB Selangor dulu. Ternyata, Alhamdulillah, kesannya amat baik.
Dicatat oleh WFAUZDIN NS
Sabtu, 25 April 2015
CALON PKR PERMATANG PAUH - MENGAPA KAK WAN ? SECARA peribadinya, aku
mengharapkan agar calon lelaki yang lebih muda, bertenaga dan vokal
untuk mengisi kekosongan calon mewakili PKR di Permatang Pauh. Aku telah
banyak menulis termasuk di dalam blog aku mengapa aku memikirkan
demikian. Datin Seri Wan Azizah - Presiden PKR (Calon P044 Permatang
Pauh) Paling utama, aku melihat Kak Wan terlalu dibebankan dengan amanah
dan tanggungjawab bukan sahaja di dalam politik bahkan tanggungjawab
beliau sebagai isteri yang sentiasa memantau perkembangan suaminya di
dalam tahanan di Sg Buluh. Tentulah baginya mahu melihat suaminya yang
telah dikongsikan oleh rakyat sebagai pejuang negara sentiasa berada di
dalam keadaan selamat dan sihat di sana. Tidak ringan bebanan kepada Kak
Wan dan tidak ramai dari kita yang mampu memikulnya. Majlis pengumuman
calon malam tadi Rupanya bukan aku saja yang berpandangan demikian,
tetapi ramai di kalangan pemerhati di luar sana pun mahu agar tiada lagi
bebanan ke atas Kak Wan. Sebab itu nama-nama seperti Saifuddin
Nasution, Yusmadi, Chegu Bard dan tokoh-tokoh muda Permatang Pauh
disebut-sebut wajat menggalas cabaran hebat ini. Akhirnya, malam tadi
parti telah buat keputusan bahawa sejarah kehebatan Permatang Pauh wajar
dipertahankan. Parti mahu usaha pihak-pihak musuh untuk melenyapkan
'roh' Anwar di Permatang Pauh wajib dilawan. Parti melihat walaupun
Anwar terpenjara, namun 'roh' pembakar semangat atau 'bau-bau' Anwar
masih tetap dapat dihidu oleh masyarakat Permatang Pauh. Tentu ada yang
berkata, kenapa mesti keluarga Anwar? Ya, keluarga Anwar memang tidak
putus untuk meneruskan perjuangan. Bukan menjadi satu kesalahan pun jika
kita memiliki isteri, anak mahu pun cucu yang ingin meneruskan
perjuangan yang baik. Apa yang penting, mereka bukan naik di dalam
politik kerana ditunjuk oleh Anwar. Mereka diiktiraf sebagai pejuang
oleh rakyat. Mereka juga telah diuji dengan ujian yang berat-berat dan
tidak semua ahli politik mendapat ujian dan mampu menghadapi ujian
sehebat yang dialami oleh Kak Wan serta keluarganya. Faktor lain, PR
kini masih belum stabil. Kita tiada tokoh yang boleh diyakini untuk
diletakkan sebagai Ketua Pembangkang. Kak Wan dilihat mampu menjadi
Ketua Pembangkang walaupun ada yang menyebut Kak Wan tidak layak sewaktu
beliau mahu dicalonkan sebagai MB Selangor. Malangnya yang berkata
demikian tidak pernah membawa hujah atau fakta sebab musabab Kak Wan
tidak layak. Kak Wan punyai pengalaman menjadi Ketua Pembangkang. Kak
Wan tidak pernah tewas di dalam Pilihanraya bahkan tetap menang walaupun
bertanding di luar Permatang Pauh. Yang menyebut Kak Wan tidak layak
itu bagaimana? Adakah mereka miliki rekod seperti itu? Walaupun aku
merasa harapan aku untuk melihat tokoh-tokoh muda ditampilkan di
Permatang kali ini gagal, namun aku tetap melihat bahawa pandangan orang
lain terutamanya di akar umbi mungkin tidak sama dengan pandangan aku.
Berbeza pendapat dan pandangan itu baik tetapi jangan kerana kehendak
kita gagal, kita menuduh pendapat orang lain itu salah. Selaku ahli dan
penyokong parti, akhirnya kena akur bahawa sesiapa pun yang diamanahkan
oleh parti itulah calon yang mesti kita sokong dan bantu. Berbeza
pendapat sebelum dimuktamadkan, tetapi bila keputusan telah dibuat maka
lupakan perbezaan. Ini lah yang turut aku lakukan sewaktu krisis MB
Selangor dulu. Ternyata, Alhamdulillah, kesannya amat baik. Dicatat oleh
WFAUZDIN NS Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ Copy and WIN :
http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.