Followers

Tuesday, March 3, 2015

Penjelasan Najib: Timbulkan lebih banyak soalan.

Zack Ahmad's photo.
 Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan 09:30PM Mac 02 oleh V Shuman SEKILAS PANDANG: 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. 

Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan sikap cermat, integriti dan besederhana. 

Namun seperti selalu, “jawapan” Najib itu membangkitkan lebih banyak soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya. 

“Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. 

"Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi ketika berkuasa,” kata Najib. 

“Penjelasan” Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan bapa mereka. Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung warisan dan jumlah kekayaan Razak. 

“Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara. 

“Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka,” kata mereka. 

Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah mewah di New York. 

Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan, menyebut Najib “menerima harta warisan” dan tidak mengetahui jumlah pendapatan dan pelaburan Riza. 

Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan berhubung imejnya. Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut. 

Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan tahunan kebanyakan rakyat Malaysia. 

Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu “menerima harta warisan” itu boleh timbul? 

Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya sendiri? Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya?

Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu memulihkannya? 

Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT. 

Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu.


Posted by mountdweller
Penjelasan Najib: Timbulkan lebih banyak soalan Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan 09:30PM Mac 02 oleh V Shuman SEKILAS PANDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein. Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan sikap cermat, integriti dan besederhana. Namun seperti selalu, “jawapan” Najib itu membangkitkan lebih banyak soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya. “Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa. "Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi ketika berkuasa,” kata Najib. “Penjelasan” Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan bapa mereka. Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung warisan dan jumlah kekayaan Razak. “Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara. “Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka,” kata mereka. Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah mewah di New York. Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan, menyebut Najib “menerima harta warisan” dan tidak mengetahui jumlah pendapatan dan pelaburan Riza. Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan berhubung imejnya. Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut. Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan tahunan kebanyakan rakyat Malaysia. Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu “menerima harta warisan” itu boleh timbul? Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya sendiri? Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya? Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu memulihkannya? Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT. Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu. Posted by mountdweller

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.