Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan 09:30PM Mac 02 oleh V Shuman SEKILAS PANDANG:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan sikap cermat, integriti dan besederhana.
Namun seperti selalu, “jawapan” Najib itu membangkitkan lebih banyak soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya.
“Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa.
"Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi kepentingan peribadi ketika berkuasa,” kata Najib.
“Penjelasan” Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan bapa mereka. Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung warisan dan jumlah kekayaan Razak.
“Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan pengorbanannya terhadap negara.
“Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan tentangnya, walau apa pun niat mereka,” kata mereka.
Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah mewah di New York.
Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan, menyebut Najib “menerima harta warisan” dan tidak mengetahui jumlah pendapatan dan pelaburan Riza.
Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan berhubung imejnya. Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut.
Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan tahunan kebanyakan rakyat Malaysia.
Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu “menerima harta warisan” itu boleh timbul?
Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya sendiri? Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya?
Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu memulihkannya?
Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT.
Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu.
Posted by mountdweller

Penjelasan Najib:
Timbulkan lebih banyak soalan
Penjelasan Najib hanya timbulkan lebih banyak soalan
09:30PM Mac 02
oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akhirnya membuka
mulutnya yang biasanya tertutup rapat (berhubung hal-hal yang
benar-benar mustahak), menafikan kenyataan tentang harta warisan
peninggalan arwah bapanya, Tun Abdul Razak Hussein.
Akhbar Berita Harian dan Utusan Malaysia hari ini memetik kenyataan
Najib, yang mengulang kembali kenyatan adik-beradiknya bahawa Perdana
Menteri kedua itu adalah seorang yang berprinsip, dan dikenali dengan
sikap cermat, integriti dan besederhana.
Namun seperti selalu, “jawapan” Najib itu membangkitkan lebih banyak
soalan, bukannya mendiamkan pengkritiknya.
“Sepanjang perkhidmatan, Tun Abdul Razak tidak pernah terlibat dalam
apa-apa amalan rasuah dan salah guna kuasa.
"Beliau sentiasa meletakkan kepentingan negara jauh mengatasi
kepentingan peribadi ketika berkuasa,” kata Najib.
“Penjelasan” Najib itu berikutan tindakan empat adik lelakinya yang
mengeluarkan kenyataan bersama minggu lalu, menafikan isu harta warisan
bapa mereka.
Mereka berkata, Razak adalah seorang yang amat berintegriti dan keluarga
mereka memandang serius terhadap berita tentang spekulasi berhubung
warisan dan jumlah kekayaan Razak.
“Kami ingin menyatakan yang Tun Abdul Razak adalah seorang yang amat
berprinsip, semua yang mengenalinya tahu sikapnya yang cermat dan amat
berintegriti, dan apa-apa kenyataan atau kesimpulan yang menunjukkan
sebaliknya adalah palsu sama sekali dan mengelabui memori, sumbangan dan
pengorbanannya terhadap negara.
“Kami tidak akan bersetuju dengan sesiapa yang mencemarkan ingatan
tentangnya, walau apa pun niat mereka,” kata mereka.
Isu ini timbul selepas laporan New York Times (NYT) berhubung hartawan
Malaysia Jho Low, yang turut menyebut tentang anak tiri Najib, Riza Aziz
sebagai salah seorang orang kenamaan luar negara yang memiliki hartanah
mewah di New York.
Untuk menjustifikasikannya, Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan
kenyataan, menyebut Najib “menerima harta warisan” dan tidak mengetahui
jumlah pendapatan dan pelaburan Riza.
Dengan kenyataan terbaru itu, Najib mungkin telah meredakan suara-suara
tidak puas hati adik-adiknya, namun ia tidak menjawab sebarang persoalan
berhubung imejnya.
Ia tidak menjawab bagaimana Najib, yang dalam rekod menerima pendapatan
kira-kira RM274,000 setahun, sentiasa dikaitkan dengan perbelanjaan dan
gaya hidup mewah, tanpa harta warisan tersebut.
Ia tidak menjawab bagaimana isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, seorang
suri rumah, mampu mendapat dandanan rambut berharga RM1,200 dan
pelbagai beg tangan, antara lain, yang kosnya sebanyak pendapatan
tahunan kebanyakan rakyat Malaysia.
Dan mengapa Najib tidak menjelaskan, bagaimana isu “menerima harta
warisan” itu boleh timbul?
Bukankah ia adalah penjelasan yang diberikan unit perhubungan awamnya
sendiri?
Adakah ini bermakna unit PR Najib bekerja tanpa pemantauannya, dan
mengeluarkan kenyataan yang boleh menghakis imej tanpa kebenarannya?
Mengapa beliau tidak menegur unit PR itu, yang nampaknya terus
merosakkan imejnya yang sememangnya sudah merudum, dan bukan membantu
memulihkannya?
Baru-baru ini, Najib dilaporkan mengambil tindakan undang-undang
terhadap lidah rasmi PAS Harakahdaily, kerana memetik artikel NYT.
Hakikatnya, Najib akan membuat memberikan kebaikan kepada negara dan
dirinya sendiri, jika beliau berhenti tindakan saman-menyaman ini dan
lebih mengambil tahu apa yang dibuat oleh unit PR-nya itu.
Posted by mountdweller
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.