Followers

Monday, February 2, 2015

Kenyataan Pensyarah Kontroversi Ini Pasti Menyakitkan Hati Orang Melayu

Penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah menjelaskan dirinya yang sering dilabel "lebih Melayu daripada Melayu" adalah kerana orang Melayu sendiri takut bersuara kerana mahu menjaga kuasa politik.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Terengganu itu turut menyifatkan dirinya tidak pernah membenci golongan bukan Islam, sebaliknya hanya bermusuh dengan golongan "ultra kiasu".

“Saya tidak pernah membenci bukan Islam atau kaum saya (Cina). Bagaimana Islam boleh berkembang jika kita bermusuh.

“Musuh saya adalah ultra kiasu yang menentang Islam dan undang-undang negara ini.

“Saya dilihat seolah-olah lebih Melayu dari Melayu, kerana orang Melayu sendiri takut untuk bersuara, hanya kerana untuk kuasa politik,” tulisnya dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu hari ini.

Ridhuan Tee berkata, "ultra kiasu" yang selama ini dimaksudkan dalam penulisannya merupakan golongan musuh Islam yang mahu menghancurkan agama Islam.

Katanya, golongan sedemikian tidak mahu kalah dan mahu menjadi juara dalam segala hal.

“Saya merujuk kepada mereka yang berada dalam PKR, DAP dan sesiapa sahaja yang menentang Islam, Melayu, raja serta Perlembagaan, termasuk mereka yang berada dalam Barisan Nasional (BN).

“Orang Melayu pun boleh menjadi ultra kiasu jika mereka menentang Islam atau menjadi liberal dan pluralis,” katanya.

Pensyarah kontroversi itu juga mendakwa tidak salah jika Islam mendapat kelebihan di Malaysia kerana ia  sememangnya dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Tambah Ridhuan, dia tidak berniat membenci bukan Islam tetapi terdapat segelintir mereka yang tidak pernah bersyukur.

“Umat Islam tidak pernah mencampuri hal ehwal agama lain amat jelas. Tindakan pihak penguasa agama terhadap ultra kiasu seperti rampasan bible di Selangor adalah dalam bidang kuasa jabatan agama," katanya mengulas rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tahun lepas.

“Ultra kiasu yang mengatakan khutbah Jakim ekstrem, sila nyatakan bila dan di para mana.

"Setakat mana ilmu Islam dia ada, untuk mengatakan khutbah tersebut ekstrem,” katanya merujuk dakwaan peguam Eric Paulsen terhadap Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

malaysian insider

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.